Borang Sinopsis Buku

3
BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH Kod Sekolah: CEB 7069 1. Nama Guru 2. Judul Kejurulatihan dan Sains Sukan 3. Bidang: Pendidikan 4. Pengarang Haji Gapor Ahmad 5. Muka Surat:151 6. Terbitan Utusan Publications & Distributors sdn. Bhd 7. Sinopsis : Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan. Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam mempertingkatkan prestasi sukan. Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan. Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang

description

Borang Sinopsis Buku

Transcript of Borang Sinopsis Buku

Page 1: Borang Sinopsis Buku

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH                                 Kod Sekolah: CEB 7069

1. Nama Guru

2. Judul Kejurulatihan dan Sains Sukan 3. Bidang: Pendidikan

4. Pengarang Haji Gapor Ahmad 5. Muka Surat:151

6. Terbitan Utusan  Publications & Distributors sdn. Bhd

7. Sinopsis :

Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan.

Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam

mempertingkatkan prestasi sukan.

    Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan

melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat

meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula

dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam

bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.

   Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan

asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas

kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat

melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.

   Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan kepada

Page 2: Borang Sinopsis Buku

empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan

fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan

kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini.

    Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan,

kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti

motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala

bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta

set-pieces.

  Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai jurulatih

baru muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan fizikal dan

kesihatan masyarakat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu,

pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk

membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara

serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.

    Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep

latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste

tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai

falsafah serta pembinaan fizikal manusia.

    Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu

supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk

melatih atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat,

Page 3: Borang Sinopsis Buku

mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga

idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi.

   Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet.

Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu

diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan

pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah

untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.

   

10 Kesimpulan

Konklusinya, kejurulatihan sukan mempunyai talian yang rapat dengan sains. Asas-asas sains

dalam latihan sukan pastinya dapat membantu jurulatih meningkatkan kualiti latihan. Bibit-bibit

kecemerlangan sukan pasti dapat dirasakan apabila jurulatih mengaplikasikan teori-teori sains

dalam latihan sukan.