C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT5.pdf

29
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/1 ATURCARA TAWARAN ATURCARA TAWARAN OBJEKTIF Objektif Am : Mengetahui takrif tawaran dan sebutharga; jenis, cirri, keperluan, kebaikan dan keburukan tawaran ; tawaran terbuka, tawaran terhad, tawaran terpilih, tawaran pra- kelayakan, tawaran perundingan, dokumen tawaran, d okumen meja tawaran, takrif iklan tawaran, cirri iklan tawaran, jangkamasa proses pengiklanan, borang piawai menender, penutupan dan pembukaan tawaran, Jawatankuasa pembukaan tawaran, lapuran tawaran, peti tawaran, tempoh laku tawaran, lembaga tawaran dan bidangkuasanya, penganugerahan tawaran, penolakan tawaran dan tawaran semula. Objektif Khusus : Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat : Mentakrifkan Tawaran dan sebut harga. Mengenal pasti jenis, ciri, keperluan, kebaikan dan keburukan tawaran-tawaran berikut : i. Tawaran terbuka ii. Tawaran terhad iii. Tawaran terpilih iv. Tawaran pra kelayakan v. Tawaran perundingan Menyenaraikan kandungan dokumen tawaran berdasarkan kontrak senarai bahan dan ukisan/spesifikasi. UNIT 5

Transcript of C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT5.pdf

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/1

    ATURCARA TAWARAN

    ATURCARA TAWARAN

    OBJEKTIF

    Objektif Am : Mengetahui takrif tawaran dan sebutharga; jenis, cirri,

    keperluan, kebaikan dan keburukan tawaran ; tawaran

    terbuka, tawaran terhad, tawaran terpilih, tawaran pra-

    kelayakan, tawaran perundingan, dokumen tawaran,

    d okumen meja tawaran, takrif iklan tawaran, cirri iklan

    tawaran, jangkamasa proses pengiklanan, borang piawai

    menender, penutupan dan pembukaan tawaran,

    Jawatankuasa pembukaan tawaran, lapuran tawaran,

    peti tawaran, tempoh laku tawaran, lembaga tawaran

    dan bidangkuasanya, penganugerahan tawaran,

    penolakan tawaran dan tawaran semula.

    Objektif Khusus : Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :

    Mentakrifkan Tawaran dan sebut harga.

    Mengenal pasti jenis, ciri, keperluan, kebaikan dan

    keburukan tawaran-tawaran berikut :

    i. Tawaran terbuka

    ii. Tawaran terhad

    iii. Tawaran terpilih

    iv. Tawaran pra kelayakan

    v. Tawaran perundingan

    Menyenaraikan kandungan dokumen tawaran

    berdasarkan kontrak senarai bahan dan

    ukisan/spesifikasi.

    UNIT 5

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/2

    ATURCARA TAWARAN

    Menyatakan kegunaan dokumen tawaran.

    Mentakrifkan Iklan Tawaran

    Menyenaraikan cirri-ciri iklan tawaran yang baik

    Memberi maklumat maklumat dan syarat syarat di dalam

    iklan tawaran

    Menyatakan jangka masa proses pengiklanan tawaran

    Mengenal pasti borang-borang piawai semasa menender

    Menerangkan proses penutupan tawaran

    Menerangkan kegunaan peti tawaran

    Menerangkan pembukaan tawaran dan tugas jawatankuasa

    pembukaan tawaran

    Menerangkan tujuan dan perkara-perkara penting yang

    dianalisa dalam laporan tawaran

    Menerangkan tugas dan kuasa Ahli Lembaga Tawaran

    Menerangkan proses penganugerahan tawaran

    Menerangkan sebab-sebab penolakan tawaran

    Menerangkan sebab-sebab tawaran semula

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/3

    ATURCARA TAWARAN

    5.1 TAKRIF TAWARAN DAN SEBUT HARGA

    5.1.1 Takrif Tawaran

    Tawaran adalah satu kenyataan yang dikeluarkan bagi mempelawa suatu

    pihak untuk melaksanakan suatu kerja samada kerja pembinaan atau

    pembekalan disamping mendapat persetujuan daripada pihak berkenaan.

    Tender di keluarka oleh pemaju manakala penerima tender adalah

    kontraktor atau pemborong.

    5.1.2 Takrif Sebut Harga

    Sebut harga merupakan proses memanggil dan memilih kontraktor yang

    berkelayakan membuat dan meyiapkan kerja-kerja yang bernilai antara

    RM 0001 hingga RM 50 000.Sebut harga diamalkan bagi memenuhi kerja

    segera, kerja undi dan kerja inden.Kerja-kerja melalui sebut harga diberikan

    kepada kontraktor Bumi putra sahaja.

    5.1.2.1 Kerja kerja segera

    Kerja yang perlu dibuat dengan segera, biasanya kontraktor yang

    dipilih adalah kontraktor yang sudah diketahui kebolehan dan

    kemampuannya membuat kerja. Contoh contoh kerja yang terlibat

    seperti membaiki kerosakan saluran paip atau membaiki atap bocor

    dan membaiki tandas awam.

    INPUT

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/4

    ATURCARA TAWARAN

    5.1.2.2 Kerja kerja Undi

    Kerja undi biasanya berdasarkan jadual kadar harga. Kerja kerja

    terlibat adalah kerja kerja penyenggaraan biasa dan penyenggaraan

    bangunan kerajaan. Penyertaan kerja undi dibuat seminggu oleh

    Jabatan Kerja Raya atau badan badan kerajaan yang lain. Melalui

    cara ini kerja yang dilakukan oleh kontraktor tetap harganya.

    5.1.2.2 Kerja kerja Inden

    Kerja jenis ini merupakan kerja yang diberitahu kepada kontraktor

    setelah mereka mengemukakan sebut harga masing masing. Hanya

    kontraktor yang berjaya dikehendaki melaksanakan kerja tersebut.

    Antara kerja kerja yang terlibat adalah kerja ubah suai ruang

    pejabat, membersih bangunan dan mengecat bangunan.

    5.2 JENIS JENIS TAWARAN

    Bagi kerja kerja yang melebihi nilai RM 50 000.00, pemanggilan dan

    pemilihan kontraktor dilakukan melalui tawaran. Umumnya ada beberapa jenis

    tawaran yang biasa diamalkan di negara kita. Di antara jenis jenis tawaran

    tersebut adalah :

    a. Tawaran terbuka

    b. Tawaran terhad

    c. Tawaran terpilih

    d. Tawaran pra kelayakan

    e. Tawaran perundingan

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/5

    ATURCARA TAWARAN

    5.2.1 Tawaran Terbuka

    Tawaran terbuka merupakan tawaran yang biasa diamalkan oleh

    pihak kerajaan dan badan-badan berkanun. Tawaran jenis dibuka

    kepada semua kontraktor yang memenuhi syarat yang

    ditetapkan.Bilangan penender adalah tidak terhad. Tawaran ini

    digunakan bagi mendapatkan harga tawaran yang baik kerana

    bilangan kontraktor yang memasuki tawaran ini adalah ramai. Lebih

    ramai kontraktor yang memasuki tawaran maka lebih banyak

    rangkaian harga yang diperolehi oleh majikan. Ini membolehkan

    majikan membuat pemilihan yang tepat berdasarkan harga yang

    sesuai dan munasabah.

    Pihak majikan akan mengeluarkan iklan tawaran melalui akhbar

    akhbar tempatan atau mempamerkan di papan kenyataan di pejabat

    majikan

    Kebaikan Tawaran Terbuka

    1. Membuka peluang kepada kontraktor baru dan tidak mempunyai

    banyak pengalaman.

    2. Pihak majikan dapat memilih harga yang terendah dari bilangan

    kontraktor yang ramai.

    3. tawaran ini sesuai untuk pembinaan yang mudah dan tidak

    memerlukan pengalaman serta kelayakan khusus.

    Keburukan Tawaran terbuka

    1. Proses perlaksanaan tawaran ini mengambil masa yang lama dan

    tidak sesuai untuk projek yang perlu disiapkan dengan segera.

    2. Pemilihan harga tawaran yang terlalu rendah adalah berisiko

    tinggi kerana kemungkinan kontraktor akan menghasilkan mutu

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/6

    ATURCARA TAWARAN

    binaan yang rendah disebabkan penggunaan bahan yang tidak

    bermutu untuk mendapatkan keuntungan.

    3. Tawaran ini tidak menggalakkan kontraktor menggunakan

    peralatan moden dan teknik baru kerana kos penggunaanya

    adalah tinggi.

    4. Kesulitan dalam pemilihan kontraktor yang layak serta berlaku

    pembaziran dalam proses penyediaan dan pemilihan.

    5.2.2 Tawaran Terhad

    Tawaran ini hanya terhad kepada kontraktor kontraktor yang

    tertentu sahaja. Biasanya dikhaskan kepada kontaktor bumiputra

    sahaja. Hanya bumiputra yang memenuhi syarat syarat yang

    ditentukan boleh menyertai tawaran dan bilangannya adalah terhad.

    Ini merupakan langkah kerajaan dalam DEB untuk memeberi

    sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kontrak tahunan kepada

    bumiputra.

    Biasanya diiklankan melalui akhbar tempatan atau dipamerkan di

    papan kenyataan tawaran di pejabat majikan.

    Kebaikan Tawaran Terhad

    1. Memberi peluang kepada kontraktor bumiputra untuk

    menceburkan diri dalam industri binaan tanpa persaingan dari

    kontraktor bukan bumiputra..

    2. Dapat melaksanakan kehendak kerajaan bagi menggalakkan 30%

    bumiputra menceburi bidang pembinaan.

    3. Masa memproses dokumen tawaran dapat dikurangkan.

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/7

    ATURCARA TAWARAN

    Keburukan Tawaran Terhad

    1. Hanya terhad kepada segolongan kontraktor sahaja.

    2. Harga yang ditawarkan menjadi tinggi disebabkan kurangnya

    persaingan.

    5.2.3 Tawaran Terpilih

    Merupakan tawaran yang dikemukakan kepada kontraktor yang

    dipilih oleh majikan. Pertandingan dalam merebut tawaran berlaku

    diantara kontraktor yang terpilih sahaja. Tawaran ini dilaksanakan

    berdasarkan keperluan keperluan yang berikut :

    Projek projek khas yang memerlukan kepakaran tertentu.

    Projek yang perlu disiapkan segera dimana hanya kontraktor

    yang berkemampuan sahaja dibenarkan menyertai tawaran.

    Pihak majikan akan mendapatkan senarai kontraktor yang layak dan

    mempelawa mereka memasuki tawaran. Pemilihan kontyraktor

    berdasarkan organisasi, kemampuan, pengalaman serta jumlah

    projek yang sedang dilaksanakan. Surat akan dihantar kepada

    kontraktor yang dipilih untuk menyertai tawaran tersebut. Didalam

    surat tawaran itu dinyatakan perihal yang berkaitan projek dan

    tawaran.

    Kebaikan Tawaran Terpilih

    1. Majikan akan memperolehi hasil binaan yang berkualiti kerana

    kontraktor yang dipilih terdiri daripada kontraktor yang mahir

    dan mempunyai rekod yang baik.

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/8

    ATURCARA TAWARAN

    2. Masa yang diambil untuk membuat analisis tawaran adalah

    singkat kerana semua keperluan tawaran disediakan mengikut

    bilangan kontraktor yang disenaraikan.

    3. Pemilihan kontraktor yang mahir dapat dilakukan dengan cepat

    kerana semua kontraktor yang memasuki tawaran mempunyai

    keistimewaan dari segi kerja.

    4. Pemilihan harga yang terendah adalah wajar .

    Keburukan Tawaran Terpilih

    1. Harga tawaran menjadi tinggi disebabkan kurang persaingan

    serta kontraktor yang bertanding terdiri darpada mereka yang

    mahir dan berpengalaman.

    2. Kemungkinan berlaku pakatan harga di antara kontraktor untuk

    meletakkan harga penutup yang sama.

    3. Disebabkan keupayaan organisasi kontraktor sentiasa berubah,

    maka terdapat risiko dalam mengambil dan memilih kontraktor

    yang mutu kerjanya sedang menurun.

    5.2.4 Tawaran Pra Kelayakan

    Tawaran dibuka hanya kepada kontraktor yang dipilih melalui proses

    pra kelayakan. Sesuai untuk projek yang tertentu dan khas yang

    memerlukan kepakaran yang tinggi dan bertaraf antarabangsa.

    Majikan akan mengiklankan notis tawaran pra kelayakan di akhbar

    tempatan bagi mengetahui kelayakan kontraktor yang ingin

    menyertai tawaran tersebut. Kontraktor yang ingin menyertai

    tawaran ini perlu mengisi borang khas yang mengandungi

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/9

    ATURCARA TAWARAN

    maklumat-maklumat tentang kewangan, pengurusan serta

    pengalaman kontraktor dan dikembalikan kepada pemaju.

    Majikan akan mengkaji maklumat-maklumat yang diberikan dan

    akan membuat pemilihan kontraktor yang layak menyertai tawaran.

    Kehendak asas dalam pem ilihan agak ketat di mana pengalaman,

    kemahiran, kepakaran kerja, modal pusingan yang besar dan

    penggunaan teknik-teknit moden adalah antara syarat-syarat

    kelayakan yang diperlukan.

    Kebaikan Tawaran Pra Kelayakan

    1. Mutu pembinaan yang dihasilkan adalah tinggi melalui

    penggunaan teknologi yang tinggi dan pengalaman kontraktor.

    2. Hanya kontraktor yang mempunyai pengurusan dan pengalaman

    yang baik serta modal yang cukup layak menyertai tawaran ini

    3. Menjimatkan masa, tenaga dan kos dari segi menyedia dan

    menyemak dokumen tawaran kerana bilangan kontraktor yang

    tidak ramai.

    4. Projek dijamin akan siap pada tempoh yang ditetapkan.

    Keburukan tawaran Pra Kelayakan

    1. Tawaran ini hanya layak kepada kontraktor yang mempunyai

    kepakaran sahaja.

    2. kos pembinaan kana menjadi lebih tinggi disebabkan

    penggunaan teknologi terkini yang jarang dimiliki oleh

    kontraktor yang lain.

    3. Hanya sesuai untuk projek-projek yang besar dan tidak sesuai

    untuk projek yang kecil.

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/10

    ATURCARA TAWARAN

    5.2.5 Tawaran Perundingan

    Tawaran ini dijalankan atas sebab-sebab tertentu selalunya atas

    arahan pihak-pihak tertentu. Tawaran jenis ini tidak diiklankan.

    Ianya dilaksanakan dengan pihak majikan menghantar surat kepada

    kontraktor yang dipilih untuk membuat perbincangan mengenai

    projek yang akan dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang

    dibincangkan adalah aspek-aspek rekabentuk,anggaran kos, jadual

    kadar harga, pengurusan dan keuntungan. Pada keseluruhannya

    tawaran perundingan dilaksanakan sebelum penyediaan lukisan dan

    senarai bahan.

    Tawaran ini dipraktikkan atas sebab-sebab berikut :

    Projek yang memerlukan penyiapan segera

    Projek yang memerlukan kepakaran kerja.

    Projek yang berterusan dan berfasa-fasa.

    Pembiayaan projek dibuat oleh kontraktor

    Projek yang mempunyai bidang kerja yang sama..

    Kebaikan tawaran perundingan :

    1. Perbelanjaan membiayai tawaran ini adalah rendah.

    2. Kontraktor boleh memberi nasihat dan memberikan cadangan

    dan nasihat kepada arkitek/jurutera diperingkat awal reka bentuk

    projek.

    3. Majikan dapat menganggar kos-kos yang terlibat dengan lebih

    tepat dan cepat berdasarkan kadar harga yang diketahui

    sebelumnya iaitu bagi projek yang mempunyai bidang yang

    sama.

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/11

    ATURCARA TAWARAN

    Keburukan Tawaran perundingan :

    1. harga tawaran menjadi tinggi disebabkan tiada persaingan.

    2. Hanya kontraktor tertentu sahaja yang akan terpilih.

    3. Disebabkan harga tawaran yang terlalu tinggi, pengawalan

    terhadap pembaziran bahan dan masa tidak begitu baik.

    4. berlaku penyelewengan diperingkat perancangan menyebabkan

    kerugian kepada pihak majikan.

    5.3 KANDUNGAN DOKUMEN TAWARAN

    Dokumen tawaran terbahagi kepada dua jenis :

    5.3.1 Dokumen tawaran bagi kontrak berdasarkan senarai kuantiti

    Biasa digunakan untuk projek-projek yang besar

    Penyediaan memerlukan masa yang agak panjang

    Dapat menyediakan satu asas yang lebih saksama untuk

    penilaian kerja yang telah dilaksanakan bagi tujuan bayaran

    kemajuan dan perubahan kerja

    5.3.2 Dokumen tawaran bagi kontrak berdasarkan lukisan dan

    spesifikasi.

    Di gunakan bagi projek yang perlu disiapkan dengan segera

    di mana Jurukur Bahan tidak sempat untuk menyediakan

    Senarai Kuantiti.

    Sesuai untuk projek yang rendah dan sederhana kosnya.

    Kontraktor perlu memasukkan harga bagi keseluruhan kerja

    secara pukal sahaja ( Lump Sum )

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/12

    ATURCARA TAWARAN

    Berdasarkan Senarai Kuantiti Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi

    1. Surat mempelawa tawaran

    2. Borang tawaran

    3. Arahan kepada penender

    4. Senarai kerja pendahuluan,

    keterangan bahan dan mutu kerja

    5. Senarai senmakan mengemukakan

    tawaran

    6. Spesifikasi

    7. Borang maklumat latar belakang

    kontraktor

    8. Senarai Kuantiti

    9. Lampiran

    10. Lukisan

    1. Surat mempelawa tawaran

    2. Borang tawaran

    3. Arahan kepada penender

    4. Senarai kerja pendahuluan,

    keterangan bahan dan mutu kerja

    5. Senarai semakan mengemukakan

    tawaran

    6. Spesifikasi

    7. Borang maklumat latar belakang

    kontraktor

    8. Ringkasan tawaran

    9. Jadual kadar harga

    10. Lampiran

    11. Lukisan

    Jadual 9.1 : Kandungan Dokumen Tawaran

    5.4 KEGUNAAN DOKUMEN MEJA TAWARAN

    Dokumen ini hampir sama dengan dengan dokumen tawaran tetapi biasanya

    lebih lengkap dari dokumen tawaran yang dijual kepada kontraktor.

    Disediakan sebelum sesuatu tawaran dipanggil atau diiklankan.

    Dokumen meja tawaran diletakkan didalam bilik khas atau di atas meja khas

    di pejabat majikan seperti di pejabat Pengarah JKR Negeri atau Daerah.

    Dokumen tawaran digunakan untuk membolehkan kontraktor mendapat

    gambaran yang jelas mengenai projek serta menyemak perkara-perkara

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/13

    ATURCARA TAWARAN

    yang terkandung didalam tawaran yang hendak disertainya serta

    menghargakan tawaran. Biasanya ia dipamerkan bermula dari iklan tawaran

    dikeluarkan sehingga tarikh tutup tawaran.

    5.5 TAKRIF IKLAN TAWARAN

    Merupakan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pemaju untuk

    mempelawa kontraktor-kontraktor memasuki tawaran bagi projek yang

    dicadangkan.

    Iklan tawaran disediakan bagi memaklumkan kepada kontraktor yang

    berminat tentang butir-butir penting sesuatu tawaran.

    5.6 CIRI CIRI IKLAN TAWARAN

    Iklan tawaran hendaklah menarik dan mempunyai maklumat yang lengkap

    mengenai projek supaya ramai kontraktor yang berkelayakan akan

    menyertai tawaran tersebut.

    Iklan tawaran hendaklah diiklan didalam akhbar tempatan ataupun ditampal

    di papan kenyataan tawaran di pejabat majikan.

    5.7 MAKLUMAT MAKLUMAT DAN SYARAT-SYARAT DI DALAM

    IKLAN TAWARAN

    Maklumat penting yang perlu ada dalam satu-satu iklan tawaran adalah :

    Logo dan nama majikan

    Tajuk kerja

    Jenis tawaran

    Kelas kontraktor yang dipelawa

    Kepala dan sub kepala

    Bayaran dokumen tawaran

    Tempat mengambil Dokumen tawaran

    Tempat dan masa dokumen tawaran dikembalikan

    Tarikh lawatan tapak, masa serta tempat perjumpaannya

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/14

    ATURCARA TAWARAN

    Pejabat dimana TTD boleh diperiksa

    Masa dan tarikh memeriksa TTD

    Tarikh tutup tawaran

    5.8 JANGKA MASA PROSES PENGIKLANAN TAWARAN

    Biasanya tempoh iklan tawaran disiarkan diakhbar akhbar tempatan atau

    melalui notis yang ditampalkan di papan kenyataan tawaran majikan adalah

    dua minggu sebelum tarikh lawatan tapak.

    Kenyataan tawaran hendaklah dihantar kepada pihak akhbar sekurang

    kurangya dua minggu sebelum tarikh diiklankan.

    5.9 BORANG BORANG PIAWAI SEMASA MENENDER

    Secara amnya borang borang yang biasa digunakan semasa proses

    menender adalah :

    5.9.1 Borang Perlantikan Jurukur Bahan

    Borang ini adalah pengesahan diantara Pemaju dengan Jurukur

    Bahan untuk menjalankan kerja kerja pengurusan yang berkaitan

    dengan kerja Jurukur Bahan dalam sesuatu projek.

    5.9.2 Borang Jaminan Keselamatan

    Merupakan surat jaminan yang dikeluarkan oleh bank atau institusi

    kewangan tertentu tentang kedudukan kewangan kontraktor supaya

    pihak perunding dan pemaju yakin dengan kemampuan kontraktor

    tersebut untuk mengendalikan sesuatu projek.

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/15

    ATURCARA TAWARAN

    5.9.3 Borang Kontrak

    Borang perjanjian antara kontraktor dan pemaju untuk menjalankan

    sesuatu projek. Ia mengandungi syarat syarat perjanjian dan kontrak

    yang perlu diikuti oleh kedua-dua pihak. Borang kontrak yang biasa

    digunakan adalah sama ada borng kontrak setara JKR atau borang

    kontrak setara PAM.

    5.9.4 Borang Pra Kelayakan Kontraktor

    Borang ini digunakan oleh kontraktor kontraktor yang ingin

    memasuki tawaran Pra Kelayakan. Bertujuan untuk menilai sesebuah

    organisasi kontraktor bagi menjalankan sesuatu projek. Penilaian

    dibuat berdasarkan kepada bilangan kaki tangan , bilangan jentera

    yang digunakan dan pengalaman mengenadalikan projek projek

    yang lepas.

    5.9.5 Borang Kontraktor Kecil dan Pembekal Bahan

    Kegunaannya adalan untuk melantik sesebuah organisasi sebagai

    kontraktor kecil atau pembekal bahan di dalam sesuatu projek.

    5.9.6 Borang ringkasan syarikat penender yang terlibat

    Borang ini digunakan untuk menyenaraikan mengenai kemampuan

    dari segi kewangan, modal , loji, kakitangan dan pengalaman setiap

    penender yang terlibat.

    5.9.7 Borang Projek Semasa untuk Penender

    Borang ini memberi penjelasan mengenai projek projek yang

    sedang dilaksanakan oleh penender

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/16

    ATURCARA TAWARAN

    5.9.8 Borang Kesilapan Penender

    Borang ini digunakan untuk mencatatkan segala kesilapan yang

    dilakukan oleh penender semasa mengemukakan tawaran. Kesilapan

    setiap unsure didalam senarai kuantiti atau dokumen tawaran akan

    direkodkan untuk di buat pembetulan.

    5.9.9 Borang keputusan tender

    Merupakan borang terakhir dimana jurukur bahan akan

    mengesyorkan kontraktor yang layak kepada pihak pemaju dan

    perunding yang lain.

    5.10 PROSES PENUTUPAN TAWARAN

    Penutupan tawaran bermaksud tarikh tutup tawaran seperti yang dinyatakan

    didalan iklan tawaran. Apabila tarikh tawaran ditutup, dokumen tawaran

    yang telah lengkap diisi akan dimasukkan kedalam peti tawaran yang telah

    disediakan. Peti tawaran tersebut akan ditutup dan disimpan di dalam bilik

    jurutera.Jawatankuasa Pembukaan Tawaran kemudian akan bersidang untuk

    membuka peti tawaran itu.

    5.11 KEGUNAAN PETI TAWARAN

    Peti tawaran digunakan untuk memasukkan dokumen tawaran yang telah

    dihantar oleh pihak kontraktor. Merupakan sebuah bekas/peti berkunci yang

    ditandakan dengan no. projek, nama projek, tarikh dan masa tawaran

    dibuka serta tarikh penyerahan terakhir.

    Setelah tarikh tutup tawaran peti tawaran akan dikunci dan disimpan

    didalam bilik jurutera.Peti tawaran akan dibuka setetelah Ahli

    Jawatankuasa Pembukaan Tawaran bersidang.

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/17

    ATURCARA TAWARAN

    5.12 PROSES PEMBUKAAN TAWARAN DAN TUGAS JAWATAN

    KUASA PEMBUKAAN TAWARAN

    Sebagaimana yang telah diterangkan proses pembukaan peti tawaran akan

    dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Pembukaan Tawaran. Ahli jawatankuasa

    ini biasanya terdiri daripada tiga orang pegawai yang telah dilantik oleh

    pihak majikan. Setiap dokumen tawarn yang dihantar akan direkodkan

    nombor siri berdasarkan kepada jumlah dokumen tawaran tersebut.

    Contohnya 1/10, 2/10, 3/10, 4/10 9/10 dan 10/10 sekiranya ada 10 orang

    penender yang menyertai tawaran. No siri ini akan disenaraikan dalam

    borang khas bersama sama dengan harga tawaran yang telah ikemukakan.

    Borang ini dikenali sebagai Borang Jadual Tawaran.

    Borang Jadual Tawaran akan diserahkan kepada satu jawatankuasa yang lain

    untuk membuat penilaian atau analisis tender. Jawatankuasa ini mesti terdiri

    tidak kurang dari dua orang samada Jurukur Bahan atau Pegawai Teknikal

    dalam bidang kerja yang berkaitan.

    ANALISIS TAWARAN

    Penilaian keatas tender tender kerja di jalankan dalam dua peringkat iaitu

    Penilaian Peringkat Pertama dan Penilaian Peringkat Kedua.

    5.12.1 Penilaian Peringkat Pertama

    Penilaian peringkat pertama keatas tender terendah sehingga

    beberapa tender dalam lingkungan harga yang munasabah untuk

    memenuhi pra syarat yang berikut :

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/18

    ATURCARA TAWARAN

    1. Kesempurnaan Tender

    Tender tender mesti lengkap dan bebas dari segala ecacatan

    dari segi undang undang dan kontrak yang munasabah

    untuk menentukan kelayakan mengikut amalan biasa.

    2. Kedudukan Kewangan yang Memuaskan

    Petender mengemukakan bukti atau pegawai penilai berpuas

    hati bahawa petender mempunyai kedudukan kewangan yang

    memuaskan untuk melaksanakan projek yang ditender.

    3. Prestasi Kerja Semasa yang Memuaskan

    Petender yang tidak mempunyai projek atau ditakrifkan

    sebagai sakit atau yang mendapat laporan buruk daripada

    pegawai penyelia projek atau mengahadapi tindakan

    penamatan pengambilan kerjanya adalah tidak memuaskan

    prestasi kerjanya.

    Tender yang tidak memenuhi mana mana pra syarat di atas adalah

    gagal Penilaian Awal dan tidaka layak diberi pertimbangan

    seterusnya.

    5.12.2 Penilaian Peringkat Kedua

    Penilaian peringkat kedua hanya dibuat keatas beberapa tender yang

    lulus penilaian peringkat pertama bermula dengan tender terendah

    mengikut turutan harga tender menaik.

    Kriteria kriteria berikut digunakan bagi menentukan tender yang

    paling menguntungkan untuk dipertimbangkan.

    a. Harga Tender

    Harga tender yang dikemukakan oleh pentender

    pentender akan dibandingkan dengan Anggaran jabatan.

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/19

    ATURCARA TAWARAN

    Anggaran Jabatan hendaklah terlebih dahulu dipastikan

    kemunasabahannya.

    b. Pengalaman

    Penilaian dari aspek pengalaman hanya perlu dibuat ke

    atas pentender yang harga tendernya sangat rendah.

    Untuk melayakkan sesuatu tender yang sangat rendah

    atau rendah dipertimbangkan, pentender mestilah

    sekurang kurangnya dua projek yang serupa dengan

    projek yang ditender dengan cemerlangya dalam tempoh

    lima tahun yang lepas.

    c. Prestasi Kerja Semasa

    Kerja semasa ialah projek yang belum disahkan siap pada

    tarikh tutup tender. Prestasi kerja semasa pentender akan

    dikategorikan seperti berikut :

    Cemerlang - peratus kemajuan sebenar

    melebihi jadual.

    Memuaskan - Peratus kemajuan sebenar

    sama atau terkebelakang dari

    jadual kurang dari 30%.

    Penilaian prestasi kerja semasa hendaklah berdasarkan

    laporan daripada Pegawai Penguasa atau Jurutera yang

    menyelia projek tersebut.

    d. Kakitangan Teknikal

    Faktor ini dinilaikan berasaskan bilangan kakitangan

    teknikal pentender berbanding dengan bilangan

    AnggaranKeperluan Minimum (AKM) kakitangan

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/20

    ATURCARA TAWARAN

    teknikal untuk menjalankan projek yang ditender dengan

    memuaskan.

    e. Loji, Kuari dan Kilang

    Sekiranya kakitangan teknikal kurang daripada yang

    ditetapkan oleh AKM tetapi pentender didapati

    mempunyai kuari, kilang dan sebagainya atau terdapat

    factor factor lain yang boleh menyokong harga

    tendernya maka factor factor tersebut bolehlah diambil

    kira.

    Kesemua analisis dan penilaian akan dimasukkan kedalam laporan tender untuk

    dikemukakan kepada Lembaga Tender untuk dibuat pertimbangan . Kemudian

    Lembaga Tawaran akan membuat pemilihan dan keputusan kontraktor yang berjaya

    untuk melaksanakan projek tersebut.

    5.13 LAPORAN TAWARAN

    Laporan tawaran yang telah disediakan hendaklah mengandungi perkara perkara

    berikut bagi memudahkan pihak Lembaga Tawaran membuat pemilihan kontraktor

    yang layak ;

    a. Ringkasan skop kerja yang akan dilaksanakan seperti nama projek,

    penentuan dan sebagainya.

    b. Menerangkan cara mempelawa tender untuk projek tersebut dan

    menerangkan bila tender tersebut dibuka dan ditutup dan tempoh

    laku tender tersebut tamat.

    c. Menyenaraikan petender petender termasuk harga tender serta

    masa penyiapan kerja mengikut harga tender yang terendah dahulu.

    d. Mengkaji tentang kesilapan yang berlaku didalam tender serta

    menyenaraikan kesilapan petender. Didalam senarai tersebut harga

    tawaran terkini hendaklah dicatatkan termasuk kesilapan yang

    berlaku sekiranya ada.

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/21

    ATURCARA TAWARAN

    e. Mengemukakan anggaran jabatan serta perbezaan dengan anggaran

    setiap Petender.

    f. Latar belakang kontraktor seperti nama syarikat,kelas kontraktor

    serta senarai projek yang telah dan sedang dilaksanakan.

    g. Cadangan dan sokongan kepada lembaga tawaran untuk menyetujui

    terima kontraktor yang layak setelah perkara-perkara diatas

    dianalisis dan dikaji.

    5.14 TUGAS DAN KUASA AHLI LEMBAGA TAWARAN

    Tugas dan kuasa ahli lembaga tawaran bergantung kepada peringkat peringkat

    lembaga tersebut. Peringkat peringkat lembaga tawaran terdiri daripada ;

    1. Lembaga Tawaran Peringkat Persekutuan

    Ianya diwakili oleh ketua pengarah Jabatan Kerja Raya,

    Perbendaharaan, Kementerian Kerja RayaUnit Perancang Ekonomi /

    Negeri / UPEN atau mana-mana badan/unit yang berkenaan.

    Tawaran tawaran ini adalah khas untuk kerja kerja peringkat

    persekutuan sahaja. Lembaga ini berkuasa mengesahkan tawaran

    yang melebihi RM 250,000.00.

    2. Lembaga Tawaran Peringkat Negeri

    Lembaga ini diwakili oleh setiausaha kerajaan negeri /SUK, Pegawai

    Kewangan negeri, Pengarah JKR dan sebagainya. Lembaga ini

    berkuasa memperakui tawaran yang dibiayai oleh kerajaan negeri

    sahaja.

    3. Lembaga Tawaran Peringkat Daerah

    Lembaga ini diwakili oleh setiausaha kerajaan, pegawai kewangan

    yang mana ia merupakan ahli jawatankuasa sebut harga dan berkuasa

    memperakui tawaran kecil yang tidak melebihi RM 10,000.00

    sahaja.

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/22

    ATURCARA TAWARAN

    5.15 PENGANUGERAHAN TAWARAN

    Penganugerahan tawaran bermaksud tawaran diberikan kepada kontraktor, iaitu

    tawaran yang dikemukakan oleh kontraktor diakui dan majikan membuat

    penerimaan terhadap tawaran kontraktor.

    Majikan akan mengeluarkan Surat penerimaan tawaran kepada kontraktor yang

    dipilih, maka kontraktor berkenaan tidak boleh menarik diri. Kontraktor boleh

    disaman sekiranya menolak tawaran tersebut. Ini kerana sebaik sahaja kontraktor

    menerima surat penerimaan tawaran ikatan kontrak terjalin antara pihak majikan

    dan kontraktor.

    Surat penerimaan tawaran boleh dibuat pada dua peringkat :

    a. Surat Niat ( Letter of Intent )

    Iaitu surat kepada kontraktor yang kandungannya meliputi hasrat

    untuk menerima tawaran kontraktor tersebut tertakluk kepada syarat-

    syarat dan keperluan kerajaan yang mesti dipatuhi oleh kontraktor.

    Surat ini tidak mengikat Kerajaan kepada satu perjanjian bahawa

    satu kontrak telah wujud.

    b. Surat Setuju terima ( Letter of Acceptance )

    Iaitu surat pengesahan tawaran berasaskan kepada syarat yang telah

    dyang berkaitan dengan kontrak tersebut. Surat ini merupakan

    dokumen perundangan yang sah dan sebahagian daripada kontrak.

    Surat ini dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya apabila semua

    perkara telah diselesaikan dan rundingan lanjut tidak diperlukan.

    5.16 PENOLAKAN TAWARAN

    Antara sebab-sebab mengapa sesuatu tawaran tidak diterima ialah :

    a. Harga tawaran yang terlalu tinggi

    b. Harga tawaran yang telalu rendah. Jika kerja tersebut diberikan

    kemungkinan kerja tidak dapat disiapkan.

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/23

    ATURCARA TAWARAN

    c. Kerja kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor tersebut

    terlalu banyak dan melebihi had kewangan pendaftaran.

    d. Rekod kerja terdahulu tidak mememuaskan

    e. Tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tawaran.

    f. Butir-butir tawaran tidak diisi dengan betul

    g. Tidak cukup peruntukan kewangan bagi satu-satu projek.

    5.17 TAWARAN SEMULA

    Tawaran perlu dipanggil semula apabila perkara-perkara berikut berlaku :

    a. harga yang ditawarkan adalah teralu rendah atau terlalu tinggi.

    b. Terdapat kesilapan di dalam dokumen tawaran, mungkin dari segi

    pengiraan ataupun dalam butiran lukisan.

    c. Tiada peruntukan ataupun tidak mencukupi untuk membiayai projek.

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/24

    ATURCARA TAWARAN

    Mahu menguji kefahaman anda ? Sila jawab soalan soalan - soalan berikut.

    Cuba dahulu sebelum menyemak jawapan yang disediakan dihalaman sebelah.

    1. Berikan takrif iklan tawaran .

    2. Apakan perbezaan antara tawaran dan sebut harga.

    3 Nyatakan jenis-jenis tawaran yang biasa dipraktikkan dinegara kita di

    dalam memilih kontraktor yang layak untuk satu-satu projek.

    4. Ada beberapa kaedah memanggil tawaran. Nyatakan tiga kaedah tersebut.

    5. Pada pendapat anda tawaran apakah yang sesuai untuk projek pembinaan

    yang mudah terutamanya projek-projek yang dijalankan oleh pihak

    kerajaan.

    6.. Nyatakan sekurang kurangnya lima jenis borang yang biasa digunakan

    dalam proses menender

    7. Berapa lamakah jangka masa tawaran diiklankan.

    8. Apakah kegunaan peti tawaran didalam proses menender?

    9. Lengkapkan jadual berikut:

    Peringkat peringkat

    Lembaga Tawaran

    Ahli - ahli Bidang Kuasa

    10. Kadang-kadang tawaran perlu dibuat semula. Nyatakan sebab sebabnya.

    AKTIVITI 5

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/25

    ATURCARA TAWARAN

    1. Tawaran ialah satu kenyatan yang di keluarkan oleh satu kepada satu pihak

    yang lain untuk melaksanakan suatu kerja disamping mendapatkan

    persetujuan dari pihak yang berkenaan.

    2. Tawaran untuk kerja-kerja melebihi RM50 000 dan terbuka untuk semua

    kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor.

    Sebut harga untuk kerja-kerja kurang daripada RM 50 000 dan biasanya

    bagi memenuhi kerja-kerja segera, kerja undi dan kerja inden. Hanya

    dibuka untuk kontraktor bumi putra sahaja.

    3. Tawaran terbuka, tawaran terhad, tawaran terpilih, tawaran pra kelayakan

    dan tawaran perundingan.

    4. Iklan di akhbar tempatan, notis di papan kenyataan tawaran majikan dan

    surat mempelawa tawaran

    5. Tawaran yang sesuai adalah tawaran terbuka kerana projek pembinaan yang

    mudah adalah sesuai bagi kontraktor-kontraktor yang baru dan kurang

    berpengalaman

    6. Borang borang yang biasa digunakan dalam proses menender adalah :

    Borang perlantikan Jurukur Bahan

    Borang jaminan keselamatan

    Borang Kontrak Setara

    Borang perlantikan kontraktor kecil dan Pembekal bahan

    Borang projek semasa untuk penender

    Dan lain-lain seperti dalam nota

    7. Apabila tarikh tutup tawaran seperti yang dinyatakan didalam iklan tawaran

    8. Peti tawaran digunakan untuk memasukkan dokumen tawaran yang telah

    dihantar oleh pihak kontraktor.

    MAKLUMBALAS 5

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/26

    ATURCARA TAWARAN

    9.

    Peringkat Lembaga

    Tawaran

    Ahli - ahli Bidangkuasa

    Lembaga Tawaran

    Peringkat Pesekutuan

    Pengarah

    JKR,UPEN

    Untuk tender

    peringkat

    persekutuan dan

    melebihi RM

    250,000.00

    Lembaga Tawaran

    peringkat Negeri

    Setiausaha

    kerajaan, Pengarah

    JKR, pegawai

    kewangan

    Untuk tender

    peringkat negeri

    sahaja

    Lembaga Tawaran

    peringkat Daerah

    Setiausaha

    kerajaan, pegawai

    kewangan

    Untuk tawaran

    sebutharga tidak

    melebihi RM

    10,000.00

    10. Tawaran perlu dipanggil semula kerana :

    Harga yang ditawarakan terlalu tinggi atau terlalu rendah

    Terdapat kesilapan dalam dokumen tender

    Tiada peruntukan kewangan

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/27

    ATURCARA TAWARAN

    Syabas .!!! Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan soalan

    dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang

    disediakan. Sekiranya ada masalah , berbincanglah dengan pensyarah anda. Semoga

    anda berjaya

    SOALAN 1

    Terangkan dengan ringkas tentang tawaran pra kelayakan dan tawaran perundingan serta

    nyatakan dua perbezaan utama antara dua tawaran ini.

    SOALAN 2

    Terangkan proses-proses pembukaan dan penelitian tawaran oleh jawatankuasaPembukaan

    tawaran setelah penutupan tawaran.

    SOALAN 3

    Lembaga Tawaran bertanggungjawab untuk menganugerahkan tawaran kepada kontraktor

    yang berjaya memenuhi kriteria kretiria pemilihan. Apakan kriteria criteria tersebut.

    PENILAIAN KENDIRI

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/28

    ATURCARA TAWARAN

    SOALAN 1

    Dua perbezaan adalah :

    a. Tawaran Pra Kelayan diiklankan manakala tawaran perundingan tidak diiklankan.

    b. Pemilihan kontraktor melalui tawaran pra kelayakan berdasarkan maklumat-maklumat yang diisi dalam

    borang pra kelayakan manakala tawaran perundingan

    pula kontraktor dipilih berdasarkan pengalaman, rekod

    kerja, kedudukan kewangan tanpa perlu bertanding

    dengan kontraktor-kontraktor yang lain.

    SOALAN 2

    Setelah tarikh tutup tawaran Ahli Jawatankuasa Pembukaan tawaran akan bersidang dan

    membuka peti tawaran. Setiap dokumen tawaran akan ditulis nombor siri berdasarkan

    jumlah dokumen tawaran yang diterima. Selain daripada itu, Ahli Jawatankuasa akan

    menyenaraikan harga yang dikemukakan oleh setiap penender didalam borang khas yang

    dikenali sebagai Borang jadual tawaran. Borang jadual tawaran akan diserahkan kepada

    satu pihak yang lain untuk dibuat analisa dan penilaian. Satu laporan tawaran disediakan

    untuk dikemukakan kepada Lembaga Tawaran untuk membuat pertimbangan pemilihan

    kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan sesuatu projek.

    SOALAN 3

    Harga tender yang dicadang oleh penender berbanding dengan anggaran

    jabatan

    Pengalaman yang ada bagi seseorang penender bagi menyiapkan sesuatu

    projek dalam 5 tahun kebelakangan ini.

  • ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/29

    ATURCARA TAWARAN

    Prestasi kerja semasa yang ditunjukkan oleh kontraktor sama ada cemerlang

    atau memuaskan berdasarkan kepada laporan dari Pegawai Penguasa atau

    Pegawai Penyelia.

    Kakitangan yang dilantik oleh penender adalah mencukupi bagi

    melaksanakan projek yang ditender.

    Faktor-faktor lain yang membantu harga tender adalah seperti penender

    mempunyai loji, kuari kilang dan sebagainya.