CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

24
CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK Sebelum tahun 1967, Persatuan Peladang ditubuhkan oleh peladang-peladang di bawah Akta Persatuan (Societies Act) 1966. Pendekatan Kerajaan pada ketika itu ialah untuk menubuhkan Persatuan Peladang yang diselaraskan penubuhannya oleh kerajaan seperti di Taiwan. Lawatan pertama telah dibuat oleh Menteri Pertanian ketika itu Y.B. Tan Sri Ghazali bin Jawi pada awal tahun 1963. Lawatan kedua disertai oleh 200 orang yang terdiri daripada Pegawai Kementerian Pertanian, Pegawai Jabatan Pertanian dan pemimpin-pemimpin Persatuan Peladang. Selepas daripada lawatan tersebut, kerajaan telah membuat keputusan supaya menubuhkan Persatuan Peladang berdasarkan pendekatan yang dilaksanakan di Taiwan. Rang Undang-undang Persatuan Peladang dibentangkan di Parlimen dan diluluskan dengan dikuatkuasakan mulai Ogos 1967. Selepas itu, Persatuan-Persatuan Peladang di kawasan pengairan Muda mula ditubuhkan antara tahun 1968 hingga 1972 di bawah Akta Persatuan Peladang 1967. Persatuan Peladang Kawasan dalam pengairan Muda telah ditubuhkan pertama kalinya pada tahun 1968 iaitu penubuhan Persatuan Peladang Kubang Sepat di mana keahliannya bermula seramai 215 orang dan saham bernilai RM500.00. Pada tahun 1969 sebanyak 13 buah PPK telah ditubuhkan dengan ahli seramai 490 orang bermodal saham sebanyak RM11,375.00 dan telah pun mempunyai harta sebanyak RM 3,459.00 serta memulakan perniagaan dengan isIpadu sebanyak RM787.00. Pada tahun 1970 sebanyak 3 buah lagi PPK ditubuhkan menjadikan 16 buah PPK kesemuanya. Sambutan yang diberikan oleh peldang-peladang amat menggalakan sehingga seramai 5,378 orang telah menjadi dan mencarum sejumlah RM 48,255.00 modal saham serta mempunyai harta sejumlah RM226,058.00 dengan isipadu perniagaan pula telah meningkat ke RM52,317.00. Diakhir tahun 1972, sebanyak 24 buah PPK telah ditubuhkan yang melibatkan jumlah ahli sebanyak 8,195 orang dengan modal saham sebanyak RM83,560.00. Isipadu perniagaan pula meningkat ke RM814,622.00 dan nilai harta yang dapat dikumpul pula melonjak ke RM1.24 Juta. Pada 21 Jun 1973, kerajaan telah menggubal dan mewartakan Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) khusus untuk menyusun semula Persatuan-Persatuan Peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, Persatuan- Persatuan Peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai Pertubuhan Peladang, manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi Unit Ahli kepada Pertubuhan Peladang. Pada tahun 1974, 3 buah lagi PPK ditubuhkan menjadikan kesemuanya berjumlah 27 buah PPK di bawah pengurusan dan kawalselia MADA. Sebanyak 24 buah Persatuan Peladang berada di dalam Rancangan Pengairan Muda terdiri daripada 5 di dalam Negeri Perlis dan 19 di dalam Negeri Kedah diletakkan di bawah kendalian MADA. Selepas 25 tahun iaitu diakhiri 1992 keahlian telah meningkat ke 44,306 orang yang mencarum RM6.413 Juta modal saham. Sebanyak RM46.675 Juta nilai harta telah dapat dikumpulkan. Keuntungan bersih mencapai RM3.603 Juta melalui isipadu perniagaan sebanyak RM34.134 Juta. Sehingga kini, sebanyak 45,500 orang peladang telah menjadi ahli PPK dengan modal saham sebanyak RM 13.206 Juta, isipadu perniagaan sejumlah RM 91.231 Juta dan keuntungan bersih mencapai RM 7.973 Juta.

Transcript of CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

Page 1: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

Sebelum tahun 1967, Persatuan Peladang ditubuhkan oleh peladang-peladang di bawah Akta Persatuan (Societies Act) 1966. Pendekatan Kerajaan pada ketika itu ialah untuk menubuhkan Persatuan Peladang yang diselaraskan penubuhannya oleh kerajaan seperti di Taiwan. Lawatan pertama telah dibuat oleh Menteri Pertanian ketika itu Y.B. Tan Sri Ghazali bin Jawi pada awal tahun 1963. Lawatan kedua disertai oleh 200 orang yang terdiri daripada Pegawai Kementerian Pertanian, Pegawai Jabatan Pertanian dan pemimpin-pemimpin Persatuan Peladang. Selepas daripada lawatan tersebut, kerajaan telah membuat keputusan supaya menubuhkan Persatuan Peladang berdasarkan pendekatan yang dilaksanakan di Taiwan. Rang Undang-undang Persatuan Peladang dibentangkan di Parlimen dan diluluskan dengan dikuatkuasakan mulai Ogos 1967. Selepas itu, Persatuan-Persatuan Peladang di kawasan pengairan Muda mula ditubuhkan antara tahun 1968 hingga 1972 di bawah Akta Persatuan Peladang 1967. Persatuan Peladang Kawasan dalam pengairan Muda telah ditubuhkan pertama kalinya pada tahun 1968 iaitu penubuhan Persatuan Peladang Kubang Sepat di mana keahliannya bermula seramai 215 orang dan saham bernilai RM500.00. Pada tahun 1969 sebanyak 13 buah PPK telah ditubuhkan dengan ahli seramai 490 orang bermodal saham sebanyak RM11,375.00 dan telah pun mempunyai harta sebanyak RM 3,459.00 serta memulakan perniagaan dengan isIpadu sebanyak RM787.00. Pada tahun 1970 sebanyak 3 buah lagi PPK ditubuhkan menjadikan 16 buah PPK kesemuanya. Sambutan yang diberikan oleh peldang-peladang amat menggalakan sehingga seramai 5,378 orang telah menjadi dan mencarum sejumlah RM 48,255.00 modal saham serta mempunyai harta sejumlah RM226,058.00 dengan isipadu perniagaan pula telah meningkat ke RM52,317.00. Diakhir tahun 1972, sebanyak 24 buah PPK telah ditubuhkan yang melibatkan jumlah ahli sebanyak 8,195 orang dengan modal saham sebanyak RM83,560.00. Isipadu perniagaan pula meningkat ke RM814,622.00 dan nilai harta yang dapat dikumpul pula melonjak ke RM1.24 Juta. Pada 21 Jun 1973, kerajaan telah menggubal dan mewartakan Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) khusus untuk menyusun semula Persatuan-Persatuan Peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, Persatuan-Persatuan Peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai Pertubuhan Peladang, manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi Unit Ahli kepada Pertubuhan Peladang. Pada tahun 1974, 3 buah lagi PPK ditubuhkan menjadikan kesemuanya berjumlah 27 buah PPK di bawah pengurusan dan kawalselia MADA. Sebanyak 24 buah Persatuan Peladang berada di dalam Rancangan Pengairan Muda terdiri daripada 5 di dalam Negeri Perlis dan 19 di dalam Negeri Kedah diletakkan di bawah kendalian MADA. Selepas 25 tahun iaitu diakhiri 1992 keahlian telah meningkat ke 44,306 orang yang mencarum RM6.413 Juta modal saham. Sebanyak RM46.675 Juta nilai harta telah dapat dikumpulkan. Keuntungan bersih mencapai RM3.603 Juta melalui isipadu perniagaan sebanyak RM34.134 Juta. Sehingga kini, sebanyak 45,500 orang peladang telah menjadi ahli PPK dengan modal saham sebanyak RM 13.206 Juta, isipadu perniagaan sejumlah RM 91.231 Juta dan keuntungan bersih mencapai RM 7.973 Juta.

Page 2: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

2. OBJEKTIF PENUBUHAN PPK (PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN)

3. PEMBENTUKAN PPK

Sesuatu Pertubuhan Peladang Kawasan boleh dibentuk mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bagi mana-mana kawasan di mana-mana Negeri oleh tidak kurang daripada lima puluh (50) orang yang memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen 9(1) dan sebelum pembentukan itu telah berhimpun di suatu mesyuarat bagi maksud membentuk suatu Pertubuhan Peladang (Rujukan : Akta Pertubuhan Peladang 1973). Komposisi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang bagi tiap-tiap PPK berjumlah 12 orang yang terdiri daripada :-

a. Tujuh (7) orang ahli yang dipilih dalam Mesyuarat Agung PPK b. Lima (5) orang yang dilantik oleh Menteri yang seorang daripadanya

hendaklah merupakan Peladang Muda dan seorang hendaklah merupakan Peladang Nita.

(Rujukan : Peraturan 35(1) Peraturan-Peraturan PP (Pindaan)2019)

MENINGKATKAN TARAF EKONOMI DAN SOSIAL AHLI

MENAMBAHKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN AHLI-AHLI

MENINGKATKAN HASIL DAN PENDAPATAN AHLI

MEMBAIKI CARA HIDUP AHLI

MEWUJUDKAN SATU MASYARAKAT TANI YANG PROGRESIF, BERDIKARI, MAKMUR DAN BERSATUPADU.

OBJEKTIF PENUBUHAN PPK

Page 3: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

4. BIRO-BIRO DI PPK

5. SENARAI NAMA PENGERUSI PPK MADA TERKINI (2019-2021)

➢ Pengerusi PPK MADA Wilayah I, Perlis

BIRO HAL EHWAL KORPORAT

BIRO PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN

PELABURAN

BIRO NIAGATANI DAN KREDIT

BIRO KEBAJIKAN, AGAMA DAN SOSIAL

BIRO KUMPULAN PELADANG NITA (KPN)

BIRO KUMPULAN PELADANG MUDA (KPM)

BIRO PENGEMBANGAN, PEMBANGUNAN DAN

LATIHAN

BIRO PROJEK PEMACU PERTANIAN (ESTET

PADI/PPP)

BIRO SUBSISDI & SIPPBIRO INDUSTRI ASAS TANI

DAN BUKAN PADI

BIRO KONTRAK DAN PROJEK KHAS

• (PUSAT BELIAN PADI, PROJEK BENDANG, RUMAH KEDAI,

TRAKTOR, JERAMI, SEWAAN, LADANG BENIH)

BIRO PENGAIRAN, INFRASTRUKTUR DAN

KEMUDAHAN ASAS

BIRO PENGURUSAN ESTET PADI NKEA

•TN. HJ. SEHIDAN BIN ISMAIL

PPK A-I ARAU

•EN. MOHAMMAD RIZAL BIN SEMAN

PPK B-I KAYANG

•EN. ZAIN BIN MAN

PPK C-I KANGAR

•EN. MATON BIN DIN

PPK D-I TAMBUN TULANG

•TN. HJ. ABD RAHIM BIN ABU BAKAR

PPK E-I SIMPANG EMPAT

Page 4: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

➢ Pengerusi PPK MADA Wilayah II, Jitra

•TN. HJ. MOHD SHUKRI BIN SAMSUDIN

PPK A-II KODIANG

•EN. ISHAK BIN TAIB

PPK B-II SANGLANG

•TN. HJ. ISMAIL BIN PUTEH

PPK C-II KERPAN

•TN. HJ. MAHAYUDIN BIN HJ. AHMAD

PPK D-II TUNJANG

•TN. HJ. MOHD. FUAD BIN HJ. YAAKOB

PPK E-II KUBANG SEPAT

•EN. MAHAMAD ZAHIR BIN ABDUL GHANI

PPK F-II JERLUN

•TN. HJ. MOHD SHAKAF BIN OMAR

PPK G-II JITRA

•EN. MD. TARMIZI BIN RAMLI

PPK H-II KEPALA BATAS

•EN. ZAMRI BIN ZAKARIA

PPK I-II KUALA SUNGAI

Page 5: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

➢ Pengerusi PPK MADA Wilayah III, Pendang

➢ Pengerusi PPK MADA Wilayah IV, Kota Sarang Semut

•TN. HJ. AHMAD SHUKRI BIN SAAD

PPK A-III HUTAN KAMPONG

•TN. HJ. MOHD. MUSA BIN KAMIS

PPK B-III ALOR SENIBONG

•EN. ABU BAKAR BIN ISHAK

PPK C-III TAJAR

•TN. HJ. MOHTAR BIN PUTEH

PPK D-III TITI HAJI IDRIS

•EN. ABD RAZAK BIN ISMAIL

PPK E-III KOBAH

•EN. MAHMUD BIN KADIR

PPK F-III PENDANG

•TN. HJ. YUSOF BIN HJ. BAKAR

PPK A-IV BATAS PAIP

•TN. HJ. ZAKARIA BIN MD REJAB

PPK B-IV PENGKALAN KUNDOR

•TN. HJ. ELIYAS BIN OSMAN

PPK C-IV KANGKONG

•EN. ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL

PPK D-IV PERMATANG BULOH

•EN. MEHAD BIN OTHMAN @ MAN

PPK E-IV BUKIT BESAR

•DATO' HJ. ISMAIL BIN ARSHAD

PPK F-IV SUNGAI LIMAU

•EN. HASBOLLAH BIN ABU HASHIM

PPK G-IV GUAR CHEMPEDAK

Page 6: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN JAYADIRI, MADA E-I SIMPANG EMPAT, PERLIS

•Tarikh Penubuhan : 29 September 1969

•No. Pendaftaran : PPK 0211

•Bil. Ahli : 3,070 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM734,109.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 24 Unit

•Keluasan Kendalian : 5,577.98 Hektar

6. PROFAIL P PK MADA (27 PPK) – TAHUN 2019-2021

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN A-I ARAU, PERLIS

•Tarikh Penubuhan : 27 November 1969

•No. Pendaftaran : PPK 0210

•Bil. Ahli : 1,672 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM 1,106,635.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM 1,500,000.00

•Bil. Unit : 14 Unit

•Keluasan Kendalian : 3,687.38 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN B-I MADA, KAYANG, PERLIS

•Tarikh Penubuhan : 27 Disember 1969

•No. Pendaftaran : PPK 0212

•Bil. Ahli : 2,808 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM602,237.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00

•Bil. Unit : 26 Unit

•Keluasan Kendalian : 4,807 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BAHAGIA (MADA) C-I, KANGAR, PERLIS

•Tarikh Penubuhan : 28 Februari 1970

•No. Pendaftaran : PPK 0209

•Bil. Ahli : 1,498 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM 733,048.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM 750,000.00

•Bil. Unit : 15 Unit

•Keluasan Kendalian : 2,018.08 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SETIA JAYA D-I, TAMBUN TULANG, ARAU, PERLIS

•Tarikh Penubuhan : 28 Disember 1969

•No. Pendaftaran : PPK 0213

•Bil. Ahli : 1,812 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM448,508.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00

•Bil. Unit : 15 Unit

•Keluasan Kendalian : 3,612.92 Hektar

Page 7: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN USAHA JAYA KUBANG SEPAT, KAWASAN E-

II MADA

•Tarikh Penubuhan : 10 September 1968

•No. Pendaftaran : PPK 222

•Bil. Ahli : 2,087 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM734,176.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 19 Unit

•Keluasan Kendalian: 3,921 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SEMANGAT BARU, F-II MADA, JERLUN, KEDAH

•Tarikh Penubuhan : 10 Februari 1969

•No. Pendaftaran : PPK 0201

•Bil. Ahli : 1,787 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM711,491.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 18 Unit

•Keluasan Kendalian : 3,523 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN A-II, KODIANG, KUBANG PASU, KEDAH

•Tarikh Penubuhan : 10 Februari 1982

•No. Pendaftaran : PPK 0199

•Bil. Ahli : 2013 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM566,137.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00

•Bil. Unit : 22 Unit

•Keluasan Kendalian : 3,637 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN B-II BATU 4, JALAN SANGLANG, KODIANG, KEDAH

•Tarikh Penubuhan : 13 September 1969

•No. Pendaftaran : PPK 0208

•Bil. Ahli : 1,919 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM692,934.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 21 Unit

•Keluasan Kendalian : 5,213 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN C-II, KERPAN, KEDAH D.A

•Tarikh Penubuhan : 27 Mac 1982

•No. Pendaftaran : PPK 0221

•Bil. Ahli : 2,033 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM1,000,493.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,200,000.00

•Bil. Unit : 22 Unit

•Keluasan Kendalian : 4,575 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SINAR BAHAGIA MADA D-II, TUNJANG

•Tarikh Penubuhan : 27 Disember 1969

•No. Pendaftaran : PPK 0203

•Bil. Ahli : 1,770 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM970,298.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 18 Unit

•Keluasan Kendalian : 4,057 Hektar

Page 8: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN EMPAT SERANGKAI, G-II MADA, JITRA, KEDAH

•Tarikh Penubuhan : 1 November 1969

•No. Pendaftaran : PPK 0215

•Bil. Ahli : 1,241 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM631,578.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00

•Bil. Unit : 13 Unit

•Keluasan Kendalian : 3,716 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN H-II TENAGA BARU, KEPALA BATAS

•Tarikh Penubuhan : 1969

•No. Pendaftaran : PPK 0217

•Bil. Ahli : 1,908 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM1,091,083.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,500,000.00

•Bil. Unit : 20 Unit

•Keluasan Kendalian : 2,648 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN KUALA SUNGAI KAWSAN I-II MADA

•Tarikh Penubuhan : 18 Februari 1982

•No. Pendaftaran : PPK 0205

•Bil. Ahli : 2,545 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM1,112,218.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,500,000.00

•Bil. Unit : 24 Unit

•Keluasan Kendalian : 4,128 Hektar

Page 9: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN E DAERAH III, MADA KOBAH

•Tarikh Penubuhan : 20 Januari 1973

•No. Pendaftaran : PPK 0202

•Bil. Ahli : 1,471 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM277,772.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM500,000.00

•Bil. Unit : 12 Unit

•Keluasan Kendalian : 3,146 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWSAN F-III MADA, PENDANG, KEDAH

•Tarikh Penubuhan : 3 Februari 1975

•No. Pendaftaran : PPK 070

•Bil. Ahli : 2,069 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM555,059.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00

•Bil. Unit : 21 Unit

•Keluasan Kendalian : 4,623.41 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN MUDA JAYA KINABALU KAWASAN A-III MADA

•Tarikh Penubuhan : 18 Mac 1982

•No. Pendaftaran : PPK 0214

•Bil. Ahli : 2,968 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM577,626.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 20 Unit

•Keluasan Kendalian : 3,800 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN GERAK MAJU KAWASAN B-III MADA

•Tarikh Penubuhan : 6 Oktober 1971

•No. Pendaftaran : PPK 0207

•Bil. Ahli : 1,719 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM632,200.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00

•Bil. Unit : 21 Unit

•Keluasan Kendalian : 4,019 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN AMAN, KAWASAN C-III, TAJAR

•Tarikh Penubuhan : 6 Disember 1972

•No. Pendaftaran : PPK 0218

•Bil. Ahli : 2,308 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM 652,420.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 20 Unit

•Keluasan Kendalian : 6,285 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SILATUL- RAHIM, D-III MADA, TITI HJ. IDRIS

•Tarikh Penubuhan : 10 Februari 1982

•No. Pendaftaran : PPK 0200

•Bil. Ahli : 2,008 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM365,092.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM500,000.00

•Bil. Unit : 24 Unit

•Keluasan Kendalian : 4,427.82 Hektar

Page 10: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN E-IV BUKIT BESAR, KEDAH D.A

•Tarikh Penubuhan : 3 Februari 1975

•No. Pendaftaran : PPK 0369

•Bil. Ahli : 2,070 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM784,504.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 20 Unit

•Keluasan Kendalian : 4,493 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN F-IV SUNGAI LIMAU DALAM, YAN, KEDAH

•Tarikh Penubuhan : 19 Disember 1970

•No. Pendaftaran : PPK 0204

•Bil. Ahli : 1,966 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM821,130.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 19 Unit

•Keluasan Kendalian : 3.489.40 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SRI PANTAI A-IV MADA

•Tarikh Penubuhan : 11 November 1974

•No. Pendaftaran : PPK 068

•Bil. Ahli : 1,738 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM528,684.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 15 Unit

•Keluasan Kendalian : 3,022.1917 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN TUN ADAM MALIK B-IV, PENGKALAN KUNDOR

•Tarikh Penubuhan : 18 Februari 1981

•No. Pendaftaran : PPK 0206

•Bil. Ahli : 1,456 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM648,475.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00

•Bil. Unit : 12 Unit

•Keluasan Kendalian : 2,3339.14 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SUKA SETIA, MADA C-IV, ALOR STAR, KEDAH D.A

•Tarikh Penubuhan : 18 Mac 1982

•No. Pendaftaran : PPK 0216

•Bil. Ahli : 1,654 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM856,023.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 15 Unit

•Keluasan Kendalian: 3,702.6 Hektar

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN D-IV PERMATANG BULOH, KEDAH

•Tarikh Penubuhan : 20 Januari 1973

•No. Pendaftaran : PPK 0220

•Bil. Ahli : 1,430 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM609,956.00

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 10 Unit

•Keluasan Kendalian : 4,168.83 Hektar

Page 11: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

7. DOKUMEN -DOKUMEN PENYELIAAN PPK

➢ AKTA 109 - AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\AKTA

109 - AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973.pdf

➢ KAEDAH MENTADBIR DAN MENGURUS UNIT AHLI PPK ➢ MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN

PPK\KAEDAH MENTADBIR DAN MENGURUS UNIT AHLI PPK.pdf

➢ AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973 - PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN PELADANG 1983 MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN PELADANG 1983.pdf

➢ ARAHAN PENDAFTAR BIL 1 TAHUN 2020 - TATACARA PERMOHONAN MENJADI

ANGGOTA PPK MELALUI BORANG PERMOHONAN (MANUAL) DAN SECARA ONLINE (SISTEM PKLIK) MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2020\AP BIL 1 TAHUN 2020 - TATACARA PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA PPK MELALUI BORANG PERMOHONAN (MANUAL) DAN SECARA ONLINE (SISTEM PKLIK).pdf

➢ ARAHAN PENDAFTAR BIL. 1 TAHUN 2019 - KOMPOSISI AJP DAN PENCALONAN

AJP DI SEMUA PERINGKAT PP MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2019\AP BIL. 1 TAHUN 2019 - KOMPOSISI AJP DAN PENCALONAN AJP DI SEMUA PERINGKAT PP.pdf

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SERI JERAI KAWASAN G-IV MADA, KEDAH

•Tarikh Penubuhan : 27 Mac 1982

•No. Pendaftaran : PPK 0223

•Bil. Ahli : 2,167 Orang

•Modal Saham Berbayar : RM868,584.002

•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00

•Bil. Unit : 16 Unit

•Keluasan Kendalian : 3,455 Hektar

Page 12: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

➢ ARAHAN PENDAFTAR BIL. 5 TAHUN 2018 - JENIS DAN KADAR BAYARAN ELAUN-ELAUN AJP, BIRO & ANGGOTA PP MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2018\AP BIL. 5 TAHUN 2018 - JENIS DAN KADAR BAYARAN ELAUN-ELAUN AJP, BIRO & ANGGOTA PP.pdf

➢ ARAHAN PENDAFTAR BIL. 4 TAHUN 2018 - PENGURUSAN PEROLEHAN PPK &

PPN MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2018\AP BIL. 4 TAHUN 2018 - PENGURUSAN PEROLEHAN PPK & PPN.pdf

➢ AP BIL. 3 TAHUN 2018 - PROSEDUR PINDAHAN DANA ELEKTRONIK

MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2018\AP BIL. 3 TAHUN 2018 - PROSEDUR PINDAHAN DANA ELEKTRONIK.pdf

➢ AP BIL. 2 TAHUN 2018 - PERLEMBAGAAN PPK, PPN & NAFAS

MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2018\AP BIL. 2 TAHUN 2018 - PERLEMBAGAAN PPK, PPN & NAFAS.pdf

➢ AP BIL. 1 TAHUN 2018 - MANUAL PROSEDUR KUALITI (MPQ) PP

MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2018\AP BIL. 1 TAHUN 2018 - MANUAL PROSEDUR KUALITI (MPQ) PP.pdf

➢ PEKELILING PENDAFTAR BIL. 1 TAHUN 2018 - PEMAKAIAN RPG14, STANDARD

LAPORAN JURUAUDIT KEPADA PP MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\PEKELILING PENDAFTAR\PP BIL. 1 TAHUN 2018 - PEMAKAIAN RPG14, STANDARD LAPORAN JURUAUDIT KEPADA PP.pdf

➢ PEKELILING PENDAFTAR BIL. 1 TAHUN 2013 - TATACARA MEMBUAT LAPORAN

POLIS SPRM MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\PEKELILING PENDAFTAR\PP BIL. 1 TAHUN 2013 - TATACARA MEMBUAT LAPORAN POLIS SPRM.pdf

➢ PEKELILING PENDAFTAR BIL. 1 TAHUN 2009 - BORANG PERMOHONAN

MENJADI AHLI PPK SECARA MUAT TURUN DARI LAMAN LPP MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\PEKELILING PENDAFTAR\PP BIL. 1 TAHUN 2009 - BORANG PERMOHONAN MENJADI AHLI PPK SECARA MUAT TURUN DARI LAMAN LPP.PDF

➢ PEKELILING PENDAFTAR\PP BIL. 1 TAHUN 2007 - PROSES PERWAKILAN

KUASA MENANDATANGANI DOKUMEN TERKAWAL DAN PENGENDALIAN TUNAI PP MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\PEKELILING PENDAFTAR\PP BIL. 1 TAHUN 2007 - PROSES PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI DOKUMEN TERKAWAL DAN PENGENDALIAN TUNAI PP.PDF

➢ PEKELILING PENDAFTAR BIL. 2 TAHUN 2006 - PANDUAN MENGEMBALIKAN

(MEMBAYAR BALIK) SAHAM AHLI PPK MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\PEKELILING PENDAFTAR\PP BIL. 2 TAHUN 2006 - PANDUAN MENGEMBALIKAN (MEMBAYAR BALIK) SAHAM AHLI PPK.PDF

Page 13: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

8. PROGRAM-PROGRAM DI BAWAH CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR

8.1 TRAINING ORGANISATION PROGRAMME FOR STAFF (TOPS) Kursus Induksi Kakitangan Lantikan Pertubuhan Peladang MADA (TOPS) telah diadakan sebanyak 5 Siri bertempat di Muda Resort, Gubir Kedah. Seramai 399 orang peserta terdiri daripada kakitangan lantikan PPK telah berjaya menghadiri kursus tersebut. Kursus ini diuruskan oleh Cawangan Urusan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Institusi Peladang.

Tujuan kursus adalah untuk memperkasakan pentadbiran di PPK serta memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran secara terus kepada pekerja lantikan PPK dalam meningkatkan prestasi kerja sejajar dengan keperluan semasa PPK.

SIRI 1

7-9 OGOS 2018

MUDA RESORT

54 ORANG PESERTA

SIRI 2

23-26 OKTOBER 2018

MUDA RESORT

81 ORANG PESERTA

SIRI 3

19-22 FEBRUARI 2019

MUDA RESORT

81 ORANG PESERTA

SIRI 4

3-6 SEPTEMBER 2019

MUDA RESORT

81 ORANG PESERTA

SIRI 5

18-21 NOVEMBER 2019

MUDA RESORT

102 ORANG PESERTA

Page 14: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

8.2 AUDIT PENGURUSAN PPK MADA

8.2.1 OBJEKTIF UTAMA Objektif utama audit pengurusan adalah untuk mengkaji dan menilai

kecekapan dan keberkesanan pengurusan sesebuah Pertubuhan

Peladang melalui objektif khususnya seperti berikut :

i. Membantu pihak pengurusan PP mengenalpasti masalah di dalam menjalankan tugas dan memberi cadangan ke atas penyelesaian masalah.

ii. Mempastikan PP mengamal budaya pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan di dalam pengurusannya.

iii. Mempastikan PP diurus dengan cekap dan berkesan di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

iv. Mempastikan setiap anggota pengurusan PP mengamalkan tadbirurus yang baik di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

v. Menyediakan maklumat kepada pengurusan tertinggi LPP bagi membuat keputusan-keputusan dan tindakan berkaitan Pertubuhan Peladang.

8.2.2 MANUAL AUDIT PENGURUSAN Manual Audit Pengurusan telah digubal secara sistematik mulai tahun 2010. Manual ini adalah mencakupi keseluruhan aspek di dalam organisasi berasaskan konsep CAMEL-T. Suatu standard yang telah diwujudkan untuk penilaian dalaman LPP bagi mengukur kualiti tadbir urus PP ke arah pengurusan organisasi yang cekap dan berkesan. Sehingga kini Manual ini mengandungi sebanyak 380 Soalan.

Page 15: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

8.2.3 SKOP AUDIT PENGGURUSAN Sehingga kini Manual ini mengandungi sebanyak 380 (2019) Soalan mengikut skop berikut berasaskan konsep CAMEL-T :

8.2.4. Definisi Penarafan Bintang (Star Rating)

Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan didalam aspek tadbir urus dan pengurusan kewangan. Penarafan adalah berdasarkan peratusan markah keseluruhan 6 elemen kawalan Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan (CAMEL-T) seperti berikut:-

MARKAH KESELURUHAN TAHAP PENARAFAN

90 – 100 Cemerlang

80 – < 90 Baik

60 – < 80 Memuaskan

40 – < 60 Kurang Memuaskan

< 40 Tidak Memuaskan

C 36Q

• CAPITAL (Pengurusan Modal) - Menilai kecekapan dan kekukuhan struktur kewangan dan sumber modal dalaman dan luaran PP.

A 40Q

• ASSET (Pengurusan Aset dan Pelaburan) - Menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan menguruskan aset dan memberikanpulangan yang tinggi kepada PP

L 69Q

• LIQUIDITY (Pengurusan kecairan) - Menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan modal kerja Pertubuhan.

M 146Q

• MANAGEMENT (Pengurusan Perundangan, Pentadbiran dan Personel) - Menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan pentadbiran, personel dan kepatuhan kepada undang-undang.

E 71Q

• ECONOMY (Pengurusan Projek Ekonomi Dan Sosial) - Menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan projek-projek ekonomi dan sosial bagi meningkatkan pulangan kepada PP dan ahli-ahli peladang.

T 18Q

• TECHNOLOGY (Pengurusan Teknologi) - Menilai kecekapan dan keberkesanan penggunaan informasi dan teknologi di PP.

Page 16: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

AUDIT PENGURUSAN PPK BAGI TAHUN 2018-2020

TAHUN 2020

PPK A-II KODIANG

PPK I-II

KUALA SUNGAI

PPK D-IV PERMATANG

BULOH

PPK E-IV

BUKIT BESAR

PPK F-III PENDANG

TAHUN 2019

PPK C-I KANGAR

PPK C-II KERPAN

PPK D-III

TITI HAJI IDRIS

PPK G-IV GUAR

CHEMPEDAK

TAHUN 2018

PPK B-I KAYANG

PPK F-II JERLUN

PPK E-III KOBAH

PPK C-IV KANGKONG

Page 17: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

9. KUMPULAN PELADANG MUDA

9.1 MAKSUD KUMPULAN PELADANG MUDA Kumpulan Peladang Muda ertinya sesuatu kumpulan kegiatan anggota muda berumur di bawah 40 tahun yang menjadi ahli PP yang dibentuk mengikut Peruntukan 39 Kaedah Mentadbir dan Mengurus Unit Anggota, PP yang mempunyai tujuan dan menjalankan kegiatan. Jumlah keanggotaan Kumpulan Peladang Muda (KPM) PPK MADA sehingga Oktober 2020 adalah seramai 5,618 orang.

9.2 TUJUAN PENUBUHAN KUMPULAN PELADANG MUDA

i. Menggalakkan lebih ramai anggota Kumpulan Peîadang Muda menjadi

anggota PPK dan bergiat dengan aktif dalam aktiviti dan perkhidmatan yang

diberikan oleh PPK,

ii. Menggalakkan lebih ramai anggota Kumpulan Peîadang Muda menjadi anggota PPK dan bergiat dengan aktif dalam aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan oleh PPK,

iii. Meningkatkan ekonomi anggota Kumpulan Peladang Muda selaras dengan Dasar Pembangunan Negara,

iv. iMemupuk, melatih dan melahirkan kepimpinan dari kalangan anggota Kumpulan Peladang Muda PP,

v. Melatih dan menggalak anggota Kumpulan Peladang Muda bergerak secara

berkumpulan serta menyediakan satu cara bagi mewakili kepentingan

anggota Kumpulan Peladang Muda dalam aktiviti pengeiuaran dan

perniagaantani di PP dan Unit Anggota,

vi. Memberi peluang kepada anggota Kumpulan Peladang Muda bertukar-tukar fikiran, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan social,

vii. Memberi peluang kepada anggota Kumpulan Peladang Muda mengambil bahagian cergas dalam merancang program kemajuan masyarakat peladang di semua peringkat,

viii. Memberi dan menerima latihan melalui program himbingan yang disediakan oleh PP/MADA/Jabatan/Agensi Kerajaan, Swasta dan NGO kepada Kumpulan Peladang Muda dalam aspek-aspek kepimpinan dan keusahawanan,

ix. Menyediakan satu bentuk organisasi di PP dan Unit Anggota bagi anggota Kumpulan Peladang Muda dikumpulkan untuk menjalankan kegiatan-kegiatan sosial, kebajikan dan sukan di samping kegiatan berasaskan pertanian,

Page 18: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

9.3 KEGIATAN-KEGIATAN KUMPULAN PELADANG MUDA Untuk mencapai tujuan-tujuannya, anggota Kumpulan Peladang Muda boleh menjalankan kegiatan-kegiatan berikut: i. Mengadakan kegiatan sukan dan kebudayaan.

ii. Mengadakan kegiatan sosial dan kebajikan seperti kerja amal, gotong-

royong, kerja-kerja sukarela dan lain-lain.

iii. Menjalankan projek-projek pengeluaran dan perniagaantani.

iv. Mewujudkan atau mengumpulkan tenaga kerja sambilan untuk projek- projek PP atau anggota-anggota PP.

v. Menyelaraskan dengan PP dalam mengadakan atau menghantar anggota-anggota menghadiri kursus-kursus dan latihan keusahawanan, pengurusan atau kemahiran tertentu.

vi. Mengadakan kempen tambah anggota dan saham.

vii. Mengadakan pertandingan dari kalangan anggota Kumpulan Peladang Muda seperti pertandingan Peladang Jaya Muda dan sebagainya.

viii. Lain-lain jenis kegiatan yang sesuai yang boleh membantu ke arah meningkatkan aktiviti Kumpulan Peladang Muda.

Page 19: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

KURSUS PENGENDALIAN DRONE PERTANIAN UNTUK KPM PPK D-I TAMBUN TULANG

9.4 PROGRAM DAN AKTIVITI KUMPULAN PELADANG MUDA (KPM)

KURSUS PENYELENGGARAAN JENTERA KECIL KPM PPK D-IV PERMATANG BULOH

Page 20: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

KURSUS TANAMAN HALIA KEPADA KPM PPK D-I TAMBUN TULANG

PROGRAM BOLASEPAK 7 SEBELAH UNIT-UNIT PPK ALOR SENIBONG ANJURAN

KUMPULAN PELADANG MUDA (KPM)

KURSUS PENGENDALIAN RACUN BERSAMA KPM UNIT DIIRINGI PEGAWAI PPK DI IBU PEJABAT ACM SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

Page 21: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

10. KUMPULAN PELADANG NITA (KPN)

10.1 MAKSUD KUMPULAN PELADANGNITA (KPN)

Kumpulan PeladangNita" ertinya sesuatu kumpulan kegiatan wanita di bawah PP yang dibentuk mengikut Peruntukan 39 Kaedah Mentadbir dan Mengurus Unit Ahli Pertubuhan Peladang yang mempunyai tujuan dan menjalankan kegiatan.

10.2 TUJUAN PENUBUHAN KUMPULAN PELADANGNITA

i. Menggalakkan lebih ramai peladang wanita menjadi ahli PPK dan bergiat secara aktif dalam aktiviti serta perkhidmatan yang diberikan oleh PPK;

ii. Meningkatkan ekonomi dan kualiti keluarga selaras dengan Dasar Pembangunan Wanita Negara;

iii. Memupuk, melatih dan melahirkan kepimpinan di kalangan ahli peladang wanita PPK;

iv. Melatih dan menggalakkan ahli peladang wanita bergerak secara berkumpulan;

v. Memberi peluang kepada ahli peladang wanita bertukar-tukar fikiran, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan kesejahteraan keluarga;

vi. Memberi peluang kepada ahli peladang wanita mengambil bahagian secara aktif dalam merancang program kemajuan masyarakat peladang di semua peringkat; dan

vii. Memberi dan menerima latihan melalui program bimbingan yang disediakan oleh PP/MADA/Jabatan/Agensi Kerajaan/Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) kepada ahli peladang wanita dalam aspek-aspek pendidikan dan keusahawanan.

10.3 KEGIATAN - KEGIATAN KUMPULAN PELADANGNITA

i. Penambahan ahli dan saham.

ii. Meningkatkan pendapatan ahli melalui projek-projek ekonomi seperti

tanaman, ternakan, akuakultur, industri asas tani, perkhidmatan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan;

iii. Memupuk kesejahteraan keluarga dan masyarakat setempat melalui kegiatan seperti pembangunan keluarga dan persekitaran, kelas bimbingan, tadika, gotong-royong, hari ladang, kebudayaan dan sukan, kerja-kerja kebajikan dan sosial dan aktiviti-aktiviti yang sesuai.

iv. Pembelajaran melalui kegiatan-kegiatan seperti kesihatan keluarga dan pemakanan seimbang, pendidikan, pengembangan dan pembangunan anak-anak, pendidikan kerohanian, belanjawan keluarga, ekonomi rumah tangga dan kegiatan lain yang sesuai.

Page 22: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

PROGRAM ZIARAH KASIH (KPN) PPK MADA KANGKONG DI UNIT KG. JAWA

PADA 08 DISEMBER 2020

PROGRAM JALINAN KASIH PELADANG BERSAMA PPK DAN SYARIKAT FAIZAH

SDN BHD DAN BUBUR ASYURA KPN PPK MADA A1 ARAU

PADA 30 SEPTEMBER 2020

BERSAMA KETUA-KETUA KPN UNIT PPK D-IV PERMATANG BULOH PROGRAM "ZIARAH

KASIH" KE RUMAH KETUA PELADANGNITA UNIT KG. BAHAGIA

PADA 12 MAC 2020

Page 23: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

DEMONSTRASI GUBAHAN BUAH-BUAHAN ANJURAN BIRO KUMPULAN PELADANG

NITA (KPN) BERTEMPAT DI PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG PELADANG

PROGRAM RAMAH MESRA KPM & KPN PPK A-II KODIANG BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT DI TAMAN REKREASI GUA KERBAU KG. KODIANG LAMA

PROGRAM BERSAMA KPN PPK B-II SANGLANG DEMO PENGHASILAN KUAH YONGTAUFU

Page 24: CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK

TEKNOLOGI TERKINI YANG BOLEH DISYORKAN PENGGUNAANNYA KEPADA

ORANG AWAM

➢ Tatacara permohonan menjadi anggota PPK melalui borang permohonan (manual)

dan secara online (Sistem Pklik) ↓

➢ Link pklik – PELADANG KLIK (lpp.gov.my) @ http://www.pklik.lpp.gov.my/v1/public/home