Cara-Cara Untuk Memantapkan Sistem Pendidikan

2
Sistem pentadbiran Brtish telah meninggalkan banyak kesan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk memantapkan sistem pendidikan agar dapat bersaing secara global. Bincangkan cara-cara yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi memantapkan sistem pendidikan kita. Sistem pendidikan di Malaysia yang diseliakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah berkembang dengan pesat. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan lagi sistem pendidikan di Malaysia. Untuk memantapkan sistem pendidikan di negara, kerajaan telah memperkenalkan Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 adalah untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam Akta Pelajaran 1961. Akta Pendidikan yang mengambilkira aspirasi berbilang kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat Wawasan 2020 yang diserukan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebagai contoh, Akta Pelajaran 1961 menyatakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu adalah wajib bagi sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. Untuk memantapkan status bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan, Akta Pendidikan 1996 pula menetapkan bahawa bahasa kebangsaan dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah. Bukan sahaja itu, pihak kerajaan telah melancarkan sistem pendidikan bestari bagi memantapkan sistem pendidikan yang sedia ada agar dapat selaras dengan hasrat negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 serta perkembangan pesat dalam era sains dan teknologi. Dalam melaksanakan konsep sekolah bestari, semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka khas oleh pihak tertentu. Guru-guru yang mengajar di sekolah bestari turut diberikan latihan dalam perkhidmatan khususnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan teknologi. Sekolah Wawasan turut merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memantapkan sistem pendidikan di Malaysia. Dalam konsep sekolah wawasan, kerajaan berhasrat untuk menzahirkan bangsa Malaysia yang akan menghapuskan jurang perkauman dan lebih bersifat cinta akan negara. Sesungguhnya, Sekolah Wawasaj merupakan pengelompokan tiga buah jenis sekolah dalam satu kawasan yang sama, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Di Sekolah Wawasan, murid-murid berbilang kaum akan dapat belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama dengan berkongsi sama kemudahan infrastruktur yang disediakan seperti padang

description

Esei

Transcript of Cara-Cara Untuk Memantapkan Sistem Pendidikan

Page 1: Cara-Cara Untuk Memantapkan Sistem Pendidikan

Sistem pentadbiran Brtish telah meninggalkan banyak kesan terhadap sistem pendidikan

Malaysia. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk memantapkan sistem

pendidikan agar dapat bersaing secara global.

Bincangkan cara-cara yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi memantapkan sistem

pendidikan kita.

Sistem pendidikan di Malaysia yang diseliakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah

berkembang dengan pesat. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk

memartabatkan lagi sistem pendidikan di Malaysia.

Untuk memantapkan sistem pendidikan di negara, kerajaan telah memperkenalkan Akta

Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 adalah untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat

dalam Akta Pelajaran 1961. Akta Pendidikan yang mengambilkira aspirasi berbilang kaum dalam

masyarakat majmuk di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

hasrat Wawasan 2020 yang diserukan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir

Mohamad. Sebagai contoh, Akta Pelajaran 1961 menyatakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa

Melayu adalah wajib bagi sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. Untuk

memantapkan status bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan, Akta Pendidikan 1996 pula

menetapkan bahawa bahasa kebangsaan dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah.

Bukan sahaja itu, pihak kerajaan telah melancarkan sistem pendidikan bestari bagi

memantapkan sistem pendidikan yang sedia ada agar dapat selaras dengan hasrat negara kita

untuk mencapai Wawasan 2020 serta perkembangan pesat dalam era sains dan teknologi.

Dalam melaksanakan konsep sekolah bestari, semua bahan pengajaran dan pembelajaran

disediakan dalam bentuk perisian yang direka khas oleh pihak tertentu. Guru-guru yang

mengajar di sekolah bestari turut diberikan latihan dalam perkhidmatan khususnya dalam

bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan teknologi.

Sekolah Wawasan turut merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memantapkan

sistem pendidikan di Malaysia. Dalam konsep sekolah wawasan, kerajaan berhasrat untuk

menzahirkan bangsa Malaysia yang akan menghapuskan jurang perkauman dan lebih bersifat

cinta akan negara. Sesungguhnya, Sekolah Wawasaj merupakan pengelompokan tiga buah jenis

sekolah dalam satu kawasan yang sama, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Di Sekolah Wawasan, murid-murid berbilang kaum

akan dapat belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau

agama dengan berkongsi sama kemudahan infrastruktur yang disediakan seperti padang

Page 2: Cara-Cara Untuk Memantapkan Sistem Pendidikan

permainan, kawasan perhimpunan, kantin, laluan dan sebagainya. Sekolah Wawasan telah

berjaya memantapkan lagi sistem sekolah vernakular yang ditubuhkan dahulu secara terasing

antara satu sama lain. Sistem pendidikan Malaysia telah dimantapkan dengan menyatukan di

bawah satu sistem pendidikan yang seragam dan selari.

Bagi memantapkan sistem pendidikan di Malaysia, pihak kerajaan turut memberikan

peruntukan wang yang banyak untuk menaiktarafkan kemudahan-kemudahan infrastruktur di

sekolah bagi membekalkan satu suasana persekolahan yang selesa kepada murid-murid.

Peruntukan kewangan yang diberi telah digunakan untuk memperbanyakkan alat-alat teknologi

seperti LCD, komputer, ‘laptop’ di sekolah. Bangunan-bangunan baru sekolah turut dibina untuk

memperbanyakkan bilik darjah di sekolah bagi menampung bilangan murid yang semakin

bertambah. Alat penghawa dingin juga dipasang di pusat sumber, makmal komputer dan lain-

lain supaya suasana pembelajaran yang kondusif dapat disediakan bagi meningkatkan prestasi

akademik murid-murid.

Selain itu, pihak kerajaran turut banyak melakukan usaha dalam memantapkan

penggunaan bahasa Inggeris di negara kita. Pada peringkat awal. Kerajaan telah

memperkenalkan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), iaitu

mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Setelah pelaksanaan

Dasar PPSMI di sekolah-sekolah, suatu dasar baru iaitu Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia

dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah diperkenalkan. Usaha ini dilakukan adalah

untuk memartabatkan bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa

pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memperkukuhkan kedudukan

bahasa Inggeris di Malaysia yang merupakan bahasa antarabangsa. Antara pendekatan yang

diambil adalah penambahan masa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris

sebanyak 90 minit untuk Sekolah Kebangsaan dan 60 minit untuk Sekolah Jenis Kebangsaan.

Sebagai konklusi, pihak kerajaan sentiasa menggembleng tenaga dan idea yang holistik

dari semasa ke semasa untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di Malaysia.