Buletin PEMBINA Edisi Syawal 1432 H

6
A llahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Walillahil-hamd. Alhamdulillah pada tahun ini kita menyambut dua perayaan besar serentak, iaitu Eidul-Fitri dan Hari Kemerdekaan Malaysia. Eidul-Fitri meraikan kejayaan umat islam yang berjaya membebaskan diri dari kongkongan hawa nafsu selama 1 bulan. Maka pada 1 Syawal, hari kebesaran ini dialu-alukan dengan saling mengucapkan “minal aidin wal faizin” bermaksud “semoga kita tergolong dari kalangan orang yang kembali kepada fitrah dan berjaya” Kemerdekaan disambut bagi mengenang detik pembebasan Malaysia dari penjajahan. Tahun demi tahun berlalu, erti kemerdekaan semakin hilang dari benak fikiran rakyat, tenggelam dek sambutan yang disulami hedonisme. Adalah wajar untuk 2 perayaan ini dihayati bersama, dan semoga kita kembali kepada fitrah agama islam meru- pakan sebuah risalah yang diutuskan untuk memimpin dunia. Erti sebuah kemerdekaan ialah apabila kita mampu melepaskan fizikal dan minda dari tekanan globalisasi, sehing- ga kita mampu melakarkan agenda kita sendiri di bawah panji-panji tanahair kita Malaysia, tanpa perlu bergantung dan dipengaruhi Barat. Adalah menjadi sebuah perjuangan yang cukup besar bagi kita untuk membina sebuah gagasan yang berjatidiri, bebas dari kongkongan Barat. Menjadi harapan PEMBINA untuk melihat satu masa nanti rakyat Malaysia mampu memimpin dunia sebagai sebuah gagasan Muslim yang progresif dan berdaya saing. Ketahuilah, kita umat Islam adalah sebuah bangsa yang mempengaruhi dunia satu masa lalu, dan bangsa kita, Melayu khususnya, adalah bangsa yang berpengaruh di seantero dunia sejak 500 tahun yang lalu. Pengiktirafan dunia ini sahih, sehinggakan sejarawan Tome Pires jelas mengungkapkan “Sesiapa yang menawan Melaka, bererti dia telah mencekik leher Venice”. Sempena 2 perayaan ini, PEMBINA menyeru lapisan belia islam yang merupakan tonggak negara, agar mula bergerak membebaskan diri dari penjajahan minda. Sewajarnya kita menjadi juara dunia, menyerlahkan keunikan kita sebagai umat Islam, dan seterusnya menjadi bangsa yang mempengaruhi bukan dipengaruhi. Kejayaan demi kejayaan yang kita kecapi di segenap arena akademik, kepakaran teknikal, sukan, kepimpinan, jelas menunjukkan bahawa umat islam Malaysia adalah sebuah umat yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Serlahkanlah potensi, berani menyahut cabaran, insyaAllah kejayaan pasti milik kita, demi umat islam dan negara Malaysia yang tercinta. Salam Syawal, Salam Merdeka, Salam perjuangan membebaskan diri dari penjajahan minda dan hawa nafsu. Eid Mubarak, Kullu amm wa antum bikhair,minal aidin wal faizin insyaAllah. maaf zahir & batin dari PEMBINA kepada seluruh belia islam Malaysia. Allahu akbar x3 Walillahil-hamd 39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor. www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja PEMBINA buletin persatuan belia islam nasional | isu syawal 1432h Norzafry Norhalim Presiden, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Perutusan Syawal & Hari Kebangsaan

description

Buletin Pembina keluaran khas sempena Syawal utk ahli Pembina

Transcript of Buletin PEMBINA Edisi Syawal 1432 H

Page 1: Buletin PEMBINA Edisi Syawal 1432 H

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.Walillahil-hamd.Alhamdulillah pada tahun ini kita menyambut dua perayaan besar serentak, iaitu

Eidul-Fitri dan Hari Kemerdekaan Malaysia.Eidul-Fitri meraikan kejayaan umat islam yang berjaya membebaskan diri dari kongkongan

hawa nafsu selama 1 bulan. Maka pada 1 Syawal, hari kebesaran ini dialu-alukan dengan saling mengucapkan “minal aidin wal faizin” bermaksud “semoga kita tergolong dari kalangan orang yang kembali kepada fitrah dan berjaya”Kemerdekaan disambut bagi mengenang detik pembebasan Malaysia dari penjajahan. Tahun demi tahun berlalu, erti kemerdekaan semakin hilang dari benak fikiran rakyat, tenggelam dek sambutan yang disulami hedonisme.Adalah wajar untuk 2 perayaan ini dihayati bersama, dan semoga kita kembali kepada fitrah agama islam meru-pakan sebuah risalah yang diutuskan untuk memimpin dunia.Erti sebuah kemerdekaan ialah apabila kita mampu melepaskan fizikal dan minda dari tekanan globalisasi, sehing-ga kita mampu melakarkan agenda kita sendiri di bawah panji-panji tanahair kita Malaysia, tanpa perlu bergantung dan dipengaruhi Barat.Adalah menjadi sebuah perjuangan yang cukup besar bagi kita untuk membina sebuah gagasan yang berjatidiri, bebas dari kongkongan Barat. Menjadi harapan PEMBINA untuk melihat satu masa nanti rakyat Malaysia mampu memimpin dunia sebagai sebuah gagasan Muslim yang progresif dan berdaya saing.Ketahuilah, kita umat Islam adalah sebuah bangsa yang mempengaruhi dunia satu masa lalu, dan bangsa kita, Melayu khususnya, adalah bangsa yang berpengaruh di seantero dunia sejak 500 tahun yang lalu. Pengiktirafan dunia ini sahih, sehinggakan sejarawan Tome Pires jelas mengungkapkan “Sesiapa yang menawan Melaka, bererti dia telah mencekik leher Venice”.Sempena 2 perayaan ini, PEMBINA menyeru lapisan belia islam yang merupakan tonggak negara, agar mula bergerak membebaskan diri dari penjajahan minda. Sewajarnya kita menjadi juara dunia, menyerlahkan keunikan kita sebagai umat Islam, dan seterusnya menjadi bangsa yang mempengaruhi bukan dipengaruhi.Kejayaan demi kejayaan yang kita kecapi di segenap arena akademik, kepakaran teknikal, sukan, kepimpinan, jelas menunjukkan bahawa umat islam Malaysia adalah sebuah umat yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.Serlahkanlah potensi, berani menyahut cabaran, insyaAllah kejayaan pasti milik kita, demi umat islam dan negara Malaysia yang tercinta.Salam Syawal, Salam Merdeka, Salam perjuangan membebaskan diri dari penjajahan minda dan hawa nafsu.Eid Mubarak, Kullu amm wa antum bikhair,minal aidin wal faizin insyaAllah. maaf zahir & batin dari PEMBINA kepada seluruh belia islam Malaysia.Allahu akbar x3Walillahil-hamd

39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor.www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja

PEMBINAbuletin

persatuan belia islam nasional | isu syawal 1432h

Norzafry NorhalimPresiden, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Perutusan Syawal & Hari Kebangsaan

Page 2: Buletin PEMBINA Edisi Syawal 1432 H

“Saya, pemegang mohor-mohor besar ……mengu-mumkan hari selasa 30 Ogos 2011 seluruh negeri di Malaysia diisytiharkan raya..” Demikianlah an-tara bait-bait ucapan yang sering ditunggu-tunggu

kita acapkali tirai Ramadhan kian berlabuh pergi. Saya send-iri merasa sedih apabila mengenangkan kembali Ramadhan yang berlalu pergi diganti dengan kehadiran Syawal, bukan kerana tidak gembira menyambut hari kemenangan umat Islam akan tetapi mengenangkan kembali apakah masih ada Ramadhan buat kita pada masa akan datang kerana maut itu hadir tidak diketahui, menanti kita dengan penuh setia pada waktu yang tepat tidak terlewat atau terawal walau sesaat. Namun begitu, kehadiran Syawal tidak boleh dibiar muram haruslah dirai hari yang diberi Allah untuk kita se-bagai “hadiah” teragung selepas selesai menjalani madrasah Ramadhan mengasah taqwa mendidik nafsu.Rumah terbuka yang sering diadakan masyarakat Malaysia sudah menjadi satu budaya dan rasanya tidak lengkap jika tidak diadakan maka, sebelum kita semua kehabisan wang dan isi perut dengan makanan yang sememangnya enak dan orang-orang katering sibuk menerima tempahan, mari kita tinjau tips-tips ini:Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti:

1. Bersenam @ beriadah. 2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh “O” setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan seperti:

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di ke-pala yang tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan da-rah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercam-pur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime se-jenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak ha-dam).Rasanya masih ada yang kurang, apa agaknya ya? Ya! Tips menghadapi dugaan di rumah terbuka yang pastinya bakal mengganti jemputan walimah sahabat handai atau saudara-mara sepanjang Syawal ini. Silalah baca saranan Doktor Ke-sihatan PEMBINA anda.

Apakah 5M?5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihat-an Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat.5M merupakan singkatan bagi:Mengurangkan gulaMengurangkan garamMengurangkan minyakMelebihkan buah-buahanMelebihkan sayur-sayuran

1. Mengurangkan gulaGula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil te-nusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah.

Mimi AtieqaMedia PEMBINA Pusat

Page 3: Buletin PEMBINA Edisi Syawal 1432 H

Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional)Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.

Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.

Kuih-muih yang manis boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain. Jika membuat kek atau biskut raya send-iri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya. Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau meng-gunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan senyuman sepanjang lebaran.

2. Mengurangkan garamGaram diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan merbahay-akan kesihatan. Apakah cara lain untuk mengurangkan-nya?Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan da-rah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggu-nakan garam secara berlebihan.Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu ma-nis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan sep-erti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai kha-siat tersendiri yang baik untuk kesihatan.

3. Mengurangkan minyakApabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak meng-gunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula den-gan penggunaan santan untuk membuat rendang. Macam mana pula dengan penggunaan minyak?Dalam konsep 5M, penggunaan minyak perlu dikurang-kan. Ini kerana penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.Sekiranya untuk membuat rendang, cuba elakkan meng-gunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai min-yak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia

menyebabkan minyak berlebihan.Cuba elakkan menggunakan santan yang terlalu pekat.Sekiranya menggunakan minyak, elakkan memasak makanan yang menggunakan santan dan amalkan me-masak cara “deep frying”. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.

4. Melebihkan buah-buahanBuah-buahan sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Bagaimana untuk menggalakkan masyarakat mengambil buah-buahan di hari raya nanti?Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering menjadikan kek, coklat dan gula-gula sebagai hidangan atau pemanis mulut. Tetapi mereka lupa bahawa buah-buahan juga bo-leh dijadikan sebagai pemanis mulut juga.Buah-buahan yang berbagai jenis rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Bukan itu sahaja, malah buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi.Jadi, tiada masalah untuk kita melebihkan buah-buahan dalam kita menyambut lebaran.

5. Melebihkan sayur-sayuranSayur-sayuran penting untuk kesihatan. Tetapi semasa lebaran kebanyakkan juadah lebih menjurus kepada dag-ing dan ayam. Jadi, adakah dengan pengambilan sayur-sayuran dapat mengimbangi diet yang sihat?Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.Jadi, hidangan sayur-sayuran amatlah penting semasa me-nikmati juadah lebaran kerana ia dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam.Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sa-yuran sebagai rencah dalam masakan mi tersebut. Sayur-sayuran juga boleh dihidang sebagai ulam-ulaman sema-sa menikmati juadah yang lain. Selain itu, terdapat juga juadah lebaran yang mengandungi sayur seperti lontong.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 4: Buletin PEMBINA Edisi Syawal 1432 H

Lemah lembut tuan puteri,Berkain cindai cantik dipandang,

Meriah menyambut Aidilfitri,Sahabat handai dating bertandang.

Tanpa mengira miskin dan kaya,Pangkat kedudukan hamba sahaya,

Sama-sama menyambut raya,Maaf-maafan di hari bahagia.

Aidilfitri hari kemenangan,Kejayaan menempuh halangan,

Mengenali erti kesenangan,Bagi mereka yang kekurangan.

Aneka bangsa berbilang agama,Bercampur budaya juga tradisi,Aman makmur hidup sentosa,Berkat pejuang tanah pertiwi.

31 Ogos tarikh berharga,Bukti Negara bebas cengkaman,Lipatan sejarah jangan dilupa,Isikan jiwa dengan pedoman.

PEMBINA mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & selamat menyambut ke-merdekaan ke 54 tahun. Hiasi sambutan ini dengan madu taqwa dan kesyukuran buat Ilahi.

Page 5: Buletin PEMBINA Edisi Syawal 1432 H

Nama sebenar: Haji Mat Hassan Bin MunasDilahirkan: pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, KelantanPendidikan: mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan MakkahPekerjaan: petani dan peniaga

Antara faktor penentangan Tok Janggut ketika itu adalah kerana Peraturan Tanah yang diperkenalkan pada tahun 1915 dan juga pengenalan cukai yang membebankan rakyat. Pada masa yang sama juga sentimen anti-British meningkat dikalangan pen-duduk Islam di tanah melayu apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama pada tahun 1914. Kerajaan Turki Uthmaniyah me-nyeru umat Islam di seluruh dunia supaya berjihad menentang penjajah barat. Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh.

Tanggal 24 Mei 1915, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat. Meskipun kebangkitan pada tahun 1915 berjaya dipatahkan oleh British, tetapi semangat juang mereka menjadi sejarah kebanggaan kita. Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan kemudiannya digan-tung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam.

Tok JanggutPejuang Jihad

Page 6: Buletin PEMBINA Edisi Syawal 1432 H