Cabaran Ummah.docx

4
Cabaran Ummah Mendakwah di Malaysia bukan lah satu tugas yang mudah. Terdapat juga cabaran-cabaran yang harus dihadapi. Cabaran-cabaran itu juga terdir daripada penyebaran ajaran salah dan menyeleweng, ajaran kepercayaan agama yang lain daripada Islam dan pendedahan nilai-nilai serta budaya hidup yang negatif dan bertentangan dengan ajaran Islam. Penyebaran ajaran ini dilakukan dengan cara bersemuka dan juga menggunakan media cetak dan elektronik. Bagi mengatasi permasalahan ini kerajaan perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk menerangkan kepada masyarakat Islam tentang mengenai ajaran Islam yang sebenarnya supaya akidah dan kepercayaan mereka tidak terpesong dengan mudah dalam belenggu ajaran yang salah dan tidak berakhlak. Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan peraturan tentang bahan-bahan yang berkaitan untuk diimport untuk disemak dan ditapis terlebih dahulu sebelum diedarkan kepada masyarakat untuk dibaca, didengar atau ditonton. Kawalan terhadap sebarang jenis unsur yang berkaitan dapat dijalan dengan berjaya dan berkesan. Oleh itu, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam, harus menyahut cabaran ini dengan mahu tidak mahu. Yang penting, umat Islam tidak boleh menyerah kalah dan membiarkan perkara ini berlaku dan mengugat mereka sendiri. Sebaliknya, mereka harus berazam dan yakin Mohd Shahir Abdullah,1999, Multimedia dan Islam, Ampang Press Sdn Bhd

Transcript of Cabaran Ummah.docx

Cabaran UmmahMendakwah di Malaysia bukan lah satu tugas yang mudah. Terdapat juga cabaran-cabaran yang harus dihadapi. Cabaran-cabaran itu juga terdir daripada penyebaran ajaran salah dan menyeleweng, ajaran kepercayaan agama yang lain daripada Islam dan pendedahan nilai-nilai serta budaya hidup yang negatif dan bertentangan dengan ajaran Islam. Penyebaran ajaran ini dilakukan dengan cara bersemuka dan juga menggunakan media cetak dan elektronik. Bagi mengatasi permasalahan ini kerajaan perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk menerangkan kepada masyarakat Islam tentang mengenai ajaran Islam yang sebenarnya supaya akidah dan kepercayaan mereka tidak terpesong dengan mudah dalam belenggu ajaran yang salah dan tidak berakhlak. Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan peraturan tentang bahan-bahan yang berkaitan untuk diimport untuk disemak dan ditapis terlebih dahulu sebelum diedarkan kepada masyarakat untuk dibaca, didengar atau ditonton. Kawalan terhadap sebarang jenis unsur yang berkaitan dapat dijalan dengan berjaya dan berkesan. Oleh itu, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam, harus menyahut cabaran ini dengan mahu tidak mahu. Yang penting, umat Islam tidak boleh menyerah kalah dan membiarkan perkara ini berlaku dan mengugat mereka sendiri. Sebaliknya, mereka harus berazam dan yakin bahawa mereka mampu menguasai dan mengambil manfaat daripadanya.

MasalahMasyarakat umat Islam haruslah menerima bahawa multimedia adalah penting dalam penyebaran dakwah pada masa kini. Ada beberapa masalah yang perlu diatasi dalam memastikan ianya benar-benar berfungsi dan berkesan. Ia terdiri daripada masalah peribadi, struktur organisasi dan hubungan kerjasama antara berbagai pihak yang terlibat.

Penguasaan IlmuPermasalahan yang agak ketara ialah kurangnya tenaga pendakwah yang mampu menggunakan teknologi. Akibatnya mereka susah menyesuaikan diri dengan medium sebegini sama ada untuk menyedia atau menyebarkan bahan-bahan dakwah. Pendakwah itu juga akan lambat memberi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbu menerusi media tersebut. Selain itu, kurang penguasaan dalam bahasa Inggeris juga merupaan masalah yang menyebabkan kurang penggunaan multimedia kerana kurang disukai oleh daI dan ulama Islam di Malaysia.

Di samping itu, kelemahan ilmu Islam dikalangan pakar dan pengguna multimedia juga adalah salah satu permasalahan. Kekurangan yng dimiliki menyebabkan mereka kurang melibatkan diri dalam kegiatan dakwah Islamiah. Sikap sebegitu akan melambatkan proses dakwah terutama dalam masalah yang memerlukan tindakan yang cepat.

Kurang Kerjasama. Beberapa organisasi dan institusi Islam telah mengambil peluang dan menggunakan internet sebagai medium dakwah. Contohnya, Institusi Kefahaman Islam Malaysia(IKIM), Jabatan Agama Islam Negeri Selangor(JAIS) dan juga JAKIM yang merupakan institusi Islam di Malaysia yang memberi sambutan awal terhadap penguasaan media ini. Perkara yang paling penting ialah kerjasama yang berkesandan dapat dibangunkan. Belum ada satu kerjasama yang berkesan dalam memenuhi keperluan masyarakat mengenai permasalahan yang sering timbul dari segi ajaran dan juga isu yang bertentangan dengan ajaran Islam yang disalurkan melalui internet. Sepatutnya wujud satu kerjasama yang berkesan sekurang-kurangnya melibatkan pembahagian tugas yang jelas supaya dapat menyemarakkan lagi kerja dakwah di negara ini.

Mohd Shahir Abdullah,1999, Multimedia dan Islam, Ampang Press Sdn Bhd