Cara Merawat

2
CARA MERAWAT Ada beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis: Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT. Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki. Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas pecah akan direndahkan manakala proses penghasilan akan meningkat. Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar kerapuhan tulang dikurangkan manakala proses penghasilan akan meningkat. Kalsitonin hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang menyebabkan kerapuhan tulang. Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan

description

penyakit

Transcript of Cara Merawat

Page 1: Cara Merawat

CARA MERAWAT

Ada beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis:

Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.

Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.

Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas pecah akan direndahkan manakala proses penghasilan akan meningkat.

Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar kerapuhan tulang dikurangkan manakala proses penghasilan akan meningkat.

Kalsitonin hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang menyebabkan kerapuhan tulang.

Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Anda perlu 1000mg kalsium setiap hari iaitu bersamaan dengan segelas susu. Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan harian tanyalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan supplemen kalsium.

Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.

Elakkan mengambil terlalu banyak mengambil kopi, teh, coklat, kerana ia membantu kehilangan kalsium. Selain itu kurangkan garam, terlalu banyak protein kerana protein berlebihan mengurangkan keupayaan penyerapan kalsium. Alkohol pula boleh

Page 2: Cara Merawat

memusnahkan sel yang membentuk tulang. Merokok mengurangkan oestrogen, menguruskan tubuh serta membuat tubuh kurang aktif.