BULETIN - rurallink.gov.my · kawasan dari segi menaiktaraf jalan luar bandar ... perjuangan yang...

24
BULETIN EDISI 01/2016 JAN-JUN 2016 KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MEWARNAI KEHIDUPAN, MEMAJUKAN MASYARAKAT

Transcript of BULETIN - rurallink.gov.my · kawasan dari segi menaiktaraf jalan luar bandar ... perjuangan yang...

BULETIN

EDISI 01/2016JAN-JUN 2016

KEmEntErIan KEmajuan Luar

BanDar Dan wILayah

Mewarnaikehidupan,MeMajukanMasyarakat

01/2016

isi kandungan

SIDANG REDAKSI

PenasihatYBhg. Dato’ Mohd Arif bin

Ab. Rahman,Ketua Setiausaha KKLW

EditorSiti Afzan binti Baharuddin

WartawanEffaizah binti Shahidan

Siti Murni Wee bt Jamil WeeBazilah binti Mohd Ramaly

Nor Aiza binti Abdul Rahman

JurufotoAsmawal bin Arshad

01#imkemas dilancarkan

01 Lawatan Kerja YBM ke Sabah

18 Majlis Pecah Tanah Pembangunan Rumah Mampu Milik & Rumah Kedai Di Jalan Perumahan Timur Bandar Penawar, Mukim Tanjung Surat, Daerah Kota Tinggi, Johor.

06 Satu lagi RTc Untuk Rakyat @Sg. Rambai, Melaka

07 Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-27

09 MARA 50 TahunTerus Gemilang

BERITA KKLW

BERITA AGENSI

13 Projek Agropolitan Pulau Seduku, Lingga manfaatkan penduduk setempat

14 Peruntukan percuma untuk belia sertai mobilepreneur01

Lawatan Kerja YBM ke Sabah

02 Jambatan Pergau,Kuala Krai, Kelantan.Demi Keselesaan Rakyat

03 Tautan Kasih Sanjungan Budi Buat Pesara KKLW 2015

04 Mara Teroka Bidang Aeroangkasa

05 Anugerah Khidmat cemerlang KKLW 2015

10 KKLW anjur Karnival Usahawan Desa di Bintulu

15 Ekspedisi ke Royal Belum Teroka Kehidupan Orang Asli

16 KKLW menyediakan 400 pusat Tuisyen Rakyat secara percuma di seluruh negara

19 Ekspo Keusahawanan & Karnival Modal Insan Kejora X-Pura Minda 2016

21 PUSPANITA

12 RTc Bentong Beri Manfaat Kepada Masyarakat Luar Bandar 17

Sukan untuk sihat

RAWANG, 22 Jan — Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan terus memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur asas semua tabika serta melaksanakan baik pulih kritikal bagi memastikan tabika kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, “Bagi 2016, KEMAS menyediakan peruntukan sebanyak RM13 juta untuk baik pulih bangunan sedia ada bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan kondusif, selamat dan selesa.

Menurut beliau, hashtag #imkemas bertujuan mempromosikan program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam media sosial serta menjadi platform untuk berkongsi maklumat program-program kerajaan bersama segenap lapisan masyarakat, selain memupuk jalinan mesra antara KEMAS dan kumpulan sasaran.

Pelancaran hashtag #imkemas telah disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa Program Turun Padang di Tabika KEMAS Kampung Melayu Batu 16 Rawang pada 22 Januari lalu.

KOTA KINABALU — Bermula 29 Januari hingga 3 Februari lalu, YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengadakan lawatan kerja ke Sabah. Program turun padang ini melibatkan kawasan Kota Marudu, Keningau, Kota Belud, Nabawan dan Kota Kinabalu. Beberapa projek pembangunan kawasan dari segi menaiktaraf jalan luar bandar dan jalan kampung, membaik pulih dewan orang ramai, mendirikan rumah baharu bagi penduduk terlibat kebakaran dan menambah

baik prasarana lain seperti bekalan air dan elektrik.

#imkemas dilancarkan

Lawatan Kerja YBM ke Sabah

januari

01Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

KRAI, 13 FEBRUARI — Majlis Perasmian Jambatan Baru Sungai Pergau di Kampung Biak, Dabong, Kuala Krai telah diadakan pada 13 Februari 2016 (Sabtu) pada pukul 10.00 pagi berdekatan jambatan. Tetamu kehormat, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob dan diiringi oleh Datuk Hj. Ahmad Jazlan bin Yaakub (Timbalan Menteri KKLW), Dato’ Ramzi bin Ab Rahman (ADUN Dabong), Dato’ Makhtar bin Mustapha (Pengarah JPP Kelantan), Datuk Abdul Aziz bin Hj Derashid (Pengerusi KESEDAR), Hj. Fazam bin Mat Lazim (Pengurus Besar KESEDAR Wilayah), Mohd Faudzi bin Abdul Rahman (Pengurus KESEDAR cawangan Kuala Krai) dan wakil daripada JKR KESEDAR Tanah Merah, disambut penuh meriah dengan bunga manggar.

Jambatan ini menghubungkan antara dua kampung iaitu Kampung Biak dan Kampung Kandek, yang mana sebelum jambatan ini dibina perkhidmatan bot adalah pengangkutan utama kepada semua penduduk. Majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 orang termasuk VVIP yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan di Daerah Kuala Krai berakhir jam 1.00 tengahari dengan jamuan rakyat.

FeBruarijaMBatan pergau,Kuala Krai, KelantanDeMi KeSeLeSaan RaKYat

02 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

Putrajaya, 17 Feb — Seramai 28 orang pesara yang terdiri daripada 13 pegawai dan kakitangan yang bersara wajib serta 15 yang lain yang bersara pilihan, diraikan dalam suasana sederhana namun meriah.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri ismail Sabri bin Yaakob dalam ucapannya berkata, setiap bakti yang dicurahkan semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam merupakan pengorbanan dan perjuangan yang lahir daripada jiwa yang murni.

“Pastinya antara mereka akan merindui suasana sepanjang perkhidmatan mereka disini,” tambah beliau.

Majlis yang diadakan di Dewan KKLW, Putrajaya ini turut meraikan 82 orang pegawai dan kakitangan KKLW yang telah bertukar keluar untuk berkhidmat ke kementerian dan jabatan lain.

tautan kasih sanjungan Budi Buat pesara kklw 2015

03Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

KUALA LUMPUR 18 Feb. — MARA terus melebarkan sayapnya dalam penerokaan bidang aeroangkasa melalui penubuhan pusat latihan penyelenggaraan dan baik pulih di cawangan baharu Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT) di Subang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pusat latihan yang dijangka memulakan operasi pada akhir tahun ini bakal melahirkan siswazah yang terlatih dalam bidang penyelenggaraan pesawat kecil mahupun besar.

Katanya, kewujudan pusat itu juga bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan berimpak tinggi di negara ini.

“Walaupun program aeroangkasa telah dimulakan sejak 2002 di Sepang, ketika itu tiada tempat latihan dan praktikal untuk melatih pelajar. Ini kerana pelajar di tahun akhir perlu menjalani latihan tersebut selama setahun di syarikat-syarikat penerbangan lain seperti MAS dan AirAsia.

MaRa teroka Bidang

aeroangkasa

Beliau berkata, buat masa ini sebanyak 50 pelajar mengikuti program berkenaan dengan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi menjayakan usaha tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa; Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad dan Presiden UniKL, Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud.

04 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

SERDANG, 25 Februari — Seramai 2,974 kakitangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerima Anugerah Perkhidmatan cemerlang 2015 dalam majlis yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penganjuran Majlis Anugerah Perkhidmatan cemerlang pada tahun ini merupakan julung-julung kali diadakan secara bersama melibatkan semua agensi di bawah kementerian itu. Beliau berkata, langkah tersebut dapat membantu kementerian untuk mengurangkan kos perbelanjaan mengurus majlis tersebut.

Hadir sama, dua Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub serta Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman.

anugerah khidMat CeMerlang KKLW 2015

05Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

JASIN, 4 Mac — Pusat Transformasi Luar Bandar (RTc) Sungai Rambai telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang menjadi satu lagi mercu tanda inisiatif kerajaan untuk memudahkan urusan rakyat.

RTc Sungai Rambai Melaka yang terletak berhampiran Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) itu merupakan yang kelapan beroperasi selepas RTc Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Ketibaan Ahmad Zahid pada pukul 3 petang disambut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

RTc Melaka yang bernilai RM2.6 juta itu menyediakan kemudahan operasi sebanyak 33 buah agensi iaitu yang terbanyak membabitkan 12 agensi kerajaan negeri dan Pusat serta 21 agensi perkhidmatan swasta.

Satu lagi

rtC untuk rakyat@Sg. Rambai, Melaka

MaC

06 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

10 Mac 2016, Putrajaya — Kelab Kebajikan dan Sukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKSKKLW) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-27 di Dewan Serbaguna KKLW, Aras B1, KKLW.

Mesyuarat yang dihadiri seramai 214 orang ahli itu, dipengerusikan oleh Yang Dipertua KKSKKLW, En. Mohd Jamalludin bin Kasbi telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan. Pelbagai agenda dan usul telah dibincangkan.

Antaranya ialah :

No. Aktivitii. Memperbanyakkan lagi aktiviti kebudayaan;ii. Semakan semula terhadap jumlah tuntutan saguhati bagi kelahiran, kemasukan wad,

pelajar cemerlang (anak ahli) dan kes kecemasan;iii. Mempelbagaikan aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan Kelab;iv. Memberhentikan kutipan yuran secara potongan gaji; danv. Menaik taraf Bilik Muzik Kelab.

Dan berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2015:

No. Aktivitii. Kejohanan Boling Individu MAKSWIP 2015;ii. Mini Sukan KKSKKLW;iii. Ekpedisi mendaki Gunung Datuk, Negeri Sembilan;iv. Pertandingan Boling Kesuka 2015 Piala Haji Abdul Fattah;v. Kembara ATV Kemensah;vi. Makspen XIII 2015; vii. Kembara Bukit Tabur;viii. Jom Senam @ KKLW;ix. Majlis Apresiasi Kontinjen KKLW Sempena MAKSPEN XIII 2015;x. Sambutan Hari Lahir Warga KKSKKLW;xi. AJK Fotografi bagi Majlis Pingat/Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2014;xii. Jualan Kad/Sampul Rekabentuk Khas KKSKKLW bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri

2015;xiii. Penyelaras Pergerakan Kenderaan Sebelum/ Semasa/ Selepas Kejohanan Sukan

MAKSPEN XIII 2015;xiv. Program jualan Delicious corner (Dc) 2015;

Mesyuarat agung tahunan kali ke-27 KeLaB KeBaJiKan Dan SUKanKeMenteRian KeMaJUan LUaR BanDaR Dan WiLaYaH (KKLW)

07Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

No. Aktivitixv. Program Tadarus Al-Quran;xvi. Program Solat Sunat Tasbih;xvii. Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Biro Kebajikan;xviii. Program Semaian Kasih 2015 Bersama Biro Kebajikan;xix. Program Khatam Al-Quran;xx. Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat kepada Bakal Haji Bersama Biro Kebajikan;xxi. Program Tazkirah Zuhur Di Surau KKLW;xxii. Edaran buah kurma sempena menyambut Ramadhan;xxiii. Edaran biskut raya sempena sambutan Aidilfitri;xxiv. Lawatan pegawai sakit/menyambut kelahiran di hospital berdekatan;xxv. Sambutan Ulang tahun kelahiran ahli pada setiap bulan; xxvi. Meraikan pegawai bertukar/ bersara; xxvii. Penyelarasan kutipan dan penyerahan sumbangan derma kematian; xxviii. Penyelarasan peralatan dan pakaian bagi kontinjen MAKSPEN KKLW;xxix. Menganjurkan Program Derma Darah;xxx. Uji Bakat Nyanyian (Karaoke) Sempena Kejohanan Sukan MAKSPEN XIII 2015xxxi. Penyertaan Acara Bakat Sempena Kejohanan Sukan MAKSPEN XIII 2015;xxxii. Penyelarasan Sukan dan Pendaftaran Kontinjen KKLW Bagi Kejohanan Sukan

MAKSPEN XIII 2015;xxxiii. Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan KKLW

2015;xxxiv. Penubuhan Kumpulan Dikir Barat;xxxv. Penubuhan Band d’Rural Buskers;xxxvi. Promosi Jualan Buku Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat KKLW 2015;xxxvii. Persembahan d’Rural Buskers di Majlis Apresiasi Kontinjen KKLW Sempena

MAKSPEN XIII;xxxviii. Persembahan d’Rural Buskers Sempena Penganjuran Program Delicious Corner;xxxix. Penghasilan poster, backdrop, countdown, sijil, kad ucapan hari jadi, hebahan dan

juga membuat liputan bergambar untuk program-program anjuran KKSKKLW; danxl. Mengemaskini Laman Muka Buku KKSKKLW dari semasa ke semasa.

 

08 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

Kuala Lumpur — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan lima inisiatif terbaharu sempena sambutan ulang tahun ke-50 Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Menurut Najib, inisiatif itu antara lain adalah MARA akan menstrukturkan semula anak syarikatnya, MARA corporation Berhad dengan nilai semasa keseluruhan RM1.4 bilion di bawah satu bumbung agar prinsip governansnya bergerak lebih lancar dan teratur.

“MARA juga akan terus membantu komuniti usahawan untuk terus maju dan berdaya saing. Segala bantuan pinjaman akan diagihkan melalui Rural capital Berhad yang akan menyediakan pelbagai khidmat nasihat kewangan berkaitan.

“Seterusnya, MARA akan membantu dari segi pembangunan modal insan melalui penubuhan UniMARA yang memfokuskan kepada bidang bukan Teknikal dan Vokasional (TVET), “katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Perdana 50 Tahun Mara di sini hari ini.

Mara 50 tahunteRUS GeMiLanG

april

Lebih menarik, Najib turut mengumunkan nama Jalan Semarang yang terletak berhampiran Hotel Premiera dan Menara MARA di sini ditukar kepada nama Jalan MARA.

“Yayasan Pembelajaran MARA juga akan ditukarkan kepada Yayasan MARA yang kini mempunyai dana terkumpul berjumlah RM800 juta bagi membolehkan Mara meluaskan bantuannya yang tidak terhad kepada pelajaran sebaliknya juga bantuan kebajikan dan bencana alam seperti kemarau serta banjir,” ujarnya.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.

09Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

BINTULU - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menganjurkan Karnival Usahawan Desa (KUD) Peringkat Negeri Sarawak 2016 dari 15 hingga 17 April di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, karnival itu berlangsung dari jam 8 pagi hingga 10 malam dan merupakan penganjuran kali kedua di Sarawak selepas penganjuran Karnival Usahawan Mini di Tebingan Kuching pada 2014.

KKLW anjur

karnival usahawan desadi Bintulu

“Karnival usahawan kali ini merupakan karnival dwitahunan terbesar pernah diadakan yang mana sebelum ini kerap kali diadakan di Putrajaya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Persediaan KUD Peringkat Negeri Sarawak di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu Wisma Residen di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datu chaiti Bolhassan dan Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari.

Jelasnya, penganjuran karnival itu mendapat kerjasama Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal (UPUIH) Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Pejabat Daerah Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

10 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

Beliau berkata, objektif utama penganjuran KUD itu ialah memperkenal, mempromosi dan memartabatkan peroduk keluaran usahawan luar bandar, untuk memasarkan produk, menggalak penduduk luar bandar menceburi bidang usahawan peringkat desa dan membangun modal insan.

Menurutnya, karnival itu bakal disertai 156 usahawan luar bandar dengan 80 peratus

daripadanya adalah usahawan dari Sarawak dan 20 peratus lagi disertai oleh usahawan dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Ujarnya, produk yang dijual meliputi produk kesihatan, kosmetik, kecantikan, aksesori, hiasan, pakaian, kraf tangan, seni dan budaya, makanan dan minuman, pertanian dan penternakan yang merangkumi lebih daripada 500 produk dan perkhidmatan.

Justeru beliau menggesa orang ramai mengunjungi karnival itu dan jumlah pengunjung disasar sebanyak 10,000 orang.

Sebanyak 20 agensi terlibat dalam karnival itu yang bertindak sebagai pusat sehenti bagi memberi maklumat terkini serta khidmat nasihat berkaitan keusahawanan antaranya SME corporation, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDc) dan Design Development center (DDEc).

Pencapaian KUD Mini Sarawak 2014 disertai 93 usahawan dengan nilai transaksi berjumlah RM150,000 dan 20 jaringan perniagaan diwujudkan dan untuk kali ini ia mampu menjana nilai jualan dan tempahan RM1 juta dan 100 jaringan perniagaan.

KKLW turut mewujudkan hastag #KUDSARAWAK 2016 dan #lankeKUDSarawak2016 untuk tujuan promosi dan publisiti di media cetak, elektronik, sosial terutama dalam Facebook, Instagram dan Twitter.

Senarai pemain utama untuk Sesi Eksplorasi Niaga KUD Sarawak ialah Irfan Khairi (Seminar Business Online), SME corporation, UPUIH, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), SEDc, DDEc, ERA EDAR, AZ Beauty dan chinta Ayu Beauty.

11Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

BETONG , 17 Apr - Pusat Transformasi Luar Bandar RTc Betong Sarawak merupakan salah satu program utama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yacob berkata, matlamat RTP adalah untuk mentransformasikan kawasan luar bandar supaya mampu menarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiataan ekonomi serta menggalakkan generasi muda terus tinggal di kawasan luar Bandar.

“Fokus utama RTc ialah untuk menggerakkan aktiviti ekonomi yang membolehkan penduduk luar bandar mendapat peningkatan dan memberi kemudahan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat,”

“Dengan pembukaan RTc Betong hari ini secara rasmi akan dapat memberi banyak manfaat kepada komuniti luar bandar di negeri ini khususnya,”

Beliau berkata sedemikian ketika berucap di Majlis Pelancaran RTc Betong yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini, hari ini.

Menurutnya, kedudukan RTc di Mid Layar Betong yang strategik bersebelahan dengan Lebuhraya Pan Borneo dijangka dapat berperanan memberi sokongan logistik bagi menjana pertumbuhan ekonomi luar bandar.

rtC Betong

“Diharap RTc Betong ini akan menjadi tumpuan pengguna-pengguna lebuh raya dan masyarakat tempatan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan,” katanya

Justeru, beliau berharap kerjasama erat di antara semua agensi kerajaan yang terlibat dan penduduk luar bandar melalui projek RTc ini akan terus memacu pembangunan luar bandar di bawah Program “Membandarkan Luar Bandar”.

Sementara itu, dari segi pencapaian keseluruhan RTc, jumlah keseluruhan nilai jualan terkumpul bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM454 juta dengan pencapaian tertinggi di RTc Kelantan berjumlah RM243 juta.

Beri Manfaat Kepada Masyarakat Luar Bandar

12 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

SRI AMAN, 17 April - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, warga Pulau Seduku, Lingga harus bangga dan bersyukur atas keprihatin kerajaan membina penempatan baharu dalam usaha membangunkan tanah mereka dengan projek kelapa sawit sebelum ini.

Ia terbukti apabila kerajaan membina penempatan baharu dikenali sebagai Kampung Agropolitan Pulau Seduku, Lingga dengan kos RM57 juta untuk membangunkannya.

Usaha ini bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di perkampungan itu malah bakal mendapat bonus dividen menerusi projek penanaman kelapa sawit tiga dan 10 ekar tanah milik mereka di kawasan kampung ini, ujarnya.

projek agropolitan pulau seduku, lingga manfaatkan penduduk setempat

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pemimpin Bersama Penduduk di Kampung Agropolitan Pulau Seduku, Lingga baru-baru ini.

Pada majlis itu beliau, menyampaikan sijil saham 10 ekar kepada pegawai PELITA untuk diagih kepada 350 penerima dan seterusnya merasmikan Masjid Nur Hijrah Pulau Seduku bernilai RM800,000.

Beliau juga menyempurnakan upacara penyerahan kunci lima lot kedai dibina dengan kos RM880,000 kepada Pengerusinya Zaleha Kias selain menyumbang peruntukan untuk ibu tunggal, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku dan masjid di situ.

Turut hadir pada majlis itu Simoi, ketua jabatan kerajaan, temenggung, penghulu, ketua kampung dan 1,000 penduduk dari Pulau Seduku, Bakong, Stumbin, Tanjung Bijat dan Baur.

13Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

Bera, 16 Mei – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperkenalkan konsep perniagaan baharu iaitu Usahawan Bergerak (Mobilepreneur) dengan pemberian peruntukan percuma RM10,000 kepada golongan belia yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

YB Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi tujuan itu, KKLW telah memperuntukkan RM2.3 juta kepada 230 usahawan muda pada tahun ini untuk mereka menjalankan perniagaan dengan konsep perniagaan menggunakan motosikal yang lebih mesra pelanggan.

“Mobilepreneur dengan menggunakan motosikal ini boleh dikatakan ia konsep perniagaan baharu kita perkenalkan untuk membantu usahawan belia di negara ini.

Peruntukan percuma untuk belia sertai

MoBilepreneur

Mei

“Kita akan bagi seorang RM10,000 yang meliputi kos membeli motosikal RM5,000, pembelian peralatan RM4,000 manakala RM1,000 lagi untuk latihan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Ke Arah Menangani Kos Sara Hidup peringkat negeri di Bera, Pahang.

Ujarnya, perniagaan menerusi Mobilepreneur itu lebih mudah tanpa memerlukan modal besar untuk membuka premis perniagaan sekaligus mampu menjimatkan kos usahawan muda terlibat.

Antara syarat kelayakan untuk menyertai Mobilepreneur dan mendapat peruntukan di bawah kementeriannya itu adalah mereka mestilah golongan belia yang berpendapatan rendah dan masih menganggur.

 

 

14 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

29 Mei 2016, Grik – Bermula 28 Mei hingga 29 Mei 2016 lalu, Kelab Kebajikan dan Sukan KKLW dengan kerjasama MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd. Telah menganjurkan Ekspedisi Royal Belum untuk ahli-ahli Kelab. Ekspedisi yang disertai oleh lebih 30 orang peserta itu, mengambil masa hampir 7 jam perjalanan.

Setiba di lokasi, kesemua peserta mengambil kesempatan untuk bersarapan dan solat di jeti sebelum menaiki boat house yang akan berfungsi sebagai tempat penginapan untuk malam itu.

Sebaik sahaja boat house bergerak, peserta diminta berkumpul bagi mendengar taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang hari Sabtu dan Ahad.

Sambil mendengar taklimat, boat house terus bergerak menuju perkampungan orang asli iaitu Kampung Aman Damai untuk aktiviti lawatan. Ketika berada di perkampungan tersebut, para peserta mengambil kesempatan untuk mengadakan aktiviti ramah mesra bersama keluarga orang asli.

Peserta juga sempat mengadakan kelas melukis dan mewarna bersama anak-anak orang asli dan kemudiannya menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras,

ekspedisi ke royal BeluMteroka Kehidupan Orang asli

minyak, tepung, gula dan biskut kepada 25 buah keluarga orang asli di kampung tersebut. Peserta kemudiannya bergerak kembali ke boat house untuk makan tengahari dan rehat.

Jam 3.00 petang, aktiviti penyesuaian diri dengan air atau lebih dikenali dengan panggilan water confidence bermula. Peserta diajar dengan kemahiran untuk mengawal diri jika mengalami kecemasan di dalam air yang dalam seperti tasik, sungai atau laut, disusuli dengan aktiviti berkumpulan di atas boat house.

Keesokan harinya, setelah selesai bersarapan, peserta memulakan aktiviti jungle tracking ke Tapak Reflesia dan juga Air Terjun di Hutan Royal Belum. Kembara hutan tersebut mengambil masa selama 2 jam. Sepanjang kembara, peserta dapat melihat dan menghargai keindahan alam, flora dan fauna serta sempat mandi-manda di air terjun di Hutan Royal Belum.

Walaupun penat dengan aktiviti yang padat sepanjang ekspedisi, semua peserta amat berpuashati kerana memperoleh pengalaman berharga beramah mesra dengan keluarga orang asli serta menikmati keindahan Hutan Belum. Pengalaman menaiki dan bermalam di boat house juga adalah salah satu perkara yang baru yang akan kekal sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan.

 

   

 

 

 

   

15Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

KUALA KANGSAR, 2 Jun – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyediakan 400 pusat Tuisyen Rakyat secara percuma di seluruh negara khusus untuk pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memperuntukkan RM8 juta bagi melaksanakan program berkenaan bagi membantu keluarga berpendapatan RM3,500 ke bawah serta pelajar berprestasi sederhana.

Menurutnya, pusat tuisyen berkenaan akan diletakkan di setiap kawasan parlimen yang dilaksanakan secara bersama oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

KKLW menyediakan 400 pusat tuisyen rakyat

jun

secara percuma di seluruh negara

Beliau berkata, tuisyen ini akan mengajar pelajar subjek-subjek penting seperti bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan bahasa Melayu di mana, modul pelajaran akan diselaraskan dengan mengambil guru di setiap daerah.

“Pelaksanaan program ini menyasarkan pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan SPM dan pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan ini akan dikenal pasti,” katanya selepas melancarkan Program Tuisyen Rakyat @KKLW 2016 di Dewan Jubli Perak di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk menyelaraskan program tuisyen berkenaan yang akan bermula serta-merta.

“Tumpuan kita adalah pelajar dan setiap sekolah ada program untuk pelajar cemerlang untuk dapatkan keputusan terbaik supaya kedudukan sekolah dapat dinaikkan. Kemungkinan pelajar yang dianggap kurang cemerlang tidak terlibat dalam program khas.

Tambahnya, guru yang terlibat dalam program Tuisyen Rakyat itu akan dibayar elaun.

16 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

sukan untuk sihat21 Mei 2016, SERDANG – Slogan ‘Badan Sihat Otak Cerdas’ sememangnya bertepatan untuk membentuk sahsiah yang cemerlang dikalangan pegawai dan kakitangan di sesebuah organisasi. Selain ia dapat mengeratkan semangat setia kawan dan merapatkan ukhwah warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, ia juga dapat memupuk semangat persaingan sihat serta menjadi salah satu elemen pembangunan diri individu ke arah lebih cemerlang.

Kejohanan Sukan Tahunan KKLW 2016 yang telah berlangsung dari 11 April hingga 21 Mei 2016 baru-baru ini memperlihatkan bakat-bakat sukan yang ada di kalangan warga KKLW sekaligus memudahkan pihak kementerian dalam memilih pemain bagi mewakili Kementerian ke Kejohanan Sukan MAKSPEN 2017.

Upacara Majlis Penutup Sukan Tahunan KKLW 2016 telah dirasmikan oleh YB Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bertempat di Stadium Sukan Universiti Putra Malaysia, Serdang yang penuh meriah dihadiri lebih 400 peserta dan kontinjen yang bertanding yang terdiri daripada bahagian-bahagian dan unit-unit di KKLW, PcN Negeri dan INFRA. Turut hadir, YB Timbalan Menteri II, Datuk Ahmad Jazlan Yaakup, Ketua Setiausaha KKLW dan Pengurusan Tertinggi KKLW.

Sebanyak 10 acara telah dipertandingkan antaranya ialah bola sepak, badminton, bola tampar, futsal, bola jaring dan ping pong.

Berikut adalah acara penuh dan venue sukan yang telah berlangsung:

BIL TARIKH ACARA TEMPAT1. 11/04/2016 –

12/04/2016 (Isnin - Selasa)

Ping Pong Dewan Serbaguna KKLW

2. 19/04/2016 (Selasa)

Badminton Dewan Tun Razak, INFRA

3. 22/04/2016 (Jumaat) Batu Seremban

Bilik Latihan Aras 3 Kklw

4. 22/04/2016 (Jumaat) congkak Bilik Latihan Aras 3 KKLW

5. 22/04/2016 (Jumaat) Dart Bilik Latihan Aras 3 KKLW

6. 23/04/2016 (Sabtu) Futsal Gelanggang Futsal Uptown Bangi

7. 28/04/2016 (Khamis) Bola Jaring Stadium Tertutup INSPEN

8. 03/05/2016, 04/05/2016 dan 06/05/2016 (Selasa, Rabu dan Jumaat)

Bola Sepak Stadium INSPEN

9. 10/05/2016 – 12/05/2016 (Selasa -Khamis)

Karom Dewan Serbaguna KKLW

10. 19/05/2016 (Khamis) Bola Tampar Stadium Tertutup INSPEN

11. 21/05/2016 (Sabtu) Majlis Penutup Stadium UPM

BIL SUKAN/PINGAT EMAS/ JOHAN

PERAK/ NAIB

JOHAN

GANGSA/ KETIGA

KEEMPAT

1. Ping Pong Biru Kuning Merah Hijau2. Badminton Kuning Hijau Merah Biru3. Batu Seremban Kuning Hijau Merah Biru4. congkak Merah Hijau Kuning Biru5. Dart Biru Kuning Hijau Merah6. Futsal Lelaki Merah Biru Hijau Kuning7. Futsal Wanita Hijau Kuning Biru Merah8. Bola Jaring Hijau Merah Biru Kuning9. Karom Biru Hijau Merah Kuning10. Bola Tampar (L) Biru Merah Kuning Hijau11. Bola Tampar (P) Merah Kuning Biru Hijau12. Bola Sepak Merah Kuning Biru Hijau

Untuk temasya sukan kali ini, Rumah Merah telah menjadi juara keseluruhan yang membawa pulang Piala Pusingan diikuti Rumah Kuning di tempat kedua. Berikut adalah keputusan akhir:

i. Juara Keseluruhan : Rumah Merahii. Naib Juara : Rumah Kuningiii. Ketiga : Rumah Biruiv. Keempat : Rumah Hijau

17Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

Majlis Pecah Tanah Pembangunan Rumah Mampu Milik & Rumah Kedai Di Jalan Perumahan Timur Bandar Penawar, Mukim Tanjung Surat, Daerah Kota Tinggi, Johor telah berlangsung pada hari Ahad, 5 Jun 2016 dan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor.

Menurut YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, projek pembangunan bercampur itu dijangka akan berupaya memenuhi keperluan hidup dan tenaga kerja berikutan kedudukannya berhampiran dengan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

Projek pembangunan oleh KEJORA bersama Mesra Indah Jaya Sdn. Bhd, ini akan melibatkan sejumlah 740 unit pembangunan bercampur, merangkumi Rumah Mampu Milik Johor (106 unit), Perumahan

Majlis peCah tanah Pembangunan Rumah Mampu Milik & Rumah Kedai Di Jalan Perumahan timur Bandar Penawar, Mukim tanjung Surat, Daerah Kota tinggi, Johor.

Berita agensi

Komuniti Pakej A (106 unit) dan Pakej B (158 unit), kedai kos sederhana (54 unit) serta rumah teres dua tingkat (316 unit). Projek pembangunan bercampur ini juga dijangka siap sebahagiannya pada tahun 2018.

Projek ini bukan sahaja akan membantu dan memberi peluang kepada penduduk luar bandar khasnya di kawasan Pengerang dan Kota Tinggi untuk memiliki rumah sendiri, malah akan mewujudkan satu pusat kehidupan dan ruang ekonomi yang lebih selesa dan lengkap.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Latif Bandi dan Pengerusi Eksekutif Mesra Indah Jaya Sdn Bhd, Encik Mohd Nasir bin Mohd Rashid.

18 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

Ekspo Keusahawanan dan Karnival Modal Insan KEJORA (XPURA MINDA) 2016 telah diadakan pada 19 hingga 22 Mei yang lalu bertempat di Perkarangan Dewan Bandaran Bandar Penawar.

Objektif pelaksanaan program XPURA MINDA 2016 adalah untuk memberi peluang bukan sahaja kepada usahawan-usahawan KEJORA tetapi usahawan luar bandar negeri Johor untuk bersama-sama membuat jualan produk masing-masing serta mempromosikan produk usahawan luar bandar.

ekspo Keusahawanan & Karnival Modal insan Kejora

X-pura Minda 2016

19Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

XPURA MINDA 2016 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad pada 21 Mei 2016. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah pameran dan jualan produk, Bicara Addin, Demonstrasi Masakan, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Persembahan Kebudayaan, Persembahan Artis iaitu Ronnie Hussain, Awi Rafael, Syamel AF, Raja Lawak Joe & Amm, Indah Ruhaila, Amelina & Fahmi Mentor, Boboiboy dan Pesta Ria.

XPURA MINDA 2016 telah mencatatkan hasil jualan sebanyak RM450,295.30 berbanding dengan sasaran sebanyak RM60,000.00 selama tempoh 4 hari daripada 19-22 Mei 2016. Seramai 155 orang usahawan dari pelbagai agensi / jabatan negeri Johor telah menyertai program ini. Antara 18 agensi yang turut serta untuk menjayakan pelaksanaan program ini ialah:

BIL. NAMA AGENSI AKTIVITI INFONIAGA1 Pusat Pembangunan Usahawan

Johor (EDc of Johor) • Pendaftaran Usahawan Bimbingan • Penyertaan kursus & latihan

2 SIRIM Berhad • Khidmat nasihat pembangunan produk • Pembiayaan Perniagaan

3 Toyo Sdn Bhd • Pameran & Peluang Pekerjaan 4 SME Bank Johor bahru • Pembiayaan Perniagaan 5 Bhg. Pembangunan Kontraktor dan

Usahawan (BPKU), • Penyertaan kursus & latihan

6 TEKUN Negeri Johor • Pendaftaran Usahawan Bimbingan • Penyertaan kursus & latihan • Pembiayaan Perniagaan

7 Jabatan Pertanian Johor • Pendaftaran Usahawan Bimbingan • Penyertaan kursus & latihan • Pembiayaan Perniagaan

8 MARDI Negeri Johor • Pendaftaran Usahawan Bimbingan • Penyertaan kursus & latihan • Pembiayaan Perniagaan

9 Petronas • Pendaftaran Usahawan Bimbingan • Penyertaan kursus & latihan • Pembiayaan Perniagaan

10 Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang

• Pendaftaran Usahawan Bimbingan • Penyertaan Usahawan (Kursus& booth niaga)• Pembiayaan Perniagaan

11 Malaysia Development centre (DDEc)

• Khidmat Nasihat Pembangunan Produk Usahawan IKS

12 PUNB cawangan Selatan • Penyertaan Usahawan (Kursus& booth niaga)• Pembiayaan Perniagaan

13 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM Johor)

• Pendaftaran Perniagaan • Pembaharuan lesen perniagaan

14 Lembaga Nenas Johor • Pendaftaran Usahawan Bimbingan • Penyertaan Usahawan (Kursus& booth niaga) • Pembiayaan Perniagaan

15 RISDA Negeri Johor • Pendaftaran Usahawan Bimbingan • Penyertaan Usahawan (Kursus& booth niaga) • Pembiayaan Perniagaan

16 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Negeri Johor)

• Taklimat Penubuhan Koperasi • Bantuan Pembiayaan Koperasi dibawah SKM

17 FELDA • Pendaftaran Usahawan Bimbingan • Penyertaan Usahawan (Kursus& booth niaga)

18 KEMAS • Pameran Produk Usahawan

20 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

puspanita

MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KKLW KALI KE-34

26 April 2016

MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KKLW KALI KE-33

3 Mac 2016

PROGRAM ANEKA COOKIES & JELAJAH TASIK KENYIR

21-22 Mei 2016

MAJLIS MESRA DAN LAMBAIAN KASIH PUSPANITA CAWANGAN KKLW

25 Mac 2016

MAJLIS SOLAT TASBIH DANKHATAM AL-QURAN (KKLW)

28 Jun 2016

21Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA KKLW

14 Julai 2016

MESYUARAT TERHIMPUN PUSPANITA CAW. KECIL IBU PEJABAT KKLW

19 Ogos 2016

LAWATAN KE LOMBOK,INDONESIA

26-29 Ogos 2016

MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KKLW KALI KE-33

21 Jun 2016

PROGRAM PENGHIJAUAN SEMULA IM4U PUSPANITA bersama SAHABAT HUTAN KABAU

2 Ogos 2016

PROGRAM TADARUS & KHATAM AL QURAN (FELCRA)

29 Jun 2016

22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wiLayah01/2016