buat padang

download buat padang

of 13

Transcript of buat padang

Assalamualaikum & salam sejahtera

Penat rasanya hari ini. Pukul 5.30 petang baru sampai ke rumah. Walaupun hari ini hari cuti saya perlu kesekolah untuk menyiapkan gelanggang untuk acara balapan bagi sukan tahunan sekolah. Minggu lepas perjumpaan rumah sukan telah bermula dan latihan rumah sukan telah juga bermula. Jadi untuk memastikan latihan rumah sukan dapat dijalankan dengan sempurna, gelanggang perlu disiapkan dengan secepat mungkin. Gelanggang ini sepatutnya disiapkan sabtu yang lalu tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ia terpaksa disiapkan pada hari ini. Syukur hari ini cuti, jadi dapatlah gelanggang ini disiapkan sepenuhnya. Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk menyiapkan sebuah gelanggang untuk acara balapan dengan anda semua. Bermula dari padang kosong hingga siap sebuah gelanggang bagi acara 400 m, 200 m, 4 x100 m dan 4 x 200m. Sebagai seorang naib setiausaha sukan tugas saya adalah untuk memastikan gelanggang siap sebelum latihan rumah sukan. Sebenarnya untuk menyiapkan sebuah gelanggang olahraga adalah tidak sesukar mana jika anda tahu caranya. kira jam sepuluh pagi tadi saya bersama 4 orang guru lelaki dan GPK kokurikulum memulakan tugas untuk menyiapkan gelanggang bagi acara olahraga sukan sekolah. Peralatan yang diperlukan ialah;

1. Bata blok Sekurang-kurangnya 3 ketul atau anda boleh menggunakan peralatan yang lain yang mempunyai sudut tegak. 2. Tali secukup rasa Tak kisahlah tali apa pun tapi biarlah sesuai seperti tali raffia atau tali plastik. 3. Pita pengukur Kalu boleh lebih dari dua. Panjangnya mestilah lebih dari 100m. 4. Cat spray 4 tin. 5. Minyak hitam secukupnya. Kalau boleh minyak hitam bas. 6. Kereta tolak minyak hitam. (Tak tahu nama yang sesuai) 7. Pancang secukupnya. Biasanya kami gunakan batang penyapu. 8. Dan lain-lainnya yang dirasakan perlu Sebelum membina sesebuah gelanggang, anda perlu membina sebuah segi empat tepat dahulu.Mula-mula buat satu garisan dengan menggunakan tali raffia di salah satu sisi padang sekolah anda. Tarik semaksimum mungkin jika anda ingin menggunakan gelanggang yang luas dan padang sekolah anda adalah sempit seperti padang sekolah saya. Tarik serenggangnya tali tersebut dan matikan ikatanya. Sekarang tarik tali dari sisi tadi untuk membina lebar segi empat tepat tersebut. Cara untuk mendapatkan sudut tepat adalah dengan menggunakan bata sebagai panduan. Letak bata pada tali sisi padang anda dan pastikan sisi bata tersebut menyentuh tali sisi padang tersebut. Kemudian tarik tali untuk menanda lebar segiempat pandang anda. Pastikan tali tersebut menyentuh lebar bata seperti gambar dibawah.

Tarik tali tersebut sehingga ukuran yang anda mahu dan matikan ikatanya. Matikan ini bermaksud, ikat pada pancang. Kemudian lakukan perkara yang sama pada lebar segiempat padang anda yang lagi satu. Akhir sekali tarik tali dari hujung lebar segi empat padang anda ke satu lagi hujung lebar segi empat padang anda dan matikan ikatan tersebut. Ukur panjang setiap sisi dan lebar segiempat padang anda. Adakah ukuran bagi setiap sisi dan lebar sama? Jika ya maka segiempat anda adalah tepat Tahniah! Langkah berikut adalah membina trek. Anda perlu mebina trek lurus dahulu sebelum membina trek melengkung. Tetapi sebelum anda membina trek lurus anda perlu mengetahui titik permulaan trek melengkung anda. Caranya ialah, anda perlu mengukur lebar segiempat padang anda. Ambil titik tengahnya. Kemudian ukur dari hujung setiap sisi segiempat padang anda dengan menggunakan jarak titik tengah lebar segi empat padang anda tadi. Jarak dari hujung bagi setiap sisi segiempat padang anda adalah titik permulaan bagi trek melengkung anda. Bagi jarak tersebutlah akan digunakan untuk membina trek lurus anda.

Sekarang sambung titik-titik trek melengkung anda dengan menggunakan tali raffia. Di sini bermulanya trek lurus anda. Sekarang ukur jarak bagi lebar setiap trek anda pada tali tersebut dan tandakan dengan menggunakan pancang. Biasanya lebar bagi trek adalah 1 m. Dan biasanya bilangan trek adalah 8. Hubungkan hujung-hujung trek lurus anda dengan menggunakan tali seperti gambar di bawah.

Tali perlu diikat pada pancang dan pancang perlu dipacak jauh sedikit dari hujung trek lurus untuk memudahkah waktu mengelek minyak. Dan hasil sambungan tali adalah seperti gambar berikut.

Sekarang gelek tali tersebut dengan menggunakan kereta gelek minyak seperti gambar di bawah.

Pastikan tali anda berada ditengah-tengah roda. Lakukan di kedua-dua sisi trek anda. Sekarang tiba masanya untuk membina trek melengkung pula. Untuk mendapat lengkungan yang catik anda perlu membina dengan lebih berhatihati. Memang agak sukar tetapi jika anda melakukan dengan bersungguhsungguh dan berhati-hati, insyaallah hasilnya akan membuat anda tersenyum.

Langkah yang kami gunakan ialah dengan memacak satu panjang ditengah garis lebar yang ditentukan diawal tadi. kemudian satu tali panjang ditarik dari pusat tersebut. Tali tersebut dipastikan longgar agar ia mudah berpusing mengikut pergerakan penanda. Tali tersebut juga dipastikan agar sentiasa tegang. Di sini kami menggunakan cat spray untuk menanda sebelum digelek dengan minyak. Gambar di bawah mungkin membantu pemahaman anda.

Cikgu Wafi (Setiausaha sukan) sedang menarik tali dan memastikan tali tersebut sentiasa tegang sementara Cikgu Naswadi & Cikgu Hakimi menanda laluan dengan menggunakan cat spray. Laluan tersebut bakal digelek oleh Cikgu Zaimi dengan kereta gelek minyaknya.

Pastikan tanda ditanda dengan jelas

Tanda-tanda yang dibuat sebelum digelek.

Ini pula gambar lengkungan yang telah siap digelek dengan kereta minyak. Lakukan perkara yang sama untuk satu bahagian lagi. Setelah 3 setengah jam bekerja, kami pun berjaya menyiapkan gelanggang tersebut. Kami mengambil sedikit masa lagi untuk menyiapkan trek 100 meter. Panjang padang sekolah kami tidak muat untuk acara trek 100 meter jadi terpaksa membuat trek yang menyilang padang. Hari ini kami juga berjaya menyiapkan 2 gelanggan untuk acara lontar peluru. Baiklah sekian sahaja buat kali ini. Wassalam Cikgu Farizal

22 Responses to Jom Buat Gelanggang!1. syiaJanuary 24th, 2008 at 2:04 pm

Says:

teringat zaman sek dulu tengok abg2 senior dgn cikgu buat garisan2 kat padang

sukannye bile? 2. Cikgu Farizal Dot Com Pertanding Catur MSSMKL 2008January 24th, 2008 at 4:58 pm

Says:

[...] alamat penuh. Surat tersebut saya ambil semalam di sekolah semalam. Syukurlah selepas siapkan padang semalam Penolong Kanan 1 datang ke sekolah, jadi dapatlah saya meminta kebenaran beliau untuk mengambil [...] 3. Cikgu Farizal Says:

January 24th, 2008 at 5:00 pm

Wah, ingatkan syia yang join buat padang! Kalau Syia yang join mesti lagi ramai senior yang turun Sukan pada 29 March 2008. 4. aunty Says:

January 27th, 2008 at 2:09 am

ermterima kasih sangat3 banyak kepada cikgufarizalcoz letak artikel ini..Memang dapat dimanfaatkan oleh semua guru..walaupun bukan guru pj/sukan.. Aunty rasa elok juga guru perempuan samada yang mengajar PJ or not melengkapkan diri dengan ILMUs pembuatan gelanggang nih coz disamping dapat membantu guru lelaki(yang bilangannyer amat sedikit di setiap sekolah) dapat juga bagi in house training kat pelajar tahap 2 Dengan penguasaan ilmu buat gelanggang nih dikalangan murid-murid insyaallah tahun 2009 nanti tak perlulah cikgu bersusah payah n bertungkus lumus nak buat gelanggang lagi coz murid-murid boleh membantuInsyaallah..Bak kata pepatah BERAT SAMA DIPIKULRINGAN SAMA DIJINJING

5. sam

January 29th, 2008 at 12:59 am

Says:

salam, trima kasih kerana berkongsi ilmu. sy pun baru shj selesai menggelek padang utk sukan pd 5 feb nanti. Untk garisan melengkong,kami gunakan sbtang kayu seperti penyidai kain. dihujungnya seperti lastik yg lebarnya 1 m. kira mcm lastik gergasi. org yg menarik kayu akan melihat satu hujung kayu mengikut garisan yg siap, yg menggelek akan melihat satu lagi hujung kayu tadi. kdg2 garisan lurus pun, kami bantai pakai lastik ni jugak. ttapi utk garisan lurus lebih afdal pakai tali. 6. Cikgu Farizal Says:

January 29th, 2008 at 5:09 pm

Oooo Best juga cara tu. Tq Sam kerana berkongsi ilmu 7. Cikgu Farizal Dot Com Gali Lubang IFebruary 1st, 2008 at 11:07 pm

Says:

[...] untuk menyiapkan gelanggang untuk acara lompat jauh. Setelah minggu lepas berjaya menyiapkan gelanggang untuk acara larian maka minggu ini tibalah pula masanya untuk menyiapkan gelanggang lompat [...] 8. cikgu ramlee Says:

February 14th, 2008 at 11:26 pm

assamualaikum..cikgu leh tlg ajar wat gelanggang lontar peluru 9. Cikgu Farizal Says:

February 15th, 2008 at 10:13 pm

Insyaallah Cikgu 10. fauzi Says:

July 22nd, 2008 at 10:00 pm

saya pun baru siap buat padang ngan member cikgu yang lain. cuma saya nak tanya cikgu, camner cikgu buat pengiraan untuk menentukan

starting blok untuk cara 200M jika panjang trek ialah 200M. Semoga kita dapat berkongsi ilmu dan pengalaman .TQ. 11. salina Says:

January 28th, 2009 at 7:07 pm

Syabas kerana menjadi guru yang baik. tak terlinats nak buka blog ini. mula-mula nak cari info tentang olahraga. tapi banyak pula yang saya belajar dar blog ini. tq. 12. khalid Says:

January 29th, 2009 at 1:29 pm

ALHAMDULILLAH ADA GAK TEMPAT NAK MENGADU. TQ YE, CIKGU 13. ainul Says:

January 31st, 2009 at 10:02 pm

terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu..susah nk cari website dlm bhs melayu yg ajar cara2 mcm ni..mula2 nk cari bahan tuk assigmnt Olahraga..bila dh baca terlayan laa pulak..syabas terus kan usaha 14. epul Says:

June 1st, 2009 at 11:52 pm

cikgu ada ukuran sebenar untuk trak 200m, 300m dan 400m 15. asan Says:

September 30th, 2009 at 7:51 am

salam.sy memerlukan ukuran untuk padang 200 meter, boleh tolong send kepada sy tak cikgu padang skolah baru siap,jadi xde ukuran tuh. 16. Jame Reeves Says:

October 2nd, 2009 at 2:56 pm

Terima kasih cikgu diatas bantuan web cikgu ni. Pada saya web ni sangat berguna terutama kepada guru guru sukan. Bagaimana pula jika

kita orang nak menyumbang sedikit cikgu boleh tak. Supaya nanti apa aje yang berkaitan dengan kegiatan Ko-Kurikulum, maka guru guru sukan di Malaysia boleh dapatinya di sini. 17. dno Says:

January 10th, 2010 at 1:11 am

cikgu ade ukuran untuk trek 100 m (bkn 100 m lurus) kira macam trek 400 gak. padang sekolah kecik la 18. mohd fadhil Says:

January 10th, 2010 at 6:44 pm

askum.. apa kaba cikgu.. bleh x kalo saya nak minta ukuran utk trek 200m sepusingan ni.. dulu ada tp dah xtau gi mana la.. hehehe.. x ingat jarak antara garisan lurus sebelah sini dan sebelah sana brapa meter.. dan juga utk jarak setiap garisan permulaan larian 200m.. tq krn mberi phatian.. adikpekan.blogspot.com [email protected] 19. najib bin yunos Says:

March 3rd, 2010 at 10:32 pm

a.kum,bagi ukuran tepat untuk padang sekolah 200m sepusingan.sekolah saya boleh buat 200m aje sepusingan,100m saya buat lurus.tq 20. jamil Says:

March 5th, 2010 at 6:09 am

tahniah & terima kasih. klu boleh cara ukur stage pula. 21. krul Says:

August 16th, 2010 at 4:43 pm

salam.. saya amat berharap cikgu farizal dpt menjelaskan lg tentang membuat balapan ni. saya kurang jelas pd bhg ini. andai ada lakaran atas kertas, tentunya lebih jelas. ((Anda perlu mebina trek lurus dahulu sebelum membina trek melengkung. Tetapi sebelum anda membina trek lurus anda perlu mengetahui titik permulaan trek melengkung anda. Caranya ialah, anda perlu mengukur lebar segiempat padang anda. Ambil titik tengahnya. Kemudian ukur dari hujung setiap sisi segiempat padang anda dengan menggunakan jarak titik tengah lebar segi empat padang anda tadi. Jarak dari hujung bagi setiap sisi segiempat padang anda adalah titik permulaan bagi trek melengkung anda. Bagi jarak tersebutlah akan digunakan untuk membina trek lurus anda. Sekarang sambung titik-titik trek melengkung anda dengan menggunakan tali raffia. Di sini bermulanya trek lurus anda. Sekarang ukur jarak bagi lebar setiap trek anda pada tali tersebut dan tandakan dengan menggunakan pancang. Biasanya lebar bagi trek adalah 1 m. Dan biasanya bilangan trek adalah 8. Hubungkan hujung-hujung trek lurus anda dengan menggunakan tali seperti gambar di bawah.)) harap mendapat tunjuk ajar.. sekian terima kasih.. 22. airun Says:

October 12th, 2010 at 8:08 pm

Salam, saya nak tahu ukuran antara peserta lorong 1 hingga 8 untuk acara 200m,400m,4x100m,4x200m,dan 4x400m. Terima kasih