Bunyi konsonan

4
Bunyi konsonan Konsonan atau secara tradisionalnya dinamakan huruf mati ialah huruf- huruf selain vokal. Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersuara dan mungkin tidak. Semasa menghasilkan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga tekak, mulut atau hidung. Bunyi konsonan boleh mempengaruh bunyi vokal dalam sebutan, misalnya apabila menyebut konsonan sengau, bunyi vokal yang mengikutinya turut akan disengaukan. Konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan melayu asli dan konsonan pinjaman. Cara penggunaan konsonan dalam rencana ini adalah seperti yang tertera di bawah: Konsonan Melayu Asli 1) Konsonan letupan dua bibir tak bersuara [P] Awal Tengah Akhir Panjang ( perenggan 1 ) Menempatkan ( perenggan 7 ) Ditutup ( perenggan 4 ) Pulau ( perenggan 2 ) Beberapa ( perenggan 8 ) Setiap ( perenggan 5 ) Semasa membunyikan konsonan [p], kedua-dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut pula dinaikkan ke belakang / ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan manakala udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-merta dan bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. 2) Konsonan letupan dua bibir bersuara [B] Awal Tengah Akhir Berlarutan Membantu -

description

konsonan

Transcript of Bunyi konsonan

Bunyi konsonanKonsonan atau secara tradisionalnya dinamakan huruf mati ialah huruf-huruf selain vokal. Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersuara dan mungkin tidak. Semasa menghasilkan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga tekak, mulut atau hidung. Bunyi konsonan boleh mempengaruh bunyi vokal dalam sebutan, misalnya apabila menyebut konsonan sengau, bunyi vokal yang mengikutinya turut akan disengaukan. Konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan melayu asli dan konsonan pinjaman.Cara penggunaan konsonan dalam rencana ini adalah seperti yang tertera di bawah:Konsonan Melayu Asli1) Konsonan letupan dua bibir tak bersuara [P]Awal Tengah Akhir

Panjang ( perenggan 1 )Menempatkan ( perenggan 7 )Ditutup ( perenggan 4 )

Pulau ( perenggan 2 )Beberapa ( perenggan 8 )Setiap ( perenggan 5 )

Semasa membunyikan konsonan [p], kedua-dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut pula dinaikkan ke belakang / ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan manakala udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-merta dan bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

2) Konsonan letupan dua bibir bersuara [B]Awal Tengah Akhir

Berlarutan( perenggan 6 )Membantu ( perenggan 7 )-

Bukit ( perenggan 6 )Sabah ( perenggan 7 )-

Bidong ( perenggan 2 )Sebelum ( perenggan 2 )-

Cara untuk membunyikan konsonan letupan dua bibir bersuara [B] sama seperti membunyikan konsonan [P]. Namun terdapat sedikit perbezaan seperti pita suara dirapatkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara.

3) Konsonan letupan gusi tak bersuara [T]Awal Tengah Akhir

Tinggi ( perenggan 3 )Vietnam ( perenggan 2 )Tamat ( perenggan 5 )

Terengganu ( perenggan 2 )Bantuan ( perenggan 3 )Sejagat ( perenggan 5 )

Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang / ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung dan pita suara direnggangkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta lalu bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tak bersuara [T].

4) Letupan gusi bersuara [D]Awal Tengah Akhir

Dalam ( perenggan 1 )Mendarat ( perenggan 1 )-

Dari ( perenggan 7 )Pada ( perenggan 8 )-

Diterima ( perenggan 2 )Terdapat ( perenggan 9 )-

Cara membunyikan konsonan gusi bersuara [D] sama seperti konsonan gusi tak bersuara [T]. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan seperti pita suara dirapatkan dan arus dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [D].

5) Konsonan letupan lelangit lembut tak bersuara [K]Awal Tengah Akhir

Komunis ( perenggan 1 )Mereka ( perenggan 2 )Tidak ( perenggan 5 )

Kembali ( perenggan 3 )Sekitar ( perenggan 9 )Statistik ( perenggan 5 )

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara pula direnggangkan manakala arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tak bersuara [K].

6) Konsonan geseran gusi tak bersuara [S]Awal Tengah Akhir

Setiap ( perenggan 5 )Malaysia ( perenggan 1 )Selepas ( perenggan 4 )

Seluruh ( perenggan 9 )Bosnia ( perenggan 8 )Kes ( perenggan 18 )

Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara pula direnggangkan dan arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara pula keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tak bersuara [S].