Cinta Nabi

3
Assalamualaikum sahabat-sahabat. InsyaALLAH hari ini saya nak cerita satu kisah, yang boleh membuatkan hati kita ini menangis dan tenang, dan semoga dengan cerita ini, kita mampu membalas semula cinta dan kasih seorang Rasul yang menjadi Kekasih ALLAH. Pernah pada suatu ketika, para sahabat melihat Nabi Muhammad S.A.W seolah-olah termenung memikirkan sesuatu, lalu para sahabat pun mendekatkan diri kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk betanya apa yang berlaku. Lalu Saidina Abu Bakar mendekatkan diri dengan Nabi bersama-sama sahabat yang lain, lalu bertanya kepada Baginda, dan perbualan antara Saidina Abu Bakar didengar oleh sahabat semua. “Wahai Muhammad, kenapa termenung, apa yang difikirkan?” Lantas soalan tersebut dijawab baginda dengan nada sayu dan rendah “Sungguh aku sangat-sangat merindui ikhwanku” Para sahabat semuanya hairan, siapakah yang dirindui sangat-sangat oleh Nabi, sedangkan Nabi ada sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja demi Nabi Kekasih ALLAH. Lalu diajukan soalan oleh Saidina Abu Bakar “Bukankah kami ini ada ya Nabi, bukankah kami ini bersamamu, bukankah kami ini ikhwan mu?” Nabi tersenyum memandang sahabat Baginda, tetapi nabi berkata “Tidak, kamu semua bukan ikhwanku. Ikhwanku adalah yang dekat denganku” Sahabat-sahabat terdiam, sahabat-sahabat Nabi berasa sayu kerana yang dirindui itu bukanlah sahabat-sahabat Nabi, lalu ditanya lagi kepada Nabi “Kami ini dekat denganmu, kami ini sayang kepadamu, bukankah kami ini ikhwanmu?” Nabi menjawab soalan para sahabat

description

TAZKIRAH CINTA NABI

Transcript of Cinta Nabi

Page 1: Cinta Nabi

Assalamualaikum sahabat-sahabat. InsyaALLAH hari ini saya nak cerita satu kisah, yang boleh

membuatkan hati kita ini menangis dan tenang, dan semoga dengan cerita ini, kita mampu

membalas semula cinta dan kasih seorang Rasul yang menjadi Kekasih ALLAH.

Pernah pada suatu ketika, para sahabat melihat Nabi Muhammad S.A.W seolah-olah termenung

memikirkan sesuatu, lalu para sahabat pun mendekatkan diri kepada Nabi Muhammad S.A.W

untuk betanya apa yang berlaku.

Lalu Saidina Abu Bakar mendekatkan diri dengan Nabi bersama-sama sahabat yang lain, lalu

bertanya kepada Baginda, dan perbualan antara Saidina Abu Bakar didengar oleh sahabat semua.

“Wahai Muhammad, kenapa termenung, apa yang difikirkan?”

Lantas soalan tersebut dijawab baginda dengan nada sayu dan rendah

“Sungguh aku sangat-sangat merindui ikhwanku”

Para sahabat semuanya hairan, siapakah yang dirindui sangat-sangat oleh Nabi, sedangkan Nabi

ada sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja demi Nabi Kekasih ALLAH.

Lalu diajukan soalan oleh Saidina Abu Bakar

“Bukankah kami ini ada ya Nabi, bukankah kami ini bersamamu, bukankah kami ini

ikhwan mu?”

Nabi tersenyum memandang sahabat Baginda, tetapi nabi berkata

“Tidak, kamu semua bukan ikhwanku. Ikhwanku adalah yang dekat denganku”

Sahabat-sahabat terdiam, sahabat-sahabat Nabi berasa sayu kerana yang dirindui itu bukanlah

sahabat-sahabat Nabi, lalu ditanya lagi kepada Nabi

“Kami ini dekat denganmu, kami ini sayang kepadamu, bukankah kami ini ikhwanmu?”

Nabi menjawab soalan para sahabat

Page 2: Cinta Nabi

“Kamu adalah dekat denganku, kamu sahabatku, mana mungkin kamu ini tidak aku

rindui tidak aku sayangi. Kamulah sahabatku, dan aku sayang kamu dan aku rindu

kamu. Tetapi ikhwanku adalah yang aku tersangat rindui”

Sahabat masih lagi hairan dan tidak tahu siapakah “Ikhwan” yang dimaksudkan. Adakah Saidina

Abu Bakar, adakah keluarga Nabi, adakah sahabat paling baik Nabi. Lalu Nabi meneruskan lagi

“Mereka itu ikhwanku, mereka itu umatku, mereka itu yang tidak pernah melihat

wajahku, mereka itu yang tidak pernah mendengar suaraku, tetapi didalam jiwa mereka

itu ada rasa cinta dan kasih kepada ku, mereka itulah ikhwanku, mereka itulah yang

aku tersangat rindu”

Dan Nabi melihat Saidina Abu Bakar, dan berkata

“Wahai Abu Bakar, sesungguhnya ikhwanku itu merindui aku, dan didalam hati mereka

juga merindui dirimu kerana kamu sahabat aku. Dan mereka itu menyayangi dan

merindui semua sahabat-sahabatku”

Sahabat-sahabatku,

Andai kata lah alasan kita tidak berada pada zaman Nabi untuk mencintai dan merindui Nabi,

Adakah Nabi berada pada zaman kita sekarang?  Tetapi rindu dan cinta Nabi kepada umatnya

begitu mendalam.

Page 3: Cinta Nabi

Andai kata kita tidak melihat Nabi tidak mendengar suara Nabi itu dijadikan alasan untuk kita tidak

patut merindui dan menyayangi Nabi,

Adakah Nabi pernah melihat kita untuk menyayangi dan merindui kita?

Kita mendengar mati itu sakit yang teramat, tetapi kenapa Nabi berdoa dan meminta kepada

ALLAH supaya segala kesakitan mati itu ditimpakan ke atas baginda sahaja tidak kepada umatnya

iaitu kita?

Andai kata Nabi menitiskan air mata untuk kita dan mengingati kita sebagai umatnya,

Adakah ada walau setitik air mata kita jatuh kerana mengingati segala perjuangan Nabi untuk kita?

Sahabat-sahabatku,

Ingat tak lagi kisah di saat kewafatan Nabi, betapa gembiranya Nabi apabila dikhabarkan bahawa

tidak akan masuk Syurga umat-umat lain melainkan umat Baginda dahulu?

Ingat kah kita nanti siapa yang menunggu kita untuk memberi syafaat terbesar di akhirat kelak?

Saya tanya kepada anda, usah ditanya sejauh mana cinta Nabi kepada kta, tetapi tanya dahulu

sejauh mana kita mencintai Nabi.

Andai Nabi begitu rindu akan kita, apa kah yang ada pada kita supaya kita mengingati Nabi?

Di hati Nabi ada umatnya yang sangat dicintai, adakah didalam hati kita ini ada cinta kepada Nabi?

Ayuh kita muhasabah diri, dan sama-sama kita menanam jiwa cinta dan sayang kepada Nabi

Muhammad, insyaALLAH..