Calamine Lotion

download Calamine Lotion

of 1

Transcript of Calamine Lotion

Calamine lotion biasanya berwarna merah jambu. Calamine adalah campuran antara Zink Oksida (ZnO) dengan kira-kira 0.5% Feric Oksida (Fe2O3). Kedua-dua bahan ini adalah bahan utama dalam losyen calamine dan digunakan sebagai antipuritic (agen anti-gatal, disebabkan kehadiran fenol dalam formulanya) untuk merawat keadaan pruritic yang ringan seperti terbakar sinar matahari, ekzema, ruam, racun ivy, cacar air, sengatan dan gigitan serangga. Ia juga digunakan sebagai antiseptik yang ringan untuk mengelakkan jangkitan yang boleh disebabkan oleh aktiviti menggaru kawasan terjejas dan sebagai astrigen untuk mengeringkan kawasan yang melepuh dan juga jerawat.

Nama Generik:Calamine Lotion. Kandungan kimia:Calamine Powder 8% w/v Zinc Oxide Powder 8% w/v Menthol 0.035% w/v Kandungan Bahan Kimia Pengawet:Phenol 0.1%w/vNama Dagangan:Calamine LotionSecara ringkas lagi ubat gatal bentuk losyen bukan krim yang popular.Terdapat banyak brand di pasaran.Harga tidak mahal ikut persekitaran pasaran.Keberkesanan tetap bergantung kepada individu.Dapatkan rawatan doktor sebelum cuba guna.Kegunaan:Gatal ringan,sederhana Gatal akibat alergi kesan sampingan ubat tertentu.Gatal di gigit nyamuk,hagas,Gatal ruam panas,Gatal ruam lampin,,Dosage: Untuk kegunaan luar sahaja.Goncang botol dahulu sebelum gunaagar lebih sebati dan untuk keberkesanan maksimum.Sapu nipis di kulit gataltidak ada luka terbuka4 hingga 6 kali sehari bila perlu.