Child's Film as Moral Instrument Education

9
Abstrak Jurnal ini mengenai filem kanak-kanak sebagai instrumen kepada pendidikan moral untuk mereka. Berdasarkan jurnal Children s film as an instrument of moral education oleh Monique Wonderly ini,beliau mendapati bahawa kanak-kanak sudah mula mempunyai perasaan empati, kasihan, memahami dan membezakan sama ada baik atau buruk sejak kecil lagi. Monique juga menjelaskan kerasionalan teori perkembangan oleh Lawrence Kohlberg berkaitan tahap-tahap konvesional mengikut umur. Beliau menganggap bahawa kebaikan pedagogi filem kanak-kanak tidak begitu penting dalam menerapkan nilai-nilai moral kepada kanak- kanak. Terdapat 3 isi utama yang diberi penekanan oleh Monique dalam jurnal ini, iaitu pertama, sekiranya kanak-kanak diberi pendidkan moral dengan cara yang berkesan, mereka mampu untuk berfikir scara kritis tentang isu-isu etika. Kedua, nilai rohani dalam pendidikan moral dapat membantu kanak-kanak mengawal emosi mereka. Ketiga, filem kanak- kanak sebagai instrumen dalam pendidikan moral khususnya kepada pra- remaja untuk membantu mendidik mereka. Monique membuat hujahan berdasarkan ketiga-tiga isi tersebut sejurus, melihat kelemahan bagi setiap pandangan. Oleh itu, Monique telah memilih satu filem oleh produksi Disney pada tahun 2007, yang bertajuk Bridge To Terabithia untuk melihat contoh-contoh nilai dan pengajaran yang dipamerkan dalam filem tersebut. Latar belakang kajian Kajian jurnal ini berlatar belakangkan sebuah filem bertajuk Bridge To Terabithia yang dikeluarkan oleh produksi Disney dan dijadikan pilihan oleh Monique Wonderly untuk memetik contoh-contoh nilai dan pengajaran tahap pemikiran yang dipamerkan oleh kanak-kanak. Filem ini juga menekankan kawalan emosi yang boleh dirasai oleh seorang kanak- kanak yang masih belum mencapai tahap kematangan (akil baligh) serta tingkahlaku dan respon kanak-kanak tersebut terhadap masalah yang mereka alami di sekeliling mereka sama ada di sekolah, dan di rumah. Kajian ini juga menekankan terdapat kecenderungan dalam kalangan orang dewasa untuk melihat kanak-kanak sebagai tidak cekap, kurang

description

moral

Transcript of Child's Film as Moral Instrument Education

Page 1: Child's Film as Moral Instrument Education

Abstrak

Jurnal ini mengenai filem kanak-kanak sebagai instrumen kepada pendidikan moral untuk

mereka. Berdasarkan jurnal ‘Children’s film as an instrument of moral education’ oleh

Monique Wonderly ini,beliau mendapati bahawa kanak-kanak sudah mula mempunyai

perasaan empati, kasihan, memahami dan membezakan sama ada baik atau buruk sejak kecil

lagi. Monique juga menjelaskan kerasionalan teori perkembangan oleh Lawrence Kohlberg

berkaitan tahap-tahap konvesional mengikut umur. Beliau menganggap bahawa kebaikan

pedagogi filem kanak-kanak tidak begitu penting dalam menerapkan nilai-nilai moral kepada

kanak-kanak. Terdapat 3 isi utama yang diberi penekanan oleh Monique dalam jurnal ini,

iaitu pertama, sekiranya kanak-kanak diberi pendidkan moral dengan cara yang berkesan,

mereka mampu untuk berfikir scara kritis tentang isu-isu etika. Kedua, nilai rohani dalam

pendidikan moral dapat membantu kanak-kanak mengawal emosi mereka. Ketiga, filem

kanak-kanak sebagai instrumen dalam pendidikan moral khususnya kepada pra-remaja untuk

membantu mendidik mereka. Monique membuat hujahan berdasarkan ketiga-tiga isi tersebut

sejurus, melihat kelemahan bagi setiap pandangan. Oleh itu, Monique telah memilih satu

filem oleh produksi Disney pada tahun 2007, yang bertajuk ‘Bridge To Terabithia’ untuk

melihat contoh-contoh nilai dan pengajaran yang dipamerkan dalam filem tersebut.

Latar belakang kajian

Kajian jurnal ini berlatar belakangkan sebuah filem bertajuk ‘Bridge To Terabithia’ yang

dikeluarkan oleh produksi Disney dan dijadikan pilihan oleh Monique Wonderly untuk

memetik contoh-contoh nilai dan pengajaran tahap pemikiran yang dipamerkan oleh kanak-

kanak. Filem ini juga menekankan kawalan emosi yang boleh dirasai oleh seorang kanak-

kanak yang masih belum mencapai tahap kematangan (akil baligh) serta tingkahlaku dan

respon kanak-kanak tersebut terhadap masalah yang mereka alami di sekeliling mereka sama

ada di sekolah, dan di rumah. Kajian ini juga menekankan terdapat kecenderungan dalam

kalangan orang dewasa untuk melihat kanak-kanak sebagai tidak cekap, kurang memiliki

kemahiran untuk pertimbangan moral. Berdasarkan teori Lawrence Kohlberg, beliau

menganggap perkembangan pertimbangan moral mempunyai tiga peringkat, iaitu pra

konvesional, konvesional dan pos konvesional. Tahap-tahap perkembangan moral ini

Page 2: Child's Film as Moral Instrument Education

ditentukan oleh perkembangan umur seseorang dalam membuat pertimbangan moral, tingkah

laku moral dan pemikiran moral. Oleh itu, Monique membuat pemerhatiannya sendiri dan

mempertikaikan ketepatan teori Kohlberg dengan realiti sebenar pemikiran kanak-kanak

masa kini.

Objektif kajian

Objektif kajian yang diketengahkan oleh Monique Wonderly dalam jurnal beliau yang

bertajuk ‘Children’s film as an instrument of moral education’ :

Pendidikan moral yang berkesan membolehkan kanak-kanak mempunyai tahap

pemikiran yang jauh lebih matang

Mempunyai perasaan empati membantu kepada proses penaakulan moral

Menghormati perasaan orang di sekeliling dengan mengambil kepentingan mereka

bersama-sama dengan diri sendiri

Menjadikan filem kanak-kanak sebagai alat untuk menerapkan nilai-nilai moral

Guru dan ibu bapa meletakkan kanak-kanak sebagai keutamaan dalam meluahkan

emosi dan perasaan mereka

Metodologi kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pembacaan jurnal yang terkandung di

dalam buku yang bertajuk ‘Journal Of Moral Education’. Kaedah ini dilakukan dengan

pencarian jurnal di dalam internet yang berkaitan dengan pendidikan moral, memahami

keseluruhan teks kandungan, mencari isi-isi utama yang diketengahkan oleh penulis,

mengkaji filem yang dipilih oleh penulis iaitu filem kanak-kanak bertajuk ‘Bridge To

Terabithia’.

Kaedah metodologi seterusnya adalah, menonton filem yang dipilih oleh penulis

jurnal ini, iaitu Monique Wonderly. Beliau telah memilih filem ‘Bridge To Terabithia’

kerana terdapat nilai dan pengajaran yang sesuai untuk dijadikan contoh-contoh bagi

mengukuhkan lagi penyataan penulis serta pemahaman pembaca. Selain itu, membezakan

tingkah laku sebenar kanak-kanak dengan teori-teori yang dinyatakan oleh pakar tentang

perkembangan moral kanak-kanak atau pra-remaja

Page 3: Child's Film as Moral Instrument Education

Dapatan Kajian

Setelah menggunakan keadah pembacaan dan kajian terhadap jurnal ini, saya mendapati

bahawa Monique Wanderly mempertikaikan teori-teori oleh pakar psikologi moral seperti

Jean Piaget (1965) dan juga Lawrence Kohlberg (1981). Jean Piaget berpendapat bahawa

kanak-kanak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh orang dewasa atas sebab mereka

takut untuk melanggar peraturan dan mengelakkan diri daripada dihukum. Pada tahap ini

juga, mereka menganggap setiap peraturan yang ditetapkan adalah betul. Teori ini

kemudiannya dikembangkan oleh Kohlberg tetapi Kohlberg menyangkal teori tersebut

dengan mengatakan bahawa perasaan takut tersebut adalah disebabkan rasa hormat kepada

pihak yang lebih berkuasa. Piaget berhujah bahawa perbincangan mengenai etika dikekang

oleh sifat egoisme daripada mereka yang mempunyai kuasa untuk menghalang nilai moral

benar. Penyataan moral dilemma oleh Kohlberg juga terbukti dengan idea ini bahawa mereka

mengklasifikasikan kanak-kanak pra sekolah dan pelajar sekolah rendah di tahap pra

konvensional.

Selain itu, Monique juga berpendapat bahawa kanak-kanak atau pra remaja

mempunyai tahap pemikiran yang lebih terbuka berbanding pendapat teori-teori pakar

perkembangan moral ini. ‘I (Monique Wanderly) established that pre-adolescents have

philosophical capasities far beyond what theorists though’. Monique sangat memberi

penekanan bahawa sifat empati boleh dikembangkan lagi melalui cerita-cerita atau lebih

khusus lagi, filem kanak-kanak yang sarat dengan mesej tentang nilai-nilai moral dan

matlamat pendidikan moral. Hal ini demikian, kerana filem atau cerita kanak-kanak ini dapat

merangsang imaginasi moral seseorang. Menurut pendapat Caroll (2002), ahli-ahli falsafah

profesional sering membuat eksperimen dalam pemikiran dengan menggunakan naratif atau

fiksyen berkaitan alam semula jadi untuk meningkatkan pengetahuan moral mereka.

Binnendyk dan Schonert - Reichl (2002 ) menjelaskan bahawa moral dilemma yang

berlaku kepada kanak-kanak boleh mencabar mereka untuk berfikiran terbuka semasa mereka

dalam proses penaakulan moral. Perkembangan pemikiran ini berlaku apabila kanak-kanak

berhadapan dengan situasi di mana nilai-nilai tersebut bercanggah dan menentukan kawalan

emosi semasanya sama ada mampu mengatasi keadaan tersebut dengan rasional atau tidak.

Page 4: Child's Film as Moral Instrument Education

Dengan cara ini, pemikiran mereka lebih terarah kepada pemikiran yang lebih sofistikated

berbanding dengan pemikiran tahap pra konvesional yang terlalu rigid yang sering diambil

lewa oleh orang dewasa.

Filem Bridge To Terabithia merupakan adaptasi daripada novel yang ditulis oleh

Katherine Peterson mengisahkan tentang persahabatan,kehilangan dan imaginasi. Jess Aarons

dan Leslie Burke merupakan kanak-kanak sekolah rendah tahap dua yang mempunyai dunia

imaginasi mereka sendiri yang dinamakan Terabithia. Mereka dianggap sebagai budak yang

pelik di sekolah mereka. Mereka sering dibuli oleh Janice, pelajar yang lebih tua daripada

mereka di sekolah. Janice dibesarkan oleh ayahnya yang sering memukulnya yang

menyebabkan dia menjadi pembuli di sekolah (didikan di rumah). Jess dan Leslie menjadi

kawan baik disebabkan mereka berdua berkongsi imaginasi yang sama, sukakan cabaran dan

gemar berlari dengan pantas. Walaupun Leslie baru sahaja berpindah di kawasan tersebut,

mereka cepat menjadi kawan baik walaupun Jess tercabar dengan kelajuan Leslie semasa

berlumba lari. Jess mempunyai seorang adik perempuan, May Belle yang menjadi anak

kesayangan ayahnya. Jess sering dipinggirkan oleh ayahnya sendiri. Hal ini menyebabkan

Jess merasa tidak senang dengan kehadiran May Belle. Namun, May Belle sangat

mengagumi abangnya yang pandai melukis. Suatu hari, Leslie pergi ke dunia imaginasi

mereka yang dinamakan Terabithia seorang diri kerana Jess menemani gurunya pergi ke

pameran seni. Apabila pulang dari pameran seni tersebut, Jess mendapat tahu bahawa Leslie

sudah meninggal dunia akibat hanyut dalam sungai semasa perjalanan ke Terabithia. Jess

merasa sangat kehilangan kerana dia berpendapat bahawa hanya Leslie seorang sahaja

sahabatnya yang memahami keadaan dirinya. May Belle menyedari bahawa abangnya berasa

sangat sedih. Dia cuba untuk menggembirakan hati abangnya. Jess tidak menyukai perkara

tersebut lalu melarikan diri ke Terabithia. May Belle mengekori abangnya dan Jess berasa

marah terhadap adiknya lalu dia memarahi May Belle. May Belle berasa sangat sedih kerana

dimarahi oleh Jess. Jess berasa sangat bersalah atas tindakannya itu dan memujuk adiknya

supaya menyertai dunia imaginasi mereka iaitu Terabithia

Berdasarkan filem ini, saya mendapati bahawa kanak-kanak boleh merasai perasaan

empati, simpati, marah, tidak puas hati dan serba salah (guilt). Mereka mula mengalami

proses perkembangan moral semasa menghadapi situasi-situasi seperti kehilangan, sikap pilih

kasih, rendah diri, cemburu dan persaingan. Cabaran-cabaran sebegini menyebabkan mereka

melalui perkembangan tahap pemikiran moral, tingkah laku moral dan penaakulan moral.

Mereka mula bertindak balas dengan membuat tingkah laku yang sepatutnya. Sebagai contoh,

Page 5: Child's Film as Moral Instrument Education

apabila May Belle menangis, Jess mulai rasa bersalah dan merasa kasihan terhadap adiknya.

Dia memujuk May Belle untuk menyertai dunia imaginasi sebagai tanda minta maaf dan

kesalahan melukakan hati adiknya. Di sini kita dapat lihat Jess merasa simpati terhadap

adiknya yang sedang menangis. Oleh itu, jelaslah bahawa situasi sekeliling yang berlaku dan

pendidikan moral yang berkesan mempengaruhi proses perkembangan moral seseorang

kanak-kanak dengan tahap pemikiran yang berlainan.

Perbincangan

Berdasarkan kajian ini, saya telah pun melalui beberapa perbincangan dengan rakan-rakan

saya. Mereka berpendapat bahawa pendidikan Moral melalui kisah-kisah atau filem kanak-

kanak sebagai alat untuk pendidikan moral merupakan suatu alternatif pengajaran yang

berkesan dan sepatutnya dialikasikan oleh setiap guru di dalam kelas. Hal ini demikian,

kerana kanak-kanak atau pra remaja lebih tertarik dengan benda yang boleh menarik

perhatian mereka seperti kartun, tayangan video, animasi, dan tidak bersifat terlalu formal

dan membosankan. Proses tumbesaran kanak-kanak merupakan suatu proses pembelajaran

yang cepat. Mereka berada di dalam situasi di mana mampu menyerap dan mengingat

perkara-perkara yang terjadi di sekeliling mereka berdasarkan pemerhatian dan pertanyaan

soalan yang banyak. Pada peringkat ini, mereka patut disajikan dengan pelbagai nilai-nilai

positif yang berlaku dalam kehidupan sebenar sebagai persediaan kepada alam remaja kelas

yang akan membentuk personaliti mereka sendiri. Kanak-kanak sepatutnya mempunyai

zaman yang menyeronokkan dan menggembirakan. Dengan tontonan filem atau kisah kanak-

kanak yang sarat dengan nilai dan pengajaran ini, matlamat pendidikan moral supaya mereka

belajar sesuatu dan mampu berfikir di luar tahap pra konvesional akan tercapai. Mereka akan

lebih memahami situasi sebenar realiti kehidupan dan sedia berhadapan dengan apa jua

cabaran. Cabaran-cabaran yang mereka lalui semasa proses tumbesaran ini akan membuatkan

mereka berfikiran lebih rasional, matang, boleh memberi justifikasi dan penyelesaian

masalah.

Selain itu, teori perkembangan moral berkenaan tiga tahap konvesional tersebut

merupakan teori yang fleksibel dan terlalu umum. Teori-teori tersebut tidak begitu tepat

Page 6: Child's Film as Moral Instrument Education

sekali untuk menggambarkan sifat dan tahap pemikiran kanak-kanak atau pra remaja masa

kini. Perkembangan pemikiran kanak-kanak dipengaruhi oleh apa yang berlaku di sekeliling

mereka. Oleh itu, mereka mempunyai tahap pemikiran yang berbeza-beza berdasarkan dalam

situasi yang mereka alami sejak kecil lagi. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang

dibesarkan oleh ibu bapa mereka yang mempunyai kerjaya profesional seperti doktor atau

peguam akan mendidik anak-anak mereka dengan cara yang berpendidikan tinggi,

menghantar anak mereka ke sekolah khas, dan mendidik tatasusila mereka menjadi seorang

yang sofistikated. Berbanding dengan ibu bapa di mana kerjaya mereka merupakan seorang

pemuzik, mereka akan mendidik anak mereka dengan melatih atau mendedahkan anak

mereka dengan dunia muzik atau seni persembahan. Perkara ini berlaku kerana mereka mahu

anak-anak mereka turut mengikut jejak langkah mereka. Secara tidak langsung, dua kanak-

kanak yang dibesarkan dengan cara yang berbeza tadi turut mempunyai tahap pemikiran yang

berbeza. Bagaimanakah perkara ini berbeza? Misalnya; kanak-kanak di mana ibu bapanya

seorang elitis atau golongan profesional mungkin lebih berfikiran lebih politikal, suka

menyelesaikan masalahnya sendiri, mengambil serius terhadap sesuatu perkara dan hanya

menumpukan kepada karier yang profesional sahaja. Manakala, kanak-kanak yang

dibesarkan oleh ibu bapa mereka yang lebih menjurus ke arah muzik, lebih berfikiran terbuka

tentang konsep dunia, tidak terlalu mengikut peraturan yang ditetapkan, dan membuat

haluannya hidupnya sendiri untuk mencapai kepuasan diri.

Kesimpulan

Page 7: Child's Film as Moral Instrument Education

Minda pemikiran kanak-kanak digambarkan sebagai kain putih yang belum tercemar. Mereka

mempunyai jiwa yang sangat suci, murni, dan gembira. Didikan yang mereka peroleh

sepanjang proses tumbesaran yang akan mencorakkan kain putih tersebut. Pendidikan moral

yang berkesan dapat mendidik mereka menjadi seorang insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tiga teras utama dalam pendidikan Moral, iaitu

penaakulan moral, pemikiran moral dan tingkah laku moral menjadi asas pembentukan

identiti seseorang individu. Monique Wanderly menganggap kanak-kanak harus dibesarkan

dalam situasi yang gembira dan mempunyai masa depan yang cerah. Filem kanak-kanak

sebagai instrumen dalam Pendidikan Moral ini merupakan salah satu alternatif pengajaran

yang sangat berkesan dan berpengaruh besar terhadap kanak-kanak. Hal ini demikian, kerana

nilai dan pengajaran yang ditunjukkan dalam filem kanak-kanak membolehkan mereka

berfikir dan membentuk corak pemikiran yang baru. Mereka boleh meletakkan diri mereka

dalam sesebuah situasi (empati) dan turut merasai perasaan berada dalam situasi tersebut

(simpati). Oleh itu, pihak pendidik atau ibu bapa seharusnya menerima alternatif cara

pengajaran ini dengan berfikiran terbuka supaya memberi perhatian terhadap filem kanak-

kanak sebagai instrumen dalam pendidikan moral supaya tahap pemikiran moral pra remaja

tidak terlalu terhad dan rigid kepada sesuatu tahap sahaja.

Pendapat terhadap artikel

Berdasarkan kajian dan analisis saya terhadap artikel ini, saya berpendapat bahawa Monique

Wonderly meletakkan sifat simpati sebagai nilai moral yang utama yang harus diterapkan

dalam diri setiap individu. Kanak-kanak sepatutnya mempunyai perasaan simpati ini

berkembang dalam diri mereka semasa proses tumbesaran dan akhirnya akan membentuk

seorang insan yang mempunyai perasaan simpati yang akan membawa kepada sifat yang lain

seperti kasih sayang, bantu-membantu, saling-menghormati, cintakan keamanan dan

keharmonian. Sifat-sifat begini harus ditanam dalam diri kanak-kanak ketika mereka masih

kecil lagi sebelum mereka melangkah ke alam remaja di mana seseorang individu itu sudah

mula mempunyai sifat memberontak dan egois dalam menerima nasihat atau teguran. Usaha-

usaha ini akan melahirkan masyarakat yang harmonis dan aman. Dunia kini dipenuhi oleh

golongan yang tamak, hasad dengki dan dendam. Sistem manusia dikawal oleh golongan

atasan yang mengambil kesempatan

Namun, tahap-tahap begini tidak begitu tepat kerana kanak-kanak sudah boleh memperolehi

perasaan seperti perasaan empati, bersalah, bertanggungjawab dan lain-lain perasaan yang

Page 8: Child's Film as Moral Instrument Education

boleh dialami oleh orang dewasa ketika mereka masih lagi kanak-kanak sekiranya mereka

mendapat pendidikan moral yang berkesan. Oleh itu, teori Kohlberg tidak begitu praktikal

dan terlalu umum untuk diklasifikasikan pada tahap-tahap umur.

Seterusnya, walaupun kita sudah disogokkan dengan idea untuk tidak mempunyai pandangan

skeptikal mahupun stereotaip sejak pendidikan sekolah rendah, golongan kanak-kanak sering

dianggap sebagai golongan yang tidak cekap dan tidak matang. Kontra pula dengan

pandangan kita tentang orang dewasa, golongan dewasa sering dianggap kompeten,

kemahiran berfikir dengan lebih rasional dan matang melainkan mereka sendiri memilih

untuk bertindak seperti kanak-kanak di mana kelakuan tersebut boleh dimaafkan walaupun

kelakuan tersebut dianggap tidak bermoral atas alasan, mereka sudah mencapai kematangan

yang sepatutnya. Berdasarkan penyataan Monique Wanderly dalam jurnal beliau ‘...while we

ought not to hold pre-adolescents to the same moral and rational standards that we impose

on adults, there is evidence that children are thoughtful, competent moral agents who are

both interested in, and cognitively suited for, ethical deliberation’. Walaupun kita tidak

sepatutnya menganggap bahawa golongan pra remaja mencapai tahap penaakulan moral

seperti golongan dewasa, namun terdapat bukti bahawa kanak-kanak sudah boleh mempunyai

pemikiran yang bertimbang rasa, cekap dan kognitif untuk pertimbangan beretika

(konvensional). Jelaslah bahawa, kanak-kanak mempunyai kapasiti untuk membuat

pertimbangan moral yang bernas dan kritikal yang sering dipandang ringan oleh golongan

dewasa. Kita sepatutnya memperkembangkan lagi keupayaan yang dimiliki oleh mereka

secara semula jadi ini dan mendidik emosi mereka, juga merupakan matlamat utama

pendidikan moral. Akhir sekali, filem bergenre kanak-kanak adalah instrumen yang mungkin

tidak biasa lagi bagi sesetengah pihak dalam dunia pendidikan namun ianya ternyata dapat

membantuk pengajaran dalam pendidikan moral kepada pra remaja.