Cabaran 1M1S Edited

6
Isu dan Cabaran Dasar 1 Murid 1 Sukan dari Aspek Ibu Bapa i) Tiada Pendedahan Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Konsep 1M1S inilah yang tidak difahami oleh ibu bapa atau penjaga berikutan tiada pendedahan tentang perkara tersebut kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa tidak faham tentang objektif sebenar program tersebut. Apabila tidak faham, mereka membuat andaian sendiri dan menganggap sukan tidak penting dalam proses pembelajaran anak mereka. ii) Galakan dan Sokongan Aktiviti sukan merupakan satu aktiviti yang wajib di sekolah dan telah ditetapkan lebih awal lagi melalui Surat Pekeliling Bil.1/1989 bertajuk Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan di Sekolah bertarikh 3 Januari 1989. Namun demikian, aktiviti sukan tidak dilaksanakan dengan sepatutnya dan lama kelamaan dipinggirkan sebagai aktiviti yang tidak penting kerana pencapaian akademik lebih diutamakan. Menurut Mustafa Kamal (2000), dalam kajiannya “Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Melayu Tingkatan Empat dalam Aktiviti Kokurikulum di Rancangan Felda Daerah Segamat Selatan”

description

esei tentang cabaran 1 murid 1 sukan

Transcript of Cabaran 1M1S Edited

Isu dan Cabaran Dasar 1 Murid 1 Sukan dari Aspek Ibu Bapai) Tiada PendedahanDasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Konsep 1M1S inilah yang tidak difahami oleh ibu bapa atau penjaga berikutan tiada pendedahan tentang perkara tersebut kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa tidak faham tentang objektif sebenar program tersebut. Apabila tidak faham, mereka membuat andaian sendiri dan menganggap sukan tidak penting dalam proses pembelajaran anak mereka.

ii) Galakan dan SokonganAktiviti sukan merupakan satu aktiviti yang wajib di sekolah dan telah ditetapkan lebih awal lagi melalui Surat Pekeliling Bil.1/1989 bertajuk Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan di Sekolah bertarikh 3 Januari 1989. Namun demikian, aktiviti sukan tidak dilaksanakan dengan sepatutnya dan lama kelamaan dipinggirkan sebagai aktiviti yang tidak penting kerana pencapaian akademik lebih diutamakan. Menurut Mustafa Kamal (2000), dalam kajiannya Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Melayu Tingkatan Empat dalam Aktiviti Kokurikulum di Rancangan Felda Daerah Segamat Selatan mendapati ibu bapa kurang mendorong penglibatan anak-anak untuk bergiat dalam aktiviti kokurikulum. Ibu bapa menganggap sukan hanya untuk memenuhi masa lapang sahaja. Sehubungan itu, mereka tidak menggalakkan anak mereka untuk menyertai aktiviti sukan di sekolah pada waktu petang dan lebih cenderung untuk menghantar anak mereka ke kelas tambahan atau kelas kemahiran yang lain. Ramai ibu bapa yang tidak memberi sokongan kepada anak mereka untuk menyertai sukan kerana mereka lebih mementingkan bidang akademik daripada sukan untuk menjamin masa depan yang cemerlang. Keadaan ini berlaku apabila sistem pendidikan kita berorientasikan peperiksaan bukannya berorientasikan ilmu. Peperiksaan dilihat sebagai satu petunjuk kejayaan atau kegagalan hidup seorang pelajar.

iii) Tahap Ekonomi KeluargaSelain itu, tahap ekonomi keluarga yang rendah juga merupakan faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan. Kajian Permasalahan Aktiviti Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan Daerah Pasir Mas oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan bahawa pelajar tidak melibatkan diri dalam aktiviti sukan kerana mereka terpaksa menolong ibu bapa mereka di rumah. Terdapat sesetengah pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah terpaksa menolong ibu bapa mereka mencari nafkah seperti berniaga kecil-kecilan pada waktu petang. Ada juga pelajar yang tidak dapat hadir ke aktiviti sukan kerana mereka perlu menjaga adik-adik di rumah sementara ibu bapa mereka keluar bekerja. Golongan seperti ini terpaksa mengutamakan keadaan keluarga mereka daripada terlibat dengan kegiatan kokurikulum di sekolah.

Isu dan Cabaran Dasar 1 Murid 1 Sukan dari Aspek Pentadbiri) Peralatan Kebanyakan pelajar tidak minat untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum terutamanya sukan kerana kekurangan peralatan sukan di sekolah. Jika ada sekalipun, kemungkinan peralatan yang ada itu terhad dan hampir tidak dapat digunakan lagi. Peralatan sukan ini dapat disamakan dengan bahan bantu mengajar di dalam kelas. Bahan bantu berkesan untuk menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Oleh sebab itu, guru-guru digalakkan untuk menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar bagi melicinkan proses pengajaran. Hal ini sama juga dengan keperluan peralatan sukan yang mencukupi bagi menjalankan aktiviti sukan di padang. Kekurangan peralatan sukan dapat menyebabkan pelajar berasa tidak puas untuk bersukan. Hal ini mengakibatkan mereka tidak mempunyai semangat kesukanan seterusnya tidak melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

ii) Prasarana Selain peralatan, kemudahan atau prasarana sukan juga antara halangan yang dihadapi bagi menjayakan program 1M1S di sekolah. Menurut Mohd Jaflus Bahari dalam kajiannya Faktor-Faktor yang Menghalang Penglibatan Pelajar dalam Kegiatan Kokurikulum Sukan di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Seremban mendapati faktor utama menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah faktor struktur iaitu kemudahan. Tidak semua sekolah mempunyai kemudahan sukan yang lengkap seperti padang, gelanggang dan track. Keadaan ini menyukarkan pihak guru untuk melaksanakan aktiviti sukan di sekolah. Ketiadaan atau kekurangan kemudahan tempat latihan di sekolah juga menyebabkan peralatan-peralatan yang disediakan tidak dapat digunakan. Di samping itu, peralatan sukan yang dibekalkan oleh Bahagian Sukan juga tidak disimpan di tempat yang bersesuaian dan secara teratur dan tanpa kawalan yang sewajarnya.

iii) Kewangan Mohd Suzli Abdullah (1997) dalam kajiannya tentang Permasalahan Aktiviti Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan Daerah Pasir Mas mendapati sekolah-sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, di samping penjadualan yang tidak bersistem. Masalah kewangan sekolah juga menjadi salah satu faktor dalam isu program 1M1S ini. Sesetengah sekolah kadangkala tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi terutama sekolah-sekolah gred B atau Sekolah Kurang Murid (SKM). Keadaan ini akan menimbulkan masalah jika sekolah ingin mengadakan aktiviti sukan yang menelan belanja yang agak banyak. Keadaan ini selalunya berlaku bagi sekolah-sekolah yang terdapat di luar bandar. Sebarang kutipan daripada murid tentunya akan membebankan ibu bapa. Selain itu, sumber kewangan sekolah itu juga lebih banyak dibelanjakan untuk tujuan kurikulum dan kurang diberi perhatian terhadap bidang kokurikulum. Dalam satu kajian yang dibuat oleh Siti Hajar Ismail (2000) mengenai Hubungan Pengurusan dengan Pencapaian dalam Bidang Kokurikulum menyatakan bahawa amalan pengurusan kokurikulum yang diwakili oleh fungsi merancang, menyusun, memimpin dan mengawal berada di tahap sederhana.

Kesimpulan Kegiatan sukan melalui dasar 1M1S yang dijalankan di sekolah-sekolah amat penting dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Aktiviti sukan dan permainan merupakan lanjutan daripada mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang diajar di dalam bilik darjah. Penglibatan pelajar secara menyeluruh terhadap aktiviti yang dijalankan membolehkan para pelajar menghayati falsafah sebenar kokurikulum tersebut seterusnya dapat membantu mereka untuk bergaul dan berhadapan dengan masyarakat pada masa hadapan.Pengelolaan aktiviti kokurikulum terutamanya bidang sukan yang teratur dan sistematik akan memberi keberkesanan dalam mencapai hasrat FPK. Aktiviti yang teratur dan menarik akan menyebabkan para pelajar memberi tumpuan seperti mana yang berlaku terhadap bidang akademik. Hal ini adalah kerana penyertaan dan penglibatan para pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah.Di samping itu, peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi penyertaan para pelajar untuk menjalankan aktiviti kokurikulum yang dirancangkan. Guru-guru penasihat juga seharusnya mempunyai kemahiran untuk mengelolakan aktiviti agar dapat menarik minat para pelajar. Para pentadbir haruslah menghantar guru-guru yang tidak berpengalaman untuk berkursus. Begitu juga dengan ibu bapa dan masyarakat yang harus bersama-sama menggerakkan aktiviti kokurikulum dengan pihak sekolah bagi melahirkan insan yang benar-benar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sahsiah.