CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau...

21
LATL(R) CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

Transcript of CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau...

Page 1: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

CIMB BANK BERHAD

(13491-P)

DAN

Page 2: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

1

PERJANJIAN PINJAMAN BERJANGKA (DENGAN/TANPA CAGARAN)

Tarikh :

PIHAK-PIHAK

1. Bank : CIMB Bank Berhad (13491-P) di Tingkat 5, Bangunan CIMB, Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.

2. Pelanggan : Pihak (Pihak-pihak) yang mana nama dan keterangan seperti

ditetapkan di dalam Seksyen 1 di Jadual 1.

BAHAWASANYA

Pihak Bank melalui Surat Tawaran telah bersetuju untuk membuat atau terus menyediakan Pinjaman kepada Pelanggan tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung kemudian dari ini.

DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:-

1. INTERPRETASI

1.1 Dalam Perjanjian ini perkataan-perkataan berikut mempunyai maksud-maksud seperti berikut:-

Kadar Pinjaman Asas(KPA): Kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank (dan sebagaimana

diubah dari semasa ke semasa) sebagai kadar petunjuk terhadap kadar faedah untuk Pinjaman atau Pendahuluan yang mana dikira dan termasuk kadar petunjuk seperti itu dengan walau apa pun nama yang digunakan oleh pihak Bank.

Kadar Keingkaran : Kadar keingkaran faedah seperti yang ditetapkan dalam

Surat Tawaran, atau kadar faedah lain yang boleh ditentukan atas budi bicara pihak Bank dari semasa ke semasa.

Tarikh Luput Penggunaan pinjaman :Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam peruntukan

yang terkandung dalam Surat Tawaran ianya termasuk tetapi tidak terhad kepada peruntukan berkaitan kebolehsediaan atau tempoh kebolehsediaan Pinjaman, Tarikh Luput Penggunaan pinjaman hendaklah pada hari selepas pengeluaran penuh pinjaman di bawah Perjanjian ini dibuat, TERTAKLUK BAHAWA jika sekiranya tiada pengeluaran penuh pinjaman dibuat dalam masa tiga puluh enam (36) bulan dari tarikh Surat

Page 3: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

2

Tawaran, Tarikh Luput Penggunaan Pinjaman adalah tiga puluh enam (36) bulan dari tarikh Surat Tawaran atau apa-apa tarikh lanjutan seperti yang dipersetujui oleh Bank secara notis bertulis.

Pinjaman : Pinjaman disediakan oleh Bank untuk Pelanggan di

bawah Perjanjian ini.

Akaun Pinjaman : Akaun Pelanggan perlu diselenggarakan dengan Bank untuk menunjukkan Keterhutangan yang terakru dan yang terhutang kepada Bank oleh Pelanggan di bawah Perjanjian ini.

Keterhutangan : Termasuk apa-apa amaun/jumlah (sama ada masa kini

atau masa depan, nyata atau kontinjen, dengan cagaran atau tanpa cagaran) yang terhutang oleh Pelanggan kepada Bank (sama ada sebagai prinsipal atau penjamin termasuk wang pokok, faedah, keingkaran dan/atau faedah tambahan, premium dan caj-caj lain) sama ada oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan.

Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan di Jadual 2 dan

sebarang surat tawaran berikutnya berkaitan dengan Perjanjian ini dan diterima oleh Pelanggan dan sebarang surat berikutnya yang dikeluarkan oleh Bank kepada Pelanggan melalui Perjanjian ini.

Kadar Faedah Semasa : Kadar Faedah Semasa seperti yang ditetapkan dalam

Surat Tawaran, atau kadar faedah lain seperti yang boleh ditentukan Bank atas budi bicaranya dari semasa ke semasa.

Tarikh Bayaran balik : Tarikh bayaran balik bulanan dan pembayaran balik yang terakhir adalah seperti yang ditetapkan dalam Surat Tawaran, atau tarikh lain untuk pembayaran balik sepertimana yang akan ditentukan Bank atas budi bicaranya dari semasa ke semasa.

Dokumen-dokumen Cagaran :Dokumen-dokumen cagaran/sekuriti sekiranya ada

dirujuk di dalam Surat Tawaran dan dokumen-dokumen lain buat masa ini menjadi cagaran untuk Pinjaman, kesemuanya hendaklah dalam bentuk dan kandungan yang diterima oleh Bank.

Kepentingan Cagaran : Cagaran seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 3 di

Jadual 1 di mana perlu disediakan oleh Pelanggan dan atau Pihak Pencagar sebagai cagaran untuk pembayaran balik Keterhutangan tersebut.

Page 4: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

3

Pihak Pencagar : Pihak (Pihak-pihak) seperti ditetapkan di dalam Seksyen 2 di Jadual 1 yang menyediakan Kepentingan Cagaran.

Seksyen 62 Akta Bank : Seksyen dalam Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dan Institusi Kewangan (ABIK) berkenaan larangan ke atas kemudahan kredit kepada

pengarah dan pegawai Bank.

1.2 Perkataan-perkataan yang membawa maksud/Rujukan kepada maskulin adalah termasuk feminin dan neuter dan sebaliknya dan Perkataan-perkataan yang membawa maksud / Rujukan kepada bilangan tunggal adalah termasuk bilangan jamak dan sebaliknya

1.3 Di mana dua atau lebih orang atau pihak adalah termasuk atau terkandung dalam mana-

mana ungkapan dan akujanji untuk dibuat kepada orang atau pihak tersebut perkara yang sama tersebut hendaklah boleh dikuatkuasakan oleh atau terhadap mereka secara bersesama dan berasingan.

1.4 Perkataan-perkataan yang terpakai untuk orang sebenar hendaklah termasuk sesiapa

sahaja, syarikat, perbadanan, firma atau perkongsian, korporat atau perbadanan dan sebaliknya.

1.5 Kepala tajuk dimasukkan adalah untuk keselesaan sahaja dan hendaklah tidak

mempengaruhi interpretasi dalam apa cara sekalipun.

2. JUMLAH, TUJUAN DAN TEMPOH

2.1 Jumlah

Obligasi/Kewajipan Bank di bawah Perjanjian ini hendaklah tidak melebihi jumlah Pinjaman yang ditetapkan dalam Surat Tawaran.

2.2 Tujuan

Pelanggan hendaklah menggunakan Pinjaman untuk tujuan yang ditetapkan dalam Surat Tawaran. Pihak Bank tidak terikat untuk memastikan bahawa Pelanggan menggunakan Pinjaman tersebut untuk tujuan yang ditetapkan.

2.3 Tempoh

Tempoh Pinjaman adalah seperti yang ditetapkan dalam Surat Tawaran. Pihak Bank boleh melanjutkan tempoh tersebut dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pelanggan.

3. SYARAT TERDAHULU DAN PENGELUARAN PINJAMAN

3.1 Syarat-syarat Terdahulu

(a) Pelanggan hendaklah mematuhi syarat-syarat yang dijelaskan terdahulu di Jadual 3, dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh Surat Tawaran atau apa-apa tarikh yang dilanjutkan oleh pihak Bank secara notis bertulis, di mana jika

Page 5: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

4

gagal pihak Bank berhak untuk menarik balik Pinjaman tersebut.

(b) Pengeluaran pinjaman atau penggunaan Pinjaman tersebut hanya akan dibuat

selepas semua syarat-syarat terdahulu telah dipenuhi dalam tempoh masa yang ditetapkan di atas.

3.2 Penepian

Pihak Bank boleh mengenepikan apa-apa syarat terdahulu tanpa memprejudiskan hak Bank untuk mendapatkan kembali.

3.3 Pengeluaran pinjaman

(a) Pelanggan memberikan kuasa kepada Bank untuk membayar apa-apa jumlah

Pinjaman dalam cara yang sedemikian dan atas terma dan syarat seperti yang difikirkan sesuai oleh pihak Bank, kepada mana-mana institusi kewangan, firma guaman, pemaju, penjual, jurubina, kontraktor binaan, arkitek atau sesiapa yang pihak Bank boleh putuskan berdasarkan budi biacaranya, dalam jumlah sedemikian, dan atas kontingensi-kontingensi dan syarat-syarat yang boleh diputuskan atas budi bicara mutlak oleh pihak Bank, dan/atau secara pelepasan berperingkat atau sebaliknya seperti yang difikirkan sesuai oleh pihak Bank.

(b) Pelanggan tidak boleh meminta pihak Bank untuk menangguhkan atau

menghentikan pengeluaran pinjaman dari mana-mana jumlah di bawah Pinjaman tersebut sekiranya pihak Bank telah memberi satu akujanji kepada mana-mana pihak ketiga untuk mengeluarkan Pinjaman tersebut.

(c) Pihak Bank tidak berkewajipan sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti

untuk membuat atau menyambung untuk membuat sebarang pengeluaran pinjaman sekiranya satu kejadian keingkaran telah berlaku atau hampir-hampir berlaku dan sekiranya berkemampuan untuk dipulihkan tetapi tidak dipulihkan dalam masa tujuh (7) hari selepas notis secara bertulis dikeluarkan oleh pihak Bank kepada Pelanggan.

(e) The Customer shall indemnify the Bank for all costs, expenses, claims and

demand made on the Bank pursuant to the Bank, having at the request of the customer gave an express or implied undertaking or covenant to any financial institution or developer or vendor or their solicitors or firm of solicitors purporting to act for any of them.Pelanggan hendaklah menanggung rugi pihak Bank untuk semua kos, perbelanjaan, permintaan dan tuntutan yang dibuat ke atas Bank disebabkan oleh Bank,di atas permintaan pelanggan telah memberikan suatu akujanji samada secara nyata atau tersirat atau wa’d kepada mana-mana institusi kewangan atau pemaju atau penjual atau peguamcara mereka atau firma guaman yang mendakwa bertindak/mewakili mana-mana daripada mereka.

Page 6: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

5

4. FAEDAH

4.1 Kadar Faedah Semasa ke atas Pengeluaran separuh dari pinjaman

(a) Faedah hendaklah didebitkan ke Akaun Pinjaman pada hari terakhir setiap

bulan pada Kadar Faedah Semasa.

(b) Pelanggan hendaklah membayar faedah di atas pada hari pertama bulan berikutnya, jika gagal:-

(i) jumlah faedah terlewat bayar akan menyebabkan Faedah Keingkaran

dikenakan pada Kadar Keingkaran;

(ii) faedah terlewat seperti yang dirujuk di Klausa 4.1 (b) (i) di atas, hendaklah membentuk sebahagian daripada baki tertunggak di bawah Akaun Pinjaman dan hendaklah dicaj dengan faedah pada Kadar Faedah Semasa;

(iii) Bank berhak untuk menolak sebarang permohonan untuk pengeluaran

pinjaman yang selanjutnya tanpa bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian berbangkit.

4.2 Kadar Faedah Semasa atas Pengeluaran Penuh pinjaman

(a) Faedah hendaklah didebitkan ke Akaun Pinjaman berdasarkan kadar baki harian

berdasarakan pada Kadar Faedah Semasa.

(b) Pengiraan dan pengumuman faedah hendaklah berlaku pada tengah malam tidak mengira sama ada tarikh pengiraan faedah atau tarikh akhir calendar bulan jatuh pada hari minggu atau cuti umum atau cuti perbankan.

4.3 Pengiraan semula Atas Perubahan Kadar Faedah

Di mana kadar faedah untuk Pinjaman diubah dari satu tarikh tertentu selain daripada hujung bulan (kemudian dari ini dirujuk sebagai “Tarikh Perubahan Faedah), maka faedah hendaklah dicaj seperti berikut: -

(a) Kadar faedah lama hendaklah terus digunapakai dari bermulanya akhir bulan

lepas sehingga hari sebelum Tarikh Perubahan Faedah.

(b) Untuk baki selebihnya dalam bulan tersebut, kadar faedah baru hendaklah dikira lagi ke atas jumlah yang terdapat dalam debit Akaun Pinjaman pada hujung bulan berikutnya dan dihantar secara bulanan ke Akaun Pinjaman dalam cara yang sama seperti disediakan terdahulu dari ini.

4.4 Faedah untuk Sebahagian Bulan

Di mana faedah perlu dikira berdasarkan bilangan hari, yang mana lebih kurang daripada satu bulan, maka faedah, hendaklah dikira berdasarkan bilangan hari sebenar yang terdapat dalam bulan tersebut.

Page 7: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

6

4.5 Permodalan Faedah

Faedah ke atas Pinjaman termasuk faedah dipermodalkan hendaklah pada hujung setiap kalendar dipermodalkan dan ditambah untuk semua tujuan berkaitan Pinjaman yang dihutang, dan hendaklah dari situ menanggung faedah pada Kadar Faedah Semasa tanpa mengira bahawa hubungan pembiaya-pelanggan telah terhenti. Walau apa pun permodalan faedah, Pelanggan hendaklah membayar faedah tersebut secara bulanan.

4.6 Kadar Faedah keingkaran

(i) Faedah keingkaran pada Kadar Keingkaran hendaklah dikenakan caj di bawah

keadaan yang dinyatakan dalam Surat Tawaran, sebelum dan juga selepas penghakiman, dan faedah keingkaran tersebut hendaklah dibayar oleh Pelanggan sebagai hak dalam maksud Seksyen 11 (b) Akta Undang-undang Sivil 1956, dan merupakan kadar tersebut melainkan dipersetujui sebaliknya dalam maksud Seksyen 16 (i) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

(ii) Caj-caj di atas merupakan tambahan dan tanpa prejudis kepada kuasa, hak dan

remedi yang boleh sedia kepada Bank dan perlu dicaj dari tarikh mereka menjadi cukup tempoh kepada tarikh bayaran sebenar.

Walau apa pun di atas, Bank berhak untuk mengenakan caj faedah keingkaran pada sebarang kadar lain yang boleh ditentukan atas budi bicara pihak Bank, dan satu penyata bertulis ditandatangani oleh seorang pegawai Bank untuk kadar dan/atau jumlah faedah keingkaran yang perlu dibayar hendaklah menjadi keterangan muktamad berkenaan kadar dan/atau jumlah faedah keingkaran yang perlu dibayar oleh Pelanggan tersebut.

4.7 Variasi/Perubahan Kadar Faedah dan Caj-caj Lain

(i) Bank mempunyai budi bicara untuk mengubah Kadar Faedah Semasa dan/atau

lain-lain caj bank (sama ada dengan mengubah Kadar Pinjaman Asas atau margin atau …. di atas Kadar Pinjaman Asas atau kedua-dua atau dalam cara atau mod pengiraan atau pengecasan atau walau macam mana pun) dengan cara berikut:-

(a) Variasi Kadar Pinjaman Asas

Dengan meletakkan dalam satu isu surat khabar harian nasional pilihan Bank atau mempamerkan di premis-premis Bank satu notis umum dan variasi tersebut hendaklah berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan; dan/atau

(b) Variasi Pengagihan atau Margin Atas Kadar Pinjaman Asas dan/atau

Caj-caj Bank Lain

Dengan menyampaikan satu notis secara bertulis (tidak memerlukan tandatangan jika dihantar melalui saranan yang dijana komputer) melalui pos surat biasa atas risiko Pelanggan di alamat terakhir Pelanggan yang diketahui dan notis sedemikian hendaklah dianggap sebagai telah diterima selepas tiga (3) hari dari tarikh ianya diposkan. Variasi/Perubahan tersebut hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan dalam notis (di mana boleh menjadi satu tarikh yang telah

Page 8: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

7

berlalu yang mana perubahan/variasi tersebut hendaklah mempunyai kesan retrospektif).

(ii) Pelanggan tidak boleh merasa lega/ dilepaskan daripada membuat pembayaran

Kadar Faedah Semasa baru dan/atau caj bank sekiranya Bank gagal memberikan notis tersebut.

(iii) Keputusan Bank merupakan yang terakhir dan muktamad dan tidak boleh

dipersoalkan pada bila-bila masa. (iv) Jika dan bila-bila masa terdapat perubahan/variasi kepada Kadar Faedah

Semasa dan/atau caj-caj bank lain, Bank boleh atas budi bicara mutlaknya membuat pembetulan/penyesuaian yang diperlukan akibat daripada variasi/perubahan tersebut sama ada dengan mengubah jumlah sebarang ansuran atau mengubah bilangan ansuran atau kedua-duanya.

4.8 Seksyen 8(2A) Akta Kebankrapan 1967

Pelanggan dan Pihak Pencagar bersetuju untuk membayar Kadar Faedah Semasa dan/atau Kadar Keingkaran sekiranya Bank tidak merealisasikan Kepentingan Cagaran dalam masa enam (6) bulan dari tarikh Perintah Penerimaan.

5. BAYARAN BALIK

5.1 Bayaran balik

(i) Pelanggan hendaklah membayar semula Pinjaman tersebut secara ansuran seperti jumlah yang ditetapkan dalam Surat Tawaran. Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Surat Tawaran, ansuran pertama hendaklah bermula pada hari pertama bulan berikutnya selepas pengeluaran penuh Pinjaman tersebut atau luputnya Tarikh Tamat Tempoh Pengeluaran pinjaman yang mana lebih awal dan perlu dibayar semula sebelum atau pada Tarikh Bayaran balik bulanan.

(ii) Bank berhak untuk mengubah ansuran bulanan di atas untuk memastikan

bahawa amaun/jumlah tertunggak dibayar penuh pada tarikh pembayaran balik yang terakhir (satu hari yang hendaklah diberitahu kemudian oleh Bank sebagai hari bilamana jumlah keseluruhan tertunggak di bawah Pinjaman tersebut hendaklah dijelaskan dengan pembayaran ansuran terakhir seperti mana yang diperlukan dan dibuat selaras dengan Klausa ini).

(iii) Bank boleh melanjutkan tempoh kepada satu jangka masa yang tertentu atas

terma dan syarat sedemikian yang ditentukan oleh Bank.

(iv) Walau apa pun yang dinyatakan di atas, bayaran penuh mestilah dibuat apabila menerima tuntutan bayaran balik dari Bank.

5.2 Prabayaran

Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Surat Tawaran peruntukan-peruntukan untuk prabayaran seperti yang berikut hendaklah terpakai:

Page 9: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

8

(a) Pelanggan boleh, dengan kebenaran Bank dan dengan membayar caj-caj yang

ditetapkan di dalam Klausa 5.2(c) di bawah, membuat prabayaran untuk jumlah yang tertunggak atau sebahagian daripada jumlah tertunggak dengan memberi tiga (3) bulan notis dengan menyatakan jumlah penebusan dan keterangan/bukti yang memuaskan hati pihak Bank bahawa semua kebenaran/pemberikuasaan yang perlu untuk penebusan telah diperolehi tanpa bersyarat.

(b) Bank boleh mengenakan caj faedah tambahan jika Pelanggan gagal membayar

jumlah penebusan tersebut dalam tempoh penebusan.

(c) Sebagai balasan untuk/bagi kebenaran pihak Bank, dan jika dinyatakan sedemikian dalam Surat Tawaran, Pelanggan hendaklah membayar apa-apa caj prabayaran yang ditetapkan dalam Surat Tawaran, dalam cara dan/atau dalam keadaan yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.

(d) Bank berhak untuk mengubah terma-terma di dalam Klausa 5.2(a) di atas

seperti Surat Tawaran dan/atau Syarat-syarat Khas di dalam Jadual 2 kemudian dari ini.

5.3 Penebusan

Jika dinyatakan sedemikian dalam Surat Tawaran, Pelanggan hendaklah membayar yuran/fi penebusan pada kadar yang dinyatakan dalam Surat Tawaran jika Pinjaman tersebut dilepaskan, ditamatkan atau ditebus sepenuhnya oleh mana-mana pihak, dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.

6. BAYARAN

6.1 Semua bayaran di bawah Perjanjian ini hendaklah dibuat pada atau sebelum Tarikh Bayaran balik bulanan. Klausa ini tidak terpakai untuk prabayaran yang dibuat di bawah Klausa 5.2 di atas.

6.2 Sebarang prabayaran yang dibuat boleh dipohon terhadap kewajipan bayaran balik

Pelanggan dalam kematangan aturan songsang.

6.3 Semua bayaran yang dibuat hendaklah dalam Ringgit Malaysia dan dalam dana yang tersedia ada serta merta.

6.4 Semua bayaran hendaklah dibuat tanpa tolakan, tuntutan balas dan sebarang potongan.

6.5 Bank boleh mendebitkan Akaun Pinjaman, sebagai pendahuluan kepada Pelanggan,

untuk melaksanakan bayaran semua cukai tanah, cukai taksiran, premium, fi/yuran,komisyen, kos guaman (kedua-dua pihak dan pihak dan kos peguam dan klien),penilaian dan/atau apa-apa caj lain yang terakru dan perlu dibayar di bawah perjanjian ini. Sebarang pendahuluan yang dibuat di bawah Klausa ini hendaklah dibayar balik dalam tempoh empat belas (14) hari notis yang diberikan oleh Bank. Faedah berdasarkan pada Kadar Faedah Semasa akan dikenakan atas semua pendahuluan.

Page 10: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

9

7. REPRESENTASI DAN WARANTI

7.1 Pelanggan memberikan representasi dan waranti kepada Bank bahawa:-

(i) Pelanggan mempunyai kuasa penuh untuk memasuki dan melaksanakan

kewajipan-kewajipan Pelanggan di bawah perjanjian ini.

(ii) Penerimaan Pinjaman hendaklah tidak membentuk satu kejadian keingkaran di bawah apa-apa perjanjian Pelanggan dengan pihak ketiga atau melanggar sebarang undang-undang atau peraturan-peraturan atau perintah di mana Pelanggan merupakan pihak yang terbabit.

(iii) Tiada prosiding undang-undang dan/atau kebankrapan atau prosiding penggulungan diancam atau tertangguh terhadap Pelanggan tersebut dan/atau Pelanggan bukanlah si bankrap yang belum dilepaskan atau digulung dan/atau Pelanggan tidak melanggar sebarang perintah mahkamah atau penghakiman.

(iv) Semua maklumat/informasi yang diberikan/dilengkapkan kepada Bank adalah

benar dan tidak meninggalkan sebarang fakta yang akan mempengaruhi keputusan Bank untuk memberikan Pinjaman ini.

(v) Tiada pelanggaran Seksyen 62 BAFIA dan atau sebarang arahan atau garis

panduan Bank Negara Malaysia yang mentadbir atau mempengaruhi pemberian Pinjaman tersebut (‘Garis Panduan’).

(vi) Pelanggan dan/atau Pihak Pencagar adalah atau hendaklah menjadi pemunya

benefisial mana-mana harta yang membentuk atau menjadi asas mana-mana Kepentingan Cagaran yang akan disediakan kepada Bank untuk Pinjaman tersebut.

Bahawa pada tarikh Perjanjian ini, tiada bebanan ke atas apa-apa harta yang mana menjadi atau membentuk asas mana-mana Kepentingan Cagaran yang akan disediakan kepada Bank untuk Pinjaman tersebut.

7.2 Setiap representasi dan waranti di atas hendaklah berterusan semasa tempoh Perjanjian ini.

8. KEINGKARAN

8.1 Kejadian-kejadian

Setiap kejadian berikut adalah merupakan kejadian keingkaran:-

(a) Kegagalan Pelanggan untuk menepati permintaan Bank dalam masa yang

ditetapkan dalam tuntutan.

(b) Kegagalan Pelanggan untuk membayar ansuran bulanan, faedah, faedah dipermodalkan, faedah keingkaran dan/atau caj-caj lain dalam masa yang ditetapkan.

Page 11: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

10

(c) Kegagalan Pelanggan untuk mematuhi mana-mana bahagian terma dan/atau

syarat Perjanjian ini.

(d) Jika terdapat sebarang salah nyata dalam mana-mana bentuk oleh Pelanggan dan/atau jika Bank menemui maklumat/informasi yang boleh mempengaruhi keputusan Bank untuk memberi Pinjaman tersebut dan/atau sekiranya Bank mempunyai sebarang alasan untuk percaya bahawa sebarang maklumat/informasi yang dibekalkan kepada pihak Bank adalah palsu, tidak benar atau mengelirukan.

(e) Kegagalan Pihak Pencagar untuk mematuhi mana-mana bahagian terma

dan/atau syarat Kepentingan Cagaran.

(f) Jika mana-mana projek pembangunan perumahan dan/atau pembinaan mana-mana harta dan/atau bangunan, dan/atau mana-mana bentuk projek pembinaan, yang melibatkan sebarang tanah atau harta yang dibiayai di bawah Pinjaman tersebut, tertangguh, terbengkalai atau dihentikan;

(g) Satu situasi berlaku yang mana pada pendapat Bank boleh membahayakan,

melengahkan atau menghalang Pelanggan atau Pihak Pencagar daripada melaksanakan kewajipannya atau memprejudiskan kepentingan Bank.

(h) Menyalahi Seksyen 62 BAFIA dan atau mana-mana Garis Panduan.

(i) Kegagalan Pelanggan untuk mematuhi peruntukan-peruntukan kemudahan lain

yang diberikan oleh Bank atau pihak ketiga kepada Pelanggan.

(j) Kepentingan Cagaran tidak boleh disempurnakan.

(k) Jika ianya menjadi mustahil atau menyalahi undang-undang kepada pihak Bank atau pelanggan untuk melaksanakan kewajipannya di bawah Perjanjian ini.

(l) Sebarang langkah dan/atau prosiding diambil untuk kebankrapan atau

penggulungan, dan/atau Penerima dan/atau Pengurus dilantik untuk mengambil alih aset-aset dan/atau perniagaan, mana-mana pemaju, penjual atau kontraktor mana-mana tanah atau harta yang dibiayai di bawah Pinjaman tersebut, dan/atau Pelanggan dan/atau Pihak Pencagar.

(m) Jika mana-mana Pihak Pencagar dan atau Pelanggan dan atau salah satu

Pelanggan (iaitu di mana Pelanggan terdiri daripada lebih dari satu orang sebenar) meninggal dunia/mati atau tidak waras.

8.2 Akibat-akibat

(i) Atas berlakunya sebarang atau semua kejadian keingkaran, Bank berhak untuk menarik balik dan/atau menggantung Pinjaman tersebut, Pelanggan hendaklah membayar semula semua jumlah tertunggak di bawah Pinjaman tersebut, dan Bank boleh melaksanakan kesemua haknya dan remedi di sisi undang-undang dan ekuiti.

Page 12: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

11

(ii) Walau apa pun/Tanpa mengira Klausa 8.2(i) di atas, Bank berhak untuk

mengubah Kadar Faedah Semasa seperti yang ditetapkan dalam Surat Tawaran atau kadar yang lain seperti yang boleh Bank tetapkan atas budi bicaranya dari semasa ke semasa sekiranya Pelanggan gagal untuk membayar ansuran bulanan, faedah, faedah dipermodalkan, faedah keingkaran dan lain-lain caj untuk tiga (3) bulan berturut-turut.

8.3 Remedi Dilaksanakan Secara Serentak

(a) Bank mempunyai hak untuk melaksanakan remedinya secara serentak,

termasuk meneruskan kesemua remedi jualan atau realisasi sekuriti dan guaman sivil untuk mendapat kembali jumlah yang tertunggak.

(b) Pelaksanaan hak-hak di atas tidak menjadikan Bank subjek kepada sebarang

tuntutan bagi kerugian tidak sengaja/tidak disengajakan.

9. CAGARAN

9.1 Pelanggan hendaklah menyediakan, atau memastikan bahawa Pihak Pencagar menyediakan, Kepentingan Cagaran dan jika diminta/diperlukan oleh Bank, satu surat kuasa wakil melantik Bank atau sesiapa yang diberi kuasa oleh bank, sebagai wakil Pelanggan dan/atau Pihak Pencagar dan dalam nama Pelanggan dan/atau Pihak Pencagar dan bagi pihak mereka, untuk berurusan dengan Kepentingan Cagaran, dengan menandatangani borang (borang-borang) standard yang ditetapkan oleh Bank.

9.2 Bank hendaklah mempunyai hak/berhak untuk meminta satu penggantian kepada

Kepentingan Cagaran atau sekuriti/cagaran tambahan, dan Pelanggan hendaklah mematuhi permintaan sedemikian/tersebut dengan menandatangani semua borang (borang-borang) standard yang ditetapkan oleh Bank dan semua kos akan ditanggung oleh Pelanggan.

9.3 Kepentingan Cagaran yang diwujudkan untuk Bank hendaklah menjadi cagaran

berterusan untuk Keterhutangan sedia ada dan Keterhutangan masa depan bagi Pelanggan tersebut dengan Bank.

9.4 Pihak Pencagar tidak boleh, semasa wujudnya/adanya Perjanjian ini, tanpa kebenaran

secara bertulis terlebih dahulu dari pihak Bank, mencipta atau membenarkan sebarang bentuk gadai janji, cagaran, debentur, sandaran, lien, atau kepentingan Cagaran/sekuriti yang lain, atau membenarkan untuk mewujudkan sebarang kaveat atau perintah larangan berkenaan mana-mana tanah untuk/perlu disediakan kepada Bank sebagai cagaran/sekuriti untuk Pinjaman.

10. KEPENTINGAN CAGARAN

Pelanggan mengesahkan bahawa Kepentingan Cagaran diberikan atau diserahhakkan kepada Bank sebagai Cagaran/Sekuriti untuk Keterhutangan yang sedia ada dan masa depan atau pendahuluan masa depan yang diberikan oleh Bank kepada Pelanggan.

Page 13: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

12

11. INSURANS

11.1 Pelanggan hendaklah mengekalkan, dan/atau hendaklah menyebabkan Pihak Pencagar

untuk mengekalkan, apa-apa polisi insurans yang diperlukan/diminta oleh Bank dalam bentuk dan kandungan yang diterima oleh Bank, daripada syarikat insurans yang diterima oleh Bank. Kebenaran secara bertulis daripada pihak Bank diperlukan sebelum sebarang polisi insurans tersebut dibatalkan.

11.2 Jika perlu, Bank hendaklah melaksanakan dan/atau mengekalkan polisi insurans tersebut

dan Pelanggan atau Pihak Pencagar hendaklah menanggung kos yang dibelanjakan.

11.3 Semua duit yang diterima untuk mana-mana polisi insurans yang dinyatakan di atas akan digunakan untuk atau terhadap kerugian atau kerosakan kepada sebarang harta yang disediakan untuk Bank sebagai cagaran/sekuriti untuk Pinjaman atau atas pilihan Bank, terhadap pembayaran Keterhutangan.

11.4 Pelanggan atau Pihak Pencagar hendaklah memegang duit yang diterima ke atas insrans

tersebut sebagai amanah kepada Bank dan Bank boleh menerima dan memberi pelepasan/lepas tanggung yang baik atas semua duit tersebut.

11.5 Sementara menunggu penerimaan sebarang duit daripada syarikat insurans, Pelanggan

hendaklah terus membayar apa-apa sahaja ansuran dan/atau duit yang tertunggak dan boleh dibayar.

11.6 .Pelanggan hendaklah menanggung perbezaan antara kos kerugian atau kerosakan ke

atas mana-mana harta yang disediakan kepada Bank sebagai sekuriti/cagaran untuk Pinjaman dan sebarang jumlah yang diterima daripada syarikat insurans, sebagai tambahan untuk terus membayar sebarang ansuran, dan hendaklah dibayar kepada Bank dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh permintaan oleh Bank perbezaan antara jumlah tertunggak di bawah Pinjaman tersebut dan jumlah yang diterima. Faedah pada Kadar Keingkaran hendaklah dicaj ke atas jumlah yang diminta.

12. LIABILITI

Tanpa mengira apa-apa yang bertentangan, dalam tiada kejadian akan mengukur kerosakan yng dibayar oleh Bank kepada Peminjam untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Peminjam termasuk, Bank juga tidak akan bertanggungjawab untuk, apa-apa jumlah untuk kerugian pendapatan atau keuntungan atau simpanan, atau sebarang kerosakan tidak langsung, akibat, teladan, punitif atau ganti rugi khas Peminjam, walaupun jika Bank telah diberikan nasihat tentang kemungkinan kerugian atau kerosakan tersebut terdahulu, dan semua kerugian dan ganti rugi dinafikan secara nyata.

13. SYARAT-SYARAT LAIN 13.1 Surat Tawaran

Perjanjian ini, Jadual-jadual dan Surat Tawaran hendaklah mengatasi kesemua perundingan lisan dan koresponden yang terdahulu berkenaan Pinjaman ini. Jadual-jadual dan Surat Tawaran hendaklah membentuk sebahagian daripada Perjanjian ini. Sekiranya berlaku sebarang ketakkonsistenan antara perjanjian ini, Surat Tawaran, Surat Tawaran hendaklah terpakai.

Page 14: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

13

13.2 Kajian Semula

Perjanjian ini tertakluk kepada kajian semula secara berkala atas budi bicara Bank dan terma dan/atau syarat seperti mana yang diubah oleh Bank dari semasa ke semasa.

13.3 Keterangan Muktamad

Sebarang kenyataan oleh pegawai Bank tentang jumlah yang terhutang seperti mana yang dikomunikasikan kepada Pelanggan hendaklah menjadi bukti Keterhutangan yang terakhir dan muktamad kecuali kesalahan nyata atau di mana penipuan dibuktikan.

13.4 Lien dan Tolakan

(a) Bank hendaklah mempunyai satu lien ke atas semua aset (alih dan tak alih) Pelanggan sama ada dalam milikan Bank, gabungannya, cawangan atau pejabat, dan Bank hendaklah mempunyai hak untuk mendebitkan dan/atau tolakan daripada mana-mana akaun Pelanggan dengan Bank, untuk melaksanakan bayaran balik mana-mana Keterhutangan.

(b) Sehingga Keterhutangan telah dibayar, Pelanggan tidak boleh menuntut tolakan

atau tuntutan balas terhadap bank berkenaan sebarang liabiliti daripada Bank kepada Pelanggan.

13.5 Pendedahan

Pelanggan membenarkan pendedahan oleh Bank tentang apa-apa maklumat/informasi berkaitan Perjanjian ini, Kepentingan Cagaran, dan/atau hubungan Pelanggan atau akaun:

(a) kepada auditor Bank, peguam dan penasihat professional yang lain;

(b) kepada sesiapa yang menyediakan Kepentingan Cagaran dan/atau merupakan

pihak kepada mana-mana perjanjian yang mana menjadi atau membentuk asas kepada Kepentingan Cagaran tersebut;

(c) kepada Pusat Biro Kredit, Biro Maklumat Cek atau pihak berkuasa yang lain

kepada siapa Biro tersebut atau pihak berkuasa yang diperlukan Bank untuk membuat pendedahan tersebut dan/atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank;

(d) kepada syarikat-syarikat yang merupakan atau pada masa depan mungkin

menjadi subsidiari, berkaitan dan/atau syarikat bersekutu Bank;

(e) Selaras dengan sebarang undang-undang atau sepina atau perintah mahkamah; dan/atau

(f) Kepada sesiapa yang Bank fikirkan sesuai atas dasar keperluan untuk mengetahui.

Page 15: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

14

13.6 Ubahsuaian dan Keselesaan

Bank boleh pada bila-bila masa tanpa mempengaruhi Kepentingan Cagaran :-

(a) mengubah terma dan syarat Perjanjian ini.

(b) mengubah atau menaikkan Pinjaman.

(c) memberi Pelanggan atau Pihak Pencagar apa-apa keselesaan.

13.7 Perbelanjaan dan Duti Setem

Pelanggan hendaklah:-

(i) membayar atas permintaan, atas dasar tanggung rugi penuh semua perbelanjaan (termasuk guaman, duti setem dan belanja tunai langsung) yang digunakan berhubung dengan Perjanjian ini; dan/atau

(ii) menanggung rugi Bank daripada dan terhadap apa-apa kerugian atau liabiliti

yang berlaku atau di mana Bank boleh menanggung sebagai akibat daripada sebarang kelewatan atau peninggalan untuk membayar duti setem tersebut.

Walau apa pun/Tanpa mengira yang dinyatakan di atas,Bank berhak untuk mengubah terma di atas seperti Surat Tawaran dan/atau Syarat-syarat Khas di Jadual 2 kemudian dari ini.

13.8 Penyampaian Notis

(a) Sebarang notis secara bertulis perlu disampaikan hendaklah dianggap sebagai

telah disampaikan kepada Pelanggan sekiranya ia ditinggalkan atau dihantar melalui surat biasa kepada alamat tempat perniagaan atau tempat tinggal biasa atau terakhir Pelanggan atau di alamat yang dinyatakan di dalam Seksyen 1 di Jadual 1.

(b) Melainkan dinyatakan sebaliknya secara khusus/spesifik dalam Perjanjian ini,

sekiranya dihantar melalui surat biasa kepada Pelanggan, sebarang notis sedemikian hendaklah dianggap telah diterima oleh Pelanggan apabila notis tersebut dalam keadaan biasa pengeposan telah di hantar.

13.9 Pemindahan Faedah

Bank boleh pada bila-bila masa dengan atau tanpa kebenaran atau persetujuan Pelanggan dan/atau Pihak Pencagar memindahmilik Perjanjian ini dan Kepentingan Cagaran kepada sesiapapun. Semua kos berkaitan pemindahan hendaklah ditanggung oleh Pelanggan.

Page 16: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

15

13.10 Keboleh asingan

Sekiranya pada bila-bila masa mana-mana peruntukan tersebut atau menjadi tak sah, menyalahi undang-undang, atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam apa jua cara, peruntukan tersebut hendaklah menjadi tak efektif sehingga ke tahap yang perlu tanpa menjejaskan atau merosakkan kesahihan, kesahan, dan/atau penguatkuasaan peruntukan-peruntukan yang selebihnya.

13.11 Masa

Masa adalah intipati penting dalam Perjanjian ini.

13.12 Pengganti/Waris Terikat

Perjanjian ini dan kepentingan Cagaran hendaklah mengikat ke atas dan untuk faedah pihak Bank dan Pelanggan dan harta pusaka, waris, wakil peribadi, serahhak dan/atau pengganti-dalam-hakmilik dan sesiapa buat masa ini memperoleh hakmilik di bawah mereka kecuali Pelanggan boleh tidak menyerahhakkan hak atau kewajipannya di dalam ini.

13.13 Undang-undang Terpakai

Perjanjian ini hendaklah ditadbir oleh undang-undang Malaysia.

13.14 Interpretasi

Sekiranya berlaku sebarang konflik dalam interpretasi peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perjanjian ini, Jadual-jadual dan Surat Tawaran (‘dokumen-dokumen ini’) dan sebarang penterjemahan dalam apa-apa bahasa, versi Bahasa Inggeris dokumen-dokumen ini hendaklah terpakai.

14. INSTRUMEN PRINSIPAL DAN SUBSIDIARI

BAHAWASANYA DENGAN INI DIPERSETUJUI DAN DINYATAKAN bahawa Perjanjian ini, Surat Tawaran dan Dokumen-dokumen Sekuriti adalah instrument dalam satu transaksi untuk mencagar Pinjaman dan Keterhutangan tersebut dan untuk tujuan bagi Seksyen 4 (3) Akta Setem 1949 Perjanjian ini dianggap menjadi instrument prinsipal atau primer.

[muka surat selebihnya ini sengaja ditinggalkan kosong]

Page 17: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

16

BAGI MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI maka pihak-pihak yang berkenaan menurunkan tandatangan dan cap mohor mereka di bawah ini.

Ditandatangani oleh ) bagi pihak ) CIMB BANK BERHAD ) (13491-P) ) oleh Wakilnya ) dalam kehadiran:- )

................................................................. ( ) (No. K/P: )

Ditandatangani oleh Pelanggan ) dalam kehadiran:- )

.................................................................. ( ) (No. K/P: )

Page 18: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

17

JADUAL 1

(yang mana perlu diambil, dibaca dan diertikan sebagai satu bahagian penting

Perjanjian ini)

Seksyen Perkara Keterangan

1. Nama dan alamat Pelanggan

2. Nama dan Keterangan pihak yang menyediakan Cagaran

3 Keterangan tentang Cagaran /Sekuriti perlu disediakan

Page 19: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

18

JADUAL 2

(sila kepilkan satu salinan Surat Tawaran yang telah disetem yang diterima dalam Jadual ini)

SYARAT-SYARAT KHAS MEMBENTUK SEBAHAGIAN PERJANJIAN INI

(sila nyatakan apa-apa syarat khas, sebagai contoh, sekiranya yuran guaman dan lain-lain dibayar oleh Bank, apa-apa syarat prabayaran khas, apa-apa faedah lain seperti kemudahan kad kredit, dan/atau apa-apa syarat lain dalam Surat Tawaran di mana tidak dinyatakan dalam Perjanjian ini. Sila nyatakan “Tidak Terpakai” sekiranya tidak berkenaan)

Page 20: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

19

JADUAL 3

SYARAT TERDAHULU

a) Perjanjian ini dan Kepentingan Cagaran hendaklah telah ditandatangani, disetem, dan didaftarkan dengan pendaftar –pendaftar yang difikirkan perlu atau wajar oleh pihak Bank, dan salinan-salinan telah dihantar kepada Bank. Asalkan pihak Bank boleh atas budi bicara mutlaknya membuat pengeluaran Pinjaman atau mana-mana bahagian tersebut sebelum atau atas presentasi Kepentingan Cagaran kepada pendaftar-pendaftar yang berkenaan untuk pendaftaran;

b) Suatu carian dibuat di pendaftar hakmilik tanah/pejabat tanah berkenaan yang

mengesahkan bahawa mana-mana tanah perlu disediakan sebagai cagaran untuk Pinjaman adalah bebas daripada semua bebanan dan tiada notis pengambilan tanah telah dimasukkan dan/atau didaftarkan atau dikeluarkan terhadap tanah tersebut dan kemasukan kaveat persendirian ke atas hakmilik induk tanah tersebut;

c) Bank berpuas hati bahawa penyempurnaan, penyampaian dan pelaksanaan Perjanjian ini

dan Kepentingan Cagaran telah diberikuasa dan diluluskan oleh semua pihak yang berkenaan dan bahawa yang sama tidak melanggar sebarang undang-undang, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan atau sebarang kontraktual atau sekatan-sekatan lain yang mengikat Pelanggan atau Pihak Pencagar (jika ada);

d) Penerimaan oleh pihak Bank sebarang akujanji, kebenaran, kelulusan, dan/atau

pengesahan yang diperlukan oleh Bank sehingga Bank berpuas hati.

e) Sekiranya terpakai, Bank hendaklah telah menerima surat penafian/akujanji daripada pembiaya modal/pemegang gadaian sedia ada untuk mengecualikan mana-mana tanah untuk disediakan sebagai cagaran untuk Pinjaman daripada prosiding penutupan, surat penafian/akujanji sedemikian perlu dalam bentuk dana kandungan yang diterima oleh pihak Bank;

f) Di mana Pinjaman dibayar secara bayaran berperingkat, penerimaan oleh Bank sijil

arkitek yang berkaitan;

g) Pelanggan hendaklah menghantar atau menyebabkan penghantaran kepada pihak Bank resit-resit semasa/terkini cukai tanah, cukai taksiran, kadaran, tunggakan dan lain-lain belanja pasti yang boleh diminta oleh Bank;

h) Jika diperlukan oleh Bank, satu penilaian ke atas mana-mana tanah atau harta perlu

disediakan untuk Bank bagi tujuan Pinjaman tersebut dan/atau penetusahan alamat tanah atau harta tersebut oleh jurunilai yang diterima oleh Bank pada kos dan belanja yang ditanggung oleh Pelanggan;

i) Penerimaan oleh Bank satu salinan/asal Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani

dan disetem dan/atau Proklamasi Jualan asal bersama-sama Memorandum Kontrak yang telah ditandatangani dan disetem, seperti yang boleh diminta oleh Bank, dan/atau semua dokumen-dokumen lain berkaitan mana-mana tanah perlu disediakan sebagai cagaran kepada Pinjaman seperti yang boleh diminta oleh Bank;

Page 21: CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN - cimbank.com.my Loan with or without... · oleh Pinjaman ini atau apa-apa kemudahan masa depan. Surat Tawaran : Surat tawaran seperti yang dilampirkan

LATL(R)

20

j) Di mana apabila Pelanggan atau sebarang Pihak Pencagar ialah/adalah perbadanan,

penerimaan Bank pengesahan benar salinan memorandum dan artikel penubuhan, Borang 24, 44, 49, dan resolusi ahli lembaga pengarah memberi kuasa untuk meminjam Pinjaman, penyempurnaan Perjanjian ini dan/atau Kepentingan Cagaran oleh Pelanggan dan/atau Pihak Pencagar, mengikut mana yang berkenaan;

k) Penerimaan oleh pihak Bank kesemua polisi insurans bagi Bank untuk dikeluarkan, di

mana polisi insurans hendaklah dalam bentuk dan kandungan yang diterima oleh Bank, dan daripada penaggung insurans yang diterima oleh Bank;

l) Semua dokumentasi guaman lengkap mengikut standard kepuasan Bank;

m) Suatu Carian yang dibuat di pejabat Ketua Pengarah Insolvensi atau Pendaftar Syarikat

dan satu laporan yang memuaskan telah diperolehi ke atas Pelanggan dan Pihak Pencagar mengesahkan bahawa tiada kebankrapan atau proses penggulungan berjalan terhadap Pelanggan dan/atau Pihak Pencagar dan bahawa tiada bantahan atau arahan untuk kebankrapan atau penggulungan telah diterima oleh Pelanggan dan/atau Pihak Pencagar, atau sekiranya pihak Bank memutuskan, sebagai ganti pihak Bank boleh atas budi bicara mutlaknya menerima satu surat akuan berkanun oleh Pelanggan dan/atau Pihak Pencagar menyatakan perkara yang sama;

n) Pelanggan mesti mematuhi dan meyakinkan Bank berkenaan semua keperluan operasi

berkaitan dengan operasi Pinjaman yang boleh dinyatakan oleh Bank dari semasa ke semasa..

o) Penerimaan pengesahan bertulis oleh Peguamcara Bank bahawa semua dokumen adalah

teratur, semua syarat duluan telah dipenuhi, dan semuanya adalah teratur untuk Bank melepaskan Pinjaman; dan

p) Jika ada, syarat tambahan terdahulu mesti dipuaskan dan dipenuhi:-

[Sila masukkan apa-apa syarat terdahulu yang lain yang terdapat dalam Surat Tawaran]

Sementara menunggu mana-mana syarat di atas dipatuhi dalam cara pihak Bank berpuas hati, pihak Bank boleh atas budi bicara mutlaknya menamatkan atau menangguhkan Pinjaman atau pengeluaran pinjaman mana-mana bahagian tersebut.