Cara Menerbangkan Layang-Layang

2
Cara Menerbangkan Layang-layang Untuk menerbangkan sebuah layang-layang, maka dua orang peserta diperlukan. Seorang memegang gulungan tali dan seorang memegang layang-layang (menganjung). Untuk mnerbangkannya penganjung perlu membawa layang-layang tersebut sejarak kira- kira satu rantai. Ia cuba menganjung atau melambungkan layang- layang tersebut setelah diisyaratkan berbuat demikian, oleh orang yang mengendalikan layang-layang tersebut. Apabila layang-layang itu mula terbang ke udara, maka orang yang mengendalikanya menyentak sambil menghulur benang dalam lilitan sehingga layang-layang itu terbang tinggi dan menghabiskan kesemua sekali yang ada di dalam lilitannya. Setelah berada tinggi di angkasa maka layang-layang tersebut akan melenggang-lenggok mengikut daya angin. Jika satu pertandingan diadakan maka mutu penerbangan sesuatu layang-layang dikira dari ketenangan dan ketegakan sesuatu layang-layang. Jika tali sesuatu layang-layang menghampiri sudut tegak maka penerbangannya adalah kurang baik. Dalam pertandingan memutuskan tali layang-layang maka peserta yang Berjaya memutuskan tali layang-layang lawan adalah dikira menang. Masa Bermain Layang-Layang Pada kebiasaannya, musim bermain layang-layang adalah selepas menuai padi, lazimnya pada musim ini angin bertiup

description

CARA MENERBANGKAN LAYANG-LAYANG TRADISIONALKERTAS KERJA MENGANJUR PERMAINAN TRADISIONAL LAYANG-LAYANG

Transcript of Cara Menerbangkan Layang-Layang

Page 1: Cara Menerbangkan Layang-Layang

Cara Menerbangkan Layang-layang

Untuk menerbangkan sebuah layang-layang, maka dua orang peserta

diperlukan. Seorang memegang gulungan tali dan seorang memegang layang-

layang (menganjung). Untuk mnerbangkannya penganjung perlu membawa layang-

layang tersebut sejarak kira-kira satu rantai. Ia cuba menganjung atau

melambungkan layang-layang tersebut setelah diisyaratkan berbuat demikian, oleh

orang yang mengendalikan layang-layang tersebut. Apabila layang-layang itu mula

terbang ke udara, maka orang yang mengendalikanya menyentak sambil menghulur

benang dalam lilitan sehingga layang-layang itu terbang tinggi dan menghabiskan

kesemua sekali yang ada di dalam lilitannya. Setelah berada tinggi di angkasa maka

layang-layang tersebut akan melenggang-lenggok mengikut daya angin.

Jika satu pertandingan diadakan maka mutu penerbangan sesuatu layang-

layang dikira dari ketenangan dan ketegakan sesuatu layang-layang. Jika tali

sesuatu layang-layang menghampiri sudut tegak maka penerbangannya adalah

kurang baik. Dalam pertandingan memutuskan tali layang-layang maka peserta yang

Berjaya memutuskan tali layang-layang lawan adalah dikira menang.

Masa Bermain Layang-Layang

Pada kebiasaannya, musim bermain layang-layang adalah selepas menuai

padi, lazimnya pada musim ini angin bertiup kencang. Biasanya angin betara (angin

yang bertiup dari utara) bertiup pada masa ini.

Tempat

Oleh kerana pada musim menuia adalah musim panas dan sawh-sawah tidak

berair, maka sawah-sawah padi yang kosong itu dijadikan kawasan menaikkan

layang-layang. Pada masa dahulu tiada terdapat kawasan-kawasan yang lapang

selain dari sawah padi untuk menaikkan layang-layang.