CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

17
Sila rujuk bahagian (PERMOHONAN KEMASUKAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TINGKATAN 1 & 4 2022) CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER (PAPARAN TERBAIK PELAYAR TERKINI) Panduan Permohonan ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 MRSM 2022 Halaman Utama 1. Calon perlu muat turun (download) dan membaca dengan teliti perkara berikut: a. Syarat dan Pilihan Program MRSM - Flipbook Sistem Pendidikan MRSM b. Buku Panduan Pemohonan MRSM - Panduan mengisi permohonan MRSM secara dalam talian

Transcript of CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

Page 1: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

Sila rujuk bahagian (PERMOHONAN KEMASUKAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)

TINGKATAN 1 & 4 2022)

CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER

(PAPARAN TERBAIK PELAYAR TERKINI)

Panduan Permohonan ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 MRSM 2022

Halaman Utama

1. Calon perlu muat turun (download) dan membaca dengan teliti perkara berikut:

a. Syarat dan Pilihan Program MRSM

- Flipbook Sistem Pendidikan MRSM

b. Buku Panduan Pemohonan MRSM

- Panduan mengisi permohonan MRSM secara dalam talian

Page 2: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

2. Calon perlu menanda (/) pada Perakuan Permohonan dan klik Setuju sebelum mengisi permohonan

secara dalam talian.

Sekiranya calon tidak menanda (/) pada Perakuan Permohonan, popup berikut akan dipaparkan:

3. Untuk mengisi permohonan, sila Klik Di Sini pada

a. Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2022 , atau

b. Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2022

1

2

Page 3: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

Halaman Log Masuk

1. Klik Daftar Pengguna untuk mendapatkan kata laluan permohonan.

Tingkatan 1:

Tingkatan 4:

** Nota:

Panduan berikut menggunakan screen shot permohonan calon tingkatan 1 2022 sebagai

contoh bagi mengisi permohonan tingkatan 1 dan tingkatan 4 dengan lengkap.

Page 4: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

2. Isikan nombor kad pengenalan calon tingkatan 1 atau tingkatan 4 tanpa simbol (-) pada skrin daftar

pengguna dan klik Hantar.

Sekiranya nombor kad pengenalan calon tidak lengkap (tidak mencukupi 12 digit), popup berikut akan

dipaparkan:

1

2

Page 5: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

3. Bagi paparan berikut, sila isikan maklumat e-mel yang sah dan aktif serta aliran sekolah calon di

skrin Daftar Pengguna dan klik Hantar.

Bagi paparan berikut, sila isikan maklumat nama, e-mel yang sah dan aktif, nama sekolah serta

aliran sekolah calon di skrin Daftar Pengguna dan klik Hantar.

1

2

3

1

4

5

2

3

Page 6: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

4. Mesej (popup) pendaftaran telah berjaya dipaparkan. Sila rujuk dan simpan kata laluan yang diberikan

untuk tujuan log masuk. Kata laluan ini juga dihantar ke e-mel yang didaftarkan.

5. Sila isikan nombor kad pengenalan calon serta kata laluan dan klik Log Masuk untuk memulakan

permohonan.

1

2

3

Page 7: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

* SEKIRANYA PEMOHON LUPA KATA LALUAN:

1. Klik Lupa Kata Laluan

2. Isikan nombor kad pengenalan calon serta e-mel dan klik Hantar.

1

2

3

Page 8: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

3. Kata laluan baharu akan dipaparkan pada popup dan skrin Lupa Kata Laluan.

Halaman Maklumat Pemohon

1. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon di ruangan yang disediakan. Peringatan:

a. Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.

b. Nombor telefon bimbit yang diisi mestilah nombor yang aktif supaya makluman dapat dihantar

melalui Khidmat Pesanan Ringkas atau Short Message Service (SMS).

c. Bagi calon OKU, sila nyatakan nombor kad OKU dan kategori OKU.

d. Bagi calon yang mempunyai penyakit kronik, sila nyatakan penyakit berkenaan di ruangan yang

disediakan.

2. Klik Seterusnya untuk ke halaman berikutnya.

Page 9: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

Halaman Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga

1. Sila lengkapkan semua Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga di ruangan yang disediakan. Perhatian:

a. Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.

b. Sekiranya maklumat ibu atau bapa adalah sama seperti maklumat penjaga, sila tandakan (✔)

pada Maklumat Ibu/ Bapa sama dengan penjaga.

c. Sekiranya pekerjaan ibu, bapa atau penjaga adalah Polis dan/ atau Tentera, sila nyatakan

nombor anggota di ruangan yang disediakan.

d. Sila nyatakan sama ada ibu, bapa atau penjaga calon adalah OKU atau telah meninggal dunia di

ruangan yang disediakan.

Page 10: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

2. Sila lengkapkan Maklumat Pendapatan Keluarga di ruangan yang disediakan. Peringatan:

a. Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.

b. Sila masukkan ANGKA sahaja di ruangan yang disediakan.

c. Maklumat pendapatan ialah pendapatan kasar bulanan termasuk elaun dan punca pendapatan

lain (sebelum ditolak potongan seperti pinjaman rumah, kenderaan, pinjaman peribadi dan lain-

lain potongan).

d. Bagi yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai penyata pendapatan/ slip gaji, sila isikan

borang yang dilampirkan dan perlu disahkan oleh penghulu mukim atau pegawai kerajaan dari

kumpulan pengurusan dan professional.

e. Slip gaji atau borang pengesahan pendapatan ibu bapa/ penjaga perlu dibawa bersama

semasa menduduki UKKM.

3. Klik Seterusnya untuk ke halaman yang berikutnya atau klik Sebelum untuk ke halaman Maklumat

Pemohon.

Page 11: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

Halaman Pilihan Program dan MRSM

1. Calon perlu mengisi tiga (3) pilihan program dan MRSM.

2. Calon tidak dibenarkan membuat pilihan MRSM yang sama (secara berulang). Sekiranya calon

memilih MRSM yang sama, popup berikut akan dipaparkan:

Page 12: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

3. Calon hanya dibenarkan membuat 3 pilihan MRSM sahaja.

4. Klik Seterusnya dan semua maklumat permohonan akan dipaparkan.

Page 13: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

1

2

3

Page 14: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

5. Tanda (✔) di bahagian Perakuan Pemohon dan Perakuan Penjaga/ Bapa/ Ibu bagi mengesahkan

semua maklumat yang diisi adalah benar dan klik Hantar.

6. Popup berikut akan dipaparkan apabila permohonan telah berjaya dihantar.

7. Klik Cetak untuk mencetak permohonan yang telah lengkap diisi.

8. Klik Log Keluar setelah selesai semua proses.

9. Semakan semula atau kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh

permohonan.

10. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh di e-melkan ke:

[email protected]

Page 15: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

Cetakan Permohonan:

Page 16: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

• Calon dikehendaki mengisi dan membawa bersama Borang Pengesahan Pendapatan

semasa menghadiri Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Page 17: CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER …

BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BAPA/PENJAGA DAN PASANGAN YANG TIDAK MEMPUNYAI SLIP GAJI / PENYATA PENDAPATAN)

1. Saya _____________________________________________________________________

No MyKad : __________________________________ mengaku bahawa sumber pendapatan bulanan saya

dan pasangan saya adalah seperti pecahan di bawah:

BAPA / PENJAGA PASANGAN

Siri Sumber Pendapatan Pendapatan

(RM) Siri Sumber Pendapatan Pendapatan

(RM)

a. *Pekerjaan: a. *Pekerjaan:

b. Pencen: b. Pencen:

c. **Bantuan bulanan/JKM/Zakat c. **Bantuan bulanan/JKM/Zakat

d. **Sewaan/Dividen/Hasil/Hartanah d. **Sewaan/Dividen/Hasil/Hartanah

e. Lain-Lain Pendapatan e. Lain-Lain Pendapatan

Jumlah Pendapatan Jumlah Pendapatan

*Sila nyatakan Jenis Pekerjaan dengan jelas seperti berniaga runcit, pemborong, Pengarah Syarikat dan sebagainya **

(Potong yang tidak berkenaan)

2. Saya mengaku bahawa pendapatan isi rumah saya adalah sebanyak RM ______________ (Jumlah

pendapatan bapa/penjaga dan pasangan) seperti yang tersebut di atas adalah betul dan benar.

Tandatangan @ Cap Ibu Jari : …………………………………………………………………………. Nama & No KP : …………………………………………………………………………………. Tarikh : …..............................................................................................................

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGESAHAN

Saya dengan ini mengesahkan bahawa pendapatan yang dinyatakan di atas adalah munasabah dan

benar, berdasarkan pengetahuan saya.

Tandatangan & cop rasm: :……………………………………………………………………………………

Nama & No Kad Pengenalan :……………………………………………………………………………………

Jawatan : …………………………………………………………………………………...

Tarikh : ……………………………………………………………………………………

Catatan: Pengesahan boleh dibuat sama ada oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional /

Penghulu / Ketua Kampung.

* Pemohon yang didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu, boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193

Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 3 tahun dan juga boleh dikenakan

denda atau kedua-duanya sekali.