Broser 3PM

3
MENGANDUNGI 11 ANJAKAN Terdapat 11 anjakan utama dalam pppm yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun menerusi 3 fasa: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa malaysia dan bebahasa inggeris Melahirkan rakyat malaysia dengan penghayatan nilai Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan Memastikan kepimpinan berpretasi tinggi ditempatkan di sekolah Mengupaya JPN,PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di malaysia Mentraformasi kebolehan upayaan dan kapasiti penyanpaian kementerian Bekerjasama dengan ibu bapa,komuniti,dan sektor swasta secara meluas. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung. TIMSS DAN PISA Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, risiko itu boleh dilihat melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu dikeluarkan oleh Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS). Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999. Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam keputusan pada kitaran pentaksiran untuk 2009 PISA (PISA 2009 ), penyertaan kali pertama Malaysia, yang mana kedudukan negara terletak di kelompok ketiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta, iaitu di bawah pencapaian purata antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). "Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains," menurut pelan itu. KBAT / HOTs KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI HIGHER ORDER THINKING SKILLS

description

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Transcript of Broser 3PM

Page 1: Broser 3PM

MENGANDUNGI 11 ANJAKAN

Terdapat 11 anjakan utama dalam pppm yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun menerusi 3 fasa:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa malaysia dan bebahasa inggeris

Melahirkan rakyat malaysia dengan penghayatan nilai

Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan

Memastikan kepimpinan berpretasi tinggi ditempatkan di sekolah

Mengupaya JPN,PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di malaysia

Mentraformasi kebolehan upayaan dan kapasiti penyanpaian kementerian

Bekerjasama dengan ibu bapa,komuniti,dan sektor swasta secara meluas.

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.

TIMSS DAN PISA

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, risiko itu boleh dilihat melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu dikeluarkan oleh Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).

Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999.

Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam keputusan pada kitaran pentaksiran untuk 2009 PISA (PISA 2009 ), penyertaan kali pertama Malaysia, yang mana kedudukan negara terletak di kelompok ketiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta, iaitu di bawah pencapaian purata antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

"Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains," menurut pelan itu.

KBAT / HOTs

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGIHIGHER ORDER THINKING SKILLS

Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan berupaya mencipta sesuatu.(KPM 2013)

Page 2: Broser 3PM

Aturcara Majlis Perasmian Penutup

UVUVUVUVUVUUVUVUVUV

11.55 pagi : Peserta mengambil tempat

: Bacaan Doa

: Ucapan Wakil Penganjuroleh En. Norawi bin Ali,Wakil CETREE

: Ucapan Perasmian Penutupoleh Tn. Hj. Abdul Ghani MatKetua Unit Sains & MatematikSektor Pengurusan AkademikJabatan Pendidikan Kelantan

:: Penyampaian Sijil

: Penyampaian Cenderahati

: Makan Tengahari

: Bersurai

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Tranformasi pendidikan negara seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan dilaksanakan dalam tiga gelombang.

Gelombang 1 (2013-2015) memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program.

Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.

"Menjelang akhir Gelombang 1, kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan," menurut pelan yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Dalam Gelombang 2 (2016-2020), kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula kementerian.

Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah yang disemak semula juga akan diperkenal dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

PPPM MENGANDUNGI 5 ASPIRASI

AKSES- 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada pra hingga menengah atas menjelang tahun 2020.

KUALITI - Negara dalam kelompok 1/3 teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

EKUITI - 50% pengurangan dalam jurang pencapaian(Bandar,Luar Bandar,Sosioekonomi,Gender)menjelang tahun 2010.

PERPADUAN - Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia`ada.

6 ASPIRASI MURID

PENGETAHUANKEMAHIRAN BERFIKIRKEMAHIRAN MEMIMPINKEMAHIRAN DWIBAHASAETIKA DAN KEROHANIANIDENTITI NASIONAL

Gelombang 3 (2021-2025) akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.

Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.

Bagi memastikan objektif PPPM terlaksana, kementerian juga akan melaksanakan beberapa tindakan, termasuk mengekalkan komitmen dan tumpuan dari kepimpinan atasan terhadap pelan ini, serta penubuhan satu unit kecil iaitu Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (Padu) untuk memacu pelaksanaan PPPM.

Padu akan mempunyai kuasa eksekutif dan berperanan memantau kemajuan, menyelesaikan isu pelaksanaan dengan pegawai bertanggungjawab dan berkomunikasi dengan pihak berkepentingan tentang transformasi.

Kementerian juga akan mewujudkan sistem pengurusan prestasi melalui KPI yang jelas, selain terus melibatkan pegawai kementerian dengan pihak berkepentingan yang lain untuk mendapatkan maklum balas dan input bagi memastikan keseluruhan sistem pendidikan terlibat dalam proses transformasi ini.