Brochure Dadah

2
KAEDAH PENGGUNAAN Dadah atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan serta-merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem saraf pusat. Cara lain termasuk menghidu, suntikan intravaskular dan penghisapan. Kaedah penghisapan adalah kaedah biasa di kawasan Asia Tenggara kerana bekalan heroin yang tinggi ketulenannya. Kesan heroin masih boleh dirasai walaupun 80% daripada kesan tersebut musnah apabila dipanaskan. Pengenalan Dadah Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat. Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang Dadah Pengelasan Dadah Dadah boleh dikelaskan seperti berikut: OPIAT : heroin, morfin,candu mentah, candu masak dan kodeina KANABIS : ganja dan hasyis PENEKAN : bahan sedatif - hipnotik (jenis barbiturat dan bukan barbiturat) dan trankuilizer PERANGSANG: jenis amfetamin dan kokain

Transcript of Brochure Dadah

Page 1: Brochure Dadah

KAEDAH PENGGUNAAN

Dadah atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan serta-merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem saraf pusat. Cara lain termasuk menghidu, suntikan intravaskular dan penghisapan. Kaedah penghisapan adalah kaedah biasa di kawasan Asia Tenggara kerana bekalan heroin yang tinggi ketulenannya. Kesan heroin masih boleh dirasai walaupun 80% daripada kesan tersebut musnah apabila dipanaskan.

Pengenalan Dadah

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.

Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.

Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.

Dadah

Pengelasan Dadah

Dadah boleh dikelaskan seperti berikut:

OPIAT : heroin, morfin,candu mentah, candu masak dan kodeina

KANABIS : ganja dan hasyis

PENEKAN : bahan sedatif - hipnotik (jenis barbiturat dan bukan barbiturat) dan trankuilizer

PERANGSANG: jenis amfetamin dan kokain

HALUSINOGEN: LSD, meskalina dan psilosibina

Page 2: Brochure Dadah

NARKOTIK

Papaver somniferum - pokok popi yang boleh menghasilkan opiat.

Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan terbitan daripadanya atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahan narkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubat penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat patah tulang ataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit.

Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu papaver somniferum. Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan mengeluarkan (getah sejenis alkaloid yang bernama opiat )dan kemudiannya dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang kebanyakkannya berwarna perang. Kini candu mentah boleh dihasilkan secara sintetik dengan mengeluarkan alkaloid tersebut daripada pokok popi tua yang kering.

Candu mentah ini, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan alkaloid iaitu:

Kumpulan pertama : Morfin dan Kodeina

Kumpulan kedua : Papaverin dan Noskapin

Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan narkotik kumpulan pertama khususnya morfin.

Jenis-jenis Dadah,Bahayanya dan Cara-Cara Merawatnya

JENIS NARKOTIK

Jenis narkotik umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis morfin dan kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya terdiri antara 4% hingga 21%. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih. Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan. Alkaloid candu lain ialah kodeina. Kandungannya agak rendah iaitu 0.7% hingga 2.5%. Kebanyakan kodeina kini diperolehi daripada morfin dan didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya dalam perubatan agak meluas berbanding morfin khususnya sebagai ubat batuk.

BAHAYA NARKOTIK

Penggunaan narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat pengesahan pakar perubatan. Penyalahgunaan dadah terjadi apabila narkotik disalahgunakan dengan pelbagai kaedah yang merbahayakan. Ini termasuklah dengan menyuntik ke dalam vena (intravena), dipanggil saluran utama oleh penagih. Ada juga yang menyedutnya melalui hidung dan dihisap seperti rokok.

Seseorang penagih itu boleh dijangkiti pelbagai penyakit khususnya akibat perkongsian jarum suntikan yang kotor dan berulang-ulang. AIDS, Hepatitis serta keracunan darah merupakan penyakit yang sering berlaku. Apabila narkotik digunakan berulang kali ia menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlukannya setiap hari. Lama-kelamaan seseorang itu

akan merasa terikat kepada narkotik tersebut dan seterusnya menjadi ketagih.

KOKAIN

Kokain adalah berasal daripada pokok Erythroxylon coca yang tumbuh 1000 kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes.

Pada zaman dahulu daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia, chile dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan. Pes yang diperolehi daripada daun coca ini dijadikan bahan asas yang kemudiannya diproses menjadi kokain hidroklorida. Bentuk kokain yang terhasil ialah daun koka, pes koka dan kokain.

Dalam bidang perubatan kokain digunakan sebagai ubat bius serta untuk mengecutkan saluran darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan serta pembedahan kecil. Kes penyalahgunaan kokain kebanyakkannya berlaku di Amerika Syarikat. Kokain yang dijual secara haram merupakan sejenis serbuk putih yang telah

. KESIMPULAN

Secara kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padah berbanding kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasa dan amat sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan berkekalan selamanya.