CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

17
BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN

description

Panduan memulakan kajian tindakan. Disediakan oleh Unit Kajian Tindakan Daerah Johor Bahru, Johor.

Transcript of CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

Page 1: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN KAJIAN

TINDAKAN

Page 2: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

REFLEKSI (BUKU REKOD MENGAJAR)

Fikirkan refleksi pengajaran sendiri; Adakah terdapat sebarang persoalan yang

sejak beberapa lama anda ingin siasat ? atau, Adakah terdapat sebarang aspek pengajaran

/mata pelajaran yang anda ajar, yang anda dapati sering menimbulkan persoalan/masalah dan telah lama anda fikirkan? atau,

Apakah terdapat sebarang situasi yang menimbulkan kesukaran dan anda ingin menghadapinya dengan lebih berkesan?

Page 3: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

BUKU REKOD MENGAJAR• Setelah idea-idea atau perkaitan yang timbul

difikiran anda dicatatkan, anda mungkin boleh melahirkan idea-idea lanjutan dengan menggunakan ayat-ayat seperti;

Saya ingin memperbaiki….. atau,Saya lemas dengan keadaan ….. atau,Selalu sahaja saya rasa geram dengan

….. atau,        Saya ingin mencuba ….. atau,         Bagaimana kaedah yang saya pelajari

dalam kursus ….. boleh saya cubakan …..

Page 4: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

• Cuba perluaskan apa yang anda telah tuliskan setakat ini berkenaan idea-idea anda itu dengan menggunakan soalan-soalan seperti yang berikut;

• ·     Apakah yang berlaku dalam situasi tersebut?• ·     Apakah yang guru lakukan?• ·     Apakah pula yang murid lakukan?• ·     Apakah faktor-faktor yang pada pendapat

anda penting bagi memahami situasi tersebut?

BUKU REKOD MENGAJAR

Page 5: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

Cuba rumuskan apa yang anda telah lakukan itu yang mungkin dapat dijadikan titik mula kajian anda. Pada peringkat ini jangan terus membuat plihan terhadap mana-mana rumusan dahulu. Sebaliknya pilih beberapa idea yang mungkin boleh digunakan, dan uji idea-idea itu dalam konteks tugasan anda seharian.

BUKU REKOD MENGAJAR

Page 6: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)
Page 7: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)
Page 8: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

CONTOH REFLEKSI GURU

“Pelajaran berjalan lancar. Pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya.” (11.2.08)

“Masih ada pelajar yang tidak membuat nota.” (12.2.08)

“Kebanyakan murid memahami pelajaran yang diajar.” (13.2.08)

(Buku Rekod Pengajaran Cikgu R)

“Student gives their attention while teaching.” (Cikgu SN, 28.1.08)

“Objektif berjaya dicapai. Setiap pelajar menunjukkan kesungguhan untuk memahami pembelajaran hari ini.” (Cikgu A, 1.2.08)

Page 9: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

“Pelajar dan guru membincangkan jawapan setiap soalan.” (24.9.07)

“Pelajar dapat menyiapkan latihan dalam masa kelas.” (24.9.07)

(Buku Rekod Pengajaran Cikgu P)

CONTOH REFLEKSI GURU

Page 10: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

• Pelajar memberi kerjasama sepenuhnya.(27.6.08) Guru Y

• Beberapa orang pelajar sahaja yang ingin belajar(27.6.08) guru Y

• Objektif tercapai .(25.6.08) Guru Y

• Pelajar memberikan kerjasama sepenuhnya. (25.6.08) Guru Y

• Sebahagian besar pelajar dapat mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai (26.6.08) Guru A

CONTOH REFLEKSI GURU

Page 11: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

Guru-guru tidak prihatin dengan penerimaan pelajar. Asalkan mereka dapat melakukan apa yang dirancang, mereka anggap pengajaran sudah berjaya.

Catatan tersebut tidak menunjukkan ada sebarang usaha untuk merenung kembali tindakan / pengajaran yang dijalankan.

Daripada pencerapan saya, saya mendapati pengajaran guru-guru yang tersebut di atas begitu membosankan, namun mereka tidak sedar diri. Mereka anggap pengajaran mereka “okaylah”.

KOMEN

Page 12: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)
Page 13: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

Apabila saya mula mengajar kelas tersebut saya merasa sedikit sedih kerana 80% daripada murid-murid tersebut tidak memahami istilah sains yang mudah dalam bahasa Inggeris.Saya telah mencuba berbagai-bagai cara untuk memberi kefahaman…tetapi, semakin sukar…Kadang-kadang saya juga terfikir masalah ini berpunca daripada diri saya sendiri disebabkan kurangnya pengalaman………….

Page 14: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

Selama 3 tahun, saya telah mengaplikasi pelbagai teknik P & P seperti perbincangan, kuiz, latih tubi, sumbang saran, projek berkumpulan…..bagaimanapun…belum mampu untuk meningkatkan kualiti pencapaian…Saya mula menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam proses P & P saya…saya perlu bertindak untuk mengatasinya

Page 15: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

Saya sangat marah apabila murid-murid tidak tahu menjaga kebersihan…Saya selalu mengamuk tentang kebersihan murid-murid saya. Hampir setiap kali saya masuk kelas saya akan menyuruh murid menyapu sampah…Kadang-kadang saya bosan dengan yang begitu setiap hari…Saya ingin sekali supaya murid-murid saya berubah. Saya takut sekiranya mereka tidak dididik dengan baik mereka akan membawa tabiat ini sehingga dewasa.

Page 16: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

• Sewaktu mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris kelas 2 Cendekiawan saya dapati mereka kurang berminat . Apabila diajukan soalan mereka sering menjawab tidak faham malah menjawab sambil lewa. Saya dapati kebanyakan mereka tidak menyiapkan kerja yang diberikan walaupun diminta untuk menulis satu ayat mudah seperti ; This is a pencil …

• Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa bersalah dan saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan itu, saya telah membuat keputusan untuk memperbaik kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya …..

Page 17: CARA MEMULAKAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

BUDAYAKAN PENYELIDIKAN

UNTUK KECEMERLANG

AN SEMUASLIDE 3