Ciri-ciri Antara Zaman Paleolitik Dengan Zaman Neolitik

4
Soalan: Bincangkan ciri-ciri antara zaman Paleolitik dengan zaman Neolitik. Jawapan cadangan: Perkembangan peradapan manusia dapat dibahagikan kepada dua tahap iaitu zaman Batu dan zaman logam. Zaman Batu dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu zaman batu lama (Paleolitik) yang bermula pada 500 000SM hingga 10 000SM, zaman batu pertengahan yang bermula pada 10 000SM hingga 7000SM dan zaman batu baru (Neolitik) yang bermula 7000SM hingga 3500SM. Manusia yang muncul pada zaman Paleolitik dikenali sebagai homo sapiens yang ditemui di Pulau Jawa (Orang Jawa) dan di China utara (Orang Peking). Manakala manusia muncul pada zaman Neolitik pula berlaku selepas revolusi pertanian yang seterusnya membawa kepada perkembangan tamadun awal di dunia seperti tamadun Mesir di lembah Nil. Kegiatan ekonomi masyarakat Paleolitik awal ialah memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Masyarakat pada zaman ini tidak mempunyai pengetahuan menternak binatang dan bercucuk tanam. Kegiatan ekonomi pada zaman Paleolitik akhir pula ialah masyarakat memburu binatang dalam kumpulan dan hasil buruan akan dikongsi bersama. Hasil kegiatan ekonomi pada zaman Paleolitik hanya dapat menampung keperluan semasa sahaja. Berbanding dengan kegiatan ekonomi masyarakat pada zaman Neolitik, mereka amat mementingkan perkembangan aktiviti pertanian dan penternakan binatang. Contohnya aktiviti pertanian bermula di Asia Barat sekitar 7000SM di Tepe Yahya, Jarmo, Jerico dan Hacilar. Antara tanaman yang ditanam pada zaman ini seperti gandum, kacang dan barli ditanam di Asia Barat, penanaman padi sawah dan menternak binatang dijalankan di timur laut China dan sebagainya. Kegiatan pertanian dijalankan secara sistematik dan lahir masyarakat yang bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan. Masyarakat Neolitik juga menternak binatang seperti kambing dan biri-biri. Selain itu, kehidupan sosial masyarakat pada zaman Paleolitik awal ialah hidup secara nomad atau berpindah- randah. Mereka berlindung di dalam gua dan di bawah ranting kayu yang ditutup dengan rumput. Tambahan lagi, terdapat juga kumpulan manusia yang berlindung dalam lubang di

description

Bincangkan ciri-ciri antara zaman Paleolitik dengan zaman Neolitik.

Transcript of Ciri-ciri Antara Zaman Paleolitik Dengan Zaman Neolitik

Page 1: Ciri-ciri Antara Zaman Paleolitik Dengan Zaman Neolitik

Soalan: Bincangkan ciri-ciri antara zaman Paleolitik dengan zaman Neolitik.

Jawapan cadangan:

Perkembangan peradapan manusia dapat dibahagikan kepada dua tahap iaitu zaman Batu dan zaman logam. Zaman Batu dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu zaman batu lama (Paleolitik) yang bermula pada 500 000SM hingga 10 000SM, zaman batu pertengahan yang bermula pada 10 000SM hingga 7000SM dan zaman batu baru (Neolitik) yang bermula 7000SM hingga 3500SM. Manusia yang muncul pada zaman Paleolitik dikenali sebagai homo sapiens yang ditemui di Pulau Jawa (Orang Jawa) dan di China utara (Orang Peking). Manakala manusia muncul pada zaman Neolitik pula berlaku selepas revolusi pertanian yang seterusnya membawa kepada perkembangan tamadun awal di dunia seperti tamadun Mesir di lembah Nil.

Kegiatan ekonomi masyarakat Paleolitik awal ialah memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Masyarakat pada zaman ini tidak mempunyai pengetahuan menternak binatang dan bercucuk tanam. Kegiatan ekonomi pada zaman Paleolitik akhir pula ialah masyarakat memburu binatang dalam kumpulan dan hasil buruan akan dikongsi bersama. Hasil kegiatan ekonomi pada zaman Paleolitik hanya dapat menampung keperluan semasa sahaja. Berbanding dengan kegiatan ekonomi masyarakat pada zaman Neolitik, mereka amat mementingkan perkembangan aktiviti pertanian dan penternakan binatang. Contohnya aktiviti pertanian bermula di Asia Barat sekitar 7000SM di Tepe Yahya, Jarmo, Jerico dan Hacilar. Antara tanaman yang ditanam pada zaman ini seperti gandum, kacang dan barli ditanam di Asia Barat, penanaman padi sawah dan menternak binatang dijalankan di timur laut China dan sebagainya. Kegiatan pertanian dijalankan secara sistematik dan lahir masyarakat yang bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan. Masyarakat Neolitik juga menternak binatang seperti kambing dan biri-biri.

Selain itu, kehidupan sosial masyarakat pada zaman Paleolitik awal ialah hidup secara nomad atau berpindah-randah. Mereka berlindung di dalam gua dan di bawah ranting kayu yang ditutup dengan rumput. Tambahan lagi, terdapat juga kumpulan manusia yang berlindung dalam lubang di bawah tanah yang digali oleh mereka. Masyarakat pada zaman Paleolitik akhir pula tinggal dalam kelompok kecil dan mempunyai struktur sosial yang teratur.

Page 2: Ciri-ciri Antara Zaman Paleolitik Dengan Zaman Neolitik

Masyarakat zaman ini tinggal di dalam gua. Contohnya petempatan pada zaman Paleolitik ialah Bukit Jawa, Kota Tampan, Bukit Bunuh, Gua Niah dan Tingkayu. Berbanding dengan kehidupan sosial masyarakat zaman Neolitik, masyarakat Neolitik tinggal menetap di kampung-kampung dan membina rumah kediaman. Perkampungan Neolitik didirikan berhampiran sumber air yang diperlukan untuk pertanian dan penternakan. Rumah mereka didirikan daripada kayu, batu dan tanah liat. Petempatan Neolitik terawal ditemui di Jarmo dan Catal Huyuk. Contoh petempatan kekal dapat dilihat dalam tamadun Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates dan tamadun Mesir di sungai Nil.

Manusia Paleolitik awal mempunyai kemahiran membuat pelbagai peralatan daripada alat batu. Alat batu yang dibuat adalah kasar dari segi pembuatannya dan digunakan sebagai senjata dan alat perhiasan. Alat batu seperti alat repihan digunakan untuk meraut dan memotong. Contoh alat batu yang digunakan dalam zaman ini ialah kapak genggam. Manusia pada zaman Paleolitik akhir mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dalam pembuatan alat-alat batu. Terdapat juga alat-alat yang dibuat daripada tulang, tanduk dan gading gajah. Jarum yang dibuat daripada tulang, mata kain,tempuling, lembing, dan anak panah juga digunakan. Berbanding dengan peralatan pada zaman Neolitik, perkembangan aktiviti pertanian menyebabkan berlaku kemajuan dalam teknologi peralatan. Misalnya peralatan tenggala dicipta sekitar 3000SM untuk membajak tanah pertanian. Penciptaan roda pula pada zaman ini menyebabkan kereta kuda dan lembu digunakan untuk mengangkut hasil pertanian.

Pengkhususan pekerjaan tidak berlaku pada zaman Paleolitik. Hal ini disebabkan corak kehidupan manusia Paleolitik yang berpindah randah. Keadaan ini menyebabkan kelompok manusia hanya terdiri daripada bilangan yang kecil sahaja. Bertambah pula manusia zaman Paleolitik hanya melaksanakan ekonomi bercorak sara diri sahaja. Hal ini menyebabkan ekonomi tidak berkembang maju dan pengkhususan pekerjaan tidak wujud pada zaman Paleolitik. Berbanding dengan pengkhususan pekerjaan masyarakat zaman Neolitik, pengeluaran hasil pertanian yang berlebihan menyebabkan berlaku pengkhususan dalam pekerjaan. Perkembangan ini meyebabkan lahir golongan petani, artisan dan tukang-tukang mahir. Keadaan ini melahirkan masyarakat yang mempunyai struktur sosial yang kompleks.

Ciri kesenian dapat dilihat pada zaman Paleolitik akhir. Pada zaman ini, berlaku kemajuan dalam bidang kesenian seni ukiran, lukisan dan mural.

Page 3: Ciri-ciri Antara Zaman Paleolitik Dengan Zaman Neolitik

Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar-gambar binatang seperti rusa, bison, dan gajah. Mereka pandai dan mahir melukis pergerakkan. Pergerakkan anggota badan binatang ditonjolkan dengan melukis garis-garis tambahan. Kesenian merupakan ilmu magis yang bertujuan menambahkan hasil perburuan. Contohnya lukisan dua ekor lembu liar dilukis pada dinding gua Niah. Berbanding dengan kesenian pada zaman Neolitik, lukisan pada zaman Neolitik bercorak simbolisme. Kesenian yang bercorak simbolisme lebih kepada tulisan yang bertujuan merekod hal-hal seperti hal pentadbiran, keagamaan, ekonomi dan sebagainya. Contoh tulisan yang terdapat pada zaman ini ialah tulisan cuneiform di Mesopotamia, Heiroglif di Mesir Purba, Piktogram di India, Ideogram di China dan sebagainya. Kewujudan sistem tulisan telah membantu dan mamudahkan kegiatan ekonomi yang memerlukan rekod untuk urusan perniagaan.

Pada zaman Paleolitik awal, kemajuan dalam aspek kerohanian jelas ketara daripada amalan ritual yang dijalankan semasa upacara pengebumian. Penemuan barang pengebumian jelas menunjukkan wujud upacara pengebumian dan kepercayaan tentang kehidupan selepas mati. Pada zaman Paleolitik akhir, masyarakat percaya kepada kuasa-kuasa ghaib. Mereka menjalankan pelbagai upacara ritual semasa mengebumikan mayat. Berdanding dengan kerohanian masyarakat Neolitik, mereka percaya kepada kuasa-kuasa luar biasa yang dianggap suci. Mereka turut mempercayai semangat atau tuhan yang mengawal alam semesta. Oleh itu, mereka melakukan pemujaan untuk mententeramkan semangat unsur-unsur alam untuk mengelakkan sebarang bencana alam yang memusnahkan hasil pertanian. Contohnya upacara ritual dan amalan korban dijalankan bagi meningkatkan kesuburan tanaman dan tenakan.

Pada zaman Paleolitik, terdapat institusi organisasi atau politik yang ringkas. Tiada institusi politik yang kukuh dalam zaman ini kerana budaya hidup masyarakat yang berpindah-randah. Berbanding dengan institusi-institusi politik zaman Neolitik, perkembangan pesat dalam bidang pertanian menyebabkan kerajaan yang berdaulat dan mempunyai autoriti untuk memerintah perlu ditubuhkan untuk melakukan kawalan sosial selaras dengan perkembangan baru yang berlaku dalam masyarakat. Kewujudan kerajaan dan sistem pemerintahan yang teratur dapat menyelesaikan hak-hak masyarakat yang semakin kompleks, menjamin pengagihan kekayaan yang seimbang, mewujudkan kawalan sosial dan mempertahankan wilayah daripada ancaman musuh.

Page 4: Ciri-ciri Antara Zaman Paleolitik Dengan Zaman Neolitik

Kesimpulannya, jelaslah bahawa zaman Neolitik memperlihatkan perkembangan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, dan keagamaan. Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas kepada peningkatan dalam petempatan atau tamadun manusia. Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang stabil, tinggal menetap dan menikmati kehidupan yang makmur berbanding dengan zaman Paleolitik. Keadaan ini meletakkan asas bagi kemunculan tamadun-tamadun awal di lembah sungai seperti tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun Hwang Ho, dan tamadun Indus.