Cabaran

4
Cabaran-cabaran Semasa Dunia Ict Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membawa cabaran yang besar kepada umat manusia. Sesebuah Negara itu terbuka menerima pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai medium perantaraan seperti internet, media elektronik dan pelbagai teknologi siber. Masyarakat kini sering dipaparkan dengan pelbagai maklumat yang positif dan juga tidak terkecuali yang negative. Umat Islam juga tidak terkecuali untuk berhadapan cabaran seperti ini antaranya: Pengaruh Budaya Negatif Tidak salah kalau berkata bahawa banyak unsur negatif khususnya kepada golongan muda yang kini gemar mencuba sesuatu yang baru. Unsur-unsur itu contohnya laman web dan telefon kamera yang berkongsi perisian seperti video dan aksi lucah. Selain itu, laman web mempunyai unsur yang lain yang boleh menarik minat para pengguna siber dimana laman web akan memaparkan lokasi-lokasi yang menyediakan khidmat seks di mana-mana tempat. Pengaruh cerita tv dan radio juga jangan diambil ringan kerana seringkali ditayangkan gambar atau cerita lucah yang mampu menghairahkan penonton untuk menghampiri zina. Selain itu, gossip-gosip yang sering dipaparkan seperti mengumpat, mengejek, fitnah dan cerita khurafat akan merosakkan akidah dan pemikiran seseorang jika tidak dikawal. Izawaniyati Ibrahim & Kalthom Mohd Khalid, 2012, Islam & Komunikasi, Percetakan Kok Bin Sdn Bhd

description

ctu

Transcript of Cabaran

Cabaran-cabaran Semasa Dunia Ict Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membawa cabaran yang besar kepada umat manusia. Sesebuah Negara itu terbuka menerima pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai medium perantaraan seperti internet, media elektronik dan pelbagai teknologi siber. Masyarakat kini sering dipaparkan dengan pelbagai maklumat yang positif dan juga tidak terkecuali yang negative. Umat Islam juga tidak terkecuali untuk berhadapan cabaran seperti ini antaranya:

Pengaruh Budaya NegatifTidak salah kalau berkata bahawa banyak unsur negatif khususnya kepada golongan muda yang kini gemar mencuba sesuatu yang baru. Unsur-unsur itu contohnya laman web dan telefon kamera yang berkongsi perisian seperti video dan aksi lucah. Selain itu, laman web mempunyai unsur yang lain yang boleh menarik minat para pengguna siber dimana laman web akan memaparkan lokasi-lokasi yang menyediakan khidmat seks di mana-mana tempat. Pengaruh cerita tv dan radio juga jangan diambil ringan kerana seringkali ditayangkan gambar atau cerita lucah yang mampu menghairahkan penonton untuk menghampiri zina. Selain itu, gossip-gosip yang sering dipaparkan seperti mengumpat, mengejek, fitnah dan cerita khurafat akan merosakkan akidah dan pemikiran seseorang jika tidak dikawal. Justeru itu, tindakan daripada pihak berkuasa amat diharapkan khususnya kepada ibu bapa yang ingin membendung permasalahan ini akan lebih giat dan mengakibatkan ramai orang terutamanya remaja zaman kini. Jika masalah ini tidak dapat dikawal maka dikhuatiri negara akan melahirkan masyarakat yang tidak berkualiti.

Serangan pemikiran oleh musuh IslamPada masa kini, masyarakt perlu tahu untuk menilai,memilih, menganalisis dan membuat keputusan yang tepat terhadap maklumat yand diterima. Mereka harus menjadi pengguna yang pintar kerana banyak ideologi yang kini disebar di laman internet daripada musuh-musuh Islam yang berniat untuk memesongkan akidah umat Islam. Fahaman-fahaman seperti liberisme dan modenisme yang menganggap kemajuan dan kemodenan adalah berdasarkan kebendaan sahaja, bebas melakukan megikut akal fikiran sendiri yang akan menjadikan kita lupa pada agama dan akidah.

Hilang minat membacaMasyarakat kini didedahkan dengan televisyen, video, satelit, telefon bimbit dan sebagainya yang menyebabkan semakin kurang budaya membaca yang diterapkan sebagaimana masyarakat yang menerapkan budaya membaca adalah golongan yang kehadapan dalam segala bidang. Kajian yang dilakukan pada 1996 mendapati bahawa rakyat Malaysia membaca 2 buah buku setahun. Pada tahun 2005 pula, satu kajian yang dijalankan terhadap 60,441 orang responden mendapati tiada perubahan yang dilakukan. Sumber: The Star, 16 Julai 2006. Masyarakat kini lebih gemar membuat pesanan ringkas atau bermain telefon bimbit ketika berada di luar berbanding daripada membaca buku di masa lapang. Sebagai yang beragama Islam, kita haruslah sama-sama menghidupkan kembali roh iqra yang diterapkan oleh Rasullulah SAW untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Imperialisme bentuk baruDunia kini dikuasai oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Englanda dan lain-lain negara. Meraka giat untuk menyebarkan maklumat ke seluruh dunia seperti produ budaya mereka yang turut dieksport ke negara-negara dunia ketiga. Ianya terdiri daripada syarikat pengeluar filem, penerbit uku, stesen televisyen dan sebagainya yang mampu memesongkan minda dan akal fikiran kita. Filem-filem Amerika Syarikat yang mempunyai unsur-unsur adab yan kurang dan menayangkan filem superhero contohnya dapat meruntuhkan akhlak dan fikiran kanak-kanak sehingga rasa teringin untuk meniru aksi-aksi yang dipaparkan. Budaya hedonism iaitu budaya yang mementingkan hal duniawi yang sering diitayangkan juga boleh merosakkan pemikiran masyarakat sekarang untuk mempraktikkan budaya tersebut. Maka dari itu, pincanglah budaya adab sopan yang diterapkan dari zaman dahulu kerana unsur yang dibawa oleh budaya barat.

Jenayah Siber Jenayah siber kini tidak lekang di bibir masyarakat kerana ini adalah permasalahan yang sering terjadi. Isu-isu seperti penyebaran pornografi, ideologi, penggodam atau pun hacker dan penyebaran virus adalah contoh jenayah siber kini. Hal ini berlaku kerana tiada yang mengawal aktiviti di alam maya yang kini kian berleluasa. Hal-hal seperti kecurian maklumat, pengubahsuaian program dan sebagainya juga boleh dikatakan jenayah siber yang sering dilakukan tanpa rasa takut akan aktiviti itu. Jika hal ini tidak dapat dibendung maka rosaklah ekonomi negara dan keharmonian masyarakat.

Izawaniyati Ibrahim & Kalthom Mohd Khalid, 2012, Islam & Komunikasi, Percetakan Kok Bin Sdn Bhd[Type here]

Izawaniyati Ibrahim & Kalthom Mohd Khalid, 2012, Islam & Komunikasi, Percetakan Kok Bin Sdn Bhd