cerita kanak-kanak

3
Berkawan Biar Seribu Di dalam sebuah hutan, tinggallah binatang-binatang yang hidup bermuafakat di antara satu sama lain. Mereka saling tolong menolong dan sentiasa hidup di dalam keadaan yang aman damai. Pada suatu hari, tupai ingin mengadakan majlis harijadi di rumahnya. Beberapa hari sebelum itu ia telah sibuk melakukan persiapan untuk meraikan ulangtahunnya itu. Kad-kad jemputan juga telah diedarkan kepada seluruh isi hutan. Lagipun si tupai itu sudah rindu untuk berjumpa dengan rakan-rakannya untuk bertukar-tukar pendapat. Bila tiba harinya, tupai kelihatan sibuk membersihkan halaman rumahnya dan menyusun kerusi meja. Disapunya daun-daun kering yang berselerakan di halaman rumahnya dan dibakar semua sampah sarap yang ada. Setelah puas hati semuanya bersih si tupai berkata di dalam hatinya. "Sekarang semuanya sudah bersih, dan sekarang aku akan menyiapkan hidangan untuk para tetamu pula." Dengan berhati-hati dibantu oleh keluarganya, tupai mengeluarkan hidangan dan meletakkannya di atas meja. Bermacam-macam jenis kuih telah disediakan. Tanpa disedari oleh tupai di dalam ia sibuk menghidangkan makanan di halaman rumah, ada sepasang mata sedang mengintainya dari atas pokok. Setiap kali tupai membawa makanan dari dapur, setiap kali itulah monyet yang di atas pokok itu gelisah. Sebenarnya monyet itu memang terkenal dengan sikapnya yang tidak suka bergaul dan suka pula mencuri. Monyet menunggu peluang sehingga tupai siap menghidang makanan. Apabila saja tupai masuk ke dalam rumahnya, monyet cepat-cepat turun dari pokok tempat persembunyiannya. Kemudian dengan cepatnya dia mencuri makanan yang ada di atas meja dan lari semula di belakang pokok melihat bagaimanakah reaksi tupai seterusnya. Namun si monyet itu tidak menyedari yang tupai sedang melihatnyadari dalam rumah. "Oh si monyet rupanya yang mencuri makananku. Nanti, tahulah aku bagaimana mengajar ia," kata tupai di dalam hati. Dengan tidak membuang masa, tupai mengambil alat penyembur dan menyembur makanannya satu persatu. Sambil bersiul-siul tupai, ia melirik pandang ke arah tempat persembunyian monyet. Monyet terkejut besar. "Apalah agaknya yang disemburkan oleh tupai? Sudah tentu dia menyemburkan racun. Tentunya makanan aku sudah dicampurkan dengan racun. Aku tidak bodoh. Aku tidak mahu mati kerana si tupai," kata monyet tegas. Monyet terus membuang makanan-makanan yang masih ada di tangannya. "Mujur aku tidak sempat makan. Dengan tergesa-gesa monyet meninggalkan tempat itu. "Baguslah sekarang monyet telah pergi, tentu ia marah kalau tahu yang aku hanya menyembur air biasa," kata tupai tersenyum puas. Tupai merasa amat gembira kerana hari ini ia berjaya mengenakan monyet. Sambil tersenyum ia menanti kedatangan para tetamunya.Tidak lama selepas itu, kelihatan kawan-kawan tupai datang membawa hadiah untuk tupai. Apabila semuanya telah berkumpul, masing-masing sibuk bertanyakan hal si monyet. Tupai menceritakan segalanya pada kawan-kawannya. Mereka tertawa mendengar cerita si monyet ditipu. Gajah yang sedang sibuk makan berkata, "biarkan dia tahu bagaimana seksanya hidup tanpa kawan-kawan dan sering ditipu begini. " Tiba-tiba mereka melihat monyet datang dengan wajah yang muram.la terus mendapatkan tupai dan meminta maaf kepada tupai kerana mencuri makanan. Begitu'juga dengan kawan-kawannya yang lain. Monyet berjanji untuk tidak mencuri lagi dan tidak akan mengasingkan diri dari kawan-kawan yang lain. Semenjak dari itu si monyet menjadi kawan yang paling baik dan sering membuat kawan-kawan yang lain terhibur dengan telatahnya yang suka berjenaka.

Transcript of cerita kanak-kanak

Page 1: cerita kanak-kanak

Berkawan Biar SeribuDi dalam sebuah hutan, tinggallah binatang-binatang yang hidup bermuafakat di antara satu sama lain. Mereka saling tolong menolong dan sentiasa hidup di dalam keadaan yang aman damai.

Pada suatu hari, tupai ingin mengadakan majlis harijadi di rumahnya. Beberapa hari sebelum itu ia telah sibuk melakukan persiapan untuk meraikan ulangtahunnya itu. Kad-kad jemputan juga telah diedarkan kepada seluruh isi hutan. Lagipun si tupai itu sudah rindu untuk berjumpa dengan rakan-rakannya untuk bertukar-tukar pendapat.

Bila tiba harinya, tupai kelihatan sibuk membersihkan halaman rumahnya dan menyusun kerusi meja. Disapunya daun-daun kering yang berselerakan di halaman rumahnya dan dibakar semua sampah sarap yang ada. Setelah puas hati semuanya bersih si tupai berkata di dalam hatinya. "Sekarang semuanya sudah bersih, dan sekarang aku akan menyiapkan hidangan untuk para tetamu pula." Dengan berhati-hati dibantu oleh keluarganya, tupai mengeluarkan hidangan dan meletakkannya di atas meja. Bermacam-macam jenis kuih telah disediakan. Tanpa disedari oleh tupai di dalam ia sibuk menghidangkan makanan di halaman rumah, ada sepasang mata sedang mengintainya dari atas pokok. Setiap kali tupai membawa makanan dari dapur, setiap kali itulah monyet yang di atas pokok itu gelisah.

Sebenarnya monyet itu memang terkenal dengan sikapnya yang tidak suka bergaul dan suka pula mencuri. Monyet menunggu peluang sehingga tupai siap menghidang makanan. Apabila saja tupai masuk ke dalam rumahnya, monyet cepat-cepat turun dari pokok tempat persembunyiannya. Kemudian dengan cepatnya dia mencuri makanan yang ada di atas meja dan lari semula di belakang pokok melihat bagaimanakah reaksi tupai seterusnya.

Namun si monyet itu tidak menyedari yang tupai sedang melihatnyadari dalam rumah. "Oh si monyet rupanya yang mencuri makananku. Nanti, tahulah aku bagaimana mengajar ia," kata tupai di dalam hati. Dengan tidak membuang masa, tupai mengambil alat penyembur dan menyembur makanannya satu persatu. Sambil bersiul-siul tupai, ia melirik pandang ke arah tempat persembunyian monyet. Monyet terkejut besar. "Apalah agaknya yang disemburkan oleh tupai? Sudah tentu dia menyemburkan racun. Tentunya makanan aku sudah dicampurkan dengan racun. Aku tidak bodoh. Aku tidak mahu mati kerana si tupai," kata monyet tegas. Monyet terus membuang makanan-makanan yang masih ada di tangannya. "Mujur aku tidak sempat makan. Dengan tergesa-gesa monyet meninggalkan tempat itu. "Baguslah sekarang monyet telah pergi, tentu ia marah kalau tahu yang aku hanya menyembur air biasa," kata tupai tersenyum puas.

Tupai merasa amat gembira kerana hari ini ia berjaya mengenakan monyet. Sambil tersenyum ia menanti kedatangan para tetamunya.Tidak lama selepas itu, kelihatan kawan-kawan tupai datang membawa hadiah untuk tupai. Apabila semuanya telah berkumpul, masing-masing sibuk bertanyakan hal si monyet. Tupai menceritakan segalanya pada kawan-kawannya. Mereka tertawa mendengar cerita si monyet ditipu. Gajah yang sedang sibuk makan berkata, "biarkan dia tahu bagaimana seksanya hidup tanpa kawan-kawan dan sering ditipu begini.

" Tiba-tiba mereka melihat monyet datang dengan wajah yang muram.la terus mendapatkan tupai dan meminta maaf kepada tupai kerana mencuri makanan. Begitu'juga dengan kawan-kawannya yang lain. Monyet berjanji untuk tidak mencuri lagi dan tidak akan mengasingkan diri dari kawan-kawan yang lain. Semenjak dari itu si monyet menjadi kawan

Page 2: cerita kanak-kanak

yang paling baik dan sering membuat kawan-kawan yang lain terhibur dengan telatahnya yang suka berjenaka.

Mat Jenin

Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala.Dia sudah memetik lebih daripada lima puluh biji kelapa. Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan dengan upah memetik kelapa itu nanti akan dibelikannya dua puluh biji telur ayam kampung. Setelah memetik lima biji kelapa kering daripada pokok kelapa itu, Mat Jenin tiba-tiba terasa letih dan dia ingin berehat di atas pokok.

Mat Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh kering. Dia pun memejamkan kedua-dua belah matanya dan dia menyambung semula angan-angannya. Telur-telur ayam yang dibeli itu akan dieramkan dan setelah membiak, ayam-ayam itu akan dijual. Kemudian wangnya akan dibelikan beberapa ekor kambing dan setelah membiak cukup besar, kambing itu juga akan dijual. Wangnya akan dibelikan juga beberapa ekor lembu.

Mat Jenin tersenyum gembira kerana lembu-lembunya sudah membiak dan gemuk-gemuk belaka. Jika dijual tentu wangnya dapat dibelikan beberapa ekor kuda dan kuda itu berguna untuk dijadikan tunggangan menghalau lembu-lembu di kawasan padang rumput.

Pada suatu hari semasa Mat Jenin bersiar-siar menunggang kuda putihnya, dia ternampak puteri raja. Memang sudah lama Mat Jenin berangan-angan hendak berjumpa dengan tuan puteri. Mat Jenin sungguh gembira kerana dia dapat membawa tuan puteri menunggang kuda bersam. Tuan Puteri gembira dan meminta Mat Jenin memacukuda lebih pantas.

Mat Jenin terasa badannya terhenjut-henjut dan barulah dia merasa bagaimana sebenarnya orang menunggang kuda. Mat Jenin tidak sedar yang dia sedang terhenjut-henjut di atas pelepah nyiur. Akibat terlalu pantas, kuda Mat Jenin telah tersalah lompat lalu ia terperosok ke dalam perigi buta.

Pada masa itulah Mat Jenin membuka matanya dan dia mat terkejut kerana dirinya sedang melayang-layang di udara. Mat Jenin tidak segera buntu fikiran dan dia cuba mengimbangi badan dan duduk diam di atas pelepah nyiur yang melayang itu. Akhirnya Mat Jenin berjaya mendarat dengan kedua-dua belah kakinya tercegat. Jiran-jirannya terlopong menyaksikan peristiwa itu dan Mat Jenin hanya tersenyum serta bersyukur kepada Tuhan kerana telah selamat. “Usaha tetap jaya, tetapi angan-angan membawa celaka,” kata jirannya setelah mendengar cerita Mat Jenin.

Page 3: cerita kanak-kanak

Asal Usul Udang Galah Bongkok

Pada zaman dahulu, kononnya ada seekor udang galah. Udang galah ini

adalah haiwan yang paling besar sekali di lautan. Udang galah sangat

suka bercakap besar.

"Tiada siapa yang lebih besar daripada ku," kata Udang Galah.

Burung laut yang ada di sekitar dan di pinggir pantai terkejut dan

ketakutan menyebabkan burung laut merasa benci akan keangkuhan

Udang Galah.

"Ada yang lagi besar daripada kamu. Kalau kamu nak tahu, ikutlah

aku," kata burung laut.

Burung laut pun terbang dan Udang Galah pun mengekorinya. Mereka

sampai di laut selatan. Udang Galah keletihan di sebabkan perjalanan

yang amat jauh lalu ia mencari tempat untuk berehat. Ia ternampaksebuah gua dan segera masuk kedalam.

"Dapatlah aku berteduh," kata Udang Galah. Tiba-tiba ...

"siapa pula yang mencucuk hidungku," kata ikan paus. Udang Galah tidak

sedar ia telah masuk kedalam lubang hidung ikan paus.

"Hei! Kamu masuk ke dalam lubang hudung ku," jerit ikan paus.

Barulah sedar ia telah masuk kedalam hidung ikan paus. Rupanya ada

haiwan yang lebih besar daripadanya. Ikan paus pun bersin. Udang Galah

terlambung ke udara dan belakangnya terhempas ke batu karang.

"Aduh! Sakitnya," kata Udang Galah. Rupanya pinggangnya patah.

Semenjak itu udang Galah menjadi bongkok. Ianya tidak berani lagi

Page 4: cerita kanak-kanak

bercakap besar. Jalannya pun mengundur semenjak itu.