Borang-Soal-Selidik- Penggunaan Google Earth Dalam Pembelajaran Geografi

download Borang-Soal-Selidik- Penggunaan Google Earth Dalam Pembelajaran Geografi

of 6

Transcript of Borang-Soal-Selidik- Penggunaan Google Earth Dalam Pembelajaran Geografi

Borang Soal Selidik

Penggunaan Aplikasi Google Earth Dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar Mata Pelajaran Geografi di Sekolah Menengah.

Borang Soal Selidik Ini Adalah Untuk Melengkapkan Kertas Projek Program Sarjana Muda Pendidikan

Sekolah Pendidikan dan Pembangunan SosialUniversiti Malaysia SabahFebruari - Jun 2013 PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR

1. Tujuan kajian ini ialah untuk mendapat maklumat mengenai minat dan pandangan pelajar terhadap penggunaan aplikasi Google Earth dalam pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diberikan membantu untuk mempertingkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah sekolah.

2. Borang soal selidik ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan salah atau betul serta bukan bertujuan untuk menguji pelajar.

3. Sebarang maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini akan dianggap rahsia dan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.

4. Borang soal selidik ini mengandungi lima bahagian iaitu bahagian A, B, C, D dan E.

5. Sila tandakan dengan jujur dan ikhlas berdasarkan pandangan anda yang sebenar kerana maklumat yang anda berikan adalah amat berguna untuk kajian ini.

6. Atas kerjasama semua pelajar pelajar saya dahului dengan ucapan terima kasih.

BAHAGIAN A Profil Maklumat Diri Pelajar Sila lengkapkan ruangan ini dengan maklumat maklumat berkenaan :

A1 . Jantina : Lelaki [ ] Perempuan [ ]

A2 . Bangsa : Melayu [ ] Cina [ ] India [ ]

Lain lain (sila nyatakan)_____________________

A3 . Keputusan ujian bulanan mata pelajaran Geografi0 - 39 [ ] 40 - 49 [ ] 50 - 64 [ ] 65 - 79 [ ] 80 - 100 [ ] ARAHAN : Bagi setiap kenyataan di bahagian B, C, D dan E di bawah, sila tandakan sejauhmanakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat anda sendiri tanpa terpengaruh atau disuruh oleh orang lain. Dengan menggunakan skala dari 1 hingga 5 , sila tandakan / pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan anda menanda pada setiap pernyataan.

1Sangat Tidak Setuju

2Tidak Setuju

3Kurang Setuju

4Setuju

5Sangat Setuju

BAHAGIAN B

Persepsi Pelajar Dalam Kaedah Konvensional dalam Pembelajaran GeografiBil.Pernyataan12345

B1.Saya suka kaedah konvensional ketika belajar mata pelajaran Geografi

B2.Kaedah konvensional membuatkan saya tidak mengantuk ketika belajar Geografi

B3.Saya lebih bermotivasi jika kaedah konvensional digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran Geografi

B4.Guru akan lebih banyak idea menggunakan kaedah konvensional dalam pengajaran Geografi

B5.Saya dapat meneroka dengan lebih luas topik-topik yang diajar jika belajar menggunakan kaedah konvensional

B6.Saya merasakan kaedah konvensional memudahkan saya menguasai isi kandungan pelajaran yang diajar.

B7.Adalah lebih menyeronokan jika Geografi tidak menggunakan kaedah konvensional

B8.Saya sangat sukar untuk memahami konsep konsep dalam matapelajaran Geografi jika menggunkan kaedah konvensional

B9.Saya boleh menjelaskan kepada orang lain sebab sesuatu topik yang diajar difahami jika guru menggunakan kaedah konvensional ketika dalam pengajarannya.

B10.Penyampaian isi pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah konvensioanl adalah lebih teratur dan tersusun

B11.Saya berasa tidak bosan ketika sesi pengajaran menggunkan kaedah konvensional

B12.Saya berasa keyakinan diri akan bertambah jika kaedah konvensional digunakan dalam sesi pembelajaran

B13.Prestasi Geografi menurun jika saya tidak belajar menggunakan kaedah konvensional.

B14.Saya dapat menyelesaikan sesuatu topik dengan segera jika guru menggunakan kaedah konvensional ketika pengajaran

B15.Kaedah konvensional kurang memberi kefahaman kepada saya dalam topik yang diajar

BAHAGIAN C

Skala ini hanya pada bahagian C sahaja.

1Sangat Tidak Mahir

2Tidak Mahir

3Kurang Pasti

4Mahir

5Sangat Mahir

Tahap Penggunaan ICT di kalangan pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran GeografiBil.Pernyataan12345

C1.Saya tahu cara menggunakan sistem pengoperasian Window pada komputer.

C2.Saya tahu cara mencari maklumat melalui Internet bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

C3.Saya mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian persembahan elektronik iaitu kebanyakan perisian yang disediakan

C4.Saya mahir menggunakan peralatan ICT seperti komputer dan projektor LCD bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

C5.Saya memahami istilah atau terminologi komputer.

C6.Saya mahir menggunakan Pengimbas imej (scanner) bagi mendapatkan media yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

C7.Saya boleh menginstalasi (install) program-program komputer seperti aplikasi program atau permainan komputer.

C8.Saya boleh menjelaskan kepada orang lain sebab sesuatu program itu tidak atau akan berfungsi pada sesebuah komputer.

C9.Saya boleh menggunakan perisian pemprosesan perkataan (word processor) dalam membuat kerja sekolah.

C10.Saya rasa seronok belajar dengan menggunakan komputer kerana ianya dapat melatih saya menjadi lebih cekap dengan perisian-perisian komputer.

C11.Saya merasakan komputer memudahkan saya menguasai isi kandungan pelajaran yang diajar.

C12.Saya boleh menjadi lebih kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran jika menggunakan komputer

C13.Saya dapat meneroka dengan lebih luas topik-topik yang diajar jika belajar menggunakan komputer

C14.Saya lebih bermotivasi jika penggunaan komputer ketika pengajaran dan pembelajaran oleh guru

C15.Saya kecewa jika rangkaian komputer sering mengalami masalah ketika pengajaran dan pembelajaran

BAHAGIAN D

Penggunaan aplikasi Google Earth dalam Pengajaran dan Pembelajaran GeografiBil.Pernyataan12345

D1.Kandungan aplikasi ini mempunyai maklumat samasa dan terkini

D2.Saya berasa tidak bosan semasa guru menjalankan sesi pengajaran menggunkan aplikasi terebut

D3.Melalui aplikasi tersebut saya dapat menyelesaikan masalah dalam sesautu topik Geografi

D4.Saya dapat menerangkan setiap data yang terdapat dalam aplikasi tersebut

D5.Penyampaian isi pelajaran yang disampaikan oleh guru berpandukan aplikasi yang digunakan adalah secara teratur dan tersusun

D6.Maklumat aplikasi ini sesuai dengan objektif yang hendak dicapai

D7.Tulisan yang terdapat dalam aplikasi tersebut adalah jelas

D8.Lokasi yang dipaparkan dalam aplikasi adalah jelas

D9.Foto yang dipaparkan dalam aplikasi adalah sangat menarik

D10.Aplikasi tersebut memudahkan saya mempelajari sesuatu topik dari peringkat rendah ke peringkat yang tinggi

D11.Perjalanan persembahan dalam aplikasi ini sangat memuaskan

D12.Pembelajaran menggunakan aplikasi dapat meningkatkan lagi kefahaman saya

D13.Saya berasa keyakinan diri akan bertambah jika aplikasi seumpama ini sering digunakan dalam sesi pembelajaran

D14.Aplikasi tersebut memudahkan saya mencapai maklumat topik yang dikehandaki

D15.Warna yang digunakan dalam aplikasi tersebut adalah sesuai

BAHAGIAN E

Minat Pelajar dalam Mata Pelajaran GeografiBil.Pernyataan12345

E1.Geografi adalah mata pelajaran yang saya minati.

E2.Saya seronok belajar penyelesaian masalah dalam Geografi

E3.Saya selalu membuat latihan penyelesaian masalah Geografisendiri di rumah.

E4.Semakin banyak saya mempelajari penyelesaian masalah dalam Geografi, semakin saya menyukainya.

E5.Saya akan cuba menjawab semua soalan penyelesaian masalah Geografi yang diberikan.

E6.Saya sentiasa menunggu nunggu masa untuk matapelajaran Geografi

E7.Adalah lebih menyeronokan jika Geografi tidak diajar di sekolah

E8.Saya sangat sukar untuk memahami konsep konsep dalam mata pelajaran Geografi

E9.Saya dapat mengaitkan mata pelajaran Geografi yang dipelajari dalam kehidupan seharian saya.

E10.Pengajaran Geografi di sekolah sangat berguna kepada saya.

E11.Saya tidak suka menangguhkan kerja sekolah Geografi.

E12.Mata pelajaran Geografi menambah pengetahuan saya tentang ilmu ilmu kehidupan seharian

E13.Saya akan berbincang dengan kawan semasa menjawab soalan penyelesaian masalah Geografi.

E14.Masalah-masalah harian yang berkaitan Kemahiran Geografi dalam mata pelajaran Geografi dapat saya selesaikan.

E15.Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam penyelesaian masalah Geografi.