cdcw

2
PENDAHULUAN Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran yang getir dalam usaha menyediakan sistem pendidikan berkualiti. Perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi mapan bergantung pada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat dan berkesan, serta signifikan kepada keperluan negara. Rakyat Malaysia juga menuntut supaya pelaksanaan inisiatif yang dirancang oleh Kerajaan adalah tekal, berkesan dan berjaya memenuhi hasrat semua pihak. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mewujudkan kerjasama antara pihak berkepentingan melibatkan murid, guru, pemimpin sekolah, pegawai Kementerian serta pihak awam untuk menghadapi cabaran ini dengan pendekatan dan strategi baharu yang lebih kreatif dan inovatif. Berdasarkan penyelidikan dan penilaian yang mendalam dan menyeluruh terhadap sistem pendidikan semasa di Malaysia, pelibatan awam dan rundingan dengan pelbagai kumpulan berkepentingan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelan ini berhasrat merintis peluang yang lebih luas ke arah keberhasilan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berdaya saing. Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Untuk itu, proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan negara. Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara

description

huk6

Transcript of cdcw

PENDAHULUAN

Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran yang getir dalam usaha

menyediakan sistem pendidikan berkualiti. Perkembangan sosiobudaya yang sihat

dan pembangunan ekonomi mapan bergantung pada keupayaan menambah baik

keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat dan berkesan, serta signifikan

kepada keperluan negara. Rakyat Malaysia juga menuntut supaya pelaksanaan

inisiatif yang dirancang oleh Kerajaan adalah tekal, berkesan dan berjaya memenuhi

hasrat semua pihak. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mewujudkan

kerjasama antara pihak berkepentingan melibatkan murid, guru, pemimpin sekolah,

pegawai Kementerian serta pihak awam untuk menghadapi cabaran ini dengan

pendekatan dan strategi baharu yang lebih kreatif dan inovatif.

Berdasarkan penyelidikan dan penilaian yang mendalam dan menyeluruh

terhadap sistem pendidikan semasa di Malaysia, pelibatan awam dan rundingan

dengan pelbagai kumpulan berkepentingan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

telah menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelan ini berhasrat

merintis peluang yang lebih luas ke arah keberhasilan rakyat yang berpendidikan

tinggi dan berdaya saing.

Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan

pembangunan sesebuah negara. Untuk itu, proses pembelajaran dan pengajaran

yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan

negara. Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung

pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka

tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat

berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran

negara.

Pendidikan juga merupakan asas pembentukan negara bangsa yang bersatu

padu. Melalui pendidikan, individu berpeluang meningkatkan kualiti hidup, menjadi

ahli masyarakat yang berjaya serta aktif menyumbang kepada pembangunan

negara. Pendidikan juga menyumbang kepada penghayatan nilai dan perkongsian

aspirasi apabila individu dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik

berinteraksi serta belajar memahami dan menerima perbezaan. Nilai dan

pengalaman yang dikongsi akan mengukuhkan lagi perpaduan dan membentuk satu

identiti nasional. Oleh yang demikian, sistem pendidikan negara mesti berupaya

melahirkan generasi yang mempunyai matlamat dan impian yang sama ke arah

pembangunan negara Malaysia yang lebih maju pada masa depan.