CARA Perpaduan

2
CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJARKata-kata hikmat yang berbunyi “ bersatu teguh, bercerai roboh ” jelasmenunjukkan betapa pentingnya perpaduan kepada sesebuah negara. Tanpaperpaduan, negara bukan sahaja tidak stabil dan maju, malah akan mengalamikeruntuhan. Sebagai contoh, pada awal kurun ke-16, oleh sebab perpecahandalam kalangan rakyat, Kesultanan Melayu Melaka semakin merosot sehinggaakhirnya ditawan oleh orang Portugis.Walaupun Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum, tetapi denganadanya perpaduan, kita telah berjaya mencapai kemerdekaan daripadapenjajah British tanpa pertumpahan darah. Pemimpin pelbagai kaummenunjukkan semangat muhibah dan perpaduan yang tidak berbelah bahagisehingga berjaya meyakinkan pihak penjajah tentang kebolehan rakyat negarakita untuk mentadbirkan negara sendiri.Untuk memastikan negara kita terus maju dan makmur, perpaduan rakyatmesti dikekalkan. Satu tempat yang sesuai untuk menyemaikan benihperpaduan ialah sekolah. Pelajar yang menuntut di bawah satu bumbungharus disemaikan semangat muhibah dan perpaduan agar apabila dewasakelak, tenaga mereka dapat digembleng tanpa mengira kaum untukmembawa negara ke mercu kecemerlangan.Pengenalan Rukun Negara merupakan satu daripada usaha kerajaan untukmewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu. Para pendidik hendaklahberusaha sedaya upaya agar para pelajar dapat menghayati prinsip-prinsipRukun Negara dan mengamalkan prinsip-prinsip dalam kehidupan sehari-hari . Perpaduan hanya dapat dipupuk sekiranya semua kaum berpeluangbercampur gaul dengan mesra. Oleh itu, guru dan pihak sekolah perlumerancang aktiviti-aktiviti untuk penyertaan pelbagai kaum. Sebagai contoh,guru boleh menetapkan kumpulan perbincangan yang terdiri daripadapelbagai kaum. Pihak sekolah pula boleh dari semasa ke semasa mengadakanprojek gotong-royong yang melibatkan pelbagai kaum. Aktiviti kokurikulumyang dilaksanakan sebaik-baiknya melibatkan pelbagai kaum agar interaksikaum dapat dicapai. Misalnya, pelajar Melayu dan India harus digalakkanmenyertai pasukan bola keranjang manakala pelajar Cina dan Indiadigalakkan menyertai kelab sepak takraw. Peribahasa Melayu adamengatakan ‘tak kenal maka tak cinta’. Melalui interaksi antara kaum, kitadapat memahami adat resam dan pantang larang kaum lain dan seterusnyasikap prasangka terhadap kaum lain dapat dikikis.

description

Karangan BM Supported File Types: pdf, txt, ps, rtf, epub, key, odt, odp, ods, odg, odf, sxw, sxc, sxi, sxd, doc, ppt, pps, xls, docx, pptx, ppsx, xlsx

Transcript of CARA Perpaduan

Page 1: CARA Perpaduan

CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJARKata-kata hikmat yang berbunyi “ bersatu teguh, bercerai roboh ” jelasmenunjukkan betapa pentingnya perpaduan kepada sesebuah negara. Tanpaperpaduan, negara bukan sahaja tidak stabil dan maju, malah akan mengalamikeruntuhan. Sebagai contoh, pada awal kurun ke-16, oleh sebab perpecahandalam kalangan rakyat, Kesultanan Melayu Melaka semakin merosot sehinggaakhirnya ditawan oleh orang Portugis.Walaupun Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum, tetapi denganadanya perpaduan, kita telah berjaya mencapai kemerdekaan daripadapenjajah British tanpa pertumpahan darah. Pemimpin pelbagai kaummenunjukkan semangat muhibah dan perpaduan yang tidak berbelah bahagisehingga berjaya meyakinkan pihak penjajah tentang kebolehan rakyat negarakita untuk mentadbirkan negara sendiri.Untuk memastikan negara kita terus maju dan makmur, perpaduan rakyatmesti dikekalkan. Satu tempat yang sesuai untuk menyemaikan benihperpaduan ialah sekolah. Pelajar yang menuntut di bawah satu bumbungharus disemaikan semangat muhibah dan perpaduan agar apabila dewasakelak, tenaga mereka dapat digembleng tanpa mengira kaum untukmembawa negara ke mercu kecemerlangan.Pengenalan Rukun Negara merupakan satu daripada usaha kerajaan untukmewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu. Para pendidik hendaklahberusaha sedaya upaya agar para pelajar dapat menghayati prinsip-prinsipRukun Negara dan mengamalkan prinsip-prinsip dalam kehidupan sehari-hari .

Perpaduan hanya dapat dipupuk sekiranya semua kaum berpeluangbercampur gaul dengan mesra. Oleh itu, guru dan pihak sekolah perlumerancang aktiviti-aktiviti untuk penyertaan pelbagai kaum. Sebagai contoh,guru boleh menetapkan kumpulan perbincangan yang terdiri daripadapelbagai kaum. Pihak sekolah pula boleh dari semasa ke semasa mengadakanprojek gotong-royong yang melibatkan pelbagai kaum. Aktiviti kokurikulumyang dilaksanakan sebaik-baiknya melibatkan pelbagai kaum agar interaksikaum dapat dicapai. Misalnya, pelajar Melayu dan India harus digalakkanmenyertai pasukan bola keranjang manakala pelajar Cina dan Indiadigalakkan menyertai kelab sepak takraw. Peribahasa Melayu adamengatakan ‘tak kenal maka tak cinta’. Melalui interaksi antara kaum, kitadapat memahami adat resam dan pantang larang kaum lain dan seterusnyasikap prasangka terhadap kaum lain dapat dikikis.

Selain itu, dalam aspek pengajaran, setiap subjek yang diajarkan harusmenekankan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi,bertolak ansur, dan bersopan santun. Jika semua kaum dapat mengamalkannilai-nilai murni ini, perpaduan pasti dapat dicapai.Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan kunci kemajuan dankemakmuran negara. Langkah-langkah tersebut di atas harus dijalankandengan sungguh-sungguh dan bukan sekadar melepaskan batuk di tanggaagar benih perpaduan dapat disemaikan dalam kalangan pelajar.