BORANG PERMOHONAN PENGGUNAAN · PDF filePERATURAN PENGGUNAAN GELANGGANG 1. Gelanggang Futsal...
Transcript of BORANG PERMOHONAN PENGGUNAAN · PDF filePERATURAN PENGGUNAAN GELANGGANG 1. Gelanggang Futsal...
BORANG PERMOHONAN PENGGUNAAN GELANGGANG SUKAN
MAKLUMAT PEMOHON
Nama: _______________________________________________________________________
No. K/P: ________________________________ No. H/P: ______________________________
Alamat: _______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
E-mel: _______________________________________________________________________
KEMUDAHAN YANG DISEWA (Sila tandakan (X) pada yang berkenaan)
Gelanggang Futsal Gelanggang Bola tampar
Tarikh Sewaan ________________________________________________________________
Masa: Dari: __________________________ Hingga: _________________________
Tujuan: ________________________________________________________________
Futsal
Hari Biasa (Isnin – Jumaat) RM15.00 (siang) RM25.00 (malam)
Sabtu/Ahad/Cuti Am RM20.00 (siang) RM40.00 (malam)
Bola tampar
Hari Biasa (Isnin – Jumaat) RM10.00 (siang) RM20.00 (malam)
Sabtu/Ahad/Cuti Am RM15.00 (siang) RM30.00 (malam)
Saya mengaku maklumat yang diberikan di atas adalah benar dan faham serta bersetuju dengan
syarat-syarat yang dikenakan oleh Kelab Bukit Perdana.
________________________ _____________________
Tandatangan Pemohon Tarikh Permohonan
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT:
Permohonan diterima pada _________________ dan disemak bahawa kemudahan yang dipohon
ada / tiada penggunaan pada tarikh tersebut.
Permohonan kemudahan ini Diluluskan
Tidak diluluskan
Jenis Kemudahan: ___________________________________
Tandatangan: _______________________ Cop:
Tarikh: _______________________
PERATURAN PENGGUNAAN GELANGGANG
1. Gelanggang Futsal dan Bola Tampar JPM adalah terbuka kepada warga JPM dan orang awam.
2. Pengguna setiap gelanggang mestilah mendapat kebenaran daripada Urus setia, Kelab Bukit
Perdana JPM terlebih dahulu.
3. Tempahan gelanggang boleh dibuat sama ada melalui talian telefon no: 03-8872 3431 ataupun
melalui borang tempahan.
4. Borang tempahan penggunaan gelanggang sukan boleh didapati di pejabat Urus setia Kelab
Bukit Perdana JPM di aras -1, Blok B8, Kompleks JPM, Putrajaya atau di pejabat gelanggang
sukan selepas jam 5.00 petang.
5. Bayaran setiap tempahan hendaklah dijelaskan tiga hari sebelum penggunaan tempahan.
6. Tempahan gelanggang adalah berdasarkan first come fisrt serve. Bagi tempahan untuk
menganjurkan pertandingan, permohonan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya satu bulan
dari tarikh pertandingan. Walau bagaimanapun, penggunaan bergantung kepada kekosongan
tarikh/masa yang ingin digunakan.
7. Cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan/penggunaan untuk tujuan bagi mengadakan
pertandingan/perlawanan.
8. Setiap pengguna mestilah menunjukkan resit bayaran apabila diminta.
9. Urus setia, Kelab Bukit Perdana JPM berhak untuk tidak membenarkan mana-mana pihak yang
gagal menunjukkan resit bayaran dari menggunakan kemudahan yang ada.
10. Pengguna hendaklah mambawa bola permainan sendiri. Walau bagaimanapun, pinjaman bola
dari kaunter akan dikenakan deposit RM50.00, deposit akan diserahkan kepada pengguna
setelah bola diserahkan dalam keadaan baik.
11. Pengguna hendaklah memakai pakaian yang sesuai.
12. Pengguna tidak dibenarkan menggunakan kasut bertapak keras dan bertumit tinggi ketika
menggunakan kawasan gelanggang.
13. Hanya kasut sukan 'non-marking' atau bertapak getah yang tidak meninggalkan kesan kepada
permukaan gelanggang sahaja dibenarkan.
14. Tidak dibenarkan membawa peralatan tajam yang boleh merosakkan permukaan gelanggang.
15. Permainan hendaklah ditamatkan pada waktu yang telah ditetapkan.
16. Tidak dibenarkan merokok, membawa makanan dan minuman bergula ke dalam kawasan
gelanggang.
17. Dilarang meludah, membuang sampah dan mengotori kawasan gelanggang.
18. Sebarang sepanduk (banner)/poster/papan tanda tidak dibenarkan dipasangkan di mana-mana
juga bahagian di kawasan gelanggang sukan kecuali mendapat kebenaran daripada Kelab Bukit
Perdana.
19. Kelab Bukit Perdana tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan/kecederaan/kehilangan
yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh penggunaan/penyewaan
gelanggang sukan. Kelab Bukit Perdana juga tidak bertanggungjawab atas sebarang
kerosakan/kehilangan mana-mana kenderaan yang letakkan di perkarangan meletak kenderaan
20. Penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan syarat-syarat yang
akan dikenakan dari semasa ke semasa oleh pegawai yang bertugas
21. Penyewa tidak dibenarkan menyewa semula (meminda hal penyewaan) kepada orang lain.
22. Wang cagaran akan dikembalikan setelah Kelab Bukit Perdana mendapati semua syarat-syarat
yang dikenakan samada secara bertulis atau lisan dipatuhi. Cagaran akan ditahan sekiranya
berlaku kehilangan peralatan, kerosakan akibat penyewaan/penggunaan atau hal-hal kebersihan
23. Tindakkan akan diambil terhadap pengguna yang didapati menyalahgunakan kemudahan sukan
yang disediakan.
24. Sebarang masalah sila laporkan kepada kakitangan yang bertugas.
_______________________________________________________________________________
Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri, Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya
No. Tel: 03-88723431 No. Faks: 03-8888 3106
e-mel: [email protected] blog: bukitperdana.wordpress.com