Siri Bercakap Dengan Jin - Jilid 12

download Siri Bercakap Dengan Jin - Jilid 12

of 53

Transcript of Siri Bercakap Dengan Jin - Jilid 12

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

TAMAR JALIS

Bercakap Dengan JinJilid 12

Isi kandungan dalam jilid ini adalah hasil sumbangan para ahli dari Komuniti SBDJ (http://komunitisbdj..multiply.com dan http://siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com) PERHATIAN Anda boleh membaca & menyalin cerita ini dari naskah ini untuk dijadikan koleksi atau bacaan peribadi. Tapi DITEGAH SAMA SEKALI untuk tujuan komersil dan mengaut keuntungan darinya, menjual atau mencetak semula kandungannya tidak kira melalui apa cara sekalipun!

ISI KA DU GA [12 siri]

| Kembali Ke Senarai Jilid

(Jilid 12) SIRI 156 MISTERI SENJATA LAMA Dec 23, '10 7:57 AM (Jilid 12) SIRI 157 WANITA BERMATA SYAITAN Dec 23, '10 8:04 AM (Jilid 12) SIRI 158 BERTANGANKAN KAKI HARIMAU Dec 23, '10 8:29 AM (Jilid 12) SIRI 159 TERPENJARA DI RUANG MAYAT Dec 24, '10 5:56 AM Jilid (12) Siri 160 MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU Dec 24, '10 6:13 AM ( JILID 12) Siri 161 BALDI BERDARAH Dec 24, '10 11:13 AM ( JILID 12) Siri 162 SENAFAS DENGAN GURU Dec 24, '10 11:18 AM (Jilid 12) Siri 163 MAYAT DALAM GUNI Dec 24, '10 11:23 AM (Jilid 12) Siri 164 DENDAM TOK GURU Dec 24, '10 9:35 PM (JILID 12) Siri 165 DIKEJAR MAKHLUK ANEH Dec 24, '10 9:40 PM (JILID 12) Siri 166 LELAKI DARI KERINCI Dec 24, '10 9:40 PM (Jilid 12) Siri 167 WANITA DI RUMAH BATU Dec 24, '10 9:49 PM CHAPTER LIST

(Jilid 12) SIRI 156 MISTERI SENJATA LAMA Dec 23, '10 7:57 AMby adi for group komunitisbdj Suasana bising dan jeritan dari dalam rumah menarik perhatian Tuk Siak. Tanpa membuang masa Tuk Siak masuk ke ruang rumah. Dia terpegun melihat si baju hitam menyerang datuk bertalu-talu. Mata liar merenung ke kiri dan ke kanan. Dia mencari saya yang bersembunyi di balik pintu. Saya memberanikan diri lalu keluar dari tempat persembunyian. Bagi menarik perhatian Tuk Siak, saya ketuk daun pintu dengan bukulima beberapa kali. Usaha saya itu berhasil. Tuk Siak segera memberikan isyarat dengan mengangkat tangan kanannya separas hidung, menyuruh saya meyembunyikan diri kembali. Saya patuh dengan permintaan nya itu. Dari balik pintu saya lihat Tuk Siak bergegas meninggalkan ruang rumah. Datuk terus mempertahankan diri dari menjadi korban lembing. Si baju hitam tidak memberikan kesempatan untuk datuk berhenti bagi menghilangkan penat. Ternyata si baju hitam cukup handal.

1 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

Tumbukan datuk tidak memberikan apa-apa kesan pada dirinya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memberhentikan pertarungan tersebut. Saya menarik nafas, bila melihat Tuk Siak muncul kembali di ruang rumah. Kali ini dia ditemani oleh Haji Bagus. "Kenapa jadi begini?" Suara Haji Bagus meninggi tetapi, tidak dipedulikan oleh datuk dan si baju hitam. Mereka terus berjuang. Melihat keadaan datuk yang kepenatan itu, Haji Bagus dan Tuk Siak segera mengatur langkah untuk membantu datuk. Mereka rapat ke arah si baju hitam dan cuba memberkasnya. Sayangnya hasrat mereka tidak direstui oleh datuk. "Jangan Abang Aji, jangan Tuk Siak. Biar saya selesaikan sendiri." "Tapi, budak yang kamu lawan tu, lain macam aje nampaknya. Perkara macam ni tak boleh main-main. Ini merbahaya, dia macam kena rasuk hantu," jawab Haji Bagus yang sudah dua tiga kali cuba merampas lembing dari tangan si baju hitam. "Tak apa, biar saya selesaikan," balas datuk tenang. Tuk Siak hanya mengigit jari. Dia jadi bingung bila berdepan dengan perkara seperti ini. Mahu ditolong, tak boleh. Mahu dibiarkan takut ada nyawa melayang. Si baju hitam terus menyerang tanpa mengenal rasa penat. Kekuatannya bagaikan tenaga seekor singa. Setelah puas mengelak dan bertahan, datuk segera menukar taktik. Kali ini datuk menyerang si baju hitam bertalu-talu. Mereka terus bertarung bagaikan Hang Tuah dengan Hang Jebat. Si baju hitam cukup tangkas, setelah hampir satu jam bertarung, datuk mula keletihan. Tetapi, si baju hitam masih bertenaga. "Andi Kamarool," pekik datuk sekuat hati sambil menghentakkan tumit kaki kiri atas lantai. Si baju itam menoleh ke kanan, pada masa itu datuk datang menerkam dari arah kiri. Bahu kanan si baju hitam ditumbuk dengan sekuat hati. Lembing di tangan terlucut dan si baju hitam tersungkur di lantai. Datuk segera menanti dan bersedia melepaskan buah silat, jika si baqju hitam bangun untuk melakukan serangan kepadanya. KILAT Saya kira pertarungan berakhir, bila si baju hitam tersungkur, pada kenyataannya tidak demikian, lembing yang terjatuh atas lantai terus tegak berdiri, melompat-lompat. Kemudian berpusing-pusing dan terus berada di awang-awangan. Ulunya seperti ada tangan ghaib yang memegangnya. Mata lembing terus bergerak mencari sasaran. Dan kaki Haji Bagus menjadi pilihan. Bagaikan kilat mata lembing itu menghala ke arah Haji Bagus. Cepat-cepat Haji Bagus merebahkan badannya ke atas lanai. Mata lembing terpacak di tiang seri dan tercabut dengan sendiri. Mata lembing yang berada di awang-awangan itu terus mencari sasaran. Tuk Siak jadi pilihan. Orang tua itu berjaya mengelak dengan berselindung di belakang daun pintu. Daunpintu tembus, nasib baik Tuk Siak merendahkan badan, kalau dia berlindung sambil berdiri sudah pasti tempurung kepalanya ditembusi lembing. Otaknya akan bersemburan dan melekat pada papan pintu. Keadaan benar-benar gawat. Penduduk kampung tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumah pusaka. Haji Bagus terus meniarap, tidak berani bangun. Tuk Siak diam di tempat persembunyian. Hanay datuk sahaja yang berdiri di tengah ruang rumah lama itu. Lembing yang berada di awang-awangan itu terus menggila. Sasarannya kali ini, tidak lain tidak bukan adalah datuk. Bahagian tubuh datuk yang dipilihnya, ialah bahagian dada. Setelah dua tiga kali mengelak dari serangan lembing berhantu itu, datuk mula penat. Saya lihat datuk, mula bergerak ke arah ibu tingkap. Datuk berdiri di situ dengan mendada, seolah-olah merelakan rongga dadanya dirobek oleh mata lembing lama. Tetapi, tangankanannya bergerak lembut membuka ikatan kain cindai hitam yang membelit pingangnya. Mata lembing lama yang berkarat tetap menyala ke dada datuk, mencari sasaran yang baik di dada. Saya lihat datuk tenang, kain cindai sudah pun berada di tangannya. Haji Bagus dan Tuk Siak resah sekali. Daatuk saya lihat membaca sesuatu sambl membetulkan kedudukan tubuhnya. Kedudukan sepasang kakinya juga dibetulkan. Kalau dilihat dengan teliti ternyata datuk tidak berdiri dengan betul, bahagian tubuh sebelah kanan direndahkan atau disengetkan ke kiri . Telapak kaki kirinya tidak memijak lantai, kecuali bahagian pangkal tumit. "Ahhhhh," terdengar suara parau, entah dari mana dan serentak dengan itu lembing bermata karat terbang ke arah dada datuk. Dan secepat kilat datuk mengelak, mata lembing terbenam di pap-an ibu tingkap. Dengan tangkas datuk membelitkan kain cindai ke mata lembing yang berkarat. Aneh sungguh, mata lembing tercabut sendiri lalu jatuh atas lantai. Tanpa membuang masa datuk membalut dan mengikat mata lembing berkarat dengan kain cindai. Sepanjang usha membalut itu dengan sedaya upaya saya lihat datk cubamengelakkan mana-mana bahagian tubuhnya dari menyentuh atau terkena ulu lembing. "Kamu tak apa-apa," tanya Tuk Siak sebaik saja dia melihat datuk bersila di lantai. "Tak apa-apa, jawab datuk tenang sambil menarik dan melepaskan nafas dengan perlahan-lahan. Baji datuk basah diresapi peluh. "Kenapa dibiarkan di sini," Haji Bagus membongkok di depan lembing karat dan cuba memegang ulunya. Bagaikan kilat datu menerpa ke arah Haji Bagus dan terus menolaknya ke belakang. Haji Bagus terlentang. "Kenapa kamu tolak aku?" "Maaafkan saya Abang Aji, sekejap lagi saya terangkan," datuk segera mengangkat Haji Bagus. Tuk Siak tercengang-cengang. Saya kira dia kurang senang dengan sikap datuk yang agak kasar itu. Tetapi, dia tidak berani bersuara. Carikan saya kain buruk Tu Siak," pinta datuk. "Oh, tunggu sekejap aku cari." Tuk Siak segera turun di bahagian dapur. Beberapa minit kemudian Tuk Siak muncul di sisi datuk dengan segumpal kain buruk di tangan. "Nah," hulurnya kepada datuk. "Terima kasih Tuk Siak," datuk segera mengambil kain tersebut. Dan dengan kain itu datuk memegang ulu lembing yang dibuat dari

2 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

teras cengal. Datuk menatang lembing lama lalu diletakkan ke tempat asalnya. Tuk Siak dan Haji Bagus hanya memandang saja gelagat datuk itu. Datuk keluar dari bilik menyipan senjaa lama. "Sekarang aku faham, kenapa kamu tak bagi aku pegang ulu lembing," bisik Haji Bagus sebaik saja datuk berdiri di depannya. "Senang hati saya, bila Abang Aji dah tahu perkara ini. Tak perlu saya menerangkannya lagi," sahut datuk sambil senyum. Datuk melangkah ke arah si baju hiam yang tergolek di atas lantai. Haji Bagus dan Tuk Siak ikut sama. Kami segera mengelilingi si baju hitam yang terlentang. Saya merenung ke arah cahaya matahari yang sudah menguasai hampir separuh ruang rumah. Angin yang masuk ikut tingkap si sebelah kanan memberikan sedikit keselesaan. Ternyata keselesaan itu tidak disenangi oelh datuk. Dia menyuruh saya menaikkan ibu tingkap dan perintahnya itu segera saya patuhi. Selesai menjalankan perintah datuk saya kembali bergabung dengan Haji Bagus, Tuk Siak dan datuk merenung si baju hitam. Saya lihat kaki dan tangan si baju hitam mula bergerak, tersentak-sentak macam kaki kucing yang ditikam dengan jarum peniti. "Sudah sedar," kata Tuk Siak. "Serentak datuk dan Haji Bagus anggukkan kepala. Perlahan-lahan si baju hitam tersedar dari tidur. Dia gosok kedua belah kelopak matanya. Renung kiri, renung kanan sambil mengedutkan dahinya. Wajah saya ditatapnya agak lama. Kemudian berubah ke wajah Tuk Siak, datuk dan Haji Bagus. Lebih dari lima kali dia menatap wajah kami silih berganti, macam ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Si baju hitam lunjurkan sepasang kaki, dia meraba rambut dan telinganya. Dia menunbuk kosong ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Tarik nafas sambil mengeliat. Saya lihat wajahnya agak tenang dan damai. "Saya ni di mana ?" Pertanyaan itu di ajukan kepada Haji Bagus. "Sekarang kamu mengucap, kemudian baca Fatihah dan cubaingat di mana kau berada sekarang," datuk yang memberikan jawapan, bukannya Haji Bagus. "Cuba kau ingat baik-baik, kau di mana sekarang Andi," sambung datuk. Buat beberapa ketika si baju hitam merenung sambil mengigit bibir bawah. Hujung mata sebelah kanannya saya lihat kian mengecil. "Saya di mana saya berada ? " si baju hitam menyoal dirinya sendiri. "Di mana?" Tingkah Tuk Siak. "Kita datang nak bersihkan rumah tapi, macam mana saya boleh terbaring disini." "Hum." Saya bersuara. Datuk segera menepuk belakang si baju hitam lima kali berturut-turut. Si baju hitam bersin dan batuk. "Mata lembing tertanggal tu sudah aku letakkan ke tempat asalnya. Sekarang kamu ceritakan pada aku apa yang kamu rasakan semasa lembing itu berada di tangan kau," desak datuk. Si baju hitam meraba kelopak mata kanannya dua tiga kali. "Tak payahlah," katanya. "Tak boleh begitu," sanggah Haji Bagus. "Ada baiknya kamu bercerita barangkali ada faedahnya untk kami di sini," sahut Tuk Siak. "Ceritakanlah Andi demi kebaikan orang lain," datuk terus mendesak. Si baji hitam terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Dia tersenyum panjang, macam ada sesuatu mencuit perasaannya. Sikapnya itu menimbulkan pelbagai tanggapan dalam hati datuk. "Kamu tak mahu menceritakannya ?" Datuk tenung sepasang anak mata hitamnya. "Tidak tapi" Si baju hitam tidak meneruskan kata-katanya. Datuk segera memegang pergelangan tangan kanannya. "Kenapa Andi," datuk mendekatkan bibir ke cuping telinga kanannya. "Seram dan menakutkan," kata si baju hitam. "Tak mengapa, teruskan. Aku ada dekat kamu," bisik datuk lagi. Mendengar kata-kata datuk itu, si baju hitam segera meletakkan telapak tangan kirinya atas bahu kanan datuk. Dengan tenang datuk mengosok lengan kanan si baju hitam dua tiga kali sebelum telapak tanan kiri si baju hitam diletakkan ke atas lantai. "Ceritakan Andi," desak datuk dan kali desakan datuk berhasil. Tanpa tangguh-tangguh, si baju hitam pun memulakan cerita. Katanya di saat ulu lembing berada di genggamannya, tiba-tiba saja perasaan jadi marah. Badan terasa panas. Apa yang dilihat semuanya membosankan dan dia bersedia mahu memusnahkan apa saja yang berada di depan mata. Dan ruang rumah secara mendadak menjadi padangan yang cukup luas. PADANG Dari setiap sudut padang bermunculan tentera kulit putih (Belanda) lengkap dengan peralatan perang. Tentera kulit putih memuntahkan peluru meriam ke arah kawasan perkampungan. Dan sebahagian daripada mereka meluru ke arahnya sambil melepaskan tembakan bertalu-talu. Ternyata dia tidak mampan oleh peluru tentera kulit putih. Tentera kulit putih mengubah takti. Mereka mengenakan benet di hujung senapang lalu menikam tubuhnya. Ternyata kulitnya tidak

3 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

ditembusi oleh besi. Kalau tadi dia hanya bertahan saja tetapi, kali ini dia mula bertindak. Dia menyerang, menikam apa saja. Dalam saat-saat tertentu lembing bagaikan terbang di udara. Dia yang memegang ulu lembing turut berada di udara. Bergerak kesana ke sini mencari sasaran. Akibatnya, beratus-ratus tentera kulit putih bergelimpangan atas padang. "Masa saya asyik membunuh orang kulit putih dengan lembing, entah macam mana datang seorang lelaki Melayu. Saya tak tahu dari mana arah dia datang. Dia datang ke arah saya sambil membaca ayatulkursi. Belum sempat saya bertanya, apa tujuan dia datang ke tempat saya, lelaki tua itu melepaskan pemnumbuk ke bahu kanan saya. Tangan saya yang memegang lembing terus menjadi lemah. Saya jatuh tersungkur atas padang," si baju hitam berhenti bercakap. Dia menelan air liur. Semua yang berada di sisinya mendengar penuh khusyuk. Saya jadi seronok mendengar ceritanya dan berharap dia akan terus bercerita. "Telinga saya terus diasak dengan suara orang membaca surah Al-Falaq dan Al-Iklas. Bila saya buka mata, saya tak lagi berada di padang. Tetap, berada di sini. Inilah membuat saya jadi bingung," sambung si baju hitam dengan wajah jujur. NAFAS Dia menarik nafas sambil merenung ke arah Tuk Siak dan Haji Bagus. Si baju hitam senyum ke arah saya dan senyumannya itu saya balas. Bila saya menoleh ke arah Tuk Siak dan Haji Bagus, saya lihat mereka kerutkan kening dan serentak mereka merenung ke arah bilik yang menyimpan senjata lama. Datuk pula terus sandarkan badan ke dinding. Sepasang kakinya dilunjurkannya. Datuk cubamenenangkan perasaannya dengan menarik dan melepaskan nafas secara teratur dan perlahan. Kerana bosan dengan suasana yang agak beku itu, saya bangun dan meninggalkan datuk dan kawan-kawannya yang sedang berdepan dengan si baju hitam. Saya berdiri di depan tingkap melihat beberapa ekor burung merbah jambul melompat di dahan jambu air dalam sinaran matahari pagi yang kian meninggi. Sengaja saya hulurkan muka keluar, agar angin pagi menyentuh kulit muka. Sayup-sayup saya terdengar kuang melalak di kaki bukit. "Saya nak tanya sikit Tuk Siak.," kerana datuk tidak meneruskan kat-katanya mendorong saya mengalih pandangan ke arahnya. Kerana memikirkan ada perkara yang menarik bakal diturutkan oleh datuk, Haji Bagus dan Tuk Siak, memaksa saya bergabung dengan mereka semula. "Tanya apa?" Tuk Siak tatap wajah datuk. Saya perkemaskan sila. Si baju hitam masih seperti tadi, masih memikir-mikirkan perkara yang sudah dilaluinya. "Tuk Siak tahu, siapa yang punya lembing puaka tadi," susul datuk. Saya lihat kelopak mata Haji Bagus dan Tuk Siak pejam celik. Tetapi apa yang jelas di wajah Tuk Siak terpamer kesungguhannya menyorot masa slam. "Aku tak ingat, Kamu bagaimana? Agaknya kamu tentu ingat tuan punya lembing tu," Tuk Siak tatap muka Haji Bagus yang masih berkerut iu. "Sekarang pergi ambil lembing itu semula, nama tuannya ada tertulis di situ," Haji Bagus pun merenung semula ke arah bilik yang menyimpan senjata lama. Mendengar kata-kata Haji Bagus itu, datuk segera menerpa ke arah bilik tersebut. Dan keluar dengan lembing puaka di tangan. Haji Bagus dan Tuk Siak nampak cemas sekali. Dengan hati-hati datuk meletakkan lembing puaka di atas lantai. Si baju hitam segera menjauhkan diri. "Tak merbahaya?" Kata Tuk Siak. "Dengan izin Allah, tak bahaya," balas datuk. "Namanya tertulis di situ, nanti aku baca," Haji Bagus bergerak ke arah lembing puaka lalu tertinggung di situ. Dia membaca tulisan jawi yang terpahat kepada buluh kering. "Tuan punya lembing tu, namanya Usman Ali Akhbar." "Agaknya pahlawan,"kata datuk. "Iya," angguk Haji Bagus "Habib Usman Ali Akhbar inilah yang memimpin orang-orang kampung menentang Belanda di Muara Jambi. Dengan lembing inilah dia membunuh beratus-ratus askar Belanda, dia tak lut peluru," Tuk Siak mula meriwayatkan tentang manusia bernama Habib Usmal Ali Akhbar. "Malangnya, Habib Usman dikhianati oleh anak Jambi sendiri. Dia ditikam dengan ranting jambu batu yang ditajamkan bahagian hujungnya. Habib ditikam dari belakang semasa dia menambil wuduk untuk sembahyang zuhur di tepi sungai," Tuk Siak menamatkan cerita dengan wajah yang sedih. Haji Bagus meraba hujung dagunya sambil menganggukkan kepala beberpa kali. Apa yang diungkapkan Tuk Siak terbayang dalam kepala Haji Bagus. Walaupun dia tidak pernah bertempur melawan Belanda bersama Habib Usman Ali Akhbar tetapi, dia turut mengusung jenazah pahlawan itu ke tanah perkuburan. "Kamu masa tu dah merantau," Haji Bagus tepuk bahu datuk. "Macam mana dengan nasib pembunuhnya?" Si baju hitam mul;a bersuara. "Orang yang membunuhnya sempat melarikan diri dan dia mendapat perlindungan dari pemerintah Belanda di daerah ini. Si pengkhianat bangsa itu di bawa ke Jakarta dan dijadikan pengawal rumah Gabenor Belanda tapi, akhirnya dia mati juga dibunuh Belanda, " sambung Tuk Siak, matanya tidak berkedip merenung muka datuk dan saya. Selanjutnya Tuk Siak menyatakan semua senjata pahlawan yang gugur itu dikumpulkan di tanah lapang untuk ditanam. Tujuan berbuat

4 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

demikian bagi mengelakkan senjata itu dirampas oleh pemerintah Belanda. Sebuah lubang digali sedalam paras dada orang dewasa. Semua senjata itu dihumban ke dalam lubang. Semasa lubang itu mahu ditimbus, seorang tua (ayah kepada Tuk Siak) menghalang kerja-kerja itu diteruskan. Dia mengarahkan supaya senjata dalam lubang dikeluarkan kembali. Sudah tentu arahan orang tua itu ditentang. Pihak yang mahu menanam senjata merasakan kerja mereka itu sia-sia belaka. Mereka menyalahkan orang tua itu kerana tidak memberitahu perkara tersebut lebih awal. Akhirnya berlaku pertengkaran hebat. Malah ada yang menuduh orang tua itu tali barut Belanda. Sebagai orang tua yang sudah masak dengan asam garam kehidupan, suasana tegang itu dapat dikendurkannya. Senjata yang berada dalam lubang segera dikeluarkan. Dengan nada suara yang lembut orang tua itu memberitahu, jika senjata itu ditanam akan membawa padah kepada tanaman kampung. Daun-daun pokok berguguran, dahan menjadi rapuh. Putik buah-buahan gugur. Buah pinang dan kelapa busuk di pokok. Padi di sawah tidak akan menjadi, tanah tempat senjata ditanam menjdai hitam. Begitulah bisa dan panasnya senjata pahlawan yang gugur. BINCANG Setelah mengadakan perbincangan, keputusan yang diambil semua senjata pahlawan ang gugur ditempatkan di sebuah bilik khas dan dikunci. Dua orang dilantik untuk menerus kerja-kerja tersebut. Dan mereka tidak akan memberitahu sesiapa pun tempat mereka menyimpan senjata lama. Perkara itu menjadi rahsia mereka berdua saja. "Siapa orang berdua tu, ?" tanya datuk tanpa sabar, sebaik Tuk Siak menamatkan ceritanya. Haji bagus dan Tuk Siak segera berpendangan. "Siapa orangnya?" Si baju hitam terus berdiri untuk beberapa minit kemudian duduk kembali sambil menyandarkan badannya ke dinding. "Orang berdua itu, aku dan Tuk Siak. Orang di kampung ini sampai sekarang tak tahu kerja itu kami yang buat. Mereka percaya senjata lama itu bergerak sendiri. Orang yang menjadi kepala dalam hal ini , ayah Tuk Siak sendiri," Haji Bagus membuka rahsia. "Sudahlah tu kawan, usah panjangkan kisah ayah kita. Dia mati syahid kerana menentang Belanda," sambil ketawa Tuk Siak menghalang hasrat Haji Bagus untuk menceritakan kehebatan dan kebolehan ayahnya kepada datuk. "Saya setuju dengan Tuk Siak," kata datuk. Dan cerita tentang ayah Tuk Siak, mati di situ. Tetapi, hati kecil saya tetap berazam. Bila ada waktu terluang, saya akan memujuk Tuk Siak agar sudah menceritakan kisah diri ayanya kepada saya. "Kamu tahu, susahnya menjaga senjata lama ni," keluh Tuk Siak. "Kenapa?" Biji mata datuk terbeliak. "Setaip malam Selasa, terutama bila ak sampai waktu subuh, senjata lama yang ada dalam bilik tu berlaga sama sendiri, macam bunyi orang berperang. Kadang-kadang terdengar orang menjerit, meraung kesakitan," Tuk Siak batuk kecil. Secara mendadak saja saya terasa seram. Si baju hitam nampak macam biasa saja, yang nampak resah sedikit ialah Haji Bagus. "Sekarang ni, perkara macam tu ada lagi, saya dan datuk tersentak. Diluar dugaan si baju hitam berani mengemukakan pertanyaan yang sedemikian. Kerana ada yang minat dengan ceritanya, Tuk Siak memperkemaskan silanya. "Masa Belanda mula berambus dari Tanah jambi, bunyi suara orang menjerit dan meraung menjadi-jadi. Begitulah juga dengan bunyi senjata berlaga. Bagi mengelakkan perkara perkara yang tak baik terjadi, orang-orang kampung mengadakan pembacaan surah yasin, setiap malam selama setahun, akhirnya kejadian aneh itu hilang begitu saja. Cuma hari ini aku melihat kejadian pelik di depan mata aku, agaknya penunggu senjata lama marah kerana kita kacau dia," Tuk Siak menamatkan ceritanya. Semua yang mendengar termangumangu. RENUNG Berita yang dipaparkan oleh Tuk Siak itu membuat datuk termenung panjang. Datuk renung ke kiri dan kanan dan akhirnya menuju ke bilik senjata lama. Bilik yang penuh misteri itu direnungnya sambil telapak tangan kanannya memukul jenang pintu bilik berkali-kali. Bila datuk menghentakkan kaki kirinya ke lantai, tiga kali berturut-turut, terdengar sesuatu yang aneh dari dalam bilik. Bila diamati, ternyata bunyi itu adalah bunyi keris yang dicabut lebih dari lima puluh bilah. "Sekarang." Datuk bersuara dalam nada yang agak tingi. Semua biji mata tertumpu ke arahnya. Masing-masing berdebar menanti, apakah kata-kata selanjut yang bakal datuk katakan. "Tuk Siak dan Abang Aji dah dengar bunyi ganjil tu," sambung datuk. Serentak Tuk Siak dan Haji Bagus anggukkan kepala. Datuk pun segera merapatkan daun pintu bilik dan terus di kunci. Dengan tenang datuk meninggalkan bilik rahsia. Dia datang kepada kami. Si baju hitam yang tadi hanya duduk saja, kini sudah bangun. Sudah berani melangkah ke mana saja ang diingininya di ruang rumah. Haji Bagus menuju ke tingkap, berfiri di ditu merenung ke arah bukit. Dia melihat helang terbang rendah, berlegar-legar di puncak bukit mencari tikus atau katak. Tuk Siak tak berubah dari tempat asal. Sedangkan datuk ke hulu ke hilir didepannya, gerak geri datuk itu membayangkan dia sedang berusaha menyelesaikan persoalan yang sedang dihadapinya. Datuk menuju ke tiang seri, berdiri di situ denganmenyandarkan bahu kanannya kepada tiang tersebut. "Memang dah jadi perangai orang Melayu" cetus datuk tiba-tiba, tetapi aneh sungguh perangainya. Dia tidak meneruskan kata-kata sebaliknya menoleh ke kiri dan ke kanan. Dahinya dikerutkan dan kening kanannya terangkat beberapa kali. Dengan mengejut datuk bergegas ke pintu menhulurkan separuh badannya keluar manakala sepasang matanya merenung ke dada langit. Dia melihat kepulan awan yang bergerak. Tentu saja perbuatannya itu menimbulkan seribu tanda-tanya dalam diri Haji bagus dan Tuk Siak.

5 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

"Apa yang kamu cari," soal Haji Bagus. Datuk menjawap tetapi, melangkah kembali ke tiang seri dan bersandar seperti tadi. Kali ini kakinya disilangkan. Kaki kiri menindih kaki kanan. "Apa yang membimbangkan kamu," susul Haji bagus lagi. "Tak ada apa apa, sekadar beringat-ingat." "Tadi kamu bercakap sesuatu, kenapa cakap tu, tak kamu teruskan. Aku nak denganr buah butirnya." Tuk Siak pula bersuara. Kali ini datuk tidak boleh berdalih lagi. Dia harus melenyapkan rasa sangsi di hati Tuk Siak dan Haji Bagus. Seperti biasa datuk menghadapi situasi dengan tenang dan sabar. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 12) SIRI 157 WANITA BERMATA SYAITAN Dec 23, '10 8:04 AMby adi for group komunitisbdj "Perkara yang nak saya sebutkan tadi, ialah tentang perangai orang kita yang suka mendampingkan senjata dengan benda-benda ghaib atau benda halus. Perbuatan begini banyak buruk dari baiknya," nada suara datuk amat perlahan. Dia nampak begitu cemas sekali, macam ada sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sedang memerhatikan gerak-geri datuk. "Bila tuan punya senjata itu mati, benda halus meresap atau terus sebati dengan senjata tu. Tidak menganggu orang lain , hanya berbunyi sendiri atau bersuara seperti suara tuannya. Hal ini berlaku dalam waktu tertentu. Tetapi." Kami yang mendengar penerangannya terpinga-pinga kerana secara mendadak datuk berhenti bercakap. Rasa terpinga-pinga itu berlalu begitu saja bila datuk menyambung kembali kata-kata yang terhenti itu. "Tetapi bila ada orang cuba memulihkannya dengan kemenyan putih, membasuh mata senjata dengan air limau, melumurkan bahagian hujung senjata dengan darah gagak waktu senja, benda-benda halus akan memperlihatkan dirinya dan bersedia bertuankan kepada orang ang membuat pengasapan atau melanggir senjata tersebut. Kalau tak diusik, dibiarkan tertinggal senjata itu reput dan makhluk yang menunggunya terus meninggalkannya, lebih-lebih lagi kalau ada penduduk yang membaca yasin," terbayangkan kepuasan yang amat sangat di wajah datuk, bila dia mengakhiri ceritanya. Apa yang diutarakan oleh datuk diakui kebenarannya oleh Tuk Siak. Hal yang sama juga pernah dinyatakan oleh ayahnya. Sesungguhnya, serba sedikit Tuk Siak juga tahu tentang senjata yang didampingi oleh makhluk halus kerana ayahnya juga tukang buat senjata yang handal di kampung itu. "Peliknya, kenapa lembing tadi boleh jadi begitu, macam ada penunggunya. Kalau mahu dikira penunggunya sudah tak ada lagi," keluh Tuk Siak. "Saya juga berfikir macam tu, " sahut datuk. "Barangkali ada sesuatu yang tak kena. Boleh jadi juga ada orang yang menghantar makhluk halus menusup ke dalam semangat besi untuk merosakkan orang yang memegang lembing itu," sahut Haji Bagus Datuk hanya tersenyum sebaik saja Haji Bagus selesai meluahkan pandangannya. Datuk tidak mahu memberikan sebarang komentar. Begitu juga dengan Tuk Siak yang saya kira bagaikan harimau sembunyi kuku. Banyak perkara yang dia tahu tetapi, dia pura-pura tidak tahu. "Lupakan saja perkara tu," tiba-tiba Tuk Siak bersuara. "Aku juga fikir begitu, teruskan kerja-kerja kamu nak membersihkan rumah ini. Bila semuanya dah dibersihkan , malam ini kamu bertiga bolehlah tidur disini . Satu perkara yang mesti kamu ingat?" "Apa dia Abang Aji," potong datuk. "Makan tengah hari dan malam, di rumah aku. Esok kalau kamu nak masak sendiri atau nak makan di rumah aku, terserah kepada kamu bertiga." "Kalau begitu, tengah hari dan malam kami makan di rumah Abang Aji. Esok kami masak sendiri," sahut datuk. "Tak apalah, biar aku balik dulu." Haji Bagus pun melangkah ke pintu. Tuk Siak menurut dari belakang. Sampai di ambang pintu Tuk Siak berhenti melangkah. Dia merenung ke arah datuk. "Aku fikir kamu boleh menyelesaikan segala masalah yang datang," itu yang Tuk Siak tuturkan kepada datuk. "Dengan izin Allah, dapatlah saya selesaikan," sahut datuk. Tuk Siak dan Haji Bagus terus memijak mata tangga. ALMARI Datuk, saya dan si baju hitam meneruskan kerja-kerja yang tergendala. Kali ini kami tidak berminat untuk menjenguk bilik senjata lama. Masing-masing menjauhkan diri dari mendekati bilik tersebut. Kerana sudah dibuat keputusan untuk menginap di rumah lama, sudah tentu bilik tidur kami berikan perhatian yang lebih. Terdapat sebuah bilik tidur lama yang tersedia dengan katil besi dan almari. Saya memutuskan untuk tidur dibilik itu dengan si baju hitam. Datuk sudah memutuskan untuk tidur di ruang tengah. Saya membuat rancangan unuk meminjam bantal dan tikar dari rumah Haji Bagus . Bila perkara ini saya ajukan kepada datuk, dia hanya membenarkan saya meminjam tikar saja. "Bantal tak mustahak, kamu tidur berbantalkan lengan atau kayu bulat. Ini untuk kebaikan kita. Tidur di rumah lama selalu didatang mimpi-mimpi yang menakutkan. Bila pakai bantal melambatkan sesaorang bangun dari tidur," itu alasan yang datuk berikan. Saya tak

6 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

ada pilihan dan terpakasa menerima arahannya. Pembersihan tahap pertama selesai menjelang zuhur. Selesai sembahyang dan makan kerja disambung semula. Tahap kedua ialah membuang sawang dan meletakkan sesuatu pada kedudukan asalnya. Kerja itu selesai menjelang waktu asar. Tahap ketiga boleh dikatakan tidak ada kerja berat yang dilakukan, kecuali datuk yang sibuk menentukan arah dan sudut mana untuk melakukan sembahyang sunat dan membaca Quran sepanjang malam. Saya lihat datuk memilih tempat berehat (tidur) di sudut sebelah kanan pintu bilik menyimpan senjata lama. LEMAH Setelah membersihkan badan di perigi rumah lama, saya dan si baju hitam terus berehat di bilik tidur. Si baju hitam terus baring atas katil tua sedangkan saya duduk di bangku goyang yang di perbuat dari kayu. Mungkin kerana keletihan saya terdengar dengkur si baju hitam. Datuk pula sudah sepuluh minit turun dari rumah lama. Tidak pula diceritakan kepada saya kemana dia mahu pergi. Sambil duduk di kerusi goyang saya merenung keluar menerusi tingkap. Saya melihat dedaun jambu air, mempelam dan daun ciku bergerak lemah ditolak angin. Pada saat yang sama saya terkenangkan kebaikan Nurulhayat. Sebagai orang muda saya bayangkan saat-saat yang menyeronokkan bersama Nurulhayat. Saya khayalkan saya sedang memadu cinta dengan Nurulhayat hingga menimbulkan rasa ghairah dalam diri. Dengan perlahan-lahan saya pejamkan sepasang kelopak mata, tidak dapat saya gambarkan bagaimana nikmatnya merangkum pinggang Nurulhayat sambil menekan hujung hidung ke pipinya. Bila kelopak mata saya buka, saya jadi gementar Nurulhayat terpacak di pintu bilik tidur. "Nurul, kamu datang, kata sya. Nurul mengangguk. "Macam mana kamu datang, apa ayah kamu tahu yang kamu ke mari," kata saya sambil cuba bangun dari kerusi goyang. Saya tidak boleh bangun. Punggung saya bagaikan melekat di kerusi. Nurulhayat tidak menjawap semua pertanyaan saya kemukakan. Dia tersenyum sambil mengoyakkan bajunya. Mempamirkan kulit dan buah dadanya yang tegang. "Jangan Nurul," jerit saya. Ternyata larangan saya tidak dipedulikan. Kali ini wajahnya sentiasa dihias senyum bertukar menjadi garang. Dia melangkah dan kian rapat dengan saya. Tanpa diduga, Nurulhayat melepaskan penampar di muka saya. Rasa sakit yang menjalar di muka, saya tanggung sendiri. Kulit muka saya rasa bagaikan tersiat. Keadaan makin cemas, kalau tadi punggung bagaikan melekat di kerusi kini sepasang tangan saya tidak boleh digerakkan. Tulang-tulang sendi tangan dirasakan amat sakit seperti dicucuk dengan benda tajam. Saya menoleh ke arah baju hitam yang sedang berdengkur. "Andy, tolong aku," dengan sekuat hati saya menjerit. Si baju hitam terjaga. Sebelum bangun si baju hitam menggeliat dua tiga kali. Dia tidak pula merenung ke arah saya. Sukar untuk saya menerangkan kepadanya apa yang sedang saya alami. Dengan rasa hampa, saya alihkan pandangan ke arah Nurulhayat. Kali ini dia berdiri dengan membelakangi saya. Tanpa diduga, dia melangkah tenang menuju ke pintu. Pada saat itu punggung saya tidak lagi melekat di kerusi, sendi tangan tidak lagi merasa sakit. Tanpa membuang masa saya melompat dari kerusi lalu menerpa ke katil dan menarik si baju hitam hingga dia terjatuh di lantai. "Kenapa Tamar." "Aku rasa pelik sekejap tadi ada perempuan yang aku kenal datang ke sini. Lebih pelik lagi dia tampar muka aku." "Mana dia?" Suara si baju hitam meninggi. Dia terus berdiri sambil mengepal-ngepalkan penumbuk. "Itu dia." Segera saya tunjukkan sekujur tubuh perempuan yang membelakangi kami. Kerana saya yakin perempuan itu Nurulhayat, namanya saya panggil berkali-kali. Malangnya dia tidak menoleh malah terus memijak anak tangga. Si baju hitam terpaku. "Kamu kenapa Andi?" "Aku rasa aku kenal perempuan tu, dari bentuk tubuhnya dan cara dia melangkah aku yakin aku kenal mesra dengannya." Penjelasan dari si baju hitam membuat seluruh tubuh terasa lemah. Tidak pernah terfikir selama ini bahawa Nurulhayat yang bersopan itu pernah mengenali malah bermesra dengan lelaki lain sebelum saya. Dia sudah berdusta. "Perempuan itu yang menarik aku menjadi pengikut Munah Supandi. Aku bagaikan dipukau, mendengar dan mengikut saja cakapnya. Semua kerana kelemahan aku sendiri, kalau aku tidak tidur bersamanya mungkin aku tak mengalami nasib buruk ini." Ratap si baju hitam. MENGALAH Saya gelengkan kepala, tidak mungkin Nurulhayat memperdayakan si baju hitam. Dia tidak sejahat itu, saya menolak tanggapan si baju hitam tetapi, dia tetap berkeras mengatakan perempuan yang masih berdiri di tangga itu adalah perempuan yang menjahanamkan hidupnya. Kerana masing-masing tidak mahu mengalah, kami bertengkar dan hampir mencetuskan perkelahian. "Tak guna kita berkelahi, sekarang kita jumpa," kata saya. "Ayuh," jawap si baju hitam. Kami berlari menuju ke muka pintu. Malangnya bila kami sampai di situ, perempuan itu hilang. "Itu dia," si baju hitam menuding jari telunjuk ke arah perempuan itu yang berdiri di tepi belukar. Dia masih juga membelakangi kami. Tanpa membuang masa saya dan si baju hitam berkejaran di tepi belukar mendekati perempuan itu. Kamicuba memaut bahunya dari belakang, malangnya tangan kami tidak boleh terangkat . Beratus-ratus kali saya menyebut nama Nurulhayat tetapi perempuan itu tidak juga mahu menoleh.

7 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

"Kita ikut saja ke mana dia pergi, bila penat tentu dia berhenti, lagi pun kemana dia nak pergi, kiri kanan semuanya hutan. Kalau dia berjalan ke depan sampai ke kaki gunung, kita ikut saja," si baju hitam memberi cadangan. "Aku setuju," balas saya. Disaat asyik mengekorinya, saya tercium bunga tanjung. Bila saya amati sekitar kawasan yang dilalui memang tidak terdapat pokok bunga tanjung. Si baju hitam memberitahu saya dia terhidu bau tahi binatang buas. Kami tidak dapat memastikan dengan tepat sudah sejauh mana kami mengekori perempuan itu. Apa yang pasti, bila saya dongak muka ke langit, saya terlihat beburung terbang untuk pulang ke sarang. Matahari kian merendah dan sinarnya kian redup. Tanpa diduga perempuan yang kami buru berhenti melangkah betul-betul di depan pokok besar. Dia memegang akar yang berjuntaian dari hujung pokok besar. "Aku rasa kita sudah masuk perangkapnya, Tamar." "Perangkap siapa?" Si baju hitam nampak cemas sekali. Wajahnya jadi pucat. Sesekali dia mendongakkan wajahnya ke dada langit, merenung sekawan gagak yang sedang berlegar-legar diangkasa sambil berbunyi. Beburung gagak itu seperti di arah terus singgah di dahan pokok besar. Berbunyi bersahut-sahutan. Suasana terasa seram dan saya mula terasa ada berpuluh-puluh biji mata berwarna merah dan hijau muncul dari celah-celah akar yang berjuntaian di dahan pokok. Sukar untuk menentukan, apakah mata yang banyak itu mata manusia atau mata binatang. "Aku tidak dapat berjumpa dengan datuk kamu, agaknya inilah petang kematian aku, Tamar," suara si baju hitam terketar-ketar. Dia seperti mahu menangis. Saya jadi panik, tidak tahu apa yang patut saya lakukan bagi membantu si baju hitam. Pada hemat saya, tidak wajar saya tinggalkan dia di sini semata-mata untuk mencari datuk bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi ini. "Masa kematian aku sudah tiba, Tamar," ulang si baju hitam. "Aku tak faham dengan maksud cakap kamu." "Perempuan yang kita ikut itu sebenarnya bomoh wanita, bekas guru aku." "Dia mahu membalas dendam kerana aku berpaling tadah. Sudah aku katakan selagi aku tak mati di tangannya, dia tak akan puas," hiba sungguh suara si baju hitam. Saya bertambah panik. "Kamu maksudkan Munah Supandi, Andi." "Iya, Tamar," jawap si baju hitam. "Laknat dia," kata saya spontan. Serentak dengan itu perempuan yang membelakangi kami segera memusingkan badannya. Kami bertentang wajah tetapi, si baju hitam hanya melihat wajah perempuan itu untuk beberapa detik saja sebelum memalingkan mukanya ke arah lain. Saya tidak mahu mengalah. Wajah perempuan itu saya tentang. Suara gagak terus berbunyi dengan hebat. Dahan-dahan pokok besar bagaikan bergegaran, macam ada sesuatu yang menggoyangkan perdu pokok besar. Walau apa pun yang berlaku atau berbunyi saya nekad tidak akan mengalihkan pandangan saya dari menatap wajah perempuan itu. Pada mulanya, saya masih dapat melihat raut wajah Nurulhayat di wajahnya tetapi, lama kelaman wajah itu bertukar menjadi wajah yang cukup asing bagi saya. Kerlingannya cukup tajam. Sesekali dia mengigit bibir dan mengeluarkan lidahnya macam mahu menjilat sesuatu. Saya menjadi cemas. "Cuba kau lihat mukanya, Andi," kata saya. Si baju hitam tidak ambil kisah dengan apa yang saya katakan. Dia tetap tidak mahu melihat wajah perempuan yang di dakwanya bekas gurunya. Si baju hitam terus merapatkan tubuhnya kebadan saya. ANTARA Antara kami bagaikan ada persefahaman secara batin, masing-masing berikrar mencari jalan untuk melarikan diri dari perempuan tersebut dan saya jadi tambah resah kerana perempuan tersebut melangkah perlahan-lahan ke arah saya. Suara gagak terus kedengaran. "Hati-hati Tamar, ilmu sihirnya cukup tinggi, Dia boleh menipu pandangan mata kita. Muka dan badannya boleh berubah, boleh jadi perempuan, boleh jadi lelaki malah boleh jadi binatang," bisik si baju hitam. "Bagaimana kita nak menentangnya, Andi." "Gunakan ilmu yang datuk kamu berikan kepada kamu," nada suara baju hitam agak tinggi dan keras. Mungkin kata-kata itu dapat ditangkap oleh gegendang telinga perempuan yang berada di depan saya. Dan untuk kesekian kalinya dia menjegilkan biji matanya ke arah saya. "Kau harus menentangnya atau aku cari datuk kamu minta tolong," dalam nada terketar-ketar si baju hitam bersuara. "Jangan tinggalkan aku sendirian," kata saya sambil memegang lengan kanan si baju hitam dengan erat sekali. "Kamu lihat ke kaki langit, Tamar." Cakap si baju hitam saya patuhi, sepasang biji mata saya arahkan ke kaki langit. Apa yang saya lihat ialah warna awan yang kemerahmerahan, tanda hari sudah mahu masuk ketahap senja.

8 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

"Selalunya waktu begini ilmunya cukup menjadi dan dia kadang-kadang bertindak di luar batas kemanusiaan, kalau kita dapat mengalahkan dirinya waktu begini, dia akan susah sepanjang hayat, Ilmunya tak akan menjadi," ujar si baju hitam. "Huhhhh," suara perempuan di depan saya keras. Dengan pantas dia merenung ke arah awan dan matahari yang sudah menjadi bulat sebesar talam dan warnanya merah menyala, macam bola api. Perempuan itu mengangkat kedua belah tangannya ke atas. Dia mula menjerit, memekik dan meraung macam serigala berdepan dengan musuh. Suara lolongannya meremangkan bulu roma saya. "Andi," kata saya dalam suara lolongan anjing yang kian hebat itu. "Kenapa Tamar?" "Mukanya cukup menakutkan, cuba kamu tengok sendiri Andi," saya terus mendesak dan si baju hitam tetap macam tadi juga, tidak mahu melihat wajah perempuan itu. Macam ada sesuatu rahsia yang mahu disembunyikan dari saya. "Memang jadi pantang kamu Andi." Si baju hitam tertegun (membelakangi saya dan perempuan misteri) terus gelengkan kepala. "Kamu simpan rahsia dari aku, Andi?" Masih macam tadi juga, si baju itam tetap gelengkan kepala. "Cakap dengan jujur dan ikhlas, kenapa kamu tidak mahu tengok muka bekas guru kamu?" Sengaja saya tinggikan nada suara. Si baju hitam terus membisu, pada ketika itu juga saya terdengar bunyi desiran angin menyentuh dedaun. Beberapa helai daun tua dan kering melayang-layang di udara sebelum jatuh ke bumi. Bau harum kian keras menusuk lubang hidung. Perempuan misteri masih berdiri di tempatnya tetapi, wajahnya kembali normal. Tidak menakutkan. Dia kelihatan bertambah cantik dan ayu bersama senyum yang tidak pernah putus berlari di bibirnya. Wajah Nurulhayat tidak dipamerkannya tetapi, bentuk badannya masih menyerupai wajah Nurulhayat. "Kenapa kamu tak mahu tengok dia Andi?" Ulang saya lagi. "Tamar," si baju hitam tidak meneruskan percakapan. "Teruskan Andi," "Begini Tamar, kalau matanya dapat memandang anak mata aku secara mengejut aku jadi lemah dan melutut kepadanya. Itulah sebabnya aku tak mahu renung mukanya, bukan kerana pantang atau ada rahsia. "Kamu tahu antara kita berdua memang tak ada rahsia apa-apa," si baju hitam buka rahsia. Dan saya tidak mahu bertanya lagi tentang hal tersebut. Dia bercakap jujur yang sekali gus membayangkan harapan agar saya bersedia melndunginya. "Kalau itu kelemahan kamu, jangan renung mukanya. Biar aku saja berdepan dengan nya Andi," saya mula naik semangat. Walaupun saya dan si baju hitam berdiri membelakangi antara satu dengan lain dan bercakap agak perlahan dan kadangkala tenggelam dalam suara salakan anjing, ternyata perempuan misteri dapat memahami apa yang saya tuturkan kepada si baju hitam berpandukan dari gerak mulut saya. Buktinya seiap kali bibir saya berhenti bergerak, perempuan aneh itu gelengkan kepala sambil mengigit jari. Kemudian dia memberi isyarat dengan mengerakkan ibu jari kirinya berkali-kali, seolah-olah menyuruh saya meneruskan percakapan. Bila percakapan diteruskan, wajahnya nampak ceria sekali. "Biar aku tentang dia Andi," bisik saya dan perempuan aneh itu tersenyum lalu menggamit saya. Dia bagaikan mengalu-alukan keputusan yang saya buat. "Jangan terburu-buru nanti kamu binasa Tamar," itu yang diungkapkan oleh si baju hitam dengan nada yang amat perlahan sekali. Saya lihat muka perempuan itu bertukar menjadi garang. Dia mengenggam penumbuk. Saya kira hatinya membara kerana si baju hitam menasihati saya. "Biar aku pergi sekarang," darah muda saya tidak dapat dikawal lagi dan baru melangkah setapak, si baju hitam terus menghalang. "Jangan terburu-buru Tamar." "Andi, kalau begini keadaannya, masalah kita tak akan selesai," saya cuba menolak si baju hitam ke tepi. Tetapi dia tetap bertahan. Saya jadi serba salah, samada mahu meneruskan atau mendengar saja cakap-cakap si baju hitam. Paling mengejutkan, pada saat itu juga perempuan aneh hilang dari pandangan saya hanya untuk beberapa detik. Kemudian dia muncul kembali dalam keadaan asal iaitu mengangkat sepasang tangannya ke langit. Dia menjerit dan memekik dan meraung macam serigala lapar. "Dengarlah cakap aku Tamar," rayu si baju hitam. Saya membisu dan terpegun dengan suasana ganjil yang terjadi di depan mata. Macam-macam perasaan timbul dalam hati. Rasa berani, takut dan cemas silih berganti menguasai diri. MENJERIT "Biarkan dia menyalak hingga penat, kalau masa dia menyalak kamu dekati dia, kamu hancur Tamar. Aku anak muridnya, aku tahu apa yang mahu di buatnya. Kita nampak dia mengangkat kedua belah tangannya sambil menghala muka nya ke langit, sebenarnya dia tak buat semuanya itu, kamu sangka suaranya yang menjerit, pada hal itu bukan suaranya. Suara tu datang dari hutan," si baju hitam buka rahsia bekas gurunya. Saya mengigit bibir dan mengedutkan dahi. "Kita kena hati-hati Tamar, jangan ikutkan perasaan nanti kita yang jahanam. Dia coba mempengaruhi kita dengan macam-macam cara, sekarang dia menunjukkan kehebatan ilmunya kepada kamu dengan harapan kamu ingin berguru kepadanya," sambung si baju hitam. Saya anggukkan kepala, ternyata si baju hitam gembira sekali. "Sekarang cuba kamu kesan dari mana datangnya salakan anjing tu, Tamar?" Kata-kata si baju hitam segera saya patuhi. Sudah jelas, suara salakan anjing itu datangnya dari arah kiri dan kanan hutan kecil. Apa yang pasti saya rasakan, salak anjing itu makin lama makin hampir dengan saya. Diri seolah-olah dikelilingi oleh kumpulan anjing yang ganas dan garang. Pada hakikatnya, tiada seekor pun anjing yang mendekati diri saya.

9 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

Apa yang tumbuh dalam otak saya ialah anjing di kiri, anjing di kanan. Anjing di depan dan dibelakang. Semuanya membuka dan mengangakan mulut menunjukkan gigi yang tajam bersama lidah merah terjelir. Anjing-anjing itu bersedia mahu membaham saya. Kenapa perasaan sedemikian muncul dalam kotak fikiran saya. "Andi, aku rasa lain macam." Si baju hitam yang masih tidak mahu melihat wajah perempuan aneh itu terus membisu. Sikapnya itu membuat saya naik darah, bila saya fikirkan suara lolongan anjing yang menyebabkan si baju hitam tidak dapat menangkap kata-kata yang saya luahkan, kemarahan saya segera menurun. Andi, aku rasa lain macam," ulang saya. Dia masih macam tadi, membisu seribu bahasa. Tanpa membuang masa saya segera menoleh ke arahnya. Bahu si baju hitam segera saya goyang berkali-kali. "Aku juga macam kamu Tamar," suaranya bergetar. Jawapan yang diberikan membuat saya tidak berminat untuk melapurkan apa yang saya lihat kepadanya. Pandangan segera saya arahkan kembali kepada perempuan aneh. "Eh, perempuan tu dah hilang, ke mana dia pergi?" jerit saya. Tanpa membuang masa si baju hitam segera memusingkan badan, menghala muka ke tempat kosong (tempat perempuan aneh itu berdiri). Salakan dan lolongan anjing tetap macam tadi, tidak ada tanda-tanda beransur reda . "Kemana dia pergi, Andi." "Entah, yang aku tahu menghilangkan diri waktu macam ini memang menjadi kegemarannya," sahut si baju hitam. Lolongan anjing kian rancak. Pepokok renek sekitar tempat saya berdiri bergerak macam dilanggar binatang buas. Dari sebelah kanan saya terdengar bunyi orang menarik dan melepaskan nafas tercungap-cungap. Orangnya tidak kelihatan. Apa yang boleh saya lakukan ialah merenung muka si baju hitam dan dia pula merenung muka saya. Warna merah di kaki langit kian menipis. Suasana sekitar beransur-ansur samar. Senjakala sudah datang. Beberapa ekor kelawar yang luar biasa besarnya mula berterbangan mengelilingi saya dan si baju hitam sambil berbunyi nyaring. Giginya yang halus tajam menyeringai ke arah kami. Lebih dari sepuluh minit kelawar luar biasa iu mengelilingi kami dan akhirnya bergayut di dahan pokok asam (di tempat saya disebut pokok jawa) yang rendang. Kelawar luar biasa itu terus berbunyi nyaring. "Ada darah menitik di pipi kamu Tamar." Si baju hitam menuding jari telunjuk ke muka saya. Tanpa membuang masa darah di muka segera saya kesat dengan telapak tangan. Memang benar apa yang dikatakan oleh si baju hitam. "Kamu tak rasa apa-apa Tamar." "Ada terasa macam air jatuh ke pipi, aku tak fikir pula darah yang datang," kata saya cemas lalu mengubah kedudukan dari bawah pokok asam ke bawah pokok petai yang batangnya lebih dari sepemeluk besarnya. Si baju hitam turut sama. Kami kira di bawah pokok petai adalah tempat yang paling selamat. "Aku rasa pelik Andi, darah dari mana menitik atas pipi aku," kata saya sambil membelek-belek kesan darah di telapak tangan dalam warna samar senja yang kian berat itu. Saya cium telapak tangan. Bau hanyir dari darah tersebut membuat tekak saya loya dan mahu muntah. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 12) SIRI 158 BERTANGANKAN KAKI HARIMAU Dec 23, '10 8:29 AMby adi for group komunitisbdj "Aku tahu dari mana darah itu datang, Tamar." "Dari mana Andy," "Darah kelawar atas kepala kita tadi." "Pelik sungguh," keluh saya sambil menarik dan melepaskan nafas. Suara kelawar luar biasa dan suara lolongan anjing terus bergema. Hari kian gelap. "Sebenarnya Tamar, yang jatuh ke pipi kamu bukannya darah tetapi tahi kelawar." "Tahi kelawar?" Saya terkejut. "Iya, yang keluar tu berak darah, biasanya kelawar yang berak darah atau kencing darah menghisap darah manusia atau binatang. Kelawar jenis ini selalunya di pelihara oleh manusia yang mengamalkan ilmu hitam. Mereka melepaskan kelawar peliharaan mereka untuk membunuh atau menghisap darah musuh mereka. Kadang-kadang untuk tujuan balas dendam dan ada juga yang mengambil upah untuk membunuh orang," kata-kata yang di ucapkan oleh si baju hitam membuat badan saya mengigil. "Apakah kita berdua akan menjadi korban kelawar luar biasa ini, Andy." "Iya, kalau kita tidak berjaya melarikan diri dari sini. Lagi pun kelawar ganjil menghisap darah bila bulan mengambang, bila sudah kenyang dia balik ke sarangnya di gua mengikut arahan tuannya," si baju hitam berhenti bercakap. Saya cemas dan terus duduk di tanah sambil menyandarkan belakang ke pangkal pokok petai. Si baju hitam masih berdiri merenung ke kiri dan ke kanan. Sesekali dia dongakkan kepala melihat ke pucuk pokok petai. Suasana terasa seram seiring dengan warna alam sekitar yang kian beransur gelap. Nyamuk mula berterbangan. Suara kelawar makin

10 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

rancak dan lolongan anjing yang memanjang kian menjadi-jadi. Dahi saya tiba-tiba berpeluh, rasa cemas tetap menguasai hati. Bersama-sama dengan desiran angin saya seakan-akan terdengar suara orang perempuan mengilai, ketawa dan menangis. Nada suara tersebut mengikut kelajuan angin yang bergerak. Kalau angin bergerak laju, suara orang tertawa menjadi kuat. Kalau angin bergerak perlahan, suara-suara orang ketawa mengilai terdengar seperti orang berbisik. Saya tidak tahu, apakah si baju hitam mengalami seperti apa yang saya rasakan. Berdasarkan dari gerak-gerinya mungkin dia tidak mendengar semuanya itu. Dia masih macam tadi, mengawal keadaan sekitar, bersedia untk melakukan sesuatu.Ada masanya dia genggam penumbuk dan terus menumbuk angin dengan wajah yang membayangkan kemarahan. Dahinya tetap berpeluh. TAMPAR Sial, kemana pula dia menghilang, kalau benar-benar handal tunjukkan diri, jangan main-main sembunyi. Saya merungut dalam hati dan suara batin saya itu bagaikan menerima jawapan. Pipi kiri saya ditampar berkali-kali dengan kuat. Sepatutnya saya merasa sakit dan pedih sebaliknya pipi saya terasa sejuk macam disentuh jari mayat. Semuanya ini membuat saya bertambah gementar. Bagaimana tidak gementar? Baru terniat dalam hati sudah menerima risiko yang tidak dapat dikesan atau dilihat dengan mata kasar. Si baju hitam masih juga seperti tadi, renung sana, renung sini. Saya kira dia memang mengharapkan kedatangan datuk secara tiba-tiba. Mana mungkin datuk datang, kalau tidak diberitahu masalah yang sedang dilalui. "Kemana dia dah pergi Andy?" Si baju hitam menarik nafas sambil mendongakkan mukanya ke langit. Dia melihat awan yang berarak sambil memasang telinga mengamati arah angin datang dan pergi. Si baju hitam mengangakan mulut dengan seluas-luasnya. Hujung lidahnya menolak lelangit. Kelingking kirinya menjolok lubang telinga kanan. Rupa-rupanya si baju hitam mahu memenafaatkan lmu yang baru setampuk pinang untuk melawan gurunya. Mana mungkin murid boleh merebahkan guru di gelanggang. Itulah yang terjadi, si baju hitam tiba-tiba terjerit terlolong, tidak tentu arah, dari lubang hidungnya memancut darah. Dia jatuh mengelepar di bumi macam ayam kena sembelih. Samaada mahu atau tidak, saya terpaksa bertindak menyelamat kan baju hitam. Kalau dibiarkan, keadaan akan bertambah runcing dan saya akan berdepan dengan masalah yang lebih besar lagi. Berbekalkan ilmu yang sedikit (yang diperolehi dari datuk) saya berikhtiar memulihkan si baju hitam yang terbujur di bumi. Saya ambil sehelai daun kering yang berada dibawah sikunya. Daun kering itu di ramas hingga hancur, sebelum daun yang hancur ditaburkan ke mukanya, saya baca beberapa kali surah An-nas dengan khusyuk. Dengan izin Allah darah yang memancut dari lubang hidung berhenti serta merta. Si baju hitam boleh bangun dan duduk. "Aku tak mapu menentangnya Tamar, begitu juga kamu. Hanya datuk kamu saja yang boleh," si baju hitam gelengkan kepala. " semua yang aku tuntut darinya sudah aku gunakan. Semuaya tak berkesan," sambungnya dalam suara yang amat kecewa. Si baju hitam sudah putus asa. Nampaknya dia mahu pasrah saja. "Hairan, kemana dia menghilang, Andy." "Dia tak kemana-mana Taamr, dia ada di sini." "Buktinya?" "Selagi kita dapat mendengar suara salakan anjing dan suara kelawar luar biasa, itulah tandanya dia ada di sini. Sekarang kita kena bersedia, samada kita lari atau melawan," si baju hitam berhenti bercakap untuk beberapa saat. Dia seperti mengawal perasaan yang resah semacam. "Pada hemat aku, kita lari saja minta bantuan dari datuk kamu Tamar," sambungnya. Saya tidak pula mengatakan IA atau TIDAK dengan cadangannya itu. Saya lagakan gigi atas dan gigi bawah berkali-kali. Kepala saya masih memikirkan tentang perempuan aneh yang boleh menyerupai ajah Nurulhayat. Dan bukanlah sesuatu yang mustahil kalau wajahnya dapat menyerupai wajah datuk untuk mengabui pandangan kami. Di saat saya memikirkan hal itu, terasa bahu kanan saya ditumbuk orang. Bila ditoleh ke kanan, tiada sesiapa pun di situ. Secara mengejut kepala saya terasa pening, tanah yang di pijak terasa bergegar, semua pepohon yang dilihat bergoyang ke kiri dan ke kanan. Rasa takut dan cemas terus hilang dari hati. Salakan dan lolongan anjing bertukar menjadi seruling buluh yang mendayu hiba. Suara kelawar pula bertukar menjadi air hujan menimpa atap zink. Saya jadi berani dan bersedia untuk menentang sesiapa saja. "Kita lari tinggalkan tempat ni Tamar, sebelum keadaan menjadi lebih buruk, Kita panggil datuk kamu datang ke sini," si baju hitam cuba menepuk bahu kiri , segera saya tepis dengan keras. Dia terkejut dengan sikap yang kasar itu. Muka saya direnungnya. "Kita tak boleh melawan dia Tamar. Sebenarnya kita dah masuk perangkap, kita mesti keluar dari sini. Kita tak daya melawannya, kita balik Tamar." "Aku tak mahu pulang, aku tak mahu jumpa datuk," kata saya dan mula menjauhkan diri dari si baju hitam. Tetapi, si baju hitam terus mendekati dan cuba memeluk tubuh saya agar jangan berada jauh dari perdu pokok petai. Saya mengelak dan menolak si baju hitam hingga terjatuh. Pada masa itu juga, saya terdengar suara bisikan menyuruh saya menendang pangkal leher si baju hitam dengan sekuat hati. Pada mulanya saya ragu-ragu untuk melakukannya. Bila didesak bertalu-talu, saya akur dengan arahan suara ghaib itu. Bila saya melepaskan tendangan sulung, si baju hitam terus mengelak. Saya kira dia akan bertindak balas. Ternyata si baju hitam mengambil sikap mengalah. Dia berusaha menjauhkan diri dari saya jarak kami antara satu sama lain kira-kira sepuluh kaki tetapi, kami masih berada di bawah pokok petai besar. "Tamar, kamu sudah dikuasai perempuan jahanam tu," jerit si baju hitam. "Siapa yang kuasai aku." Saya menjawab. Si baju hitam menutup sepasang lubang telinganya dengan telapak tangan. Dia tidak tahan mendengar salakan dan lolongan anjing yang di sertai dengan suara kelawar. Bagi saya suara lolongan anjing dan kelawar amat menyenangkan sekali. "Tamar, lebih baik kita balik, kalau kita mahu selamat. Kita bagi tahu datuk kami apa yang terjadi, Marilah kita balik Tamar," si baju

11 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

hitam bagaikan merayu dalam suasana senja yang bertambah kelam dan pekat. Saya rasa jarak antara kami kian jauh. Batang tubuh si baju hitam tidak dapat dilihat dengan jelas, dia semakin mengecil dan suaranya terdengar sayup-sayup. "Kita balik Tamar." "Tidak, pertolongan datuk tak perlu." "Tamarrrrr" suara si baju hitam hilang dari pendengaran saya. Dia hilang dalam gelap senja yang hitam. Pada saat itu, saya mula terfikir yang si baju hitam memang mahu meninggalkan saya sendirian. Ini satu pengkhianatan. Mungkin dia berbuat demikian kerana mahu membalas dendam atau sengaja mahu menyerahkan saya kepada perempuan laknat. Dia mahu saya merasa seksanya menjadi tawanan perempuan jahat yang juga bekas gurunya. Saya jadi benci dan marah kepada si baju hitam. Suara ghaib pun bergema dari setiap sudut menyuruh saya menetak leher si baju hitam kemudian menghirup darahnya. Gegendang telinga terasa pedih, tanpa membuang masa kedua belah lubang telinga saya tutup dengan telapak tangan. Suara itu terus bergema, lebih kuat dan lebih hebat meresap ke dalam urat saraf di otak. Dalam usaha menenangkan fikiiran itu, saya pejamkan mata dan membaca beberapa potong ayat dari al-Quran untuk melindung diri dari dikuasai makhluk yang tidak diingini. Ternyata pembacaan saya lintang pukang, malah ada seketikanya saya lupa ayat dan surah apa yang saya baca. Saya tidak mampu merapatkan kedua belah kelopak mata, macam-macam yang muncul dalam fikiran. Ada gambaran manusia berjalan atas mayat tanpa kepala, ada sungai mengeluarkan api, ada kambing berbadan seperti buaya dan kemunculan si baju hitam dengan keris di tangan menikam perut datuk bertubi-tubi. Darah keluar memancut dan tali perut datuk terkeluar, terlambak atas tanah macam tali perut ayam. Gambaran datuk merintih menahan kesakitan sambil merangkak membawa tali perutnya yang berjela-jela di tanah, memang tidak dapat saya terima. Saya jadi marah. "Andy, kamu pengkhianat," jerit saya sekuat hati, bergema dalam hutan bersama gelap senja yang menggila. Jeritan saya membunuh lolongan anjing dan suara kelawar yang luar biasa. "Aku bunuh kamu, aku bunuh kamu Andy. Kemana kamu nak lari. Dunia ini terlalu kecil dan sempit," sambung saya lagi sambil menghentakkan kaki kanan ke permukaan bumi. "Kamu benar, kamu benar Tamar. Datuk kamu sudah dibunuhnya secara curi, kamu mesti bertindak. Bunuh saja bila kamu jumpa dia," terdengar bisikan halus, seperti suara perempuan yang datangnya dari telinga sebelah kiri, saya juga merasa telapak tangan kanan saya bercantum dengan telapak tangannya yang halus kulitnya. GHAIRAH Disaat telapak tangan saya di genggam erat, saya terasa seluruh sendi dan otot tersintak-sintak seperti terkena kejutan elektrik. Tubuh terasa ringan melayang, fikirian kosong dan saya seperti berada dalam perahu kecil yang dilambung ombak setinggi pucuk kelapa, kemudian menurun ke paras biasa hingga terasa isi perut hilang. "Aku restui perjuangan kamu untuk menuntut bela," terdengar lagi bisikan semangat. Serentak dengan itu, telapak tangan saya yang digenggam erat pun di lepaskan. Saya menerima ciuman yang penuh ghairah di pipi kanan dan di pangkall leher serta telinga. Pinggang saya pun dipaut mesra sehingga saya sukar bernafas. Aneh, orang yang memeluk dan mencium pipi saya tidak kelihatan tetapi hembusan nafas yang penuh nafsu berahi tetap terasa. Saya pasti yang memeluk itu ialah seorang perempuan, ini berdasarkan pada keluhan ghairah yang halus penuh manja. Terasa lemah dan lemas bila diri saya diulit begitu, sebagai JANTAN sudah pasti timbul rasa keghairahan yang memberangsangkan dan ingin melakukan tindak balas. Tetapi kemana saya harus melempiaskan nafsu yang membengkak itu? Memang ada lawan jenis di sisi yang menjalankan peranan memarakkan rasa berahi saya. Sayangnya lawan jenis itu tidak keliahatan, tidak boleh diraba dan memeluk saya. Makhluk apakah di sisi saya ini? Muncul pertanyaan dalam hati. Belum pun sempat saya membuat kesimpulan dari pertanyaan itu, tubuh saya ditolak oleh sepasang tangan yang kasar, saya jatuh terlentang, nafsu yang memuncak terus menurun dan mati. Dengan susah payah saya segera bangun dan duduk bersila. Tidak ada apa yang dapat sya lihat dalam gelap itu. Suara cengkerik menusuk lubang telinga, suara katak tidak putus-putus berhenti memanggil hujan. Saya lihat langit bersih dan cerah. Beberapa ekor katak melompat atas paha saya, keli-kelip pun berterbangan, sebahagiannya berlabuh di hujung dedaun. Sayup-sayup terdengar bunyi reranting kering di pijak orang. Saya juga mula melihat api jamung dari arah selatan menuju ke arah saya. Makin lama, makin hampir api jamung itu dengan saya. Penuh debar saya menanti, siapakah gerangan yang datang itu? Semuga Haji Bagus dan Tuk Siak yang datang. Datuk tidak mungkin kerana dia sudah dibunuh oleh si baju hitam. Hati kecil saya membuat andaian di malam yang pekat itu. "Huh" Saya mengeluh dan hampir mahu jatuh untuk kedua kalinya. Di depan saya terpacak jamung dengan api yang marak. Cahayanya menerangi sekitar kawasan saya berkubang. Tidak ada orang yang membawa jamung tersebut. Jamung berjalan sendiri. "Kamu mahu membunuh orang yang mengkhianati diri kamu," muncul suara dari balik pokok petai. Saya mengangguk, ketika itu juga kelawar besar yang hilang muncul kembali, hanya untuk beberapa minit setelah mengelilingi kepala saya dua tiga kali , kelawar luar biasa terus ghaib. "Kamu pancung lehernya, taruh darahnya dalam buluh. Kemudian kamu hirup darahnya," terdengar lagi arahan dari balik pokok petai. Saya berharap dengan pertolongan cahaya api jamung, wajah orang yang bersuara dapat saya lihat. Dengan ekor mata, saya jeling ke arah pokok petai, malangnya bayang dan kelibat manusia tersebut tidak dapat dikesan. Mulut saya bagaikan terkunci untuk bersoal jawap dengan suara dari balik pokok petai. Apa yang mampu saya lakukan ialah anggukkan kepala setiap kali menerima arahan darinya. "Lapah kulitnya macam lapah kulit kijang."

12 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

Saya mengangguk. "Tulang-tulangnya kamu kumpul dan campakkan ke dalam belukar atau di kaki bukit untuk kawan-kawan kita makan. Saya terus anggukkan kepala. "Dagingnya kamu buangkan ke dalam sungai untuk habuan buaya." Macam tadi juga, saya terus mengangguk. "Pancung lehernya denagn ini." Sebilang parang panjang berulukan gading jatuh di depan saya. Matanya tajam, putih berkilat. Ulu parang segera saya pegang. Hujung mata parang saya lagakan dengan kuku ibu jari untuk menguji ketajamannya. "Begini." Sekujur tubuh terpacak di kanan saya memakai jubah kuning. Kepala dan muka nya dibalut kain tebal berwarna hitam tidak ada l ubang untuk mata, parang panjang di tangan segera di rampas. Saya terpinga-pinga terkejut dengan kedatangan manusia berjubah itu. Kalau tadi cuma ada sebatang jamung kini sudah menjadi tujuh semuanya. Kawasan sekitar bertambah terang benderang. POTONG Begini menguji tajam tumpulnya parang," kata orang berjubah lalu dia menghayunkan mata parang keatas kepala saya dengan pantas sekali. "Lihat apa yang ada di depan kamu," kata orang berjubah. Jari telunjuknya menuding ke arah segumpal rambut sebesar penumbuk budak lelaki berusia sebelas tahun. Gumpalan rambut itu terlonggok di hujung kaki saya. "Itu rambut kamu yang di potong dengan parang panjang ini. Kerana matanya terlalu tajam kamutak merasa apa apa. Kamu tak sedar bila rambut kamu putus," memang ada nada kemegahan dan kebanggaan lahir dari kelopak bibir manusia yang berjubah dan bersarung kepala hitam itu. "kamu nampak rambut kamu?" Soal orang berjubah. "Iya," pertama kali saya bersuara. "Kamu sudah tahu berapa tajamnya parang panjang." "Iya, tahu." "Bagus, kamu sedia membunuhnya?" Saya terus angguk kepala. "Ambil parang ni," orang berjubah tatang parang panjang. Ulu parang dihulurkan ke arah saya. Tetapi, saya tdak bersedia menyambutnya. "Kenapa tak mahu ambil," tanyanya. Saya tidak dapat memberikan jawapan. Orang yang berjubah mendengus panjang sambil menghentakkan kaki ke bumi. Entah mengapa, di saat saya mahu memegang ulu parang panjang, saya jadi gementar dan takut sekali. Aya terpandang ulu parang ang dibuat dari gading gajah itu menjadi kepala ular yang menyembur bisa. "Kamu lemah semangat, jadi kamu mesti diberi semangat baru. Aku tidak akan menyerahkan parang panjang ini kepada kamu. Hanya mahaguru saja yang boleh meresapkan semangat dalam diri kamu, aku tak boleh. Aku cuma orang suruhan dan orang kanannya saja," orang yang berjubah dan bersarung kepala hitam bersuara parau. Dia mula memegang pergelangan tangan saya. Jamung yang berada disekeliling saya bergerak sendiri menghala ke arah yang tidak dapat saya pastikan di mana. "Saya tak mahu ikut kamu," saya membantah, pada saat itu bagaikan kilat muncul dalam kepala wajah si baju hitam bersama-sama dengan kata-kata yang mengingatkan saya supaya berhati-hati. "Tak boleh, kamu mesti ikut." "Tak mahu," saya menolak. Orang berjubah terus bergerak di depan saya. Dia kelihatan seperti tidak mahu melakukan paksaan. Tanpa diduga dia terus duduk mencangkung. Api di jamung yang tadi menghala ke arah tertentu berputar balik ke tempat asal. Bergerak mengelilingi pokok petai. Kemudian memagari orang berjubah. "Kamu renung sini," nada suara orang berjubah keras sekali, membayangkan kemarahan dan tidak mahu bertolak ansur dengan saya. Arahannya tidak saya patuhi, saya renung ke arah lain. Usaha saya itu hanya berhasil untuk beberpa minit saja, setelah itu tengkuk saya seperti dipulas oleh tangan-tangan ghaib yang memaksa saya merenung ke arah orang yang berjubah kuning. TEPIS Saya tidak putus asa dan cuba melawan. Akhirnya berpuluh-puluh tangan ghaib melepaskan penumbuk keseluruh tubuh saya. Dalam sekelip mata saja, tubuh saya diikat dengan rotan. Dan tangan-tangan ghaib itu segera menghulurkan berpuluh cawan ang dibuat dari aluminium ke mulut saya. "Minum." Perintah orang berbaju kuning. Cawan-cawan itu saya tepis sekuat hati. Jatuh bergelimpangan atas tanah. Orang berjubah kuning petik ibu jari. Hasil dari petikan ibu jari itu, sepasang tangan ghaib mencengkam rahang saya,. Mulut saya dibuka secara paksa, saya rasa mulut seperti mahu terkoyak sehingga ke pangkal telinga. Kepalang sakitnya, saya tidak ddaya lagi. Mulut saya dituang dengan minuman, bila melalui

13 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

anak tekak terasa pahit dan payau. Saya jadi lemah, kepala terasa pening. "Bagaimana, masih mahu melawan?" Saya tidak menjawab. Tekak terasa loya, perut rasa memulas dan sakit. Saya tersedak dan terbatuk, saya muntah. Semua yang ada dalam perut habis keluar. Saya bertambah lemah dan rebah dibumi. Badan saya bergelumang dengan muntah, bau hanyir, busuk berbaur. Semuanya terpaksa saya terima. "Buka mata." "Kelopak mata saya buka. "Renung sini." Mata pun saya tumpukan ke arah orang berjubah kuning. Perlahan-lahan dia melipat lengan baju kiri. Biji mata saya terbeliak, lengannya tidak berkulit dan tidak berdaging. Dia pamerkan tulang lengan dan tulang jari yang putih, macam tulang orang yang sudah mati berpuluh-puluh tahun. "Yang kamu minum tadi tu air tulang aku. Rasanya tentu sedap." Saya diam tidak terkata, hanya kelopak mata yang berkedip. Dengan perlahan orang berjubah kuning mentutup rangka tulang lengan dan jari dengan lengan baju. Saya terus terkapar. Satu penyiksaan yang amat pahit penuh derita. Saya lihat langit dan awan. Dengan penuh daya ingatan saya perah otak untuk mengingati ayat-ayat Quran. Saya jadi lupa sama sekali. Malah untuk menyebut perkataan bismillah pun tak boleh. Lidah saya terasa keras. Dalam usaha membunuh rasa jemu melihat awan dan langit, saya cuba gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Bila kepala di gerakkan batang leher terasa amat sakit. Badan pula, dari bahagian pinggang hingga ke hujung kaki seperti di hempap batu besar. Bergerak sedikit, tulang dan daging bagaikan hancur. Semuanya menyiksa. "Jangan gerakkan kepala kamu ke mana-mana . Tengok aku kalau kamu mahu hidup atau bebas dari sini," Samada rela atau tidak sepasang mata terpaksa di arahkan pada tubuh yang diselimuti dengan jubah kuning. Semua gerak gerinya saya sorot dengan penuh teliti dan hati-hati. Kalau tadi dia mempamerkan tulang lengan dan tulang jari. Dan kali ini, perkara yang sama dilakukan untuk tangan sebelah kanan. Perlahan-lahan dia menyelak dan menggulung lengan baju sebelah kanan hingga paras siku. Lengan kanannya yang unik itu digerakgerakannya berkali-kali di depan mata saya. Lengan kanannya itu memang luar biasa sekali. Tidak menyerupai lengan manusia malah meyerupai kaki harimau lengkap dengan kukunya sekali. Masih terdapat kesan darah merah di telapak tangan(kaki) manusia berkaki harimau itu. "Kalau kamu lari aku cakar muka kamu," katanya nyaring. Dia pun terus mengoyang-goyangkan lengan kanannya berkaki harimau itu. Bila kuku di tangan (kaki) di kembangkan tanah merah yang kering jatuh berderai. Sebahagian dari tanah itu jatuh atas api jamung membuat apai jamung bertambah marak. Cahaya dari api jamung menyerlahkan belang harimau yang berbulu tebal dan kasar itu. Saya lihat ada juga bulu harimau yang jatuh ketanah. Saya terdengar bunyi suara harimau menderam berkali-kali. Akhirnya saya dapat mempastikan bahawa bunyi itu datang dari orang yang berjubah kuning. Gerak-gerinya pun mula berubah. Dia mula duduk mencangkung seperti harimau. Dalam keadaan yang serba cemas itu , saya masih boleh berfikir. Kenapa saya harus berdepan dengan perkara yang luar biasa dan tidak masuk akal ini? Manusia apakah yang terpacak di depan saya ini? "Eh, aku tahu apa yang ada dalam perut kamu," orang yang berjubah kuning bersuara. Dia dapat membaca rahsia hati saya. Pertanyaan itu, tidak mampu saya jawap. Saya tidak boleh bersuara. Apa yang terdaya saya lukukan ialah merenung sayu ke arahnya. Mohon simpati agar saya jangan terus di seksa begini. MUNCUL Kamu nak tahu, siapa aku sebenarnya," orang itu mengajukan pertanyaan. Saya pun anggukkan kepala. Orang itu terus ketawa berdekah-dekah. "Sekarang buka mata kamu luas-luas, kamu boleh tengok diri aku yang sebenarnya," katanya lagi. Seperti tadi saya terus angukkan kepala. Dan orang yang berjubah kuning mula memusing tubuhnya secara perlahan-lahan. Kemudian berpusing dengan ligat, macam gasing. Di saat tubuhnya berputar ligat, saya terpandang berpasang-pasang mata harimau muncul dari rimbunan pepokok renik merenung ke arahnya sambil menderam. Saya mula gementar dancemas. Tubuh terasa sejuk, bagaikan berada di atas ketul ais yang besar. "Apakah aku bermimpi atau benar-benar terjadi?" Bisik batin saya. "Kamu tidak bermimpi, aku sekadar mahu menunaikan keinginan kamu," secara mengejut si jubah kuning berhenti berpusing. Pelik sungguh! Dia dapat membaca suara batin saya. Macam tadi juga, si jubah kuning terus ketawa berdekah-dekah. Gementar dihati saya tidak juga mahu hilang. Tanpa disangka-sangka si jubah kuning bertempik macam gajah, bergema dalam perut hutan di malam yang muda. Berpuluh-puluh mata harimau dibalik rimbunan pepokok kecil terus hilang. Hanya Allah saja yang tahu perasan saya ketka itu. (bersambung)...

CHAPTER LIST

14 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

(Jilid 12) SIRI 159 TERPENJARA DI RUANG MAYAT Dec 24, '10 5:56 AMby adi for group komunitisbdj Dalam rasa cemas yang tidak bertepi itu, saya hanya mampu melihat si jubah kuning mundar mandir di depan sesuka hati. Adakalanya dia membongkok dengan kedua belah tangannya menjamah bumi. Pergerakan ke depan dan ke belakang macam orang merangkak. Bila penat dia terus berdiri lalu melepaskan nafas. Bunyinya macam nafas kerbau jantan melihat punggung kerbau betina. "Sekarang," pekiknya sekuat hati. Aneh dia tidak menyambung kata-kata tersebut. Si jubah kuning renung kiri, renung kanan dan terus memetik ibu jarinya tiga kali berturut. Tidak lama kemudian saya terdengar suara harimau jantan menguap yang jumlahnya lebih dari lima ekor. "Kenapa tak sambung cakap," tanya saya pura-pura berani. Si jubah kuning terus ketawa dan melompat di paras ketinggian lebih dari lima kaki. Bila dia selesai melakukan semuanya itu, suasana kembali sunyi dan sepi. Saya ambil kesempatan dongakkan kepala untuk melihat bintang di langit. "Sekarang aku mahu menunaikan hajat kamu," suara si jubah kuning terdengar amat lemah sekali. Macam tadi juga, dia tidak meneruskan kata-katanya. Cuma yang kedengaran bunyi nafasnya yang tercungap-cungap, seolah-olah macam memikul benda yang amat berat sekali. "Kamu boleh tengok," sambungnya, "dengan sepuas-puasnya apa yang ada pada aku, tumpukan mata hati dan pancaindera kamu pada tubuh aku. Jika ada perkara lain yang kamu fikirkan dalam otak kamu, buruk padahnya. Kamu akan binasa, " suaranya parau dan garang. Dia terus bergerak di depan saya, macam harimau jantan yang lapar. Dia berhenti, betul-betul di depan saya. Matanya renung muka saya yang pucat. "Hummmm, " dia mendengus sambil telapak tangan kanannya memukul muka bumi. Sepasang biji mata saya tidak berganjak dari menikam sekujur tubuhnya. "Renung dan kamu jangan terkejut, jangan menjerit," si jubah kuning mengingatkan saya. "Iyaa" sahut saya seraya anggukkan kepala. Dengan perlahan-lahan dia membuka jubah kuning, jubah kuning yang terpisah ari tubuhnya itu dihumban ke sebelah kanan saya. Bau jubah itu. Macam bau bangkai anjing yang sudah pecah perut. Bau busuk itu terpaksa saya hidu. Lagi sekali saya mengalami kejutan, saya kira setelah jubah kuningnya dibuka saya dapat melihat kulit tubuhnya. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Tubuhnya masih dibalut dengan kain putih dari kaki hingga ke paras leher. Tidak ubah seperti tubuh yang dibalut dengan kain kafan. Kepala dan mukanya masih diselubungi dengan kain hitam tebal. "Jangan cemas tau," dia mengingatkan saya lagi. "Tidak," jawap saya dalam hati. "Bagus," dia terus anggukkan kepala. Si jubah kuning mula memusingkan tubuhnya yang berbalut dengan kain putih. Mula mula perlahan-lahan kemudian terus ligat. Saya jadi pening melihatnya dan dari arah kiri kanan terdengar suara harimau menderam. Saya terus pejamkan mata. Bila saya bukakan mata, orang itu sudah berhenti dari berpusing. Malah suara harimau menderam juga turut hilang. "Gggggg.. Hmmmmmmmm, " bergema suara itu dari mulut orang di depan saya. Serentak dengan itu cebisan kain putih (yang membalut tubuhnya) jatuh satu persatu, tidak ubah macam gugurnya kelopak jantung pisang dari induknya. Bila semua kain putih itu tanggal atau lekang dari tubuhnya, saya tergamam tidak terkata. Keadaan dirinya (tubuh) berubah rupa bentuk. Sungguh ganjil dan menakutkan. Tubuhnya terbahagi dua. Tubuh sebelah kiri, bermula dari kaki hinga ke paras bahu berkeadaan seperti rangka. Tulang-temulang yang bersambung dengan setiap sendi di tubuh jelas kelihatan. Bercahaya seperti kelip-kelip. Dari paras tengkuk ke atas (bahagian kepala) tidak dapat dipastikan keadaannya kerana masih diselubungi kain hitam. BELANG Keadaan tubuh di sebelah kanan pula, tidak ubah macam badan harimau. Berbulu tebal dengan belang yang terang, malah senjata sulitnya (separuh) seperti kemaluan harimau. Manakala separuh lagi (sebelah kiri) kelihatan seperti sepotong kayu yang sudah reput. Bersisik macam sisik buaya dan mengeluarkan bau hapak. Tubuh ganjil itu berpusing-pusing perlahan-lahan memperlihatkan bahagian tepi dan belakang tubuh. Di bahagian punggung tumbuh ekor harimau (sebelah) bergerak dan mengibas-ngibas ke arah apmi jamung. Akibatnya, api jamung padam hanya untuk beberapa saat saja. Kemudian api jamung marak kembali. Bila orang bertubuh ganjil itu yakin yang saya sudah melihat bahagian tepi dan belakang tubuhnya, dia kembali berdiri dengan keadaan asal menghadapi saya. Pelbagai helah saya lakukan agar biji mata saya tidak tertumpu ke arah tubuh manusia ganjil itu (sebelah berbadan harimau dan sebelah lagi berangka manusia) dan ternyata usaha saya gagal. Semasa tulang-tulang telapak tangan bercantum dengan telapak kaki harimau, kedengaran bunyi suara orang mengilai panjang. Sungguh menyeramkan. Api jamung tiba-tiba terus padam. Keadaan sekitar terus gelap gelita. Telinga saya menangkap bunyi telapak kaki orang bergerak ke arah kanan. Saya kira itu adalah telapak kaki si jubah kuning. Dari sebelah kiri pula terdengar bunyi hembusan nafas yang dituruti dengan bunyi telapak kaki harimau, bergerak dari hujung kaki hingga hujung kepala berulangkali. Memang tiada daya saya untuk melawan semuanya itu. Hanya pasrah pada Allah. Tanpa disangkasangka, api jamung menyala kembali. Mata kembali tertumbuk ke arah lembaga yang tertonggok di depan. Tulang jari-jemari kirinya tidak lagi bercantum dengan kulit kaki harimau belang. "Husss ," manusia aneh di depan bersuara. Saya lihat tangan (cuma tulang) kirinya bergerak ke arah kepalanya yang berselubung dengan kain hitam. Dengan sekelip mata kain

15 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

hitam itu direntap. Perbuatan yang sama diulanginya, kain yang menutup kepala dan wajahnya di campakkan ke arah saya. Nasib baik tidak menghempap muka, kain itu jatuh betul-betul di depan saya dalam jarak dua kaki lebih. Dengan pertolongan cahaya api jamung, saya dapat melihat keping-keping daging manusia melekat pada kain tersebut. Daging itu mengeluarkan ulat sebesar ulat nangka, melompat ke mana saja dan baunya tidak terkata. Pada kain itu juga terdapat tompok-tompok darah dan nanah. "Hei Tamar, jangan renung kain. Renung orang di depan kamu. Dia berusaha menunaikan apa yang kami ingin." Ada suara ghaib, halus gemersik menusuk lubang telinga kiri saya. Samaada mahu atau tidak, arahan itu terpaksa saya patuhi. Apa yang saya lihat selanjutnya, cukup mendebarkan. Dua tiga kali, saya pejam celikkan kelopak mata. Pandangan saya memang tidak silap lagi. Si jubah kuning wajahnya memang menakutkan. Sebelah kiri, tidak berkulit dan tidak berisi. Cuma yang ada tulang-temulang pipi yang putih menonjol ke depan. Manakala sebelah kanan pula seperti muka harimau. Saya tidak sanggup merenung muka sebelah kiri yang sunggguh menakutkan. Dari bahagian mata yang berlubang bermunculan cacing tanah hingga kehujung tulang dagu. Darah bercampur nanah mengalir ditulang pipi dan dagu. Bila merenung muka sebelah kanan, rasa takut berkurangan tetapi, rasa cemas tetap ada. Lidah harimau yang terjelir bergerak ke kiri dan ke kanan, sesekali lidah merah itu menyentuh misai. Matanya (sebelah) tetap merenung garang ke arah saya. Telinganya (sudah tentu sebelah) bergerak lemah ke arah tengkuk. Bila si harimau itu menguap, gigi dan taringnya jelas kelihatan. Saya kecut perut. Dengan telapak kaki, si harimau menyapu muka, macam kucing yang berada di depan pintu. TUBUH Walaupun mempunyai muka yang separuh tetapi, si harimau mampu mengeluarkan suara yang kuat. Bergema seluruh kawasan hutan mengejutkan unggas yang sedang tidur malam di dahan pokok. Saya kira, kalau si belang itu menerkam dan menampar muka saya dengan telapak kakinya, sudah pasti daging pipi saya lekat di kukunya. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana kesakitan yang saya alami. Sebelum sesuatu yang buruk terjadi, ada baiknya saya memikirkan ke arah mana saya harus bergerak, mengelakkan tubuh jadi sasaran harimau. Di bawah sianar api jamung itu, saya renung ke kiri dan ke kanan. Pandangan saya jatuh sebelah kanan. Ada kawasan lapang yang tidak banyak ditumbuhi pepokok yang berbatang keras. Dan saya memutuskan untuk mengolekkan batang tubuh saya ke kawasan tersebut bila di terkam harimau yang berbadan sebelah itu. Sebagai persiapan, saya cuba membetulkan kedudukan tubuh supaya senang saya bergerak. "Jangan takut, tidak ada apa yang boleh ganggu kamu," terdengar suara halus gemersik dibawa angin. Tidak pasti dari arah mana suara itu datang. "Apa yang kamu hajati sudah ditunaikan." Kerana suara itu datang dari arah kiri, saya pun cuba menoleh ke kiri tetapi, tidak berjaya. Saya renung lembaga yang terpacak di depan. Mulut harimau dan mulut rangka nampak bergerak-gerak. Saya segera membuat kesimpulan, suara yang didengar sebentar tadi datangnya dari lembaga (si jubah kuning) yang terpacak kaki di depan. "Kamu sudah puas sekarang?" Kali ini, tidak perlu mencari dari arah mana suara itu datang. Apa yang perlu dilakukan ialah menjawap pertanyaan tersebut. Saya anggukkan kepala lalu dituruti dengan menutupkan kedua belah kelopak mata yang membawa maksud saya puas hati dan bahagia. Selesai saja melakukan semuanya itu, terdengar orang ketawa berdekah-dekah dari setiap sudut. Mula-mula suara ketawa itu lemah dan perlahan dalam tempoh beberapa detik saja bertkaar menjadi kuat dan keras hingga anak telinga terasa bingit membuat saraf dalam otak saya bergegar. Kepala terasa berpusing pusing dan sakit. Tempurung kepala bagaikan mahu pecah. Dan pada saat itu juga terasa ada sesuatu yang memukul pangkal leher . Pandangan berpinar dan berbintang. Kemudian menjadi gelap dan saya tidak tahu apa yang terjadi selanjutnya. Berapa lama saya berkeadaan demikian? Tidak dapat saya pastikan. Apa yang nyata, setelah pandangan yang gelap itu berakhir, suasana sekitar terasa sunyi. Semuanya terasa kosong. Tubuh saya terasa mengecut dan terangkat dari permukaan bumi secara perlahan-lahan. Makin lama makin tinggi dan terus terawang-awangan di angkasa yang luas. Saya pun dibawa mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang asing serta dihadapkan dengan sungai yang luas. Di tunjukkan kawasan yang terbakar dengan api yang marak menjulang ke langit. Dibawa ke kawasan pergunungan dan bukit bukau. Saya hanya boleh melihat tetapi saya tidak boleh bersuara untuk membantah. Saya seperti berada dalam dunia khayalan yang tiada bertepi. Tubuh saya terus terbuai-buai tanpa tujuan dan arah tertentu di udara. Dan tubuh yang terbuai bagaikan direntap oleh tenaga ghaib dari bawah. Akibatnya tubuh jatuh atas benda yang keras. Seluruh badan terasa sakit. Kulit bagaikan terkoyak dan daging terasa seperti hancur. Sakitnya bukan kepalang dan tubuh yang mengecut kembali normal. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. "Di mana aku berada sekarang?" Muncul pertanaan dalam hati. Setelah melihat keadaan sekitar barulah saya mengerti yang diri saya berada di ruang sebuah rumah. Kelopak mata saya rapatkan kembali. Saya pura-pura pengsan, terdengar bunyi suara orang bercakap yang jumlahnya lebih dari seorang. Sebenarnya saya sudah berusaha untuk bangun, tetapi tidak berhasil. Tubuh seperti ditindih benda berat. Suara orang bercakap itu makin lama makin perlahan dan akhirnya terus lenyap dan diganti dengan bunyi tapak kaki orang sedang berjalan dalam jumlah yang ramai. Kelopak mata segera saya buka, tidak ada manusia di depan saya. Apa yang terbentang ialah ruang rumah yang besar dan boleh memuatkan lebih dari tiga ratus tetamu. Dalam ruang yang luas itu terdapat sepulah buah lampu gasolin tergantung di siling memancarkan cahaya yang cukup untuk menerangi seluruh sudut ruang. Kerana tidak ada sesuatu yang ganjil dan aneh di situ, kelopak mata saya rapatkan kembali.

16 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

Entah mengapa, sepasang kelopak mata ini terasa amat berat sekali. Terasa mahu pejam saja. Lagi sekali saya mengalami kejutan. Dari sebelah kanan saya mula terdengar suara orang berzikir yang di selang seli dengan suara orang berkasidah dan marhaban. Suara lelaki dan perempuan terus berpadu merdu membuat saya seperti berkhayal. Kelopak mata sya koyakkan semula, suara orang berzikir, berkasidah dan marhaban terus hilang. Semuanya membuat saya lemas. MAYAT Dalam keadaan yang tertekan, saya menarik dan melepaskan nafas. Saya hanya pasrah pada pada keadaan. Kalau takdirnya saya harus menjadi mayat, saya terima. Saya kehabisan daya dan tenaga untuk lari dari cengkaman penyeksaan yang saya sendiri tidak tahu bilakah akan berakhir. Macam tadi juga, perbuatan yang sama saya ulangi iaitu memejamkan kedua belah kelopak mata. Suara orang berzikir, berkasidah dan marhaban bergema kembali dalam lubang telinga tetapi kali ini ada kelainan sedikit. Ada suara orang menangis dan meraung sambil memukul-mukul dinding dan lantai rumah. Bila suara itu berhenti segera diganti dengan suara orang yang marah-marah. Dituruti dengan bunyi langkah orang belajar bersilat. Mereka mengunakan senjata. Bunyi keris dan pedang berlaga sesama sendiri jelas kedengaran. Semuanya membuat saya hilang semangat. Sentiasa berada dalam ketakutan, kecemasan yang memanjang. "Ada orang?" "Siapa orangnya ?" "Entah tak kenal. Agaknya tetamu baru nak belajar ilmu." Dialog dua orang lelaki dapat ditangkap oelh gegendang telinga saya. Seorang bersuara parau dan satu lagi suaranya cukup lantang. Mata saya rapatkan kembali. "Kamu berdua banyak cakap. Dia bukan pelajar baru. Bawa dia ke tanah lapang." Terdengar perintah dari seorang perempuan. "Bawa sekarang?" Tanya dalah seorang dari orang yang menerima perintah. "Tunggu sampai embun jantan turun baru angkat tetapi, jangan sampai kokok ayam pertama." Terdengar lagi suara perempuan mengeluarkan arahan. "Baik puan." Jawap yang menerima perintah penuh hormat. Suasana kembali sepi dan hening. Andainya ada sebatang jarum jatuh pasti boleh dapat dikesan. Suasana sepi tidak lama. Saya kira dalam tempoh tidak sampai lima minit terdengar bunyi orang berjalan perlahan-lahan dan teratur lalu di sisi saya. Kali ini, saya tidak mahu membuka kelopak mata untuk melihat apa yang terjadi kerana hasilnya sudah sedia maklum. Rasa dingin mula menguasai sekujur tubuh. Memang diharapkan kedinginan itu akan membuatkan saya mengantuk dan seterusnya tidur. Saya kira bila dapat tidur dengan nyenyak semua masalah yang dihadapi akan hilang untuk sementara waktu. Begitulah, di tengah harapan antara mahu tidur dengan tidak. Tubuh saya seperti di angkat serta diusung ke satu arah tertentu. Dan kali ini, saya tidak rela kelopak mata saya tertutup rapat. Saya buka dengan seluas-luasnya. Memang benar, saya diusung oleh tiga lelaki berwajah lembut, bermisai tebal macam misai panglima perang zaman dahulu. "Saya mahu dibawa ke mana?" Tanya saya pada lelaki yang memangku bahagian kepala. "Tak tahu," jawapnya lembut. "Kami hanya menjalankan perintah mahaguru, jawap yang mengampu bahagian pinggang saya. "Huh.. awak tak usah bimbang. Awak tak akan di apa-apakan. Percayalah cakap saya," sahut yang berada di bahagian kaki. Dan saya tidak mahu mengemukakan sebarang pertanyaan lagi. Malah merelakan diri saya dibawa ke mana-mana. Saya juga memutuskan tidak mahu merapatkan kedua belah kelopak mata. Saya mahu menyaksikan apa yang bakal mereka lakukan kepada saya. Apa yang pasti, keadaaan diri dan perasaan saya kini agak stabil. Tidak berasa seperti berada dalam dunia khayalan. Saya boleh berfikir dan dapat mengingati ayat ayat Quran yang selalu saya ucapkan. Mungkin kuasa sihir yang dikenakan kepada saya sudah hilang kuasanya. Tenaga yang hilang terasa sudah kembali. Memang terasa tidak selesa bila diusung, pergerakan tubuh badan bagaikan terhad. Tidak mengapa asalkan mata boleh memandang keadaan sekitar. Aya dibawa melintasi sebuah ruang yang terdapat pengusung mayat, pencebak, cangkul dan pungkis. Diruang itu juga terdapat tempat untuk mandi dan mengkafankan mayat. Keranda mayat di selimutkan dengan kain hijau yang ditulis dengan ayat-ayat Quran denga warna putih, tertegun di sudut ruang tersebut. Semuanya membuatkan bulu tengkuk saya meremang. Saya juga terlihat longgokkan kain putih yang ada kesan tompok darah. Tidak dapat dipastikan, samada darah manusia atau darah binatang. Bau kemenyan terus menyumbang lubang hidung. Setelah melintasi ruang mayat, saya terus diusung melalui kawasan tanah lapang yang gondol. Bahagian pinggir tanah lapang ditanam dengan pokok pandan dan bunga sedap malam. Bau bunga yang harum semerbak itu sungguh mempersonakan. Saya terus juga diusung memasuki ruang sebuah rumah yang dindingnya dari buluh kuning tidak dibelah. Buluh kuning sebesar ibu jari kaki orang dewasa disusun dengan begitu rapi sekali. Lantainya dibuat dari bukuh kuning dan tikarnya dari mengkuang hijau. Terdapat tidak kurang dari dua orang lelaki dan perempuan memenuhi ruang. Mereka duduk berselang seli. Semuanya diam membatu tetapi, semua biji mata tertumbuk ke arah batang tubuh yang sedang diusung. Dari sebelah kanan terdengar bunyi orang menepuk tangan tiga kali berturut-turut. Tidak lama kemudian orang yang duduk membatu, mula berzikir dengan penuh khusyuk. BERZIKIR Tanpa apa-apa isyarat atau pemberitahuan, saya terus diletakkan ditengah-tengah orang yang sedang berzikir itu. Tiga lelaki yang

17 of 53

30/12/2010 11:35 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 12

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=12

mengusung saya terus menghilangkan diri entah kemana. Dengan perlahan-lahan saya duduk bersila. Wajah-wajah asing di sekeliling terus saya tatap satu persatu. Semua kelopak mata mereka berkeadaan separuh rapat. Mereka berzikirkan bagaikan orang tidak sedarkan diri. Kerana kekuatan sudah ada, saya berhasrat mahu berdiri melihat semua kawasan ruang. Mana tahu, saya mungkin berpeluang meluluskan diri. Saya terus berdiri dan meghentakkan kaki kanan ke lantai dua tiga kali. Tujuan saya berbuat demikian untuk menarik orang yang berzikir supaya berhenti berzikir. Ternyata apa yang saya lakukan tidak dapat mengugat kekusyukkan mereka. Saya berlari (didepan mereka) di ruang dari kiri ke kanan dua tiga kali sambil menjerit. Perbuatan itu juga tidak dihiraukan. Inilah peluang saya untuk melarikan diri. Tanpa membuang masa saya menuju ke pintu yang terdedah. Sebelum keluar daya renung orang yang berzikir dan cahaya lilin yang menerangi ruang. Kira lebih tiga puluh batang lilin di pacakkan di tepi dinding ruang. Selamat tinggal ruang neraka. Itulah yang bergema dalam hati. Dan badan pun saya pusingkan bersedia untuk keluar dari ruang yang dikuasai oleh orang berzikir. "Mahu kemana sahabat, kamu tetamu kami," terdengar suara perempuan dari celah-celah dinding bulu. Saya mengigit bibir, belum pun sempat saya berfikir sesuatu, ruang yang terang bertukar menjadi gelap serta merta. Tetapi orang berzikir tetap