Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

download Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

of 20

description

Buat duit tanpa Fange yang mudah dan senang. Jom kita buat duit

Transcript of Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    1/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    1

    BAGAIMANA BUAT DUIT DIFACEBOOK,

    TANPA FAN PAGE?

    Oleh: Suhili Nain.

    Penulis Ebook, Rahsia Mengapa Mereka Kaya.

    Dibawakan oleh:

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    2/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    2

    PENDAHULUAN.

    Apabila membicarakan buat duit daripada Facebook, antara yang terlintas dalam

    fikiran ramai orang adalah buat Facebook Ads dan perlu ada Fan Page. Walau

    bagaimanapun, berdasarkan pengalaman pendek saya menjalankan bisnes di

    Facebook, majoriti pelanggan saya bukanlah daripada FB Ads atau Fan Page, tetapi

    kebanyakannya adalah daripada akaun Facebook peribadi.

    Saya juga mendapati, akaun FB seorang usahawan lebih mudah mendapat perhatiandan respon, berbanding Fan Page yang diasaskannya.

    Dalam catatan ringkas ini, saya akan berkongsi pada anda cara yang boleh anda

    praktik untuk menjana pendapatan daripada Facebook tanpa menggunakan Fan

    Page atau Facebook Ads. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk belanja iklan

    Facebook yang tinggi untuk melakukannya.

    Strategi ini saya dapat daripada pengalaman dan tip yang dikongsikan oleh

    usahawan-usahawan berjaya di laman Facebook serta berdasarkan pemerhatian

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    3/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    3

    terhadap apa yang mereka lakukan. Semua yang saya perolehi itu, saya kumpulkan

    dalam satu catatan, untuk membantu dan memberikan kemudahan kepada anda.

    Diharapkan, apa yang dikongsikan ini akan memberikan manfaat buat anda untuk

    menjana pendapatan daripada laman sosial Facebook. Sekiranya anda tidak pernah

    buat duit daripada Facebook, diharapkan catatan ini dapat membantu anda menjana

    RM1 yang pertama melalui Facebook.

    Saya doakan semoga anda berjaya di dunia dan di akhirat.

    Suhili Nain,

    Kota Kinabalu, Sabah.

    Facebook:https://www.facebook.com/suhili.nain.7

    Blog :www.notausahawan.com

    NOTA:

    Ebook ini adalah pemberian PERCUMA.

    Anda dialu-alukan untuk berkongsi ebook ini dengan rakan-rakan anda atau sesiapa

    sahaja, sama ada melalui Facebook, Blog, Emel, mahupun versi cetak.

    https://www.facebook.com/suhili.nain.7https://www.facebook.com/suhili.nain.7https://www.facebook.com/suhili.nain.7http://www.notausahawan.com/http://www.notausahawan.com/http://www.notausahawan.com/http://www.notausahawan.com/https://www.facebook.com/suhili.nain.7
  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    4/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    4

    SERTAI GROUP FACEBOOK SECARA PERCUMA!

    SUHILI NAINNOTAUSAHAWAN.COM

    Menyajikan Info Kewangan & Bisnes Kepada Anda.

    Untuk sertai klik sini Group FBNotaUsahawan.Com

    https://www.facebook.com/groups/249806171839593/https://www.facebook.com/groups/249806171839593/https://www.facebook.com/groups/249806171839593/https://www.facebook.com/groups/249806171839593/https://www.facebook.com/groups/249806171839593/https://www.facebook.com/groups/249806171839593/https://www.facebook.com/groups/249806171839593/https://www.facebook.com/groups/249806171839593/https://www.facebook.com/groups/249806171839593/https://www.facebook.com/groups/249806171839593/https://www.facebook.com/groups/249806171839593/https://www.facebook.com/groups/249806171839593/
  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    5/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    5

    1.SIAPA PENGGUNA SASARAN ANDA?

    Untuk buat duit melalui Facebook, perkara pertama yang anda perlu tetapkan adalah

    siapa penggua sasaran anda.

    Antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan baru di Facebook adalah tidak

    mengenali siapa sebenarnya pengguna sasaran atau prospek mereka. Perkara

    pertama yang mereka fikirkan apabila ingin memulakan bisnes di Facebook adalah

    produk, produk dan produk.

    Mereka bertanya, apakah produk yang hebat? Apakah produk yang berkualiti?

    Apakah produk yang tiada dijual di Facebook? Sedangkan perkara pertama yang

    sewajarnya mereka tanya adalah,

    Apakah produk yang dimahukan oleh pengguna atau rakan-rakan Facebook saya?

    Justeru, kenali siapa pelanggan anda. Apa jantina mereka, berapa umur mereka, apa

    yang mereka minat, dan siapa tokoh ikutan mereka di FB. Setelah anda kenal pasti,

    siapa mereka, anda perlu berusaha untuk fahami apa sebenarnya yang mereka

    mahu.

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    6/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    6

    Mengetahui kemahuan pelanggan adalah antara kunci kejayaan sesebuah bisnes.

    Jika anda tidak tahu apa sebenarnya yang pelanggan anda mahu, anda bakal

    menghadapi kerugian dalam bisnes yang dijalankan.

    Jual benda yang pengguna mahu, jual benda yang beri manfaat,

    jual benda yang Allah redha.

    Add Pengguna Sasaran Anda.

    Apabila anda telah kenal siapa pengguna sasaran and di FB, langkah seterusnya

    adalah add 10 orang pengguna sasaran anda setiap hari. Itu paling maksimum. Jika

    lebih, dibimbangi pihak Facebook akan menyekat anda daripada add pengguna FB

    lain dalam beberapa tempoh waktu.

    Sekiranya anda mensasarkan pengguna wanita yang berkeperibadian Islamik, kerana

    ingin meniaga busana muslimah, maka anda perlu add mereka setiap hari. Jangan

    pula, anda meniaga jual busana muslimah, tetapi setiap hari anda add lelaki di FB.

    Di mana mahu add mereka? Cari mereka di Fan Page tokoh yang mereka kagumi

    dalam FB. Ini membuatkan anda mempunyai pelanggan sasaran yang targeted dan

    jelas.

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    7/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    7

    Berdasarkan info yang saya pernah terima daripada Majalah Niaga, untuk buat jualan

    yang baik di Facebook, seseorang itu perlu ada lebih 2500 orang rakan FB yang

    berkualiti dan berpotensi menjadi pelanggan.

    Memenuhi Kehendak Pelanggan.

    Menjual bukan proses memanipulasi pengguna dan pelanggan, tetapi ia adalah

    situasi menang-menang (Win-win Situation). Pelanggan mendapat apa yang mereka

    mahu berupa produk atau servis dan kita mendapat apa yang kita mahu berupa

    kepuasan membantu dan keuntungan dalam bisnes.

    Baca secara percuma:

    - Bagaimana Memahami Pengguna & Jana Keuntungan?

    - Di Mana Mahu Cari Modal Bisnes?

    http://www.notausahawan.com/2013/10/bagaimana-memahami-pengguna-dan-jana.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/10/bagaimana-memahami-pengguna-dan-jana.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/09/di-mana-mahu-cari-modal-bisnes.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/09/di-mana-mahu-cari-modal-bisnes.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/09/di-mana-mahu-cari-modal-bisnes.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/10/bagaimana-memahami-pengguna-dan-jana.html
  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    8/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    8

    2.APA YANG BOLEH JANA PENDAPATAN?

    Terdapat dua benda yang boleh menjana pendapatan, iaitu sama ada anda menjual

    produk atau menyediakan servis yang dimahukan oleh pelanggan.

    Tidak Perlu Cipta Produk.

    Bagi berniaga di Facebook, anda tidak perlu untuk mencipta produk sendiri. Mulakan

    dengan menjadi seorang trader. Ini seperti mana pesan Puan Ainon Mohd, pengasas

    kepada PTS Media Group Sdn. Bhd.

    Borong produk yang pelanggan anda perlu daripada pembekal, kemudian jualkan ia

    di lama sosial Facebook.

    Tip Pilih Produk.

    Antara ciri-ciri produk yang boleh memberikan anda keuntungan yang besar adalah

    produk yang mempunyai repeat salesyang tinggi atau produk yang pelanggan anda

    perlu dapatkan berkali-kali.

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    9/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    9

    Contoh produk yang mempunyai repeat sales yang tinggi adalah produk makanan

    dan kesihatan. Setiap hari ada sahaja orang yang makan, dan setiap bulan ada

    sahaja orang yang memerlukan produk kesihatan.

    Dengan menjual produk yang mempunyai repeat sales yang tinggi ia akan membuka

    peluang untuk anda menjana pendapatan berkali-kali daripada pelanggan yang

    sama, tanpa perlu menjual banyak produk.

    Jika anda mahu menjana pendapatan dengan produk yang mempunyai repeat sales

    yang rendah, jarang dibeli atau hanya dibeli sekali oleh pelanggan; anda perlu

    mencari lebih ramai pelanggan untuk membelinya, atau anda jual produk yang

    pelbagai kepada pelanggan yang sama.

    Misalnya bisnes buku. Anda tidak boleh menjana keuntungan lumayan dengan

    menjual sebuah buku sahaja. Ini kerana, tiada orang yang membeli buku yang sama

    berkali-kali. Justeru, anda perlu jual pelbagai buku kepada pelanggan anda atau

    anda jual sebuah buku tersebut kepada pelanggan yang ramai.

    Kebiasaan, Produk Mempunyai Jangka Hayat.

    Di dalam buku Marketing Secrets dinyatakan kebiasaannya kebanyakan produk

    mempunyai jangka hayat. Ada yang yang mempunyai jangka hayat beberapa bulan,

    kemudian sambutan pengguna terhadap produk tersebut mulai menurun. Oleh itu,

    seorang peniaga atau usahawan perlu ada perancangan untuk menjual produk yang

    seterusnya.

    Sebaik-baiknya jual produk yang berbentuk keperluan. Bukan produk dalam kategori

    kemahuan atau barang mewah.

    Gunakan Strategi Agen.

    Usah risau, jika anda kurang mahir menjual. Ini kerana, anda boleh gunakan strategi

    agen.

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    10/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    10

    Fahami dua situasi di bawah ini:

    1.Anda beli 100 produk dengan harga borong, lalu anda jual seorang diri.

    Untung, anda yang sendiri nikmati, tanpa perlu berkongsi.

    2.Anda beli 100 produk dengan harga borong, dapatkan agen dropship daripada

    kalangan rakan FB anda. Setiap jualan yang mereka buat, beri mereka

    komisyen. Anda dapat untung, mereka juga dapat untuk.

    Jika anda membuat pilihan pertama, jualan yang anda lakukan adalah terhad. Anda

    terpaksa bergerak seorang diri. Walau anda nikmati margin keuntungan besar, tetapi

    anda perlu bekerja keras.

    Jika anda membuat pilihan kedua, jualan yang anda lakukan berpotensi lebih tinggi.

    Ini kerana anda bergerak secara berjemaah. Walau margin keuntungan tidak tinggi,

    tetapi dengan jualan yang tinggi anda mampu menjana pendapatan lumayan.

    Teknik agen ini biasa digunakan oleh para usahawan internet untuk memasarkan

    produk mereka melalui sistem affiliate dan droship.

    Servis & Perkhidmatan.

    Untuk bisnes yang berasaskan servis pula, ia bergantung kemahiran dan kepakaran

    yang anda miliki dan keperluan pengguna.

    Sekiranya anda mahir menulis ayat iklan yang berpengaruh, anda boleh

    menyediakan khidmat Copywriting, menulis ulasan produk, atau menjana

    pendapatan melalui affiliate.

    Sekiranya anda mahir dalam rekaan grafik dan penggunaan Adobe Photoshop, anda

    boleh buat duit dengan sediakan servis rekaan poster dan sebagainya.

    Baca secara percuma:

    - Apa Produk yang Laris Dijual di Internet?

    http://www.notausahawan.com/2013/08/apakah-produk-yang-laris-dijual-di.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/08/apakah-produk-yang-laris-dijual-di.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/08/apakah-produk-yang-laris-dijual-di.html
  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    11/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    11

    3. MENGAPA PROSPEK BELI DARIPADA ANDA?

    Apakah sebabnya pelanggan anda membeli produk dan mendapatkan servis anda,

    dan bukannya orang lain?

    Antara jawapan buat soalan tersebut adalah disebabkan kepercayaan mereka

    terhadap anda. Mereka percaya bahawa anda boleh memberikan servis yang baik,

    anda seorang yang jujur dan dipercayai serta produk yang anda cadangkan

    memberikan manfaat kepada mereka.

    Dengan kepercayaan yang wujud, mereka akan rasa selamat untuk menyerahkan

    wang kepada anda, tanpa ragu-ragu.

    Tip Bina Kepercayaan & Kredibiliti.

    Amalkan tip berikut untuk membina kepercayaan, kredibiliti dan jenama melalui FB:

    1. Gunakan gambar anda sendiri atau gambar yang sesuai dengan bisnes anda.

    Jika bimbang timbulkan fitnah, terutama bagi muslimah, gunakan sahaja

    gambar yang kecil, atau gambar atau logo bisnes anda.

    2. Gunakan nama yang jelas di FB anda. Tidak terlalu panjang.

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    12/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    12

    3. Dalam ruang tentang diri anda, nyatakan dengan jelas apa sebenarnya yang

    anda lakukan dan bisnes anda.

    4.

    Tulis status FB anda dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).5. Kongsikan informasi dan ilmu yang disukai pengguna sasaran dan berkaitan

    bisnes anda. Lakukan dengan konsisten, hingga anda berjaya bina kredibiliti

    dan kepercayaan.

    6. Berinteraksi bersama rakan FB anda. Like dan komen status dan perkongsian

    rakan FB anda. Berikan respon.

    7. Tinggalkan catatan dan komen Fan Page dan akaun FB orang yang berautoriti

    berkaitan bisnes anda. Lebih power chat dan mesej mereka.8. Kirimkan gambar-gambar berkaitan bisnes anda. Contoh gambar barangan-

    barangan yang mahu dipos atau gambar hasil kerja yang anda mahu

    selesaikan.

    9. Jangan buat SPAM!

    Jalinkan hubungan yang baik dengan orang ramai dan jadi orang yang disenangi.

    Diawal bisnes fokuskan promosikan diri anda terlebih dahulu. Andai anda terlebih pos

    status berkenaan produk, anda mungkin menghadapi risiko dianggap melakukan

    SPAM.

    Praktik secara konsisten.

    Buat Facebook Group.

    Selain perkara di atas, anda juga boleh membina sebuah group dan jemput rakan-

    rakan FB anda atau pengguna yang anda sasarkan ke dalam group tersebut.

    Daripada group tersebut, bina hubungan baik dengan orang lain dengan membantu

    mereka dan berkongsi ilmu-ilmu yang mereka mahu secara percuma. Ini antara

    digunakan oleh Pn. Ainon Mohd, pengasas PTS Media Group Sdn. Bhd dalam proses

    meluaskan lagi pengaruh beliau dan Ainon Business School.

    Awas! Jangan add orang lain ke dalam group anda, tanpa persetujuan mereka.

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    13/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    13

    Jemput rakan dan prospek anda ke dalam group dengan teknik Permission Marketing

    dan bina pengaruh dengan strategi Content Marketing. Sediakan ebook percuma

    atau info percuma dalam group, dan buat pengumuman melalui FB anda, sesiapamahu ebook atau info percuma, mereka perlu masuk ke dalam group tersebut.

    Baca secara percuma:

    - 4 Sumber Kekuatan Magnet Pengaruh.

    - Pikat Pelanggan dengan Bahasa Sopan.

    - Content Marketing, Bina Kredibiliti dengan Informasi.

    -

    6 Soalan Membina Strategi Content Marketing.

    Bagaimana kemas kini status Facebook anda secara automatik, tanpa perlu

    berada depan komputer, tanpa perlulog in Facebook sepanjang masa?

    Klik di sini untuk jawapannya Robot Facebook.

    http://www.notausahawan.com/2013/09/4-sumber-kekuatan-magnet-pengaruh.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/09/4-sumber-kekuatan-magnet-pengaruh.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/09/pikat-pelanggan-dengan-bahasa-sopan_3.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/09/pikat-pelanggan-dengan-bahasa-sopan_3.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/09/content-marketing-bina-kredibiliti.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/09/content-marketing-bina-kredibiliti.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/10/6-soalan-membina-strategi-content.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/10/6-soalan-membina-strategi-content.htmlhttp://robotfb.ashadee.com/go/ebook001/http://robotfb.ashadee.com/go/ebook001/http://robotfb.ashadee.com/go/ebook001/http://robotfb.ashadee.com/go/ebook001/http://robotfb.ashadee.com/go/ebook001/http://www.notausahawan.com/2013/10/6-soalan-membina-strategi-content.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/09/content-marketing-bina-kredibiliti.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/09/pikat-pelanggan-dengan-bahasa-sopan_3.htmlhttp://www.notausahawan.com/2013/09/4-sumber-kekuatan-magnet-pengaruh.html
  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    14/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    14

    4.BAGAIMANA TEKNIK MUDAH COPYWRITING?

    Copywriting merujuk kepada penulisan berkaitan ayat iklan.

    Apa Manfaat Pengguna Dapat?

    Tip untuk buat ayat iklan yang berkesan adalah dengan menyatakan manfaat produk

    anda, dan bukan ciri produk semata-mata. Ciri produk adalah merujuk kepada benda

    fizikal yang boleh disentuh dan dilihat, sedangkan manfaat merujuk kepada kebaikan

    yang dinikmati dan dirasai oleh jiwa.

    Peter Spalton menyatakan dalam Marketing Secrets, Orang ramai tidak

    mementingkan ciri-ciri, mereka membeli berdasarkan bagaimanakah produk itu

    dapat menyenangkan mereka.

    Jika anda menjual produk kecantikan, mungkin berikut adalah contoh manfaatproduk kecantikan anda kepada pengguna:

    - Menghaluskan kulit wajah.

    - Bahan yang mesra alam dan daripada bahan semula jadi.

    - Bertindak pantas, dan berkesan dalam masa seminggu.

    - Harga yang murah dan berpatutan, tetapi setanding dengan produk

    berjenama.

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    15/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    15

    - Harum dan wangi sehingga 8 jam.

    Jika anda jelaskan ciri-ciri, anda akan menyebutkan nama-nama saintifik atau bahan-

    bahan untuk membuat produk tersebut.

    Tn. Zahrul Azua, seorang trainer, Copywriter dan penulis buku Rahsia Membina

    Senjata Jualan menyatakan, pelanggan kebanyakannya tidak peduli dengan ciri-ciri

    produk dan kurang faham tentangnya. Mereka hanya mahu tahu apa manfaat,

    kebaikan dan kelebihan yang bakal diperolehi daripada produk dan servis kita.

    Keadaan Tertentu.

    Walau secara asalnya teknik Copywriting menyatakan pengguna hanya mahu tahu

    manfaat; bukan ciri-ciri produk, terdapat produk tertentu yang anda perlu nyatakan

    ciri produk anda. Misalnya, ketika menjual produk elektronik seperti komputer,

    telefon, kamera dan pendrive.

    Saat menjual produk sedemikian tidak cukup sekadar menyatakan pendrive yang

    anda jual boleh menyimpan banyak maklumat, anda juga perlu nyatakan berapakapasiti atau saiz data yang boleh dimuatkan di dalamnya.

    Bila anda menjual telefon anda perlu nyatakan berapa pixel kamera telefon tersebut,

    berapa lama bateri telefon tersebut boleh bertahan, jenama, berat dan saiznya.

    TeknikTiruvasi.

    Tip buat Copywriting mudah, adalah denganTeknik Tiruvasi. Perkataan Tiruvasi ini

    saya ketahui daripada Syaizul Amal dan isterinya Ain Maisarah, penulis novel dan

    usahawan yang berjaya.

    Untuk mengaplikasikan teknik Tiruvasi dalam Copywriting, gunakan cara berikut.

    Cari ayat-ayat iklan yang berada di internet, tiru bentuknya dan buat inovasi dengan

    mengubah mana-mana bahagian daripada teks iklan tersebut agar sesuai dengan

    produk anda. Jadikan ia teks yang kelihatan berbeza.

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    16/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    16

    Contoh anda jual produk menguruskan badan. Anda jumpa header berikut di

    internet:

    Bagaimana tampil cantik dan menawan dalam masa 3 hari?

    Tukarkan menjadi,

    Bagaimana kuruskan badan dan menawan dalam masa 3 minggu?

    Dengan teknik ini anda tidak perlu susah-susah menghasilkan ayat iklan sendiri. Cari

    sahaja ayat iklan orang lain dan buat perubahan. Tetapi, jangan tiru bulat-bulat.

    Buat perubahan mana yang perlu, agar sesuai dengan diri anda. Mudah bukan?

    Berdasarkan pembacaan saya, terdapat Copywriter atau penulis ayat iklan yang

    mengumpul teks-teks iklan sama ada poster dan surat jualan. Apabila mereka ingin

    menghasilkan ayat iklan yang ditempah, maka mereka akan membuka benda yang

    mereka telah kumpulkan untuk dijadikan inspirasi menurut ayat iklan yang baru.

    Namun, sekiranya itu tidak cukup buat anda dan anda benar-benar serius ingin

    belajar teknik Copywriting seperti pakar, anda boleh dapatkan ebook ini: Rahsia

    Membina Skrip Jualan di FB.

    http://www.skripjualan.com/hop.php?ref=snshttp://www.skripjualan.com/hop.php?ref=snshttp://www.skripjualan.com/hop.php?ref=snshttp://www.skripjualan.com/hop.php?ref=snshttp://www.skripjualan.com/hop.php?ref=snshttp://www.skripjualan.com/hop.php?ref=sns
  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    17/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    17

    5.BAGAIMANA BUAT VIRAL & IKLAN PERCUMA?

    Viral adalah keadaan di mana sesuatu benda tersebar dengan meluas dan mendapat

    sambutan. Status Facebook yang menjadi viral adalah satu perkara yang disukai oleh

    ramai usahawan internet. Ia mudah dan mengurangkan kos, serta boleh jadi

    percuma.

    Untuk mendapatkan iklan yang berstatus Viral anda boleh menggunakan teknik

    berikut.

    Teknik Like, Comment & Share.

    Contoh situasi. Anda buat satu iklan produk yang anda jual di laman sosial Facebook.

    Nyatakan segala butiran harga dan cara mendapatkan produk yang anda jual.

    Pada akhir ayat-ayat iklan itu nyatakan:

    Komen Saya Mahu! dan klik butang Kongsi untuk mendapatkan diskaun 30 %bagi pembelian produk ini, kemudian tunggu saya PM anda!

    Dengan ayat ini, pelanggan anda dengan sendirinya akan kongsi iklan anda di

    Facebook mereka, lalu memberikan peluang untuk iklan anda tersebut lebih luas

    secara percuma.

    Boleh juga anda lakukan tanpa meminta pelanggan anda kongsi iklan tersebut.

    Teknik Seruan Viral ini anda boleh tulis secara langsung di kapsyen gambar iklan

    anda atau melalui Private Messagekepada pelanggan yang berminat mendapatkan

    produk anda.

    Tanpa FB Ads dan tanpa kos iklan, anda boleh buat viral dan sebaran meluas di

    Facebook.

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    18/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    18

    Biasanya pelanggan hanya akan like, comment atau share apabila perbuatan itu

    memberi manfaat buat mereka. Justeru, sediakan manfaat yang mereka bakal

    perolehi dengan berbuat sedemikian.

  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    19/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    19

    PENUTUP.

    Apa yang saya kongsikan dengan anda adalah hasil pemerhatian terhadap

    usahawan-usahawan internet di laman Facebook, yang telah berjaya menjana

    pendapatan yang lumayan.

    Amalkan teknik dan strategi di atas secara konsisten, dan lihat bagaimana kesannyaterhadap bisnes anda. Bertindak dengan segera, kemudian bersabar menanti pokok

    usaha yang anda tanam untuk berbuah.

    Walau beratus buku rahsia kejayaan yang kita baca, kita tidak akan berjaya selagi

    tidak bertindak dan mempraktikkan rahsia kejayaan itu!

    Apa Pendapat Anda Tentang Ebook Ini?

    Sila kongsikan testimoni dan pendapat ke mesej FB saya melalui di pautan di bawah:

    Klik sini https://www.facebook.com/messages/suhili.nain.7

    Dapatkan lebih banyak info bisnes di blog:www.notausahawan.com

    https://www.facebook.com/messages/suhili.nain.7https://www.facebook.com/messages/suhili.nain.7http://www.notausahawan.com/http://www.notausahawan.com/http://www.notausahawan.com/http://www.notausahawan.com/https://www.facebook.com/messages/suhili.nain.7
  • 5/19/2018 Bagaimana Buat Duit Tanpa Fan Page

    20/20

    www.notausahawan.com Suhili Nain

    20

    BAGAIMANA PULA BUAT DUIT DENGAN FAN PAGE?

    Secara asasnya anda boleh buat duit walau menggunakan akaun peribadi sahaja.

    Namun, sekiranya anda mahu peluang untuk menjana pendapatan dengan lebih

    lumayan daripada Facebook, tiada cara lain melainkan anda perlu mempunyai Fan

    Page anda sendiri.

    Di atas ini adalah FB Cash Formula daripada Tuan Rahman Basri & Syed Faiz. Ia

    mendedahkan kepada anda bagaimana strategi buat duit di Facebook denganmenggunakan Fan Page. Untuk lebih terperinci mengenainya anda boleh klik gambar

    di atas, atau klik sini Saya Mahu Buat Duit Di FB, Dengan Fan Page!

    http://special.ashadee.com/go/15/ebook001/http://special.ashadee.com/go/15/ebook001/http://special.ashadee.com/go/15/ebook001/http://special.ashadee.com/go/15/ebook001/http://special.ashadee.com/go/15/ebook001/