ceramah.doc

9
‘KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT’ Yang Berusaha Guru Besar, Yang dihormati Penolong kanan Cikgu Mohamad Zain bin Samin, Penolong kanan Hem Hjh Nur Ainn binti amit. Penolong kanan kokurikulum Cikgu Gemma Ata Lawrence, dan rakan- rakan guru yang saya hormati sekalian Pada hari ini saya akan membicarakan suatu tajuk yang saya kira suatu yang penting untuk diamalkan dalam kehidupan kita seharian iaitu ‘Kepentingan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat’. Rakan-rakan guru dan murid-murid sekalian, Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Hal ini demikian, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif

Transcript of ceramah.doc

KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Yang Berusaha Guru Besar, Yang dihormati Penolong kanan Cikgu Mohamad Zain bin Samin, Penolong kanan Hem Hjh Nur Ainn binti amit. Penolong kanan kokurikulum Cikgu Gemma Ata Lawrence, dan rakan- rakan guru yang saya hormati sekalianPada hari ini saya akan membicarakan suatu tajuk yang saya kira suatu yang penting untuk diamalkan dalam kehidupan kita seharian iaitu Kepentingan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat.Rakan-rakan guru dan murid-murid sekalian,

Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Hal ini demikian, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibaratmenyediakanpayung sebelum hujan,iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras denganmatlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti Negara.

Terdapat beberapa elemen utama bagi amalan hidup sihat. Pertama, makan secara sihat. Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang mengikut hierarki piramid makanan. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Pelbagaikan Jenis Makanan

Diet pemakanan yang sihat memerlukan pengambilan jenis makanan yang pelbagai. Makan pelbagai makanan yang berkhasiat mengikut pengambilan yang disarankan. Amalkan diet seimbang dan pelbagai yang merangkumi kelima-lima kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Ini memang telah diakui oleh badan-badan kesihatan di seluruh dunia. Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. (Panduan Menjaga Kesihatan: Berita Harian 2009).

Sumber foto: Pusat Maklumat Pemakanan Kementerian Kesihatan MalaysiaMakan banyak sayur dan buah

Seharusnya setiap individu disyorkan mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari untuk melindungi diri daripada pelbagai penyakit kronik. Nikmatilah buah dan sayur yang berlainan pada setiap hidangan. Makanlah sayur mentah yang sudah dibersihkan seolah-olah memakan makanan ringan. Bezanya makanan ringan mempunyai kandungan garam dan lemak yang tinggi. Bila memasak sayuran, pastikan sayuran itu tidak dimasak terlalu lama. Ini untuk mengelakkan sayur itu kehilangan vitamin penting yang diperlukan oleh kita. Sayuran dan buahan kering atau di dalam tin juga boleh dimakan asalkan tidak mempunyai kandungan garam dan gula berlebihan. Memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membekalkan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bagi menjauhi pelbagai jenis penyakit. Contoh zat yang diperlukan adalah vitamin A, B, dan C. Anda mungkin tidak menggemarinya, tetapi latihlah diri agar mangamalkan pengambilan sayuran dan buahan setiap hari kerana kita perlu sedar bahawa khasiat dan kebaikannya amat besar kepada tubuh badan kita. Anda juga perlu faham setiap buah dan sayur yang berwarna itu mempunyai khasiat tertentu di sebalik warnanya. Buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna yang berbeza, mempunyai kombinasi nutrien dan bahan fitokimia dengan manafaat kesihatan yang berlainan. Semakin banyak warna yang ada dalam setiap hidangan, semakin banyak ciri-ciri pemakanan yang baik untuk kesihatan.

Sayur-sayuran dan buah-buahan

Kurangkan Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak

Pilih minyak sayur yang cair seperti minyak jagung, minyak zaitun, minyak soya, minyak bunga matahari daripada menggunakan lemak haiwan atau minyak yang tinggi kandungan. Jika ingin makan daging, ambil daging yang putih seperti daging ayam dan itik yang telah dibuang lemaknya ataupun ikan yang rendah kadar lemaknya berbanding daging merah. Kurangkan kadar pengambilan susu berlemak dan keluaran tenusu yang terlalu banyak. Elakkan mengambil makanan yang talah diproses , dibakar atau dikeringkan yang mengandungi asid-asid berlemak tinggi dari perindustrian. Pengambilan makanan seperti ini dalam kadar yang berlebihan boleh menyebabkan aras kolestrol dalam darah meningkat. Menurut Bahagian Pendidikan Kesihatan (KKM) dalam Panduan Pemakanan Malaysia melalui laman webnya www.infosihat.gov menyatakan :

Pengambilan lemak secara berlebihan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan

Pengambilan lemak tepu secara berterusan terutamanya daripada sumber haiwan boleh meningkatkan kandungan kolestrol darah dan juga meningkatkan pembekuan lemak dalam saluran darah. Ini boleh menyebabkan serangan sakit jantung.

Kurangkan pengambilan garam dan gula

Masak dan sediakan makanan dengan kadar garam yang sesuai. Elakkan pengambilan makanan yang mempunyai kadar garam yang tinggi. Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil langsung makanan seperti ini. Namun, perlu kita mengehadkan pengambilan makanan seperti ini. Minuman ringan atau minuman buahan yang banyak kandungan gulanya juga tidak baik untuk diet pemakanan yang sihat. Kita sudah sedia maklum bahawa pengambilan makanan yang terlalu tinggi garam atau gula boleh mengundang penyakit-penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Penyakit darah tinggi yang berkekalan pula boleh mengundang komplikasi seperti serangan jantung, angin ahmar, kegagalan jantung dan kerosakan buah pinggang. Manakala bagi pesakit kencing manis pula mereka menerima kesan yang serius seperti kegagaln buah pinggang, serangan jantung, kebutaan iaitu masalah pada katarak mata, koma, angin ahmar, sakit saraf atau mati pucuk, dan gangrene yang bermaksud anggota tubuh mati atau membusuk. Apa yang paling penting anda perlu kurangkan pengambilan garam dan gula untuk mengelakkan obesiti atau kegemukan melampau. Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Wan Iryani Wan Ismail (2010) berkata, isu obesiti ini telah membuka mata banyak pihak bermula daripada ibu bapa sehingga pihak kerajaan kerana menyedari bahaya yang bakal timbul daripada obesiti kepada individu dan masyarakat. Menurut beliau, masalah obesiti atau kegemukan ini mampu untuk diatasi jika masyarakat menyedari puncanya dan seterusnya melatih kanak-kanak seawal di bangku sekolah untuk mengamalkan gaya hidup serta pengambilan makanan yang sihat. Selain itu katanya, "Antara faktor utama yang dikenal pasti menjadi penyumbang kepada masalah ini ialah pengambilan diet yang tidak seimbang seperti makanan yang tinggi kandungan lemak, garam dan gula serta rendah kandungan zat mineral, vitamin dan nutrisi penting untuk tubuh seperti vitamin A, D, C dan kalsium. Daripada nasihat yang diberi oleh pakar, sewajarnya kita yang menentukan dan mengawal pemakanan kita untuk kesihatan yang lebih baik.

Antara makanan yang mempunyai kandungan gula, garam dan lemak yang tinggi.Rakan-rakan guru dan murid-murid sekalian,

Kedua, amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Iaitu malakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal yang mengeluarkan peluh. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dalam badan dan membakar lemak yang berlebihan dalam badan serta menyingkirkan toksin dari badan apabila badan menjalankan proses membakar lemak dan mengeluarkan peluh melalui aktiviti-aktiviti berbentuk fizikal. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas keranaotak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas. Maka, amat wajar bagi setiap orang daripada kita, terutamanya murid-murid sekelian untuk selalu bergiat aktif dalam aktiviti bersukan yang bukan sahaja dapat menyihatkan dan mencergas tubuh badan, malahan juga dapat mencerdaskan minda untuk peningkatan dalam pelajaran dan seterusnya masa depan. Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklahsudah terhantuk baru nak tengadah.

Akhirnya, ingin saya tegaskan di sini bahawa amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk menjamin kebahagiaan hidup. Jadi, setiap individu perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk kekal hidup dengan bahagia kerana kesihatan melambangkan kebahagiaan. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasamaiaitu,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Sekian, terima kasih.