Ciri-ciri Asas Tamadun

2
1.3.3- Ciri-ciri Asas Tamadun 1. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar, kepolisan…) 2. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat. 3. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna. 4. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan tersendiri untuk berkomunikasi. 5. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa. 6. Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi & pembinaan. 7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai estitika yang tersendiri. 1.3.4- Faktor-faktor yang mendorong kelahiran dan perkembangan 1. Kedudukan yang strategik memungkinkan pengunaan sumber semulajadi demi kelangsungan kehidupan. 2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian. 3. Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji. 4. Kesengsaraan hidup; Tamadun Jepun. 5. Keterbukaan dan toleransi terhadap sumbangan tamadun yang lain. Kesimpulan Perkataan kebudayaan mengikut keterangan yang dikemukakan oleh setengah sarjana adalah sama dengan maksud tamadun. Manakala pendapat yang lain pula mengatakan kebudayan ada sedikit perbezaan dengan tamadun dan berdasarkan pengertian-pengertian yang dinyatakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan petempatan dan kemudahan yang sempurna. Dalam sejarah Islam tiga istilah digunakan iaitu madaniyyah, „umran dan hadharah yang. menggambarkan pencapaian umat Islam dalam pemurnian aqidah, perlaksanaan syariah, kecemerlangan dan ketinggina akhlaq disamping

description

Ciri-ciri Asas Tamadun

Transcript of Ciri-ciri Asas Tamadun

Page 1: Ciri-ciri Asas Tamadun

1.3.3- Ciri-ciri Asas Tamadun

1. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar, kepolisan…)

2. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.

3. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna.

4. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan tersendiri untuk berkomunikasi.

5. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa.

6. Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi & pembinaan.

7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai estitika yang tersendiri.

1.3.4- Faktor-faktor yang mendorong kelahiran dan perkembangan

1. Kedudukan yang strategik memungkinkan pengunaan sumber semulajadi demi kelangsungan kehidupan.

2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian.

3. Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji.

4. Kesengsaraan hidup; Tamadun Jepun.

5. Keterbukaan dan toleransi terhadap sumbangan tamadun yang lain.

Kesimpulan

Perkataan kebudayaan mengikut keterangan yang dikemukakan oleh setengah sarjana adalah sama dengan maksud tamadun. Manakala pendapat yang lain pula mengatakan kebudayan ada sedikit perbezaan dengan tamadun dan berdasarkan pengertian-pengertian yang dinyatakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan petempatan dan kemudahan yang sempurna. Dalam sejarah Islam tiga istilah digunakan iaitu madaniyyah, „umran dan hadharah yang. menggambarkan pencapaian umat Islam dalam pemurnian aqidah, perlaksanaan syariah, kecemerlangan dan ketinggina akhlaq disamping ketrampilan dalam keilmuan dunia dan agama dan kemajuan kebendaan berteraskan agama. 8

Janakan kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut