Ciri-ciri Masyarakat Bertamadun Berdasarkan Pandangan Sarjana Barat Dan Sarjana Islam Dengan...

3
Soalan: Huraikan ciri-ciri masyarakat bertamadun berdasarkan pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam dengan memberi contoh-contoh yang sesuai. Jawapan cadangan: Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniyah, tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Tamadun awal bermula di sumeria sekitar 3500SM dan diikuti oleh tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho. Perkembangan tamadun berlalu secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan yang dicapai oleh sesuatu masyarakat. Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu Mudun, Madin dan Madana. Perkataan Madana membawa maksud tinggi budi bahasa atau pembukaan bandar . Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang sinonim dengan tamadun ialah civilization berasal daripada perkataan Greek Civitas yang bermaksud bandar . Bagi masyarakat Barat, tamadun ialah pencapaian lahiriah dalam hal pentadbiran, penulisan, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan dan adat resam. Menurut Colin Renfew, terdapat tiga ciri yang menjadi pemangkin kepada kelahiran tamadun, iaitu kemudahan bandar, tempat ibadat dan sistem tulisan. Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi perkembangan tamadun khususnya dari segi perkembangan budaya material, intelektual dan kesenian. Sarjana-sarjana Islam pula berpendapat tamadun marangkumi pembangunan dari segi lahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Jelasnya dapat dirumuskan bahawa tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian lahiriah tetapi juga diringi dengan pencapaian dalam aspek kerohanian. Petempatan kekal turut menjadi salah satu ciri masyarakat bertamadun. Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikan berhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar yang berperanan sebagai pusat tamadun awal. Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah tamadun Indus (lembah sungai Indus), tamadun Mesir (lembah sungai Nil), tamadun

description

Huraikan ciri-ciri masyarakat bertamadun berdasarkan pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Transcript of Ciri-ciri Masyarakat Bertamadun Berdasarkan Pandangan Sarjana Barat Dan Sarjana Islam Dengan...

Page 1: Ciri-ciri Masyarakat Bertamadun Berdasarkan Pandangan Sarjana Barat Dan Sarjana Islam Dengan Beberapa Contoh Yang Sesuai

Soalan: Huraikan ciri-ciri masyarakat bertamadun berdasarkan pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

Jawapan cadangan:

Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniyah, tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Tamadun awal bermula di sumeria sekitar 3500SM dan diikuti oleh tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho. Perkembangan tamadun berlalu secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan yang dicapai oleh sesuatu masyarakat.

Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu Mudun, Madin dan Madana. Perkataan Madana membawa maksud “tinggi budi bahasa atau pembukaan bandar”. Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang sinonim dengan tamadun ialah civilization berasal daripada perkataan Greek Civitas yang bermaksud “bandar”.

Bagi masyarakat Barat, tamadun ialah pencapaian lahiriah dalam hal pentadbiran, penulisan, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan dan adat resam. Menurut Colin Renfew, terdapat tiga ciri yang menjadi pemangkin kepada kelahiran tamadun, iaitu kemudahan bandar, tempat ibadat dan sistem tulisan. Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi perkembangan tamadun khususnya dari segi perkembangan budaya material, intelektual dan kesenian.

Sarjana-sarjana Islam pula berpendapat tamadun marangkumi pembangunan dari segi lahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Jelasnya dapat dirumuskan bahawa tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian lahiriah tetapi juga diringi dengan pencapaian dalam aspek kerohanian.

Petempatan kekal turut menjadi salah satu ciri masyarakat bertamadun. Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikan berhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar yang berperanan sebagai pusat tamadun awal. Antara petempatan awal yang berkembang

Page 2: Ciri-ciri Masyarakat Bertamadun Berdasarkan Pandangan Sarjana Barat Dan Sarjana Islam Dengan Beberapa Contoh Yang Sesuai

menjadi pusat tamadun awal ialah tamadun Indus (lembah sungai Indus), tamadun Mesir (lembah sungai Nil), tamadun Mesopotamia (lembah sungai Tigris dan Euphrates) dan tamadun Hwang Ho (lembah sungai Kuning).

Ciri-ciri masyarakat bertamadun memperlihatkan pembandaran. Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampung berkembang menjadi bandar. Antara bandar penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo-Daro dan Harappa di lembah Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di lembah Sungai Kuning serta Thinis, Thebes dan Memphis di Mesir. Bandar memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidikan dan pusat perindustrian. Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia.

Ciri masyarakat bertamadun mesti mempunyai pengkhususan kerja yang teratur. Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan. Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing. Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh.

Selain itu, organisasi sosial juga merupakan ciri masyarakat bertamadun. sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan paling atas terdiri daripada golongan bangsawan yang diketuai oleh raja, lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan pendeta, kumpulan pentadbiran dan golongan cendekiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan perdagangan dan lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya. Contoh organisasi sosial dapat dilihat dalam tamadun china. Dalam sistem organisasi tamadun china, lapisan teratas diduduki oleh maharaja dan diikuti oleh lapisan bawahnya aristokrat, cendekiawan, petani, artisan dan pedagang dan hamba yang menduduki lapisan paling bawah.

Masyarakat bertamadun mesti mempunyai ciri bahasa dan tulisan. Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa sanskrit. Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform, dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam tamadun awal berbentuk gambar, simbol dan pepaku. Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu

Page 3: Ciri-ciri Masyarakat Bertamadun Berdasarkan Pandangan Sarjana Barat Dan Sarjana Islam Dengan Beberapa Contoh Yang Sesuai

pengetahuan, alat perhubungan dalam sesebuah masyarakat dan antara satu masyarakat dengan masyarakat lain serta alat untuk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatatkan idea dan pemikiran manusia.

Masyarakat bertamadun mesti mempunyai ciri agama dan kepercayaan. Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme dan pemujaan roh nenek moyang. Secara revolusi kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih daripada satu tuhan. Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China.

Selain itu, ciri masyarakat bertamadun turut mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri. Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan di dalam negara. Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun. Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Pemerintahan turut menjadi penting kerana menjamin kemajuan yang akan dicapai pada masa depan.

Kesimpulannya, masyarakat bertamadun mempunyai beberapa ciri iaitu pembandaran, pengkhususan kerja, organisasi sosial, sistem tulisan, agama dan kepercayaan, petempatan kekal dan sistem pemerintahan. Kewujudan ciri-ciri ini menunjukkan kemajuan tinggi telah dicapai oleh masyarakat dalam segala aspek kehidupan.