ciri-ciri pemodenan semasa pemerintahan Maharaja Meiji

download ciri-ciri pemodenan semasa pemerintahan Maharaja Meiji

of 6

Transcript of ciri-ciri pemodenan semasa pemerintahan Maharaja Meiji

  • 7/29/2019 ciri-ciri pemodenan semasa pemerintahan Maharaja Meiji

    1/6

    ISL Minggu 8 WAJ 3101

    1

    Tajuk: Apakah ciri-ciri pemodenan yang berjaya dilakukan oleh Maharaja Meiji di zama

    pemerintahannya (1897 - 1912).

    1. Aspek Sosial

    Kerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan

    masyarakat. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan Negara

    mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains dan teknologi.

    Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan bersikap setia,

    yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa . Amanat dan amanah

    ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

    Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara meyetupadukan

    rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional.

    Perlembagaan Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Dasar

    pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta penyerapan

    budaya barat yang bersifat selektif.

    Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah:-

    i. Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan

    Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran

    membaca, menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah

    pemikiran yang kritis. Kementerian Pendidikan ditubuhkan

    dan pembentukan Rukun asas Pendidikan Rasmi Negara

    berkesan menambahbaikkan mutu pendidikan Jepun. Jepun telah menjadikan

    negara-negara barat sebagai model dalam memajukan pendidikan. Jepun

    telah menjadikan Perancis, Jerman ,Belanda , Amerika Syarikat, Britain dan

    Russia.

    ii. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun), sistem Kokutai

    (semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan

    hubungan sosial). Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa mengenal

  • 7/29/2019 ciri-ciri pemodenan semasa pemerintahan Maharaja Meiji

    2/6

    ISL Minggu 8 WAJ 3101

    2

    diri, bangsa dan tidak mudah lupa, lali atau lemah, pelajar-pelajar dan rakyat

    Jepun ditanamkan tiga elemen tersebut. Doktrin Shinto menekankan falsafah

    perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan seharian, falsafah kokutai

    menekankan rakyat mesti bersatu pada dan berjuang untuk menjadikan orang-orang Jepun satu bangsa yang mulia di dunia menerusi taat setia kepada

    maharaja dan menjaga Negara sepanjang masa. Manakala Furusato ialah

    menekankan nilai ikatan kekeluargaan dan hubungan social yang rukun damai

    bagi membangunkan Negara yang dapat memberikan satu kehidupan yang

    terjamin lagi aman.

    iii. Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang

    pendidikan. Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke

    dalam bahasa Jepun diambil. Pemimpin Meiji sedar mutu pendidikan akan

    terabai dan rakyat lambat menerima pembaharuan ilmu-ilmu moden tanpa

    adanya kepakaran dan buku-buku ilmuan bagi rakyat Jepun meningkatkan

    ilmu pengetahuan dan bidang teknologi.

    Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat

    Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding

    dengan ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orang-

    orang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia.

    Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk

    mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor

    militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis.

    i. Fukoku Kyohei- Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi. Prinsip ini mendokong

    cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah

    memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya

    rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja

  • 7/29/2019 ciri-ciri pemodenan semasa pemerintahan Maharaja Meiji

    3/6

    ISL Minggu 8 WAJ 3101

    3

    kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.

    ii. Bunmei Kaika- Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan. Prinsip ini

    mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkandan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada

    seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan jauh

    dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu

    negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan bangsa

    Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.

    iii. Shokusan Kogyo- Menjalankan Program Perindustrian Berat. Prinsip ini

    mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan

    perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia.

    Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan

    penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu

    mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun telah

    dihantar ke negara barat untuk menimba ilmupengetahuan dan pulang ke

    Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan

    perindustrian.

    iv. Kokusai- Kankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa

    Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan

    perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini

    sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun

    menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui

    konsep kaizen dan arigato

    2. Aspek Ekonomi

    Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada

    Shogun Tokugawa pada tahun 1868-1912, telah mengambil daya usaha yang gigih

  • 7/29/2019 ciri-ciri pemodenan semasa pemerintahan Maharaja Meiji

    4/6

    ISL Minggu 8 WAJ 3101

    4

    memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun.

    Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan perdagangan

    untuk kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan

    kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi mengekalkan negara Jepunsebagai sebuah negara yang berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869, pemerintah

    Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini

    telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968.

    Pada tahun1870, pengumunan ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan

    pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Kedua-dua pengistiharkan ini

    menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji mengutamakan dan menggalakkan

    perdagangan luarnya.Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, British,

    Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi

    perdagangan terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka ini telah menyebabkan pelabuhan-

    pelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka, Kyoto,Yokohama, Nigata menjadi tumpuan

    pertukaran perdagangan antarabangsa. Pemimpin Meiji juga turut membina kapal

    perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada sebarang ancaman

    daripada luar.

    Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun di

    dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905. Kemengan ini telah

    meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara barat.Menerusi pelaksanaan

    dasar industri perkapalan moden, pemerintah Meiji telah berjaya membuka mata orang-

    orang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi menguntungkan orang-orang

    Jepun dan Negara mereka secara keseluruhannya. Melalui perdagangan import dan

    eksportnya, Pemerintah Meiji juga turut memajukan pembinaan jalanraya, landasankeretapi, dan telgraf. Perkembangan ini adalah penting bagi membantu Negara Jepun

    melaksanakan revolusi industri berat seperti penubuhan kilang-kilang simen,

    besi,pembinaan pelabuhan-pelabuhan.Revolusi perindustrian berat ini tidak akan

    berjaya jika pengangkutan perkapalan tidak dijalankan lebih dahulu.

  • 7/29/2019 ciri-ciri pemodenan semasa pemerintahan Maharaja Meiji

    5/6

    ISL Minggu 8 WAJ 3101

    5

    Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah

    Meiji, berbagai-bagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun.

    Dimulakan dengan perindustrian bercorak berat .Sebelum tahun 1870 ekonomi

    pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal.Selepas tahun 1870 kerajaan telah mengambil alih dan mula membiayai

    pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman

    saudagar. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan telah

    menubuhkan Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji

    mula mengimport mesin-mesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha

    tempatan secara ansuran, perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil,

    simen, dan kertas ditubuhkan.

    Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi

    meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan

    (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan

    Hokkaido. Tanaman padi ,teh, buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan utama.

    Para pelajar telah dihantar ke luar negeri untuk mendalami bidang pertanian,

    khususnya di Britiain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden, baja

    kimia, cara mengawal penyakit, pemasaran dansebagainya.

    Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden dengan

    cara meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan

    (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan

    Hokkaido. Tanaman padi,teh ,buah-buahan telah diberi tumpuan utama.Tumpuan juga

    diberi pada program perindustrian berat .Pemimpin-pemimpin telah berusaha

    memperkembangkan industri besi dan keluli, perkapalan, ketenteraan, tanah,pembinaan untuk melahirkan sebuah masyarakat usahawan dan negara industri.

    Kemunculan Zaibatsu (keluarga perdagangan) seperti Mitsui, Mitsubishi,

    Sumitomo dan Yasuda telah mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan

    kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah berkembang menjadi syrikat-syarikat gergasi

  • 7/29/2019 ciri-ciri pemodenan semasa pemerintahan Maharaja Meiji

    6/6

    ISL Minggu 8 WAJ 3101

    6

    dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu Mitsui dan Mitsubishi telah

    bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji. Kumpulan ini menjadi penggerak

    dalam semua lapangan pembagunan seperti pembinaan jalan raya, landsan keretapi,

    penubuhan bank-bank dan sebagainya.Institusi-institusi kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek perindustrian

    secara besar-besaran dan mengurus kewangan negara.

    Pada tahun 1870, sistem kewangan barudiperkenalan daripada ryo kepada

    yen. Sistem cukai, sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi mengurus

    ekonomi Jepun. Pada tahun 1876, Pemerintah Meiji telah menubuhkan Pusat Galakan

    Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan baru, menyusun

    kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah perdagangan di dalam dan

    di luar negeri. Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di

    seluruh Negara. Kemuncak daripada kepesatan ekonomi ini ialah penubuhan Bank

    Industri pada tahun 1900.Selain itu kerajaan Meiji juga turut merangka satu bentuk

    sistem ekonomi baru yang sistematik.