Cadangan Penyelesaian Berdasarkan Kes

6
Cadangan penyelesaian berdasarkan kes Masalah yang seterusnya adalah di mana David berasa tidak selesa dengan keadaan komuniti kelasnya kerana tiada komunikasi yang baik berlaku antara dia dan muridnya. Hal ini kerana, David berasal daripada kelas pemulihan yang mana komunitinya adalah kecil. Oleh itu, hubungan yang baik dapat dijalin dengan mudah dan membentuk persefahaman antara pelajarnya apabila saiz kelompok adalah kecil dalam iklim pembelajarannya. Tetapi apabila David memasuki kelas aliran perdana dia berasakan seolah-olah rakan-rakan cuba untuk memulaukan dia kerana sikapnya. Hal ini menyebabkan David berasa tidak selesa berada dalam suasana kelas tersebut. Hal ini memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran Cikgu Robert di mana masalah ini telah menyekat kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, pelajar- pelajar terganggu dan tidak dapat menjalani proses pembelajaran secara kondusif kerana gangguan yang diwujudkan oleh David ini. Pendekatan yang dilakukan oleh cikgu Robert tidak bersesuaian kerana ia dianggap telalu memaksa dan menghalang pembentukan persefahaman antara dirinya dengan David serta pelajar-pelajar yang lain. Hal ini kerana, pelajar yang bermasalah seperti David memerlukan pendekatan secara halus dan lembut Oleh itu, dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh Cikgu Robert teori yang sesuai untuk diaplikasi adalah Teori Terapi Asas yang menekankan kepada komunikasi antara guru dan pelajar. Menurut Joyce, Weil dan Calhoun (2000), guru berperanan sebagai fasilitator, bersama dengan pemikiran murid bukannya bertanya soalan yang direct dengan tujuan mencungkil maklumat yang diingini dan senantiasa fokus kepada

description

edu sem 3

Transcript of Cadangan Penyelesaian Berdasarkan Kes

Page 1: Cadangan Penyelesaian Berdasarkan Kes

Cadangan penyelesaian berdasarkan kes

Masalah yang seterusnya adalah di mana David berasa tidak selesa dengan keadaan

komuniti kelasnya kerana tiada komunikasi yang baik berlaku antara dia dan muridnya. Hal ini

kerana, David berasal daripada kelas pemulihan yang mana komunitinya adalah kecil. Oleh itu,

hubungan yang baik dapat dijalin dengan mudah dan membentuk persefahaman antara

pelajarnya apabila saiz kelompok adalah kecil dalam iklim pembelajarannya. Tetapi apabila

David memasuki kelas aliran perdana dia berasakan seolah-olah rakan-rakan cuba untuk

memulaukan dia kerana sikapnya. Hal ini menyebabkan David berasa tidak selesa berada

dalam suasana kelas tersebut.

Hal ini memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran Cikgu Robert di mana

masalah ini telah menyekat kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti yang

dijalankan. Oleh itu, pelajar-pelajar terganggu dan tidak dapat menjalani proses pembelajaran

secara kondusif kerana gangguan yang diwujudkan oleh David ini. Pendekatan yang dilakukan

oleh cikgu Robert tidak bersesuaian kerana ia dianggap telalu memaksa dan menghalang

pembentukan persefahaman antara dirinya dengan David serta pelajar-pelajar yang lain. Hal ini

kerana, pelajar yang bermasalah seperti David memerlukan pendekatan secara halus dan

lembut

Oleh itu, dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh Cikgu Robert teori yang sesuai

untuk diaplikasi adalah Teori Terapi Asas yang menekankan kepada komunikasi antara guru

dan pelajar. Menurut Joyce, Weil dan Calhoun (2000), guru berperanan sebagai fasilitator,

bersama dengan pemikiran murid bukannya bertanya soalan yang direct dengan tujuan

mencungkil maklumat yang diingini dan senantiasa fokus kepada perasaan murid , hubungan

dan pengalaman. Hal ini bermakna, guru perlu memfokuskan kepada kendiri pelajar iaitu David

dalam membantu dia menyesuaikan diri di dalam kelas selain daripada menyampaikan isi

kandungan. Perasaan dia terhadap persekitaran dan tahap sosialisasi dalam kelasnya supaya

dia tidak akan tertekan dengan keadaan sedemikian.

Seterusnya, menurut Shannon (1982), bentuk interaksi yang saling mempengaruhi

antara satu sama lainnya sama ada sengaja ataupun tidak sengaja. Komunikasi bukan sahaja

terhad dalam bahasa verbal tetapi juga dalam hal ekspresi muka, lukisan, seni dan teknologi.

Hal ini bermakna, tugas seorang guru bukan sahaja menyampaikan isi pelajaran sahaja tetapi

perlu menggunakan kemahiran-kemahiran yang dapat mempengaruhi psikologi pelajar-pelajar.

Justeru, cikgu Robert perlu menerapkan kemahiran-kemahiran dan unsur tambahan agar David

Page 2: Cadangan Penyelesaian Berdasarkan Kes

bermotivasi dan timbul rasa hormat, sayang dan minat terhadap pengajaran yang disampaikan

oleh cikgu Robert.

Oleh itu, komunikasi amat penting dalam mewujudkan iklim pembelajaran yang

bermakna dalam alam belajar yang dihadapi oleh David. Alam belajar adalah suatu keadaan

atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai

matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

Aspek psikologi dan hubungan sosial kanak-kanak mempunyai pengaruh yang besar ke atas

pembelajaran mereka.

Cadangan bagi permasalahan ini adalah dengan tindakan yang mana cikgu Robert

boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan mewujudkan komunikasi antara murid dengan

membuat aktiviti berkumpulan. Hal ini disokong oleh Judy W.E dan Edward K. (1994) yang

menyatakan bahawa pembelajaran berkumpulan bertujuan menggalakkan murid-murid

membantu dan menyokong ahli kumpulan mereka daripada bersaing sesama mereka. Jelas

menunjukkan bahawa aktiviti berkumpulan ini mampu untuk meningkatkan kemajuan dalam ahli

kumpulan tersebut di samping membina rasa kesepaduan dan persefahaman antara sesama

ahli kumpulan melalui perbincangan dan sumbang saran dalam memberi pendapat bagi

menjayakan sesuatu tugasan. Cikgu Robert perlu menggunakan kaedah ini sebagai satu cara

untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh David. Di samping itu, cikgu Robert perlu

menjadikan unsur psikologi seperti pujian dan sentiasa memberi perhatian kepada

perkembangan David dalam aktiviti berkumpulan supaya David akan rasa kehadirannya

disedari oleh rakan sekumpulannya dan dia rasa dihargai keran diberi perhatian.

Seterusnya, masalah yang dapat dilihat adalah di mana David melakukan kekacauan

dan gangguan terhadap rakan sekelasnya. Hal ini kerana, memandangkan David berasal

daripada kelas pemulihan yang mana dia dimasukkan ke kelas arus perdana atas dasar dia

sudah mempunyai penguasaan yang asas bagi mata pelajaran Matematik. Disebabkan itu, dia

dibenarkan untuk belajar dan bercampur dengan pelajar biasa di kelas arus perdana. Situasi

yang berlaku adalah ketika selepas rehat di mana cikgu Robert sedang menjalankan ujian

penilaian bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang mana David tidak mengambil ujian

tersebut. Ketika ujian sedang dijalankan, David telah mengganggu rakan sekelasnya dan telah

mengganggu perjalanan ujian tersebut. Hal ini kerana, lumrah kanak-kanak yang mana sifat

mereka adalah suka bermain dan mereka akan lebih seronok untuk bermain apabila

mempunyai rakan sebagai peneman mereka. Jadi, begitu juga yang berlaku pada David di

Page 3: Cadangan Penyelesaian Berdasarkan Kes

mana dia berasa kebosanan dan kesunyian dan memerlukan rakan untuk melenyapkan

perasaan yang dialaminya. Disebabkan itu, dia cuba untuk mengganggu rakannya dan

mengajak mereka untuk bermain tetapi perlakuannya merupakan suatu gangguan kepada

orang lain dan menyebabkan cikgu Robert marah dan mengarahkannya untuk ke sudut di

belakang kelas.

Kesannya, tingkah laku Robert dapat dikawal sementara waktu bagi membolehkan

proses penilaian tersebut dijalankan dengan lancar. Tetapi meninggalkan kesan di dalam hati

David di mana mungkin dia berasa kecewa. Disebabkan itu, tingkah laku negatif David tidak

dapat diubah sepenuhnya kerana Cikgu Robert tidak menggunakan kaedah dengan cara yang

sempurna dan menyebabkan masalah yang berlaku berlanjutan sehingga membawa kepada

perjumpaan dengan Guru Besar.

Oleh itu, apa yang dilaksanakan oleh cikgu Robert adalah menggunakan kaedah time-

out yang berdasarkan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B. F. Skinner. Teori ini

menekankan kepada hasil kesan-akibat sesuatu tingkah laku tersebut dihilangkan, tingkah laku

diteruskan atau diubah. Menurut Judy W. E. dan Edward, K. (1994) murid yang berkelakuan

agresif seperti bergaduh atau bersuara dengan kuat atau menggunakan bahasa kesat untuk

mendapatkan perhatian guru ialah calon yang sesuai untuk strategi ini. Strategi ini sesuai untuk

pelajar-pelajar yang bertingkah laku distruktif ini dengan mengkuarantin, mengasing dan

memisahkan mereka daripada kelompok pelajar lain supaya kelakuan tersebut dapat

dikurangkan dan seterusnya mengelakkan perlakuan tersebut daripada mengganggu

pengawalan kelas yang dijalankan.

Time-out dilaksanakan dengan cara di mana apabila guru berhadapan dengan pelajar

yang bermasalah tingkah laku yang memungkinkan tingkah laku tersebut mengganggu dan

menyebabkan gangguan tersebut merebak sehingga menyebabkan kawalan kelas bermasalah,

guru boleh melaksanakan strategi ini bagi mengelakkan masalah yang lebih besar berlaku.

Guru boleh mengarahkan pelajar yang bermasalah tingkah laku tersebut untuk ke suatu lokasi

yang ditetapkan di dalam kelas tersebut. Sebagai contoh, satu sudut di bahagian belakang

kelas dan dilaksanakan dengan cara pelajar yang bermasalah tingkah laku tersebut berdiri dan

menghadap ke arah dinding. Tempoh masa yang diberikan bagi pelajar tersebut berada di

sudut itu adalah dalam tempoh 1 hingga 10 minit bergantung kepada tahap kesalahan yang

dilakukan. Seterusnya, setelah tempoh masa yang diberikan tamat guru perlu menerangkan

kembali sebab guru memberi tindakan yang sedemikian kepada pelajar bermasalah tingkah

Page 4: Cadangan Penyelesaian Berdasarkan Kes

laku tersebut supaya dia sedar akan kesalahannya dan memungkinkan dirinya insaf dan

berubah ke arah yang lebih baik. Jika pelajar bermasalah tingkah laku tersebut masih ingkar

akan arahan yang diberikan, guru boleh melanjutkan tempoh masa time-out.

Cadangan bagi penyelesaian masalah ini adalah cikgu Robert boleh mengaplikasikan

Cikgu Robert boleh mengaplikasikan “Time-Out” bagi mengurangkan tingkah laku negatif yang

ditunjukkan oleh David.Cikgu Robert boleh menyuruh David ke sudut “Time-Out” yang

disediakan dan set masa yang tertentu. Seterusnya cikgu Robert perlu member penerangan

kepada David tentang sebab tindakan tersebut dilakukan ke atasnya supaya dia sedar akan

kesalahannya. Hal ini disokong oleh Rimm (1986) yang mencadangkan cikgu perlu

menggunakan masa dalam “Time-Out” dan menghentikan “Time-Out” setelah murid bertenang.

Ianya adalah cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku disruptif.

Pernyataan masalah yang seterusnya adalah di mana selepas waktu rehat, perangai

David semakin menjadi-jadi dengan membuat bising dan marah kepada kawan-kawannya.

MEMBUAT KONTRAK LISAN DAN BERTULIS

(Model Disiplin Asertif, Lee Canter)

“Merupakan satu sistem pendekatan yang dibentuk bagi membantu individu belajar bagaimana

untuk meluahkan apa yang mereka mahu dan perlukan secara berkesan dengan tidak

menidakkan hak sebenar mereka.”

(Canter & Canter, 1976)

Merupakan satu persetujuan di antara guru dan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan

dengan tingkah laku. Ianya juga merupakan satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan

tingkah laku negatif kepada positif.

(Choong, L. K., 2009)