CABARAN BM

2
CABARAN TENTANG BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN NEGARA 1. Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda masih dalam tahap yang rendah. -Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing- masing akan menerima nasib malang. Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum. Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja. 2. Penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi seharian tidak dapat lihat dengan jelas. -Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai ‘lingua-franca’ dan juga ‘bahasa kedua’ akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran dan bahsa yang dapat mengungkapkan pelbagai genre dan domain ilmu. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan wahana merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, usaha promosi harus dipergiat dari semasa ke semasa. Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-anak berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat bahkan urusan jual beli di pasar raya juga kita sering mendengar bahasa Melayu diujarkan. Keadaan ini akan mempermudahkan lagi proses perpaduan kaum di Malaysia dimana ia akan berfungsi sebagai satu cara yang sangat

description

Cabaran BM -TCY

Transcript of CABARAN BM

CABARAN TENTANG BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN NEGARA

1. Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda masih dalam tahap yang rendah.-Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang. Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan.Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum.Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja. 2. Penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi seharian tidak dapat lihat dengan jelas. -Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai lingua-franca dan juga bahasa kedua akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran dan bahsa yang dapat mengungkapkan pelbagai genre dan domain ilmu. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan wahana merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, usaha promosi harus dipergiat dari semasa ke semasa. Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-anak berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat bahkan urusan jual beli di pasar raya juga kita sering mendengar bahasa Melayu diujarkan. Keadaan ini akan mempermudahkan lagi proses perpaduan kaum di Malaysia dimana ia akan berfungsi sebagai satu cara yang sangat efektif dalam mencapai matlamat tersebut. Hal ini kerana apabila semua penduduk menuturkan satu bahasa dalam bahasa pertuturan seharian, ia tidak akan menimbulkan kesusahan dan permasalahan. Oleh itu, ia akan membolehkan perpaduan semua kaum dicapai.