Cerita 3 Tiga Biji Padi

7
TIGA BIJI PADI Di pinggir sebuah hutan, tinggal tiga ekor ayam betina. Mereka hidup aman dan ba Selama mereka hidup di situ, tidaklah mereka pernah berselisih faham. Mereka bekerjasama antara satu dengan lain. Kalau salah seekor daripada mereka kekurangan makanan, mereka tidak pernah kedekut untuk memberi makanan. Jikalau salah seekor pula jatuh sakit, mereka aka tolong menjaganya serta pergi mencari makanan. Pendek kata, mereka tidak pernah saling mementingkan diri. Setiap pagi, mereka akan bersama-sama keluar pergi mencari makanan. Mereka pergi mencari makanan di merata-rata tempat. Mereka pergi mencari makanan di tepi kampung, di tengah saah, di tepi paya, dan di tepi tali air. !pabila petang, barulah mereka pulang ke tempat tinggal mereka semula. Suatu hari, salah seekor daripada mereka berkata, "#ahai sahabatku, aku terfi bahaa alangkah baiknya, jikalau kita mempunyai anak masing-masing$" Dua ekor ayam yang lain terkejut apabila mendengar kata-kata ayam pertama itu. %amun, mereka sangat gembira mendengar cadangan itu "&a, aku pun berfikiran demikian juga$" ujar ayam kedua. "Jikalau kita mempun ramai anak, tentulah hidup kita tidak akan kesunyian lagi." "&a, aku sendiri sudah berasa tidak sabar lagi untuk memiliki anak yang ramai sampuk ayam ketiga pula. "'esok-besok, kalau kita sudah tua, anak-anak kita bole menjaga kita." Mulai hari itu, mereka bersetuju untuk bertelur dan mengeram. (idak beberapa lama kemudian, ayam pertama itu pun mulai bertelur. !langkah gembira hatinya. "!ku sudah bertelur$ !ku sudah bertelur$" !yam pertama menjerit kegembiraan. !yam kedua dan ketiga terkejut mendengar kata-kata ayam pertama itu. %amun, mereka turut berasa gembira. "'erapa biji" tanya ayam kedua. "Sebiji saja$" jaab ayam pertama.

description

cerita

Transcript of Cerita 3 Tiga Biji Padi

TIGA BIJI PADI

TIGA BIJI PADI

Di pinggir sebuah hutan, tinggal tiga ekor ayam betina. Mereka hidup aman dan bahagia.

Selama mereka hidup di situ, tidaklah mereka pernah berselisih faham. Mereka saling bekerjasama antara satu dengan lain.

Kalau salah seekor daripada mereka kekurangan makanan, mereka tidak pernah kedekut untuk memberi makanan. Jikalau salah seekor pula jatuh sakit, mereka akan tolong menjaganya serta pergi mencari makanan.

Pendek kata, mereka tidak pernah saling mementingkan diri.

Setiap pagi, mereka akan bersama-sama keluar pergi mencari makanan.

Mereka pergi mencari makanan di merata-rata tempat. Mereka pergi mencari makanan di tepi kampung, di tengah sawah, di tepi paya, dan di tepi tali air.

Apabila petang, barulah mereka pulang ke tempat tinggal mereka semula.

Suatu hari, salah seekor daripada mereka berkata, "Wahai sahabatku, aku terfikir bahawa alangkah baiknya, jikalau kita mempunyai anak masing-masing!"

Dua ekor ayam yang lain terkejut apabila mendengar kata-kata ayam pertama itu. Namun, mereka sangat gembira mendengar cadangan itu

"Ya, aku pun berfikiran demikian juga!" ujar ayam kedua. "Jikalau kita mempunyai ramai anak, tentulah hidup kita tidak akan kesunyian lagi."

"Ya, aku sendiri sudah berasa tidak sabar lagi untuk memiliki anak yang ramai!" sampuk ayam ketiga pula. "Besok-besok, kalau kita sudah tua, anak-anak kita boleh menjaga kita."

Mulai hari itu, mereka bersetuju untuk bertelur dan mengeram.

Tidak beberapa lama kemudian, ayam pertama itu pun mulai bertelur. Alangkah gembira hatinya. "Aku sudah bertelur! Aku sudah bertelur!" Ayam pertama menjerit-jerit kegembiraan.

Ayam kedua dan ketiga terkejut mendengar kata-kata ayam pertama itu. Namun, mereka turut berasa gembira.

"Berapa biji" tanya ayam kedua.

"Sebiji saja!" jawab ayam pertama.

Ayam ketiga tergelak. Namun, ayam ketiga berkata kepada ayam pertama, "Besok bertelurlah lagi. Lama-lama banyaklah telur engkau."

"Ya, lama-lama banyaklah telurku nanti!" ujar ayam pertama. Ayam pertama benar-benar berasa sudah tidak sabar lagi untuk mengeramkan telurnya. Ayam pertama sangat berharap akanmempunyai anak yang ramai.

Keesokan harinya, ayam kedua pula bertelur. Ayam kedua menjerit-jerit kegembiraan, "Aku juga sudah bertelur! Aku juga sudah bertelur!"

Ayam pertama dan ketiga turut berasa gembira mendengar berita itu.

"Berapa biji engkau bertelur?" ayam pertama bertanya.

"Satu biji saja!" jawab ayam kedua.

"Bertelurlah lagi!" sampuk ayam ketiga.

Keesokan harinya pula, tibalah giliran ayam ketiga bertelur. Ayam ketiga juga turut berasa gembira. Ayam ketiga melaung-laung memberitahu ayam pertama dan kedua, "Aku sudah bertelur satu biji! Aku sudah bertelur satu biji!"

yam pertama pula menjerit, "Aku sudah bertelur tiga biji." Diikuti pula oleh ayam kedua, "Aku sudah bertelur dua biji."

Mulai hari itu, mereka bertelur setiap hari. Gembiralah hati mereka kerana kini sudah berjaya memiliki banyak telur.

"Aku sudah ada sepuluh biji telur," ayam pertama memberitahu.

"Aku sudah ada sembilan biji telur," kata ayam kedua pula.

"Aku sudah mempunyai lapan biji telur," ujar ayam ketiga.

Oleh sebab mereka sudah mempunyai banyak telur, mereka bersetuju untuk mengeram telur masing-masing.

Bertungkus-lumuslah mereka mengeram telur itu. Hari berganti hari, mereka tidak keluar mencari makanan. Walaupun perut mereka lapar, namun mereka tetap sabar mengeram.

Jika mereka keluar mencari makanan di tempat yang jauh, tentulah mengambil masa yang lama. Jika telur mereka tidak menetas, tentulah sia-sia saja usaha mereka itu.

"Aku berasa sudah tersangat lapar," kata ayam ketiga dengan suara terketar-ketar. Badannya sudah lemah lesu.

"Aku juga..." ujar ayam kedua dalam keadaan lemah lesu.

Tetapi ayam pertama segera menyampuk, "Bersabarlah! Tidak lama lagi anak-anak kita akan menetas."

Terpaksalah ayam kedua dan ketiga menguatkan semangat untuk tabahkan hati. Walaupun tersangat lapar, mereka terpaksa bersabar.

Tidak lama selepas itu, semua telur itu sudah menetas. Ketiga-tiga ekor ayam itu sangat gembira. Masing-masing menjerit, "Aku sudah dapat anak! Aku sudah dapat anak!"

Mereka benar-benar sangat gembira. Anak mereka cantik-cantik belaka. Mereka menjaga anak-anak mereka dengan baik.

Pada suatu hari, ayam pertama memberitahu kepada kedua-dua sahabatnya. "Aku ingin memberikan suatu cadangan," katanya.

"Apakah cadanganmu itu?" ayam kedua ingin tahu.

"Pada fikiranku, lebih baik kita menanam padi," jawab ayam pertama.

"Mengapa pula kita harus menanam padi?" ayam kedua dan ketiga berasa hairan.

Ayam pertama lalu menjawab, "Kadang-kadang ada berlaku musim kemarau. Kalau berlaku musim kemarau, kita tidak dapat makan padi. Sekarang kita sudah ada anak. Anak kita ramai. Oleh sebab itu, lebih baiklah kita menanam padi. Apabila padi sudah masak, kita boleh menyimpannya."

Termenunglah ayam kedua dan ketiga mendengar cadangan itu.

"Ya, aku bersetuju!" ujar ayam kedua.

"Aku pun bersetuju juga. Cadangan itu sangat baik," sampuk ayam ketiga pula.

"Jikalau berlaku musim kemarau, kita tidak akan keputusan makanan. Anak-anak kita tidak akan mati kebuluran," tambah ayam pertama lagi.

Oleh yang demikian, mereka pergi mencari padi. Masing-masing membawa pulang sebiji padi. Mereka menyimpan padi itu untuk dijadikan benih. Kelak apabila tiba musim orang menanam padi, mereka akan turut menanam padi itu.

"Sebiji padi, kalau tumbuh, mempunyai banyak tangkai. Setiap tangkai mempunyai banyak padi pula,"jelas ayam pertama.

"Ya, kami tahu!" sahut ayam kedua dan ketiga.

Mereka menyimpan padi itu di bawah tempurung. Dengan cara itu, tikus hutan tidak akan dapat mencuri padi mereka.

Pada malam itu, salah seekor anak ayam pertama berasa tersangat lapar.

"Ibu, saya ingin makan," anak ayam itu memberitahu.

"Tunggulah esok pagi. Kita akan pergi mencari makanan," kata ayam pertama kepada anaknya itu.

Tetapi anaknya menjawab lagi, "Saya tidak mahu menunggu pagi esok. Saya tersangat lapar. Saya mahu makan sekarang."

"Tidak boleh! Malam-malam begini, kita tidak boleh pergi mencari makanan. Nanti kita akan dimakan oleh musang," ayam pertama itu memberi nasihat.

"Saya mahu makan. Saya lapar," anaknya mulai menangis.

Ayam pertama cuba berfikir. Ayam pertama tidak mahu anak-anaknya menangis di tengah-tengah malam buta itu. Ayam pertama bimbang suara anaknya itu akan didengar oleh musang.

"Baiklah! Jangan menangis! Ibu pergi mendapatkan sekarang," ayam pertama memberitahu anaknya.

Dengan perlahan-lahan, ayam pertama keluar dari sarangnya. Ayam pertama pergi ke tempat menyimpan padi tadi. "Tidak mengapalah, kalau aku hanya mengambil sebiji padi. Kalau kuambil satu, masih ada dua biji padi lagi," fikirnya. Ayam pertama pun segera mengangkat tempurung itu dan terus mengambil padi tersebut.

Cepat-cepat ayam pertama pulang ke sarangnya kerana takut terserempak dengan musang. Ayam pertama memberi anaknya makan. Terdiamlah anaknya, tidak menangis lagi, apabila dapat makan sebiji padi.

Tidak lama kemudian, terdengar pula suara salah seekor anak ayam kedua menangis.

"Ibu! Perut saya sakit. Saya terasa lapar," anak ayam itu memberitahu ibunya.

Ayam kedua lalu menasihati anaknya, "Bersabarlah, nak! Kita tunggu sahaja esok pagi."

Tetapi anaknya berkata lagi,"Saya tidak mahu tunggu pagi esok. Saya mahu makan sekarang. Perut saya sudah sakit."

"Bersabarlah!" ayam kedua masih cuba memujuk anaknya.

Tetapi pujukan itu sia-sia saja. Anaknya menangis dengan sekuat-kuatnya. Ayam kedua tersangat bimbang, kalau-kalau suara tangisan anaknya di tengah-tengah malam buta itu akan didengar oleh musang.

"Baiklah! Ibu pergi mendapatkan makanan sekarang. Jangan menangis lagi!" ayam kedua memberitahu anaknya.

Tanpa berlengah lagi, ayam kedua itu terus keluar dari sarangnya. Ayam kedua memang teringat akan padi yang disimpan di bawah tempurung itu. Dengan bersusah payah di tengah-tengah malam itu, ayam kedua terus pergi ke tempat itu.

"Tidak mengapalah, kalau aku hanya mengambil sebiji padi, masih ada dua biji padi lagi untuk ditanam," fikirnya dalam hati.

Setelah mendapatkan padi itu, ayam kedua terus bergegas pulang ke sarangnya. Ayam kedua takut terserempak dengan musang. Padi itu disuapkan ke mulut anaknya. Anaknya tidak menangis lagi.

Sejurus selepas itu, salah seekor anak ayam ketiga pula menangis.

"Ibu! Saya lapar. Tadi saya tidak cukup makan," anak ayam itu memberitahu ibunya.

"Lain kali jangan asyik tidur. Makan sampai kenyang," ayam ketiga menasihati anaknya itu.

"Tetapi saya mahu makan sekarang. Saya berasa sangat lapar," jawab anaknya.

"Tidak boleh! Tunggu esok pagi sahaja," ayam ketiga memarahi anaknya.

"Saya tidak mahu tunggu. Saya mahu makan sekarang. Saya sangat lapar," anaknya terus menangis.

Ayam ketiga tidak mempunyai pilihan lain lagi. Ayam ketiga terpaksa memenuhi permintaan anaknya itu. Kalau tangisan anaknya itu didengar oleh musang, tentulah nahas mereka semua dimakan musang.

"Baiklah! Jangan menangis lagi. Ibu pergi mengambil makanan sekarang," ayam ketiga memujuk anaknya.

Tanpa berlengah lagi, ayam ketiga terus pergi ke tempat tempurung itu. Ayam ketiga terus mengambil padi yang tersimpan di situ. "Kalau aku hanya mengambil sebiji padi, masih ada dua biji padi lagi untuk ditanam," fikirnya dalam hati.

Selepas itu ayam ketiga terus berlari pulang kerana takut terserempak dengan musang.

Keesokannya, hari pun cerah. Seperti biasa, mereka membawaanak masing-masing pergi mencari makanan. Mereka hanya mencari makanan di kawasan yang berdekatan dengan sarang mereka sahaja. Mereka tidak berani pergi jauh kerana anak-anak mereka masih kecil lagi.

Suatu hari, ayam pertama memanggil ayam kedua dan ketiga. Mereka berkumpul.

"Hari ini aku melihat orang mulai menanam padi. Musim menanam padi sudah tiba. Marilah kita pergi menanam padi kita," kata ayam pertama.

Mereka lalu pergi ke tempat padi itu disimpan. Mereka mengangkat tempurung itu. Tetapi alangkah terkejutnya mereka kerana mendapati tiada sebiji padi pun lagi.

"Mungkin semua padi kita sudah dicuri oleh tikus hutan," kata ayam pertama.

"Tidak mungkin," ujar ayam kedua.

"Ya, tidak mungkin padi kita dapat dicuri oleh tikus hutan!" sampuk ayam ketiga pula.

Mereka semua terdiam, malah saling berpandangan. Ayam pertama lalu menceritakan kisahnya. "Aku hanya mengambil sebiji padi sahaja," ayam pertama memberitahu dengan jujur.

"Tetapi aku berasa sungguh hairan. Bagaimanakah pula semua padi itu boleh hilang?" tanya ayam pertama.

Mahu tidak mahu, terpaksalah ayam kedua dan ketiga turut mengakui perbuatan mereka. Masing-masing menceritakan kisah sebenar.

"Oh, patutlah semua padi itu sudah hilang!" ujar ayam pertama.

Mereka berasa sungguh malu terhadap diri mereka sendiri atas perbuatan itu. Mereka juga turut berasa menyesal.

Namun, apakah faedahnya lagi? Padi simpanan mereka sudah tiada lagi. Mereka tidak dapat menanam padi. Cita-cita mereka tidak kesampaian.

"Mudah-mudahan tahun ini tidak berlaku kemarau panjang. Kalau ada rezeki, tahun hadapan kita akan cuba lagi untuk menanam padi," ujar ayam pertama. Ayam kedua dan ketiga mengangguk-angguk tanda mengerti.

Mereka harus menunggu setahun lagi.

Sesungguhnya sikap amanah, jujur, dan bertanggungjawab adalah sangat penting. Tanpa sikap tersebut, sesuatu pekerjaan yang dilakukan pasti akan menjadi rosak binasa. Akhirnya akan membawa kerugian pada diri sendiri.

SEKIAN , TERIMA KASIH.