Buku Cerita Badang

24
Pada zaman dahulu, tersebut kisah seorang hamba bernama Badang. Badang tinggal di sebuah kampung yang bernama Sayung. Badang diberikan tugas oleh tuannya untuk menebas hutan dan membersihkan semak-samun di sebuah bukit. Tempat itu hendak dijadikan kawasan untuk berhuma. Berhampiran tempat Badang menebas itu terdapat sebatang anak sungai. Badang gemar menahan lukah di sungai itu. Namun Badang berasa hampa kerana lukah yang ditahannya tidak pernah mendatangkan hasil tangkapan. Namun, begitu, sisik dan tulang ikan banyak ditemui di tepi lukahnya. Badang bertambah hairan. "Siapakah yang makan ikan mentah?" dia bertanya dalam hatinya. Akhirnya, Badang mengambil keputusan ingin 21

description

buku cerita

Transcript of Buku Cerita Badang

Page 1: Buku Cerita Badang

Pada zaman dahulu, tersebut kisah seorang hamba bernama Badang. Badang tinggal di sebuah kampung yang bernama Sayung. Badang diberikan tugas oleh tuannya untuk menebas hutan dan membersihkan semak-samun di sebuah bukit. Tempat itu hendak dijadikan kawasan untuk berhuma.

Berhampiran tempat Badang menebas itu terdapat sebatang anak sungai. Badang gemar menahan lukah di sungai itu. Namun Badang berasa hampa kerana lukah yang ditahannya tidak pernah mendatangkan hasil tangkapan.

Namun, begitu, sisik dan tulang ikan banyak ditemui di tepi lukahnya. Badang bertambah hairan. "Siapakah yang makan ikan mentah?" dia bertanya dalam hatinya. Akhirnya, Badang mengambil keputusan ingin mengintai siapakah yang mencuri ikan di dalam lukahnya itu

1

Page 2: Buku Cerita Badang

Pada suatu hari, Badang mengambil keputusan untuk mengintai dari sebalik banir kayu. Badang ingin tahu siapakah yang telah mencuri ikan di dalam lukahnya. Alangkah terkejutnya Badang apabila terlihat seekor hantu sedang makan ikan dalam lukahnya. Bentuknya tubuhnya, besar dan panjang, badannya merah seperti api, matanya seperti matahari terbit, rambutnya seperti raga dan janggut sampai ke pusat. ‘Oh,ini rupanya lembaga yang makan ikan-ikanku!”, kata Badang di dalam hati.

2

Page 3: Buku Cerita Badang

Tanpa rasa takut, Badang mengambil parang dan kapaknya, lalu diterpanya hantu itu. Badang memegang janggut hantu itu . “Oh, engkau rupanya yang makan ikan dalam lukahk ? Kali ini engkau mati olehku,”. Hantu itu terkejut serta gementar mendengar kata Badang itu.

Hantu itu meronta-ronta hendak melepaskan dirinya tetapi tidak dapat. Maka kata hantu itu , “ Jangan engkau bunuh aku. Apa kehendakmu akan aku tunaikan”. Maka fikir Badang “Jika aku hendakkan kekayaaan, sekiranya aku mati, tuan aku akan mewarisinya. Jika aku minta ilmu halimunan, tiada orang dapat membunuhku. Jikalau aku hendak menjadi Orang Besar-besar, itu bukan asalku. Jika demikian, baik aku minta menjadi kuat dan gagah, supaya aku dapat mengerjakan suruhan tuanku.

3

Page 4: Buku Cerita Badang

Setelah dia berfikir semasaknya, maka Badang berkata pada hantu itu , “ Berilah aku kuat dan gagah, segala kayu dan batu yang besar-besar itu dapat aku bantun beserta dengan umbi akarnya menggunakan sebelah tanganku sahaja.” Maka kata hantu itu, “ Baiklah, jikalau engkau hendakkan gagah seperti itu, maka makanlah muntahku,”. Badang pun makanlah muntah lembaga itu hingga habis. Hantu itu minta dirinya dilepaskan. "Belum boleh lagi! Tunggu dulu! ”kata Badang.

.

4

Page 5: Buku Cerita Badang

Badang ingin menguji kekuatannya. Lalu Badang cuba mencabut sepohon pokok sebesar dua pemeluk dengan tangan sahaja. Tanpa diduga Badang berjaya mencabut pohon tersebut. Badang menunaikan janjinya kepada hantu itu dengan melepaskannyaDalam masa sehari, Badang dapat membersihkan ladang tuannya. Badang bersyukur kepada Tuhan kerana memperoleh kekuatan yang luar biasa itu. Malam itu, Badang membersihkan semua hutan sebagaimana yang diarahkan oleh tuannya. Setelah selesai, dia pun pulang.

5

Page 6: Buku Cerita Badang

Pada keesokannya, dia tidak pergi menebas lagi. Tuannya memanggil dan bertanya mengapa dia tidak pergi menebas. Badang memberitahu bahawa dia telah membersihkan hutan dan semak-samun tersebut. Tuannya, Orang Kaya Nira Sura itu tidak percaya apa yang diceritakan oleh Badang.

Dia pergi ke hutan untuk melihat sendiri keadaan tanahnya. Orang Kaya Nira Sura hairan kerana hutan dan semak-samun itu memang telah habis dibersihkan oleh Badang. Orang Kaya Nira Sura berasa gembira kerana hutan di tanahnya sudah dibersihkan. Namun, dia berasa bimbang, kalau-kalau Badang mengapa-apakannya pula.

6

Page 7: Buku Cerita Badang

Orang Kaya Nira Sura lalu mempersembahkan Badang kepada Raja Temasik. Kekuatan Badang telah menyebabkan tuannya menjadi kaya sehingga digelar “Orang Kaya Sayung”. Beliau kemudiannya telah memerdekakan Badang. Kekuatan Badang sampai ke pengetahuan Seri Rakna Wikrama lalu baginda memanggil Badang mengadapnya. Badang kemudiannya dijadikan “Sandim Sani” oleh Seri Rakna Wikrama.

7

Page 8: Buku Cerita Badang

Semasa mengambil ulam kuras di Sayung untuk dijadikan ulam santapan Seri Rakna Wikrama, dahan pokok kuras terserkah menyebabkan Badang jatuh ke tanah. Kepalanya terhempas ke batu menyebabkan batu terbelah dua, sedangkan kepala Badang tidak mengalami apa-apa kecederaan. Badang juga telah berjaya menolak sebuah pilang “panjang lima belas” seorang diri. Akhirnya Badang dilantik menjadi hulubalang oleh Seri Rakna Wikrama.

8

Page 9: Buku Cerita Badang

Pada suatu hari, Raja Singapura menitahkan rakyatnya membina sebuah kapal layar.Kapal itu dibina di hadapan istana berhampiran dengan pantai.Setelah siap,baginda menitahkan rakyatnya menyorongkan kapal layar itu ke laut.Beratus-ratus orang cuba menolaknya tetapi kapal itu tidak bergerak sedikit pun.

9

Page 10: Buku Cerita Badang

Akhirnya Baginda pun memanggil Badang supaya menolak kapal itu ke laut.Orang ramai datang berpusu-pusu sambal tertanya-tanya bagaimana agaknya Badang boleh menyorong kapal besar itu ke laut.

Badang berdiri di belakang kapal itu dan mula menolak kapal itu dengan sekuat hatinya.Perlahan-lahan kapal itu bergerak.Makin lama makin jauh disorong oleh Badang. Akhirnya kapal itu meluncur dengan lajunya hingga ke laut.Orang ramai bertepuk tangan kerana kagum melihat kegagahan Badang.

10

Page 11: Buku Cerita Badang

Raja Singapura sangat gembira. Baginda lantas melantik Badang sebagai hulubalang. Sejak itu, nama Badang sebagai seorang hulubalang yang gagah mula terkenal dan tersebar luas hingga ke benua India.

Hal ini menarik perhatian raja benua India. Baginda mempunyai seorang pahlawan yang gagah bernama Nadi Bijaya Pikrama. Baginda mahu Nadi Bijaya Pikrama beradu kekuatan dengan Badang.``Taruhan perlawanan itu ialah tujuh buah kapal layar milik beta.Jikalau Badang kalah, Raja Singapura perlu memberi beta tujuh buah kapal layar juga,”titah raja benua India itu.

11

Page 12: Buku Cerita Badang

Pahlawan India itu pun berlayar ke Singapura bersama dengan seorang utusan raja.Apabila sampai di Singapura,utusan Raja India pun masuk menghadap Raja Singapura untuk memberitahu baginda akan tujuan kedatangan mereka.

Raja Singapura lantas memanggil Badang datang menghadap. Baginda memberitahu Badang tentang tujuan kedatangan pahlawan dari benua India yang mahu beradu kegagahan dengan Badang. Badang bersetuju berlawan gusti dengan pahlawan India itu.

12

Page 13: Buku Cerita Badang

Pada keesokan harinya,perlawanan gusti itu diadakan di tepi pantai berdekatan istana. Rakyat Singapura semuanya keluar untuk menonton perlawanan itu.

Badang dan Nadi Bijaya Pikrama masuk ke dalam gelanggang.Orang ramai bertepuk dan bersorak. Tetuang dibunyikan menandakan pertandingan akan dimulakan. Kemudian kedua orang pahlawan itu pun memulakan perlawanan dengan bergelut-gelut dan cekik-mencekik untuk mengalahkan lawan masing-masing.

13

Page 14: Buku Cerita Badang

Akhirnya Badang mendapat peluang yang baik. Diangkatnya pahlawan India itu lalu dihempaskan ke atas tanah.Orang ramai bertepuk dan bersorak dengan kemenangan Badang itu.

Nadi Bijaya Pikrama berasa tidak puas hati dengan kekalahannya itu.Beliau ternampak sebuah batu yang besar.``Hei,Badang! Mari kita angkat batu besar itu. Siapa yang tidak boleh mengangkatnya, dia dianggap kalah,”kata Nadi Bijaya Pikrama.``Baiklah,tuan angkatlah batu itu dahulu,”kata Badang setuju.

14

Page 15: Buku Cerita Badang

Nadi Bijaya Pikram pun mengangkat batu besar itu dengan sekuat tenaganya tetapi tidak berjaya. Dia mencubanya sekali lagI. Pada kali ini dia hanya Berjaya mengangkatnya setinggi paras lutut sahaja. Orang ramai sekali lagi bertepuk tangan melihat kebolehan pahlawan India itu.``Sekarang giliran tuan pula,”kata Nadi Bijaya Pikrama kepada Badang. Badang yang bertubuh kerdil berjalan masuk dengan lemah longlai menuju ke batu besar itu.

15

Page 16: Buku Cerita Badang

Badang mara ke hadapan.Dia pun mengangkat batu besar itu dengan mudah.Malah bukan setakat mengangkat sahaja,batu itu. Bahkan Badang mlambung-lambung batu itu beberapa kali kemudia dilontarnya jauh hingga ke Kuala Singapura. Nadi Bijaya Pikrama mengaku kalah kepada Badang. Dia berasa malu kerana tidak dapat menandingi kekuatan Badang yang sungguh gagah perkasa itu.

16

Page 17: Buku Cerita Badang

``Syabas! Saya mengaku kalah.Tuan lebih kuat daripada saya.Oleh itu ambillah segala harta di dalam tujuh buah kapal yang saya bawa itu,”kata Nadi Bijaya Pikrama.

Pahlawan India itu pun pulang ke negerinya dan membeitahu Raja India akan kekalahannya itu. Raja India mengakui kegagahan Badang. Rakyat dan Raja Singapura berasa sangat gembira dengan kemenangan Badang.

17

Page 18: Buku Cerita Badang

Tidak lama selepas kemenangan Badang , seorang pahlawan Perlak yang bernama Benderang pula ingin menguji kekuatan Badang.

Seri Rakna Wikrama bersetuju mempertemukan Badang dengan Benderang. Dalam satu majlis makan, tanpa diketahui oleh sesiapa pun, Badang dan Benderang saling menindih paha masing-masing. Ternyata Badang lebih gagah daripada Benderang kerana Benderang gagal mengangkat pahanya yang ditindih oleh Badang. Benderang meminta Tun Perpatih Pandak yang mengiringinya membatalkan pertarungan yang telah direncanakan itu

18

Page 19: Buku Cerita Badang

Badang seringkali dipanggil oleh pahlawan-pahlawan dari Negara lain untuk beradu kekuatan . Menurut Tidak lama kemudian Badang telah meninggal dunia dan ditanamkan di Buru. Raja benua India menghantar batu marmar yang diletakkan di kepala kubur Badang itu. Batu Nisannya dikirimkan oleh Raja Benua India sebagai tanda hormat kepada Badang, seorang pahlawan gagah. Ini kerana, walaupun Badang terkenal dengan kegagahannya, namun dia tidak pernag meninggi diri.

19

Page 20: Buku Cerita Badang

Demikianlah kemasyhuran Badang sebagai seorang yang gagah perkasa pada zaman dahulu. Itulah sebabnya kemasyhurannya menjadi buah mulut yang dituturkan orang dari zaman ke zaman . Kisah Badang ini sering menjadi cerita orang tua-tua apabila bercerita mengenai kisah manusia yang gagah dari Nusantara .

GLOSARI

1. Hamba ; orang yang terpaksa bekerja untuk seseorang dengan tidak mendapat apa-apa bayaran

20

Page 21: Buku Cerita Badang

2. Lukah : Bubu; alat utk menangkap ikan yg dibuat daripada bilah-bilah rotan

3. Banir : pangkal pokok kayu yang berdinding-dinding seperti yang terdapat pada pokok tualang

4. Halimunan: tidak dapat dilihat5. Orang besar-besar: Orang yang mendapat pangkat dari

Raja6. Hulubalang : orang yang memimpin pasukan askar7. Tetuang : alat bunyi-bunyian yang dibuat daripada

tanduk dan lain-lain dan ditiup untuk memberi isyarat.8. Bergelut-gelut: perbuatan bergelut peluk-memeluk dan

guling-menggulingkan.9. Lemah longlai : tidak bermaya10. Buah mulut : apa-apa yang menjadi sebut-sebutan

orang.

21