CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR 1. SEJARAH PENUBUHAN PPK
Sebelum tahun 1967, Persatuan Peladang ditubuhkan oleh peladang-peladang di bawah Akta Persatuan (Societies Act) 1966. Pendekatan Kerajaan pada ketika itu ialah untuk menubuhkan Persatuan Peladang yang diselaraskan penubuhannya oleh kerajaan seperti di Taiwan. Lawatan pertama telah dibuat oleh Menteri Pertanian ketika itu Y.B. Tan Sri Ghazali bin Jawi pada awal tahun 1963. Lawatan kedua disertai oleh 200 orang yang terdiri daripada Pegawai Kementerian Pertanian, Pegawai Jabatan Pertanian dan pemimpin-pemimpin Persatuan Peladang. Selepas daripada lawatan tersebut, kerajaan telah membuat keputusan supaya menubuhkan Persatuan Peladang berdasarkan pendekatan yang dilaksanakan di Taiwan. Rang Undang-undang Persatuan Peladang dibentangkan di Parlimen dan diluluskan dengan dikuatkuasakan mulai Ogos 1967. Selepas itu, Persatuan-Persatuan Peladang di kawasan pengairan Muda mula ditubuhkan antara tahun 1968 hingga 1972 di bawah Akta Persatuan Peladang 1967. Persatuan Peladang Kawasan dalam pengairan Muda telah ditubuhkan pertama kalinya pada tahun 1968 iaitu penubuhan Persatuan Peladang Kubang Sepat di mana keahliannya bermula seramai 215 orang dan saham bernilai RM500.00. Pada tahun 1969 sebanyak 13 buah PPK telah ditubuhkan dengan ahli seramai 490 orang bermodal saham sebanyak RM11,375.00 dan telah pun mempunyai harta sebanyak RM 3,459.00 serta memulakan perniagaan dengan isIpadu sebanyak RM787.00. Pada tahun 1970 sebanyak 3 buah lagi PPK ditubuhkan menjadikan 16 buah PPK kesemuanya. Sambutan yang diberikan oleh peldang-peladang amat menggalakan sehingga seramai 5,378 orang telah menjadi dan mencarum sejumlah RM 48,255.00 modal saham serta mempunyai harta sejumlah RM226,058.00 dengan isipadu perniagaan pula telah meningkat ke RM52,317.00. Diakhir tahun 1972, sebanyak 24 buah PPK telah ditubuhkan yang melibatkan jumlah ahli sebanyak 8,195 orang dengan modal saham sebanyak RM83,560.00. Isipadu perniagaan pula meningkat ke RM814,622.00 dan nilai harta yang dapat dikumpul pula melonjak ke RM1.24 Juta. Pada 21 Jun 1973, kerajaan telah menggubal dan mewartakan Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) khusus untuk menyusun semula Persatuan-Persatuan Peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, Persatuan-Persatuan Peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai Pertubuhan Peladang, manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi Unit Ahli kepada Pertubuhan Peladang. Pada tahun 1974, 3 buah lagi PPK ditubuhkan menjadikan kesemuanya berjumlah 27 buah PPK di bawah pengurusan dan kawalselia MADA. Sebanyak 24 buah Persatuan Peladang berada di dalam Rancangan Pengairan Muda terdiri daripada 5 di dalam Negeri Perlis dan 19 di dalam Negeri Kedah diletakkan di bawah kendalian MADA. Selepas 25 tahun iaitu diakhiri 1992 keahlian telah meningkat ke 44,306 orang yang mencarum RM6.413 Juta modal saham. Sebanyak RM46.675 Juta nilai harta telah dapat dikumpulkan. Keuntungan bersih mencapai RM3.603 Juta melalui isipadu perniagaan sebanyak RM34.134 Juta. Sehingga kini, sebanyak 45,500 orang peladang telah menjadi ahli PPK dengan modal saham sebanyak RM 13.206 Juta, isipadu perniagaan sejumlah RM 91.231 Juta dan keuntungan bersih mencapai RM 7.973 Juta.
2. OBJEKTIF PENUBUHAN PPK (PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN)
3. PEMBENTUKAN PPK
Sesuatu Pertubuhan Peladang Kawasan boleh dibentuk mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bagi mana-mana kawasan di mana-mana Negeri oleh tidak kurang daripada lima puluh (50) orang yang memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen 9(1) dan sebelum pembentukan itu telah berhimpun di suatu mesyuarat bagi maksud membentuk suatu Pertubuhan Peladang (Rujukan : Akta Pertubuhan Peladang 1973). Komposisi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang bagi tiap-tiap PPK berjumlah 12 orang yang terdiri daripada :-
a. Tujuh (7) orang ahli yang dipilih dalam Mesyuarat Agung PPK b. Lima (5) orang yang dilantik oleh Menteri yang seorang daripadanya
hendaklah merupakan Peladang Muda dan seorang hendaklah merupakan Peladang Nita.
(Rujukan : Peraturan 35(1) Peraturan-Peraturan PP (Pindaan)2019)
MENINGKATKAN TARAF EKONOMI DAN SOSIAL AHLI
MENAMBAHKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN AHLI-AHLI
MENINGKATKAN HASIL DAN PENDAPATAN AHLI
MEMBAIKI CARA HIDUP AHLI
MEWUJUDKAN SATU MASYARAKAT TANI YANG PROGRESIF, BERDIKARI, MAKMUR DAN BERSATUPADU.
OBJEKTIF PENUBUHAN PPK
4. BIRO-BIRO DI PPK
5. SENARAI NAMA PENGERUSI PPK MADA TERKINI (2019-2021)
➢ Pengerusi PPK MADA Wilayah I, Perlis
BIRO HAL EHWAL KORPORAT
BIRO PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN
PELABURAN
BIRO NIAGATANI DAN KREDIT
BIRO KEBAJIKAN, AGAMA DAN SOSIAL
BIRO KUMPULAN PELADANG NITA (KPN)
BIRO KUMPULAN PELADANG MUDA (KPM)
BIRO PENGEMBANGAN, PEMBANGUNAN DAN
LATIHAN
BIRO PROJEK PEMACU PERTANIAN (ESTET
PADI/PPP)
BIRO SUBSISDI & SIPPBIRO INDUSTRI ASAS TANI
DAN BUKAN PADI
BIRO KONTRAK DAN PROJEK KHAS
• (PUSAT BELIAN PADI, PROJEK BENDANG, RUMAH KEDAI,
TRAKTOR, JERAMI, SEWAAN, LADANG BENIH)
BIRO PENGAIRAN, INFRASTRUKTUR DAN
KEMUDAHAN ASAS
BIRO PENGURUSAN ESTET PADI NKEA
•TN. HJ. SEHIDAN BIN ISMAIL
PPK A-I ARAU
•EN. MOHAMMAD RIZAL BIN SEMAN
PPK B-I KAYANG
•EN. ZAIN BIN MAN
PPK C-I KANGAR
•EN. MATON BIN DIN
PPK D-I TAMBUN TULANG
•TN. HJ. ABD RAHIM BIN ABU BAKAR
PPK E-I SIMPANG EMPAT
➢ Pengerusi PPK MADA Wilayah II, Jitra
•TN. HJ. MOHD SHUKRI BIN SAMSUDIN
PPK A-II KODIANG
•EN. ISHAK BIN TAIB
PPK B-II SANGLANG
•TN. HJ. ISMAIL BIN PUTEH
PPK C-II KERPAN
•TN. HJ. MAHAYUDIN BIN HJ. AHMAD
PPK D-II TUNJANG
•TN. HJ. MOHD. FUAD BIN HJ. YAAKOB
PPK E-II KUBANG SEPAT
•EN. MAHAMAD ZAHIR BIN ABDUL GHANI
PPK F-II JERLUN
•TN. HJ. MOHD SHAKAF BIN OMAR
PPK G-II JITRA
•EN. MD. TARMIZI BIN RAMLI
PPK H-II KEPALA BATAS
•EN. ZAMRI BIN ZAKARIA
PPK I-II KUALA SUNGAI
➢ Pengerusi PPK MADA Wilayah III, Pendang
➢ Pengerusi PPK MADA Wilayah IV, Kota Sarang Semut
•TN. HJ. AHMAD SHUKRI BIN SAAD
PPK A-III HUTAN KAMPONG
•TN. HJ. MOHD. MUSA BIN KAMIS
PPK B-III ALOR SENIBONG
•EN. ABU BAKAR BIN ISHAK
PPK C-III TAJAR
•TN. HJ. MOHTAR BIN PUTEH
PPK D-III TITI HAJI IDRIS
•EN. ABD RAZAK BIN ISMAIL
PPK E-III KOBAH
•EN. MAHMUD BIN KADIR
PPK F-III PENDANG
•TN. HJ. YUSOF BIN HJ. BAKAR
PPK A-IV BATAS PAIP
•TN. HJ. ZAKARIA BIN MD REJAB
PPK B-IV PENGKALAN KUNDOR
•TN. HJ. ELIYAS BIN OSMAN
PPK C-IV KANGKONG
•EN. ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL
PPK D-IV PERMATANG BULOH
•EN. MEHAD BIN OTHMAN @ MAN
PPK E-IV BUKIT BESAR
•DATO' HJ. ISMAIL BIN ARSHAD
PPK F-IV SUNGAI LIMAU
•EN. HASBOLLAH BIN ABU HASHIM
PPK G-IV GUAR CHEMPEDAK
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN JAYADIRI, MADA E-I SIMPANG EMPAT, PERLIS
•Tarikh Penubuhan : 29 September 1969
•No. Pendaftaran : PPK 0211
•Bil. Ahli : 3,070 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM734,109.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 24 Unit
•Keluasan Kendalian : 5,577.98 Hektar
6. PROFAIL P PK MADA (27 PPK) – TAHUN 2019-2021
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN A-I ARAU, PERLIS
•Tarikh Penubuhan : 27 November 1969
•No. Pendaftaran : PPK 0210
•Bil. Ahli : 1,672 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM 1,106,635.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM 1,500,000.00
•Bil. Unit : 14 Unit
•Keluasan Kendalian : 3,687.38 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN B-I MADA, KAYANG, PERLIS
•Tarikh Penubuhan : 27 Disember 1969
•No. Pendaftaran : PPK 0212
•Bil. Ahli : 2,808 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM602,237.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00
•Bil. Unit : 26 Unit
•Keluasan Kendalian : 4,807 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BAHAGIA (MADA) C-I, KANGAR, PERLIS
•Tarikh Penubuhan : 28 Februari 1970
•No. Pendaftaran : PPK 0209
•Bil. Ahli : 1,498 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM 733,048.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM 750,000.00
•Bil. Unit : 15 Unit
•Keluasan Kendalian : 2,018.08 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SETIA JAYA D-I, TAMBUN TULANG, ARAU, PERLIS
•Tarikh Penubuhan : 28 Disember 1969
•No. Pendaftaran : PPK 0213
•Bil. Ahli : 1,812 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM448,508.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00
•Bil. Unit : 15 Unit
•Keluasan Kendalian : 3,612.92 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN USAHA JAYA KUBANG SEPAT, KAWASAN E-
II MADA
•Tarikh Penubuhan : 10 September 1968
•No. Pendaftaran : PPK 222
•Bil. Ahli : 2,087 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM734,176.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 19 Unit
•Keluasan Kendalian: 3,921 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SEMANGAT BARU, F-II MADA, JERLUN, KEDAH
•Tarikh Penubuhan : 10 Februari 1969
•No. Pendaftaran : PPK 0201
•Bil. Ahli : 1,787 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM711,491.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 18 Unit
•Keluasan Kendalian : 3,523 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN A-II, KODIANG, KUBANG PASU, KEDAH
•Tarikh Penubuhan : 10 Februari 1982
•No. Pendaftaran : PPK 0199
•Bil. Ahli : 2013 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM566,137.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00
•Bil. Unit : 22 Unit
•Keluasan Kendalian : 3,637 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN B-II BATU 4, JALAN SANGLANG, KODIANG, KEDAH
•Tarikh Penubuhan : 13 September 1969
•No. Pendaftaran : PPK 0208
•Bil. Ahli : 1,919 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM692,934.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 21 Unit
•Keluasan Kendalian : 5,213 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN C-II, KERPAN, KEDAH D.A
•Tarikh Penubuhan : 27 Mac 1982
•No. Pendaftaran : PPK 0221
•Bil. Ahli : 2,033 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM1,000,493.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,200,000.00
•Bil. Unit : 22 Unit
•Keluasan Kendalian : 4,575 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SINAR BAHAGIA MADA D-II, TUNJANG
•Tarikh Penubuhan : 27 Disember 1969
•No. Pendaftaran : PPK 0203
•Bil. Ahli : 1,770 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM970,298.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 18 Unit
•Keluasan Kendalian : 4,057 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN EMPAT SERANGKAI, G-II MADA, JITRA, KEDAH
•Tarikh Penubuhan : 1 November 1969
•No. Pendaftaran : PPK 0215
•Bil. Ahli : 1,241 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM631,578.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00
•Bil. Unit : 13 Unit
•Keluasan Kendalian : 3,716 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN H-II TENAGA BARU, KEPALA BATAS
•Tarikh Penubuhan : 1969
•No. Pendaftaran : PPK 0217
•Bil. Ahli : 1,908 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM1,091,083.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,500,000.00
•Bil. Unit : 20 Unit
•Keluasan Kendalian : 2,648 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN KUALA SUNGAI KAWSAN I-II MADA
•Tarikh Penubuhan : 18 Februari 1982
•No. Pendaftaran : PPK 0205
•Bil. Ahli : 2,545 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM1,112,218.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,500,000.00
•Bil. Unit : 24 Unit
•Keluasan Kendalian : 4,128 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN E DAERAH III, MADA KOBAH
•Tarikh Penubuhan : 20 Januari 1973
•No. Pendaftaran : PPK 0202
•Bil. Ahli : 1,471 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM277,772.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM500,000.00
•Bil. Unit : 12 Unit
•Keluasan Kendalian : 3,146 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWSAN F-III MADA, PENDANG, KEDAH
•Tarikh Penubuhan : 3 Februari 1975
•No. Pendaftaran : PPK 070
•Bil. Ahli : 2,069 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM555,059.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00
•Bil. Unit : 21 Unit
•Keluasan Kendalian : 4,623.41 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN MUDA JAYA KINABALU KAWASAN A-III MADA
•Tarikh Penubuhan : 18 Mac 1982
•No. Pendaftaran : PPK 0214
•Bil. Ahli : 2,968 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM577,626.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 20 Unit
•Keluasan Kendalian : 3,800 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN GERAK MAJU KAWASAN B-III MADA
•Tarikh Penubuhan : 6 Oktober 1971
•No. Pendaftaran : PPK 0207
•Bil. Ahli : 1,719 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM632,200.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00
•Bil. Unit : 21 Unit
•Keluasan Kendalian : 4,019 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN AMAN, KAWASAN C-III, TAJAR
•Tarikh Penubuhan : 6 Disember 1972
•No. Pendaftaran : PPK 0218
•Bil. Ahli : 2,308 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM 652,420.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 20 Unit
•Keluasan Kendalian : 6,285 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SILATUL- RAHIM, D-III MADA, TITI HJ. IDRIS
•Tarikh Penubuhan : 10 Februari 1982
•No. Pendaftaran : PPK 0200
•Bil. Ahli : 2,008 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM365,092.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM500,000.00
•Bil. Unit : 24 Unit
•Keluasan Kendalian : 4,427.82 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN E-IV BUKIT BESAR, KEDAH D.A
•Tarikh Penubuhan : 3 Februari 1975
•No. Pendaftaran : PPK 0369
•Bil. Ahli : 2,070 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM784,504.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 20 Unit
•Keluasan Kendalian : 4,493 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN F-IV SUNGAI LIMAU DALAM, YAN, KEDAH
•Tarikh Penubuhan : 19 Disember 1970
•No. Pendaftaran : PPK 0204
•Bil. Ahli : 1,966 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM821,130.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 19 Unit
•Keluasan Kendalian : 3.489.40 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SRI PANTAI A-IV MADA
•Tarikh Penubuhan : 11 November 1974
•No. Pendaftaran : PPK 068
•Bil. Ahli : 1,738 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM528,684.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 15 Unit
•Keluasan Kendalian : 3,022.1917 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN TUN ADAM MALIK B-IV, PENGKALAN KUNDOR
•Tarikh Penubuhan : 18 Februari 1981
•No. Pendaftaran : PPK 0206
•Bil. Ahli : 1,456 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM648,475.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM750,000.00
•Bil. Unit : 12 Unit
•Keluasan Kendalian : 2,3339.14 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SUKA SETIA, MADA C-IV, ALOR STAR, KEDAH D.A
•Tarikh Penubuhan : 18 Mac 1982
•No. Pendaftaran : PPK 0216
•Bil. Ahli : 1,654 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM856,023.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 15 Unit
•Keluasan Kendalian: 3,702.6 Hektar
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN D-IV PERMATANG BULOH, KEDAH
•Tarikh Penubuhan : 20 Januari 1973
•No. Pendaftaran : PPK 0220
•Bil. Ahli : 1,430 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM609,956.00
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 10 Unit
•Keluasan Kendalian : 4,168.83 Hektar
7. DOKUMEN -DOKUMEN PENYELIAAN PPK
➢ AKTA 109 - AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973
MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\AKTA
109 - AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973.pdf
➢ KAEDAH MENTADBIR DAN MENGURUS UNIT AHLI PPK ➢ MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN
PPK\KAEDAH MENTADBIR DAN MENGURUS UNIT AHLI PPK.pdf
➢ AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973 - PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN PELADANG 1983 MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN PELADANG 1983.pdf
➢ ARAHAN PENDAFTAR BIL 1 TAHUN 2020 - TATACARA PERMOHONAN MENJADI
ANGGOTA PPK MELALUI BORANG PERMOHONAN (MANUAL) DAN SECARA ONLINE (SISTEM PKLIK) MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2020\AP BIL 1 TAHUN 2020 - TATACARA PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA PPK MELALUI BORANG PERMOHONAN (MANUAL) DAN SECARA ONLINE (SISTEM PKLIK).pdf
➢ ARAHAN PENDAFTAR BIL. 1 TAHUN 2019 - KOMPOSISI AJP DAN PENCALONAN
AJP DI SEMUA PERINGKAT PP MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2019\AP BIL. 1 TAHUN 2019 - KOMPOSISI AJP DAN PENCALONAN AJP DI SEMUA PERINGKAT PP.pdf
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SERI JERAI KAWASAN G-IV MADA, KEDAH
•Tarikh Penubuhan : 27 Mac 1982
•No. Pendaftaran : PPK 0223
•Bil. Ahli : 2,167 Orang
•Modal Saham Berbayar : RM868,584.002
•Modal Saham Dibenarkan : RM1,000,000.00
•Bil. Unit : 16 Unit
•Keluasan Kendalian : 3,455 Hektar
➢ ARAHAN PENDAFTAR BIL. 5 TAHUN 2018 - JENIS DAN KADAR BAYARAN ELAUN-ELAUN AJP, BIRO & ANGGOTA PP MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2018\AP BIL. 5 TAHUN 2018 - JENIS DAN KADAR BAYARAN ELAUN-ELAUN AJP, BIRO & ANGGOTA PP.pdf
➢ ARAHAN PENDAFTAR BIL. 4 TAHUN 2018 - PENGURUSAN PEROLEHAN PPK &
PPN MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2018\AP BIL. 4 TAHUN 2018 - PENGURUSAN PEROLEHAN PPK & PPN.pdf
➢ AP BIL. 3 TAHUN 2018 - PROSEDUR PINDAHAN DANA ELEKTRONIK
MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2018\AP BIL. 3 TAHUN 2018 - PROSEDUR PINDAHAN DANA ELEKTRONIK.pdf
➢ AP BIL. 2 TAHUN 2018 - PERLEMBAGAAN PPK, PPN & NAFAS
MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2018\AP BIL. 2 TAHUN 2018 - PERLEMBAGAAN PPK, PPN & NAFAS.pdf
➢ AP BIL. 1 TAHUN 2018 - MANUAL PROSEDUR KUALITI (MPQ) PP
MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\ARAHAN PENDAFTAR\2018\AP BIL. 1 TAHUN 2018 - MANUAL PROSEDUR KUALITI (MPQ) PP.pdf
➢ PEKELILING PENDAFTAR BIL. 1 TAHUN 2018 - PEMAKAIAN RPG14, STANDARD
LAPORAN JURUAUDIT KEPADA PP MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\PEKELILING PENDAFTAR\PP BIL. 1 TAHUN 2018 - PEMAKAIAN RPG14, STANDARD LAPORAN JURUAUDIT KEPADA PP.pdf
➢ PEKELILING PENDAFTAR BIL. 1 TAHUN 2013 - TATACARA MEMBUAT LAPORAN
POLIS SPRM MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\PEKELILING PENDAFTAR\PP BIL. 1 TAHUN 2013 - TATACARA MEMBUAT LAPORAN POLIS SPRM.pdf
➢ PEKELILING PENDAFTAR BIL. 1 TAHUN 2009 - BORANG PERMOHONAN
MENJADI AHLI PPK SECARA MUAT TURUN DARI LAMAN LPP MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\PEKELILING PENDAFTAR\PP BIL. 1 TAHUN 2009 - BORANG PERMOHONAN MENJADI AHLI PPK SECARA MUAT TURUN DARI LAMAN LPP.PDF
➢ PEKELILING PENDAFTAR\PP BIL. 1 TAHUN 2007 - PROSES PERWAKILAN
KUASA MENANDATANGANI DOKUMEN TERKAWAL DAN PENGENDALIAN TUNAI PP MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\PEKELILING PENDAFTAR\PP BIL. 1 TAHUN 2007 - PROSES PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI DOKUMEN TERKAWAL DAN PENGENDALIAN TUNAI PP.PDF
➢ PEKELILING PENDAFTAR BIL. 2 TAHUN 2006 - PANDUAN MENGEMBALIKAN
(MEMBAYAR BALIK) SAHAM AHLI PPK MAKLUMAT LAMAN WEB RASMI MADA 2020\DOKUMEN PENYELIAAN PPK\PEKELILING PENDAFTAR\PP BIL. 2 TAHUN 2006 - PANDUAN MENGEMBALIKAN (MEMBAYAR BALIK) SAHAM AHLI PPK.PDF
8. PROGRAM-PROGRAM DI BAWAH CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR
8.1 TRAINING ORGANISATION PROGRAMME FOR STAFF (TOPS) Kursus Induksi Kakitangan Lantikan Pertubuhan Peladang MADA (TOPS) telah diadakan sebanyak 5 Siri bertempat di Muda Resort, Gubir Kedah. Seramai 399 orang peserta terdiri daripada kakitangan lantikan PPK telah berjaya menghadiri kursus tersebut. Kursus ini diuruskan oleh Cawangan Urusan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Institusi Peladang.
Tujuan kursus adalah untuk memperkasakan pentadbiran di PPK serta memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran secara terus kepada pekerja lantikan PPK dalam meningkatkan prestasi kerja sejajar dengan keperluan semasa PPK.
SIRI 1
7-9 OGOS 2018
MUDA RESORT
54 ORANG PESERTA
SIRI 2
23-26 OKTOBER 2018
MUDA RESORT
81 ORANG PESERTA
SIRI 3
19-22 FEBRUARI 2019
MUDA RESORT
81 ORANG PESERTA
SIRI 4
3-6 SEPTEMBER 2019
MUDA RESORT
81 ORANG PESERTA
SIRI 5
18-21 NOVEMBER 2019
MUDA RESORT
102 ORANG PESERTA
8.2 AUDIT PENGURUSAN PPK MADA
8.2.1 OBJEKTIF UTAMA Objektif utama audit pengurusan adalah untuk mengkaji dan menilai
kecekapan dan keberkesanan pengurusan sesebuah Pertubuhan
Peladang melalui objektif khususnya seperti berikut :
i. Membantu pihak pengurusan PP mengenalpasti masalah di dalam menjalankan tugas dan memberi cadangan ke atas penyelesaian masalah.
ii. Mempastikan PP mengamal budaya pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan di dalam pengurusannya.
iii. Mempastikan PP diurus dengan cekap dan berkesan di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
iv. Mempastikan setiap anggota pengurusan PP mengamalkan tadbirurus yang baik di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
v. Menyediakan maklumat kepada pengurusan tertinggi LPP bagi membuat keputusan-keputusan dan tindakan berkaitan Pertubuhan Peladang.
8.2.2 MANUAL AUDIT PENGURUSAN Manual Audit Pengurusan telah digubal secara sistematik mulai tahun 2010. Manual ini adalah mencakupi keseluruhan aspek di dalam organisasi berasaskan konsep CAMEL-T. Suatu standard yang telah diwujudkan untuk penilaian dalaman LPP bagi mengukur kualiti tadbir urus PP ke arah pengurusan organisasi yang cekap dan berkesan. Sehingga kini Manual ini mengandungi sebanyak 380 Soalan.
8.2.3 SKOP AUDIT PENGGURUSAN Sehingga kini Manual ini mengandungi sebanyak 380 (2019) Soalan mengikut skop berikut berasaskan konsep CAMEL-T :
8.2.4. Definisi Penarafan Bintang (Star Rating)
Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan didalam aspek tadbir urus dan pengurusan kewangan. Penarafan adalah berdasarkan peratusan markah keseluruhan 6 elemen kawalan Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan (CAMEL-T) seperti berikut:-
MARKAH KESELURUHAN TAHAP PENARAFAN
90 – 100 Cemerlang
80 – < 90 Baik
60 – < 80 Memuaskan
40 – < 60 Kurang Memuaskan
< 40 Tidak Memuaskan
C 36Q
• CAPITAL (Pengurusan Modal) - Menilai kecekapan dan kekukuhan struktur kewangan dan sumber modal dalaman dan luaran PP.
A 40Q
• ASSET (Pengurusan Aset dan Pelaburan) - Menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan menguruskan aset dan memberikanpulangan yang tinggi kepada PP
L 69Q
• LIQUIDITY (Pengurusan kecairan) - Menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan modal kerja Pertubuhan.
M 146Q
• MANAGEMENT (Pengurusan Perundangan, Pentadbiran dan Personel) - Menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan pentadbiran, personel dan kepatuhan kepada undang-undang.
E 71Q
• ECONOMY (Pengurusan Projek Ekonomi Dan Sosial) - Menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan projek-projek ekonomi dan sosial bagi meningkatkan pulangan kepada PP dan ahli-ahli peladang.
T 18Q
• TECHNOLOGY (Pengurusan Teknologi) - Menilai kecekapan dan keberkesanan penggunaan informasi dan teknologi di PP.
AUDIT PENGURUSAN PPK BAGI TAHUN 2018-2020
TAHUN 2020
PPK A-II KODIANG
PPK I-II
KUALA SUNGAI
PPK D-IV PERMATANG
BULOH
PPK E-IV
BUKIT BESAR
PPK F-III PENDANG
TAHUN 2019
PPK C-I KANGAR
PPK C-II KERPAN
PPK D-III
TITI HAJI IDRIS
PPK G-IV GUAR
CHEMPEDAK
TAHUN 2018
PPK B-I KAYANG
PPK F-II JERLUN
PPK E-III KOBAH
PPK C-IV KANGKONG
9. KUMPULAN PELADANG MUDA
9.1 MAKSUD KUMPULAN PELADANG MUDA Kumpulan Peladang Muda ertinya sesuatu kumpulan kegiatan anggota muda berumur di bawah 40 tahun yang menjadi ahli PP yang dibentuk mengikut Peruntukan 39 Kaedah Mentadbir dan Mengurus Unit Anggota, PP yang mempunyai tujuan dan menjalankan kegiatan. Jumlah keanggotaan Kumpulan Peladang Muda (KPM) PPK MADA sehingga Oktober 2020 adalah seramai 5,618 orang.
9.2 TUJUAN PENUBUHAN KUMPULAN PELADANG MUDA
i. Menggalakkan lebih ramai anggota Kumpulan Peîadang Muda menjadi
anggota PPK dan bergiat dengan aktif dalam aktiviti dan perkhidmatan yang
diberikan oleh PPK,
ii. Menggalakkan lebih ramai anggota Kumpulan Peîadang Muda menjadi anggota PPK dan bergiat dengan aktif dalam aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan oleh PPK,
iii. Meningkatkan ekonomi anggota Kumpulan Peladang Muda selaras dengan Dasar Pembangunan Negara,
iv. iMemupuk, melatih dan melahirkan kepimpinan dari kalangan anggota Kumpulan Peladang Muda PP,
v. Melatih dan menggalak anggota Kumpulan Peladang Muda bergerak secara
berkumpulan serta menyediakan satu cara bagi mewakili kepentingan
anggota Kumpulan Peladang Muda dalam aktiviti pengeiuaran dan
perniagaantani di PP dan Unit Anggota,
vi. Memberi peluang kepada anggota Kumpulan Peladang Muda bertukar-tukar fikiran, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan social,
vii. Memberi peluang kepada anggota Kumpulan Peladang Muda mengambil bahagian cergas dalam merancang program kemajuan masyarakat peladang di semua peringkat,
viii. Memberi dan menerima latihan melalui program himbingan yang disediakan oleh PP/MADA/Jabatan/Agensi Kerajaan, Swasta dan NGO kepada Kumpulan Peladang Muda dalam aspek-aspek kepimpinan dan keusahawanan,
ix. Menyediakan satu bentuk organisasi di PP dan Unit Anggota bagi anggota Kumpulan Peladang Muda dikumpulkan untuk menjalankan kegiatan-kegiatan sosial, kebajikan dan sukan di samping kegiatan berasaskan pertanian,
9.3 KEGIATAN-KEGIATAN KUMPULAN PELADANG MUDA Untuk mencapai tujuan-tujuannya, anggota Kumpulan Peladang Muda boleh menjalankan kegiatan-kegiatan berikut: i. Mengadakan kegiatan sukan dan kebudayaan.
ii. Mengadakan kegiatan sosial dan kebajikan seperti kerja amal, gotong-
royong, kerja-kerja sukarela dan lain-lain.
iii. Menjalankan projek-projek pengeluaran dan perniagaantani.
iv. Mewujudkan atau mengumpulkan tenaga kerja sambilan untuk projek- projek PP atau anggota-anggota PP.
v. Menyelaraskan dengan PP dalam mengadakan atau menghantar anggota-anggota menghadiri kursus-kursus dan latihan keusahawanan, pengurusan atau kemahiran tertentu.
vi. Mengadakan kempen tambah anggota dan saham.
vii. Mengadakan pertandingan dari kalangan anggota Kumpulan Peladang Muda seperti pertandingan Peladang Jaya Muda dan sebagainya.
viii. Lain-lain jenis kegiatan yang sesuai yang boleh membantu ke arah meningkatkan aktiviti Kumpulan Peladang Muda.
KURSUS PENGENDALIAN DRONE PERTANIAN UNTUK KPM PPK D-I TAMBUN TULANG
9.4 PROGRAM DAN AKTIVITI KUMPULAN PELADANG MUDA (KPM)
KURSUS PENYELENGGARAAN JENTERA KECIL KPM PPK D-IV PERMATANG BULOH
KURSUS TANAMAN HALIA KEPADA KPM PPK D-I TAMBUN TULANG
PROGRAM BOLASEPAK 7 SEBELAH UNIT-UNIT PPK ALOR SENIBONG ANJURAN
KUMPULAN PELADANG MUDA (KPM)
KURSUS PENGENDALIAN RACUN BERSAMA KPM UNIT DIIRINGI PEGAWAI PPK DI IBU PEJABAT ACM SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
10. KUMPULAN PELADANG NITA (KPN)
10.1 MAKSUD KUMPULAN PELADANGNITA (KPN)
Kumpulan PeladangNita" ertinya sesuatu kumpulan kegiatan wanita di bawah PP yang dibentuk mengikut Peruntukan 39 Kaedah Mentadbir dan Mengurus Unit Ahli Pertubuhan Peladang yang mempunyai tujuan dan menjalankan kegiatan.
10.2 TUJUAN PENUBUHAN KUMPULAN PELADANGNITA
i. Menggalakkan lebih ramai peladang wanita menjadi ahli PPK dan bergiat secara aktif dalam aktiviti serta perkhidmatan yang diberikan oleh PPK;
ii. Meningkatkan ekonomi dan kualiti keluarga selaras dengan Dasar Pembangunan Wanita Negara;
iii. Memupuk, melatih dan melahirkan kepimpinan di kalangan ahli peladang wanita PPK;
iv. Melatih dan menggalakkan ahli peladang wanita bergerak secara berkumpulan;
v. Memberi peluang kepada ahli peladang wanita bertukar-tukar fikiran, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan kesejahteraan keluarga;
vi. Memberi peluang kepada ahli peladang wanita mengambil bahagian secara aktif dalam merancang program kemajuan masyarakat peladang di semua peringkat; dan
vii. Memberi dan menerima latihan melalui program bimbingan yang disediakan oleh PP/MADA/Jabatan/Agensi Kerajaan/Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) kepada ahli peladang wanita dalam aspek-aspek pendidikan dan keusahawanan.
10.3 KEGIATAN - KEGIATAN KUMPULAN PELADANGNITA
i. Penambahan ahli dan saham.
ii. Meningkatkan pendapatan ahli melalui projek-projek ekonomi seperti
tanaman, ternakan, akuakultur, industri asas tani, perkhidmatan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan;
iii. Memupuk kesejahteraan keluarga dan masyarakat setempat melalui kegiatan seperti pembangunan keluarga dan persekitaran, kelas bimbingan, tadika, gotong-royong, hari ladang, kebudayaan dan sukan, kerja-kerja kebajikan dan sosial dan aktiviti-aktiviti yang sesuai.
iv. Pembelajaran melalui kegiatan-kegiatan seperti kesihatan keluarga dan pemakanan seimbang, pendidikan, pengembangan dan pembangunan anak-anak, pendidikan kerohanian, belanjawan keluarga, ekonomi rumah tangga dan kegiatan lain yang sesuai.
PROGRAM ZIARAH KASIH (KPN) PPK MADA KANGKONG DI UNIT KG. JAWA
PADA 08 DISEMBER 2020
PROGRAM JALINAN KASIH PELADANG BERSAMA PPK DAN SYARIKAT FAIZAH
SDN BHD DAN BUBUR ASYURA KPN PPK MADA A1 ARAU
PADA 30 SEPTEMBER 2020
BERSAMA KETUA-KETUA KPN UNIT PPK D-IV PERMATANG BULOH PROGRAM "ZIARAH
KASIH" KE RUMAH KETUA PELADANGNITA UNIT KG. BAHAGIA
PADA 12 MAC 2020
DEMONSTRASI GUBAHAN BUAH-BUAHAN ANJURAN BIRO KUMPULAN PELADANG
NITA (KPN) BERTEMPAT DI PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG PELADANG
PROGRAM RAMAH MESRA KPM & KPN PPK A-II KODIANG BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT DI TAMAN REKREASI GUA KERBAU KG. KODIANG LAMA
PROGRAM BERSAMA KPN PPK B-II SANGLANG DEMO PENGHASILAN KUAH YONGTAUFU
TEKNOLOGI TERKINI YANG BOLEH DISYORKAN PENGGUNAANNYA KEPADA
ORANG AWAM
➢ Tatacara permohonan menjadi anggota PPK melalui borang permohonan (manual)
dan secara online (Sistem Pklik) ↓
➢ Link pklik – PELADANG KLIK (lpp.gov.my) @ http://www.pklik.lpp.gov.my/v1/public/home
Top Related