Cara Memupuk Semangat Kekitaan
description
Transcript of Cara Memupuk Semangat Kekitaan
Cara-cara Memupuk Semangat Kekitaan Dalam Kepelbagaian Budaya yang Wujud di
SekolahSalah
Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan perlaksanaan aktiviti kokurikulum dimana
ianya merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang.
Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam
bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti
kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum
ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah
dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara
langsung menuju ke arah integrasi nasional.
Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan
bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat.
Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan
diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu
aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa
jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-
pelajar.
Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi
kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira
agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat
dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar
dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah
persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus
kepada tercapainya integrasi nasional.
Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti
pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti
perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di
kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila
menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala
cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk
sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang
datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.