Butiran Mengajar Pergerakan Asas Dari Stesen Satu Hingga Stesen Lapan

6
Butiran Mengajar Pergerakan Asas dari Stesen Satu Hingga Stesen Lapan Stesen Pertama - Dua orang akan melakukan pergerakan ‘kick’ : 1. Berdiri lurus dan kaki dibuka seluas bahu. 2. Kaki kanan menendang ke hadapan pada kadar 80 darjah dan diikuti dengan kedua-dua belah tangan yang menyilang ke arah kaki iaitu sekiranya kaki menendang ke atas manakala kedua-dua belah tangan menyilang ke bawah. 3. Langkah 2 dilakukan semula bagi kaki kiri pula. 4. Dilakukan dalam keadaan statik atau setempat. - Dua orang akan melakukan pergerakan ‘lagcurl’ : 1. Berdiri lurus dan kaki dibuka seluas bahu. 2. Tangan berada di sisi. 3. Kedua-dua belah tangan dinaikkan sehingga 90 darjah dalam keadaan menggenggam. 4. Kaki kanan dibawa ke belakang dan kaki tersebut menendang di bahagian punggung selari dengan pergerakan kedua-dua belah tangan yang bergerak dari tengah ke tepi dan kedua-dua genggaman tangan tersebut hampir bertemu di tengah bahagian pinggang. 5. Langkah 3 dan 4 diulang bagi kaki kiri pula. 6. Dilakukan dalam keadaan statik atau setempat. Stesen Kedua

description

lalala

Transcript of Butiran Mengajar Pergerakan Asas Dari Stesen Satu Hingga Stesen Lapan

Butiran Mengajar Pergerakan Asas dari Stesen Satu Hingga Stesen LapanStesen Pertama Dua orang akan melakukan pergerakan kick :1. Berdiri lurus dan kaki dibuka seluas bahu.2. Kaki kanan menendang ke hadapan pada kadar 80 darjah dan diikuti dengan kedua-dua belah tangan yang menyilang ke arah kaki iaitu sekiranya kaki menendang ke atas manakala kedua-dua belah tangan menyilang ke bawah.3. Langkah 2 dilakukan semula bagi kaki kiri pula.4. Dilakukan dalam keadaan statik atau setempat. Dua orang akan melakukan pergerakan lagcurl :1. Berdiri lurus dan kaki dibuka seluas bahu.2. Tangan berada di sisi.3. Kedua-dua belah tangan dinaikkan sehingga 90 darjah dalam keadaan menggenggam.4. Kaki kanan dibawa ke belakang dan kaki tersebut menendang di bahagian punggung selari dengan pergerakan kedua-dua belah tangan yang bergerak dari tengah ke tepi dan kedua-dua genggaman tangan tersebut hampir bertemu di tengah bahagian pinggang. 5. Langkah 3 dan 4 diulang bagi kaki kiri pula.6. Dilakukan dalam keadaan statik atau setempat.

Stesen Kedua Dua orang akan bergerak dengan berjalan sambil melakukan pergerakan kick:1. Berdiri lurus dan kaki dibuka seluas bahu.2. Kaki kanan menendang ke hadapan pada kadar 80 darjah dan diikuti dengan kedua-dua belah tangan yang menyilang ke arah kaki iaitu sekiranya kaki menendang ke atas manakala kedua-dua belah tangan menyilang ke bawah.3. Langkah 2 dilakukan semula bagi kaki kiri pula.4. Dilakukan sambil bergerak. Dua orang bergerak dengan berjalan sambil melakukan pergerakan lagcurl:1. Berdiri lurus dan kaki dibuka seluas bahu.2. Tangan berada di sisi.3. Kedua-dua belah tangan dinaikkan sehingga 90 darjah dalam keadaan menggenggam.4. Kaki kanan dibawa ke belakang dan kaki tersebut menendang di bahagian punggung selari dengan pergerakan kedua-dua belah tangan yang bergerak dari tengah ke tepi dan kedua-dua genggaman tangan tersebut hampir bertemu di tengah bahagian pinggang. 5. Langkah 3 dan 4 diulang bagi kaki kiri pula.6. Dilakukan dalam keadaan bergerak.

Stesen Ketiga Dua orang akan melakukan imbangan V:1. Duduk dalam keadaan kedua-dua belah kaki melunjur.2. Kedua-dua belah kaki rapat antara satu sama lain manakala kedua-dua belah tangan lurus ke bawah.3. Naikkan kedua-dua belah kaki hingga 80 darjah diikuti bahagian badan. 4. Kedua-dua belah tangan pula dinaikkan sehingga separas bahu dan lurus ke hadapan.5. Tapak bagi postur tubuh ini ialah bahagian punggung. Dua orang akan melakukan imbangan bangau :1. Berdiri lurus dan kepala menghadap hadapan.2. Depakan kedua-dua belah tangan.3. Naikkan kedua-dua belah kaki hingga 90 darjah.

Stesen Keempat Dua orang melakukan pergerakan berjalan seperti ketam:1. Berdiri lurus dan kaki dibuka seluas bahu manakala kedua-dua belah tangan dinaikkan hingga ke paras bahu.2. Kedua-dua belah tangan didepakan dan dibawa ke tengah dada.3. Tangan membuat peace.4. Pergerakan badan adalah mengiring.5. Kaki kanan digerakkan ke tepi dan diikuti kaki kanan serentak dengan jari yang membuat simbol peace yang melakukan pergerakan seperti menggunting sesuatu. Dua orang melakukan pergerakan ketam :1. Baring.2. Kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki menaikkan tubuh hingga 90 darjah dan menyokong bahagian tubuh.3. Tangan dan kaki bergerak secara mengiring agar dapat membawa tubuh ke arah mana sahaja.Stesen Kelima Dua orang membuat lentik kucing:1. Merangkak seperti bayi .2. Kepala memandang ke bawah.3. Bahagian belakang badan atau tulang belakang membongkok ke atas manakala bahagian kepala mengarah ke dada. Dua orang akan melakukan twist:1. Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu.2. Kedua-dua bebola kaki sahaja yang menyentuh lantai.3. Bahagian lutut dibengkokkan pada kadar 45 darjah.4. Bahagian pinggang terus ke bahagian kepala berada dalam keadaan lurus.5. Kedua-dua belah tangan dibawa ke dada sambil menggengam tangan.6. Gerakkan badan ke kiri dan ke kanan.Stesen keenam Dua orang melakukan pergerakan gallop atau congklak:1. Berdiri lurus.2. Kedua-dua belah tangan dinaikkan sehingga ke paras pinggang sambil menggenggam.3. Kaki yang tidak dominan lurus dan berada di bahagian belakang kaki dominan.4. Kaki dominan pula bengkok dan hanya bahagian bebola kaki menyentuh lantai.5. Melakukan pergerakan tersebut ke hadapan dengan melonjakkan kaki di hadapan dan diikuti dengan kaki di bahagian belakang. Dua orang melakukan pergerakan skip:1. Berdiri lurus.2. Naikkan kaki kanan hingga ke paras 90 darjah manakala kaki kiri berada dalam keadaan hanya bebola kaki menyentuh lantai apabila melonjak dan terus maju ke hadapan.3. Diikuti dengan kedua-dua belah tangan yang dihayun berlawanan dengan kaki yang dilonjak. 4. Apabila kaki kanan dilonjak diikuti dengan tangan kiri yang dihayun ke atas dan tangan kiri dihayun ke belakang.5. Postur tubuh pula berada dalam keadaan lurus.

Stesen Ketujuh Dua orang melakukan pergerakan bukan lokomotor iaitu membongkok:1. Berdiri lurus. 2. Kedua-dua belah tangan rapat di sisi.3. Kaki dibuka seluas bahu.4. Turunkan bahagian atas badan iaitu dari kepala hingga ke pinggang sehingga 90 darjah dan diikuti kedua-dua belah tangan lurus ke bawah. 5. Kedua-dua belah kaki berada dalam keadaan lurus. Dua orang melakukan pergerakan kayuh basikal:1. Baring.2. Tangan di sisi.3. Naikkan kedua-dua belah kaki sehingga 90 darjah.4. Gerakan kaki seperti orang yang sedang mengayuh basikal.5. Tangan pula berada di sisi badan.

Stesen Kelapan Bergerak seperti keretapi :1. Berdiri tegak.2. Kepala menghadap ke hadapan.3. Naikkan kedua-dua belah tangan dan tangan memegang bahu orang yang berada di hadapan dalam keadaan tangan yang lurus dan postur tubuh yang tegak.4. Berjalan dengan kaki kanan dahulu diikuti dengan kaki kiri.