CATATAN REFLEKSI 4

5
CATATAN REFLEKSI TARIKH 21 APRIL 2015 1. ISU / PERKARA YANG DIFOKUS TAJUK : SAINS HAYAT / TUMBUHAN SKSP : 5.1.1 Membuat kesimpulan bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan dengan menjalankan penyiasatan. 5.1.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. 2. ANALISIS ISU/PERKARA YANG DIFOKUS 2.1Kekuatan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan teratur. Empat komponen utama yang perlu ada dalam kemahiran set induksi dapat saya aplikasikan dalam P&P saya iaitu menarik perhatian, membangkitkan pemikiran, menstruktur kandungan dan membuat cantuman pengajaran. Dalam kemahiran pengajaran juga adalah untuk mengukuhkan pendekatan guru mengenai pelajaran yang ingin diajar, mengenal pasti kemahiran yang perlu diperbaiki, meningkatkan kefahaman guru mengenai pelbagai gaya pengajaran yang berkesan di samping menerima maklum balas yang berkesan hasil pengajaran. Dalam menarik perhatian murid, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar di samping menggunakan gerak geri badan dan kepelbagaian nada suara. Alat bantu mengajar yang saya gunakan dapat saya urus tadbir dengan baik. Di samping itu

description

refleksi

Transcript of CATATAN REFLEKSI 4

CATATAN REFLEKSI

TARIKH21 APRIL 2015

1. ISU / PERKARA YANG DIFOKUS

TAJUK : SAINS HAYAT / TUMBUHANSKSP : 5.1.1 Membuat kesimpulan bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan dengan menjalankan penyiasatan.5.1.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

2. ANALISIS ISU/PERKARA YANG DIFOKUS

2.1 KekuatanAlhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan teratur. Empat komponen utama yang perlu ada dalam kemahiran set induksi dapat saya aplikasikan dalam P&P saya iaitu menarik perhatian, membangkitkan pemikiran, menstruktur kandungan dan membuat cantuman pengajaran. Dalam kemahiran pengajaran juga adalah untuk mengukuhkan pendekatan guru mengenai pelajaran yang ingin diajar, mengenal pasti kemahiran yang perlu diperbaiki, meningkatkan kefahaman guru mengenai pelbagai gaya pengajaran yang berkesan di samping menerima maklum balas yang berkesan hasil pengajaran. Dalam menarik perhatian murid, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar di samping menggunakan gerak geri badan dan kepelbagaian nada suara. Alat bantu mengajar yang saya gunakan dapat saya urus tadbir dengan baik. Di samping itu juga komunikasi dua hala antara guru dan murid dapat dirasai. Kepelbagaian nada suara adalah penting untuk menegaskan sesuatu perkara dan memberi ingatan kepada murid isi penting pelajaran. Dalam mencungkil idea-idea daripada murid-murid mengenai bahan yang disediakan saya juga menggunakan kemesraan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan mendengar idea-idea yang disuarakan oleh murid. Sebagai contoh apabila seorang murid saya menyatakan pendapat dengan suara yang agak perlahan dan samar-samar, saya dekati murid tersebut dan menyebut semula idea yang disampaikan olehnya.

2.2 Kelemahan

Setiap pengajaran yang berlaku itu pasti ada kelemahannya, tidak kira ia kecil atau besar, memberi kesan ataupun tidak, sama ada kita sedari ataupun tanpa kita sedari. Selesai sahaja membuat P&P, saya bertanya kepada mentor yang turut sama berada semasa P&P ini dilakukan tentang kelemahan, kekuatan dan aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikan. Melihat kepada rakaman dan mendengar komen daripada rakan sejawat beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan perlu diperbaiki supaya pengajaran saya memenuhi ciri-ciri set induksi yang berkesan . Berdasarkan pandangan mentor, ada beberapa penggunaan perkataan yang kurang tepat. Selain itu juga saya dalam mengajukan soalan juga, saya telah memberi pembayang kepada jawapan. Ini tidak memberi peluang kepada murid untuk berfikir dan menyatakan idea mereka. Saya juga dapat merasakan pengajaran saya untuk tajuk ini agak kelam kabut. Menurut mentor juga saya bercakap agak laju dan terburu-buru. Selain itu juga saya tidak mengarahkan kepada murid untuk fokus kepada peralatan yang saya tunjukkan. Ini dapat dilihat apabila terdapat beberapa orang murid yang melihat ke arah lain. Pengajaran saya mungkin kurang berkesan kerana saya tidak dapat menghasilkan set induksi yang bermakna kepada semua murid dari segi umur, kebolehan dan minat, walaupun set induksi yang saya rancang itu berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.

3. CARA PENAMBAHBAIKAN

Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya, oleh itu setiap kekurangan dan kelemahan semasa proses pengajaran perlu di atasi dengan usaha berterusan memperbaiki dan terus memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang mengganggu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran ini, beberapa cadangan dan tindakan perlu diambil dan dilaksanakan serta merta agar saya dan murid mendapat manfaatnya.

Perkara pertama yang perlu saya lakukan adalah bersikap tenang dan profesional dalam mengendalikan sesuatu emosi agar ia tidak memberi impak kepada pengajaran saya. Tidak perlu tergopoh-gapah dalam menyampaikan pengajaran saya. Sifat terlalu takut melakukan kesilapan juga antara punca yang telah saya kenal pasti. Saya akan lebih memotivasikan diri untuk meningkatkan semangat dengan mendapat pandangan dan motivasi dari siapa sahaja yang layak hatta pakar motivasi sekalipun.

Perkara kedua ialah saya juga perlu berjalan ke setiap sudut tempat murid bagi memantau dan memastikan setiap murid-murid saya sedang mengikuti pengajaran yang saya lakukan. Saya perlu bergerak ke bahagian belakang bagi memastikan murid yang berada di bahagian belakang kelas menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang ingin saya sampaikan dan melihat dengan jelas bahan yang saya sediakan. Jika saya berpeluang membuat pengajaran ini semula, saya akan menyediakan set pengajaran yang boleh melibatkan diri mereka sepenuhnya agar murid-murid boleh menggunakan deria lihat dan deria sentuh mereka sendiri bagi tujuan kefahaman yang lebih mendalam.

Penggunaan bahasa dan ayat yang betul juga mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Oleh yang demikian, saya perlu lebih teliti dengan penggunaan perkataan dan laras bahasa semasa sesi pengajaran supaya murid dapat memberi jawapan yang bersesuaian dengan kehendak sebenar objektif pengajaran. Kesilapan dalam penggunaan perkataan dan laras bahasa yang salah juga boleh memberi masalah kepada murid untuk menerima isi pelajaran secara tepat dan secara tidak langsung mengakibatkan objektif pelajaran tidak dapat dicapai.

Semoga refleksi ini dapat saya jadikan asas dan panduan untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan serta memantapkan penyampaian saya dalam proses pengajaran kepada murid-murid. Perubahan dan penambahbaikan ini bukan hanya untuk kepentingan diri saya sendiri malahan untuk kepentingan semua murid . Proses pengajaran yang berkualiti dan berkesan mampu membentuk modal insan yang berkualiti dan bertaraf dunia untuk kepentingan pembangunan agama, bangsa dan negara.

________________________ Tandatangan Pelajar/ Guru Pelatih