Cara Bercakap Ra

download Cara Bercakap Ra

of 8

Transcript of Cara Bercakap Ra

  • 8/14/2019 Cara Bercakap Ra

    1/8

    Budi Bahasa adalah Kunci(Jul 19, 2006 at 12:55 PM) - Contributed by 9M4CME - MARES Admin - Last Updated (Jul 24, 2006 at 02:52 PM)

    Fist published on Sunday 16 July 2006 at http://groups.yahoo.com/group/mymares/message/1363

    Kunci utama untuk berjaya ke udara dan dihortmati oleh rakan ham yangadalah BUDI BAHASA. Tiada cara serta perkataan yang sesuai boleh

    menerangkan bagaimana rakan-rakan ham boleh berkongsi satu jalur danfrekuansi dengan gangguan dan perselisihan yang seminima mungkin. Rakanham yang mepunyai minat dan bersopan pasti akan diterima walaupundimana-mana jalur. Jika anda sentiasa meletak keutamaan kepada sikapsopan santun dan hormat menghormati anda jarang menghadapi kesukaransemasa berada dimana-mana jaluran. Sebelum anda ke udara buat pertamakali di jalur komunikasi FM dan Pancar Ulang anda harus mengetahuiTeknik Asas Pengendaliannya. Cara atau teknik adalah berbeza sedikitmengikut lokasi dimana anda berada, disini beberapa prosedur am yangboleh digunakan jika sesuai.

    Jika anda mendengar Pancar Ulang masih digunakan, tetapi anda dengar

    stesen yang ke udara tersebut akan mengakhiri perbualan dan keluar darijalur, sabar dan tunggu sehingga semua stesen keluar sebelum andamemanggil stesen rakan anda. Jika anda mendengar perbualan tersebut agakpanjang, tekan PTT umumkan Tanda Panggilan (Call Sign) anda diantarapertukaran giliran stesen tersebut. Selepas salah satu dari stesen yangsedang ke udara menerima panggilan anda, dengan cara hormat andamemaklumkan untuk membuat satu panggilan kepada stesen rakan anda.

    Kebiasaannya salah satu stesen yang sedang keudara akan membantu andamemanggilkan stesen yang hendak anda panggil tersebut. Jika tidak buatpanggilan anda seringkas yang mungkin. Jika rakan anda menjawabpanggilan anda, minta beliau bertukar Frekuansi Simpleks (SimplexFrequancy) atau Pancar Ulang yang lain, atau menunggu sehingga stesenyang keudara selesai dengan tajuk yang sedang dibincangkan atau keluarterus dari Pancar Ulang tersebut. Ucapkan TERIMA KASIH kepadarakan-rakan ham atau stesen yang sedang ke udara kerana membenarkan andamembuat panggilan tersebut.

    Sebaliknya, jika anda ditengah-tengah perbincangan dan ada rakan hamyang lain masuk dan mengumumkan Tanda Panggilan (Call Sign) beliau

    diantara pertukaran stesen anda, stesen selepas anda yang akan keudarahendaklah memaklumkan stesen yang membuat panggilan tersebut untukmembuat panggilan atau menyertai perbualan yang sedang ke udara. Adalahhttp://mares.org.my/mambo - M A R E S Malaysia Powered by Mambo Generated:16 May, 2011, 17:08

  • 8/14/2019 Cara Bercakap Ra

    2/8

    tidak sopan jika anda tidak mengambil maklumkan panggilan tersebut atauhanya memaklumkan ada pemanggil tetapi tidak memberi peluang rakantersebut untuk bercakap dan ke udara. Anda tidak tahu berkemungkinanstesen tersebut amat memerlukan Pancar Ulang untuk membuat panggilan

    segera. Kemungkinan besar stesen yang memanggil tersebut dalam situasikecemasan. Anda hendaklah segera memberi laluan kepada stesen tersebutatau mana-mana stesen yang membuat panggilan agar tidak menjadi kerugiankepada mana-mana pihak.

    Sesetengah ham tidak dapat menahan keghairahan untuk menekan butang PTT(Push-to-Talk) "Tekan untuk Bercakap". Mungkin ada baiknya jika PTT

    ditukarkan kepada RTL (Release-to-Listen) "Lepas untuk mendengar".Berhenti sejenak 2 - 3 saat diantara setiap pertukaran giliran stesenuntuk membenarkan mana-mana rakan ham yang ingin menyertai perbincanganadalah satu cara yang baik untuk di praktiskan. JANGAN menekan PTT terusselepas stesen yang lain melepaskan PTT apabila tiba giliran anda untukbercakap. Jika pertukaran dibuat terlalu cepat ianya akan menghalang

    stesen lain dari memasuki jaluran atau apa-apa panggilan kecemasan.

    Kebanyakan Pancar Ulang mempunyai jangkamasa yang telah ditetapkan TOT(Timer off Time). Jika anda bercakap terlampau panjang melebihi darimasa yang telah ditetapkan Pancar Ulang tersebut secara otomatik akantutup sementara.Sentiasa bercakap dengan seringkas yang mungkin dandifahami oleh rakan yang mendengar. Perbualan yang pendek dan rengkas

    akan membenarkan banyak rakan-rakan ham boleh menggunakan Pancar Ulang.Kebanyakan Pancar Ulang mempunyai kemudahan ini, tutup sementara apabilatransmisi anda terlampau panjang dan melebihi masa yang dibenarkan.Belajar cara bercakap yang rengkas dan senang difahami dalam jangkamasayang telah ditetapkan. Jangkamasa ToT setiap pancar ulang adalahberbeza, ada diantara pancar ulang mempunyai masa yang cukup pendekantara 15 saat dan ada yang sepanjang 3 minit. Sesetengah pancar ulangberbeza bergantung kepada jumlah trafik di jaluran tersebut, semakinbanyak trafik semakin pendek masa dibanarkan.http://mares.org.my/mambo - M A R E S Malaysia Powered by Mambo Generated:16 May, 2011, 17:08

  • 8/14/2019 Cara Bercakap Ra

    3/8

    Jika ada dua rakan ham bercakap serentak dalam satu masa, ia akanmenghasilkan pertindihan (doubling). Jika anda dalam pusinganperbincangan yang sedang berjalan, keadaan ini akan menyebabkan

    kehilangan pusingan atau giliran stesen mana yang sepatutnya selepassatu-satu stesen ke udara. Ada satu cara yang amat berkesan untukmengelakan perkara tersebut dari berlaku adalah dengan sentiasa menukargiliran dengan menyebut NAMA atau TANDA PANGGILAN. Dengan menyebut "Apapendapat anda, Othman?" atau "Silakan, 9W2CKO" untuk dari berlakukekeliruan dan pertindihan. Pastikan giliran yang diberikan kepada

    mana-mana stesen selepas anda dalam pusingan giliran yang sedia ada,jika terlupa atau terkeliru panggil mana-mana stesen yang ada untukmemperbetulkan semula pusingan giliran agar tiada yang tertinggal ataukucar kacir susunannya.

    Kunci kepada kemahiran semasa ke udara di Pancar Ulang adalah,percakapan yang cepat dan nada yang jelas akan banyak memberi ruang

    kepada rakan yang lain. JANGAN membuat gangguan bising, menjerit atauhanya suara tanpa tanda panggilan (Voice with no callsign), sekejapkeluar dan sekejap masuk. Jika anda dalam kumpulan yang sedang ke udara,sabar pasti giliran anda untuk bercakap akan tiba. Apabila tiba gilirananda untuk bercakap, bagi ruang masa 2 - 3 saat untuk rakan yang inginmasuk, bercakap dengan penuh cermat dan sopan serta jelas. Bercakap

    dengan bersemangat dan suara yang bertenaga serta sopan akan menunjukkananda dalam situasa yang penuh kegembiraan, kesabaran dan bersedia untukmenerima apa-apa tajuk yang akan dibincangkan, situasa ini akanmemberikan kepuasan kepada anda dan rakan-rakan yang sedang ber QSOdengan anda.

    Perkara yang sepatutnya dibuat:

    Bercakap dengan jelas dan JANGAN tekan atau melepas butang PTT mengikuthttp://mares.org.my/mambo - M A R E S Malaysia Powered by Mambo Generated:16 May, 2011, 17:08

  • 8/14/2019 Cara Bercakap Ra

    4/8

    rentak anda bercakap, mula atau mengakhiri sesuatu ayat. Bagi masabeberapa saat selepas anda menekan butang PTT sebelum mula bercakap, inibertujuan untuk memberi masa isyarat dari radio anda betul-betul sampaike Pancar Ulang (Boleh memegang Pancar Ulang). Tindakan ini adalah

    bertujuan untuk menentukan transmisi anda tidak tertinggal dan rakanyang menerima audio anda dapat mendengar dengan sepenuhnya. Jika andaterpaksa mengulang apa yang anda perkatakan, akan banyak membuang masaanda untuk ke udara dengan lebih lancar.

    Jika Pancar Ulang ada isyarat ID, tunggu sehingga isyarat tersebutselesai sebelum anda menekan butang PTT. Anda juga perlu memberi masa

    antara 2 -3 saat selepas menerima giliran untuk bercakap, ini bertujuanmemberi masa yang cukup kepada rakan yang ingin masuk ke jaluran ataupancar ulang.

    Jika anda mendengar audio atau sekadar "Carrier" sahaja, beri peluangdan maklumkan rakan tersebut status RST beliau. Jika perkara ini hanya

    berlaku (Gangguan) kepada salah seoarang dari rakan yang sedang be QSO,bermaksud ianya dibuat dengan sengaja (Jammer) walaupun setelah andamenjemput ia masuk. Anda JANGAN mengambil tindakan yang boleh menarikperhatian atau menyebabkan perkara tersebut berterusan, biarkan dananggap seperti ia tidak ujud. Jika anda mempunyai kelengkapan yanglengkap buat rakaman sebagai bukti jika anda ingin membuat laporankepada pihak berkuasa.

    JANGAN:

    JANGANbercakap bahasa radio (Jargon). Bercakap seperti mana andabercakap di telefon dan belajar dari rakan ham yang lebih berpengalaman.JANGANmenggunakan sebutan yang mengelirukan contoh seperti "QSL","Roger", "Roger that", "10-4", "Dimana QTH anda?", "Handle disiniialah..." atau mana-mana sebutan yang tidak sepatutnya dipakai dalamhttp://mares.org.my/mambo - M A R E S Malaysia Powered by Mambo Generated:16 May, 2011, 17:08

  • 8/14/2019 Cara Bercakap Ra

    5/8

    keadaan perhubungan anda diudara TERANG dan JELAS. Penyalahan gunasebutan (jargon) semasa berkomunikasi dalam CW, HF, CB (Citizen Band)atau lain-lain bahasa komunikasi dibawa kedalam perhubungan ataubercakap melalui Pancar Ulang Radio Amatur akan menyebabkan kekeliruan.

    Anda hendaklah meletak dalam diri anda pada setiap masa ada banyak yangsedang mendengar perbualan anda semasa keudara dan bukan ham akansentiasa memantau melalui pengimbas mereka. Anda mungkin tidak mendengarmereka, tapi mereka mendengar perbualan anda. Tugas anda bercakap denganjelas dan menyampaikan yang terbaik agar difahami oleh semua pendengar,menggambarkan tahap kecekapan anda semasa keudara sebagai seorang RadioAmatur yang disegani.

    JANGAN masuksecara mengejut (Pancung) semasa rakan masih bercapkap dijaluran KECUALI anda mempunyai keutamaan Trafik seperti KECEMASAN atauKEMALANGAN yang amat memerlukan bantuan.

    JANGAN

    berkomunikasi dengan rakan yang berdekatan untuk membincangkansesuatu perkara yang bersifat persendirian di Pancar Ulang. Buatpanggilan anda di Jaluran Terus (Simplex), kecuali anda berada dalamjarak yang jauh kerana Pancar Ulang memang disediakan untuk perhubungandalam jarak yang jauh.

    JANGANterlampau lama di Pancar Ulang jika perlu ringkaskan, kecuali

    anda berada dalam kumpulan yang besar. Ini bertujuan untuk memberi lebihramai rakan-rakan menggunakan kemudahan Pancar Ulang.

    EMPATkeutamaan trafik di Pancar ULang.

    1. Stesen yang membuat Panggilan Kecemasan.2. Stesen yang menggunakan kuasa rendah atau Radio Bimbit.3. Stesen yang bergerak / Sedang Bergerak.http://mares.org.my/mambo - M A R E S Malaysia Powered by Mambo Generated:16 May, 2011, 17:08

  • 8/14/2019 Cara Bercakap Ra

    6/8

    4. Stesen di Pangkalan / diluar pangkalan dengan kuasa yang tinggi.

    Ikut peraturan seperti yang telah termaktub dalam buku Panduan untukRadio Amatur di Malaysia "GUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA" yang

    di keluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).Dalam buku panduan tersebut menyatakan anda perlu memperkenalkan TandaPanggilan (Call Sign) anda bila ke udara. Adalah amat perlumemperkenalkan Tanda Panggilan anda apabila dalam satu kumpulan yangbesar atau selang 2 atau 3 pusingan apabila dalam kumpulan yang kecil.

    Minta laporan Isyarat (Signal Report) dari mana-mana rakan yang keudara

    jika anda menggunakan Radio Bimbit dengan Antena jenis "Rubber Ducky".Radio Bimbit kerap mengalami kesukaran menghantar isyarat ke PancarUlang. Kuasa yang rendah untuk mencapai Pancar Ulang kerap menyebabkanbunyi yang tidak menyelesakan dan sukar untuk didengar oleh rakan yangsedang ke udara.

    Sentiasa ingat setiap kali anda keudara ada stesen dan pemantau yangmendengar. Jangan membincangkan perkara yang bersifat peribadi dandengan sebaik mungkin anda hendaklah bersikap ramah, mesra, profesionaldan menghormati rakan yang sedang bercakap dan memantau.

    Membantu pemilik pancar ulang.

    Berapa kali pernah anda berfikir tentang pancar ulang yang anda gunakanbila-bila masa, 24 jam sehari dan 365 hari setahun?

    Ia memerlukan kewangan, masa, pengetahuan dan tenaga untuk mengendalikanpancar ulang yang anda gunakan. Tiada sesiapa atau mana-mana rakan punyang dipaksa untuk menyertai mana-mana kumpulan atau kelab radio amatur,anda bolah menggunakan mana-mana pancar ulang yang telah disediakantanpa menyertai mana-mana kelab dan anda hendaklah lulus Ujian RadioAmatur serta mempunyai lesen yang sah untuk menggunakannya.http://mares.org.my/mambo - M A R E S Malaysia Powered by Mambo Generated:16 May, 2011, 17:08

  • 8/14/2019 Cara Bercakap Ra

    7/8

    Anda hendaklah memikirkan bagaimana anda hendak menyumbang walaupunsedikit dalam bentuk kewangan maupun tenaga kepada kelab yangmenyediakan perkhidmatan pancar ulang yang kerap anda gunakan. Ia

    merupakan tanda sokongan untuk pancar ulang itu dapat digunakan setiapmasa.

    Jadikan sebagai budaya apabila anda mengendalikan alat pemancardiletakan pada kuasa yang paling rendah (Low Power Setting). Adalahtidak perlu semasa anda menggunakan Jalur VHF atau UHF dengan kuasa yang

    tinggi jika anda membuat panggilan terus kepada rakan anda atau beradadalam kawasan capaian pancar ulang yang kerap anda gunakan. Kuasa yangtinggi juga tidak baik untuk radio anda jika kerap digunakan, malahianya juga boleh mengujudkan gangguan (interfere) kepada pancar ulangatau rakan yang berdekatan.

    PELIHARA HAK KEISTIMEWAAN

    ANDA SEBAGAI SEORANG RADIO AMATUR

    Kerana anda telah berusaha, berkorban masa dan kewangan untukmendapatkan lesen sebagai seorang radio amatur, anda hendaklah peliharaHAK yang telah anda miliki. Cara terbaik yang sepatut anda lakukan ialahmengendalikan stesen anda dengan profesional dan tunjukan bahawa andamengamal dan menghormati segala panduan yang disediakan sebagai seorang

    radio amatur yang berwibawa. Sebagai seorang radio amatur, anda telahmenjadi ahli salah satu perkhidmatan yang amat membanggakan di seluruhdunia. Ia hanya hobi yang anda boleh nikmati sepanjang hidup anda danberkongsi dengan keluarga dan kawan. Apabila anda menggunakan apa yangtelah anda pelajari disini, bagaimana hendak mengendalikan jalur FM danpancar ulang anda akan bertemu dengan ramai rakan yang mungkin akanmenjadi kawan rapat anda pada masa akan datang. Perkara yang terbaikanda patut lakukan ialah dengan menghormati dan melayan mereka sebaikmungkin, sebagai mana anda hendak mereka melayan dan menghormati anda.http://mares.org.my/mambo - M A R E S Malaysia Powered by Mambo Generated:16 May, 2011, 17:08

  • 8/14/2019 Cara Bercakap Ra

    8/8

    Tiada apa yang anda perlu risaukan jika semua itu anda amalkan atau andaboleh mula mengamalkannya sekarang.

    PENUTUP

    Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya ini, sakadar pendapatperibadi dan dari pengalaman saya yang cuba berubah kepada yang terbaikdan dihormati. Tiada bertujuan untuk menyindir sesiapa sekadar panduan,jika silap sila perbetulkan jika ada kebaikan itu adalah dari Yang MahaEsa.

    Sekian dari,

    Bujang9W2BBAhttp://www.9w2bba.com/portal/

    http://mares.org.my/mambo - M A R E S Malaysia Powered by Mambo Generated:16 May, 2011, 17:08