Ciri-ciri Wanita Yang Patut Dipilih Oleh Lelaki

10
1 | Page KOLEJ ISLAM ANTARA SULTAN ISMAIL PE CIRI-CIRI WANITA Y DR Ahmad Fauw SY 0633 ABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA ETRA INTERNTIONAL ISLAMIC C MATA PELAJARAN : AYAT AL-AHKAM 2 KDS 2222 ULASAN BUKU : YANG PATUT DIPLIH OLEH LELAKI UNTUK DIKAHWIN DAN CIRI LELAKI NAMA PELAJAR : AHMAD FAUWAZ BIN MOHAMED ( SY 0633 ) NAMA PENSYARAH : R. ABDUL BASIT BIN ABDUL RAHMAN JABATAN : DIPLOMA SYARIAH TAHUN 3 SEMESTER 5 SESI : 2009/2010 waz Bin Mohamed A (KIAS) COLLAGE NI

Transcript of Ciri-ciri Wanita Yang Patut Dipilih Oleh Lelaki

Page 1: Ciri-ciri Wanita Yang Patut Dipilih Oleh Lelaki

1 | P a g e

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

SULTAN ISMAIL PETRA INTERNTIONAL ISLAMIC COLLAGE

CIRI-CIRI WANITA Y

DR

Ahmad Fauw

SY 0633

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

SULTAN ISMAIL PETRA INTERNTIONAL ISLAMIC COLLAGE

MATA PELAJARAN :

AYAT AL-AHKAM 2

KDS 2222

ULASAN BUKU :

YANG PATUT DIPLIH OLEH LELAKI UNTUK DIKAHWIN

DAN CIRI LELAKI

NAMA PELAJAR :

AHMAD FAUWAZ BIN MOHAMED

( SY 0633 )

NAMA PENSYARAH :

R. ABDUL BASIT BIN ABDUL RAHMAN

JABATAN :

DIPLOMA SYARIAH TAHUN 3

SEMESTER 5

SESI :

2009/2010

waz Bin Mohamed

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

SULTAN ISMAIL PETRA INTERNTIONAL ISLAMIC COLLAGE

NI

Page 2: Ciri-ciri Wanita Yang Patut Dipilih Oleh Lelaki

Ahmad Fauwaz Bin Mohamed

SY 0633

2 | P a g e

�َ��َ�� َ�ْ�ُ� َ�ِ� ا����� َ�ّ�� ا� َ�َ�ْ�ِ� َوَّ�� ��لَ �ُ� " :َ�ِ� َأ$� ُه!"!ة ر�َ� ا��

��� وِ�َ�َ����� َو������: ُ�ْ��ُ� اْ�َ�ْ َأُة ْرَ�ٍ�� �#اِت ا��!�ِ : ������ وِ�َ�َْ$َ%ْ�&َ

.ُ+ّ/َ.ٌ- َ�َ�ْ�ِ� +* $(�' ا�)��' "َ� َ�ْ) َ�َ�اَك

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk

dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya

dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama,

nescaya sejahtera hidupmu”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik

perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi

dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.

Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal

isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini disebabkan wanita yang

melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap

kebahagiaan hidup berumahtangga.

Di antara tanggung jawab seorang lelaki dan seorang bapa terhadap anak-anaknya adalah

memilih seorang bakal ibu yang baik terhadap bakal anaknya.

Sifat wanita yang baik untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya …

1. Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat- sifat solehah serta takut akan Allah

s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada laranganNya dan perkara-perkara yang haram.

Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud

Page 3: Ciri-ciri Wanita Yang Patut Dipilih Oleh Lelaki

Ahmad Fauwaz Bin Mohamed

SY 0633

3 | P a g e

“ Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya, dan eloknya, dan kerana bangsanya, dan

kerana agamanya,maka lazimkan olehmu berkahwin dengan perempuan yang mempunyai

agama”

Dalam sabda Nabi s.a.w. yang lainnya juga menyebut bahawa

“Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya, dan kerana elok

rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya

dan elok rupanya dan barang siapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi

rezeki oleh Allah s.w.t akan dia akan hartanya dan elok rupanya.”

Namun ini tidaklah bermaksud harta dan rupa paras tidak dipentingkan dalam Islam. Dalam

hadits lain ada menyebut bahawa salah satu ciri wanita yang baik adalah apabila suami

memandang isteri, si suami akan merasa senang dan tenang . Ini berdasarkan jawapan

Rasulullah s.a.w kepada sahabat apabila ditanya ‘Siapakah orang perempuan yang baik itu”.

Maka jawab Rasulullah s.a..w “Perempuan yang baik itu ialah yang apabila engkau pandang

mukanya, engkau akan rasa seronok”.

Maka dapat dikatakan bahawa paras rupa juga merupakan satu kreteria dalam memilih isteri.

Walau bagaimana pun Nabi s.a.w. juga memberi amaran kepada lelaki supaya tidak memilih

isteri semata-mata kerana cantik rupa paras dan kekayaan sahaja kerana ianya dikhuatiri akan

menjadi punca kepada kepincangan sesebuah rumah tangga. Seperti mana sabda Nabi s.a.w yang

bermaksud ;

“Janganlah kamu kahwini perempuan itu kerana segaknya semata-mata kerana takut

disebabkan segak dan cantiknya menyebabkan kamu dihina olehnya, dan jangan kamu nikahi

seorang perempuan semata-mata kerana hartanya kerana ditakuti hartanya menyebabkan dia

Page 4: Ciri-ciri Wanita Yang Patut Dipilih Oleh Lelaki

Ahmad Fauwaz Bin Mohamed

SY 0633

4 | P a g e

melampau terhadap kamu,tetapi hendaklah kamu nikahi seorang perempuan itu kerana

agamanya disamping paras rupanya cantik dan dari keluarga yang berharta”.

Namun Nabi s.a.w tetap menyarankan supaya kreteria pertama yang akan diambil kira apabila

memilih isteri adalah dari segi agamanya seperti maksud sabdanya

“Kalau sekiranya isteri kamu seorang hamba yang hitam kulitnya tetapi mempunyai agama

yang kuat maka itu adalah lebih baik bagimu”.

2. Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai dan akhlaknya kerana ianya akan

membantu dalam menyempurnakan ibadah terhadap Allah s.w.t.

Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya akan

mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada manfaatnya melainkan

suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya dengan telatah dan kerenah

isteri.Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan enam (6) sifat perempuan yang sebolehnya

dielakkan apabila memilih calon isteri.

Sifat Al-Annaanah

Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia sntiasa

menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan menyakitkan hati dan tidak

peroleh didalamnya kebajikan.

Sifat Al-Mannaanah

Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang suka

mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam pertuturan seharian

bersama suaminya.

Sifat Al-Hannaanah

Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan kepada lelaki

supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak mudaratnya.

Page 5: Ciri-ciri Wanita Yang Patut Dipilih Oleh Lelaki

Ahmad Fauwaz Bin Mohamed

SY 0633

5 | P a g e

Sifat Al-Haddaaqah

Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu memberatkan

dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.

Sifat Al-Barraaqah

• Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-

• Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.

Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa pemberian suami tidak

mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan pemberian suami dengan orang lain yang

mendapat lebih baik dari suami mereka pada anggapannya)

Sifat Al-Sallaaqah

Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka bercakap

sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.

Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak baik jika

ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang perempuan iaitu :-

Sifat Al-Baqlu.

Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.

Sifat Az-Zahhu.

Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu membesarkan

dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang dengan perkataan yang lemah

lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami dari perasaan cemburu dan gelisah.

Sifat Al-Jubnu

Page 6: Ciri-ciri Wanita Yang Patut Dipilih Oleh Lelaki

Ahmad Fauwaz Bin Mohamed

SY 0633

6 | P a g e

Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah sesuka hati tanpa

mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang isteri daripada sifat cemburu

dan perasaan curiga suami.

3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya. Disarankan untuk memilih seorang

perempuan yang cantik rupa parasnya kerana dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki

tersebut untuk memandang akan perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di

tegah untuk mengahwini seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam

hal ini kita disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras

rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dam berakhlak mulia jika perkahwinan

tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dan untuk mendapatkan zuriat serta

untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan kebanyakkan orang-orang alim dan

soleh memilih perempuan yang sebegini untuk dijadikan isteri.

4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas kahwinnya kurang / murah kerana

sabda Nabi s.a.w yang maksudnya :

“ Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan yang

terlebih murah isi kahwinnya”

Dan dalam hadist Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud:

“Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan di segerakan

rahimnya itu kepada beranak”

Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah

• Rendah mas kahwinnya

• Disegerakan perkahwinannya.

• Menyegerakan untuk mendapat anak.

5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak / melahirkan zuriat kerana sabda Nabi

s.a.w maksudnya ,“Lazimkan keatasmu berkahwin dengan perempuan yang banyak anak dan

perempuan yang banyak kasih sayang ke atas suaminya”

Page 7: Ciri-ciri Wanita Yang Patut Dipilih Oleh Lelaki

Ahmad Fauwaz Bin Mohamed

SY 0633

7 | P a g e

6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara kerana menurut Nabi s.a.w apabila

mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih mesra perhubungan antara suami dan

isteri.

7. Di sunatkan memilih perempuan yang berasal dari bangsa yang baik iaitu perempuan itu

terdiri daripada anak cucu dikalangan orang yang beragama dan anak cucu dari orang yang soleh

serta alim kerana menurut sabda Nabi s.a.w yang maksudnya “Pilih olehmu akan perempuan

yakni tempat bagi mani kamu itu maka kerana bahawa sesungguhnya gemar itu terlebih

mengekalkan”

Di galakkan memilih perempuan mahu pun lelaki dari kalangan yang baik-baik kerana menurut

Nabi s.a.w, sifat baik dari ibu bapa kadang kala akan di warisi oleh anak samada lelaki mahupun

perempuan.

“Keturunan baik itu akan diwarisi oleh anak-anaknya”

Di samping itu Nabi s.a.w menasihatkan supaya lelaki berhati-hati apabila memilih perempuan

agar tidak memilih perempuan yang mempunyai paras rupa yang cantik dan berasal dari

keturunan yang rosak akhlaknya.

8. Disunatkan memilih perempuan yang bukan dari kerabat yang hampir kerana yang demikian

itu mengurangkan syahwat. Sabda Nabi s.a.w pula menyebut yang bermaksud :

“Jangan kamu kahwin akan perempuan dari kerabat yang hampir maka bahwa sesungguhnya

anak itu dijadikan daif tubuhnya”

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di atas memberi

panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka, maka di samping itu Islam juga

memberi panduan kepada kaum wanitadalam memilih bakal suami mereka.

Page 8: Ciri-ciri Wanita Yang Patut Dipilih Oleh Lelaki

Ahmad Fauwaz Bin Mohamed

SY 0633

8 | P a g e

Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang bolehdipandang mudah. Ia tidak

boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan

perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang

bakal kita jalani besama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal

suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum

wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak

mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga

dan sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagianak-anak perempuan

mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran

agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang

anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka

nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan

berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan criteria utama di

dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan

kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta

taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang

kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya,

hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti

perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempattempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya.

Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana

tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh

Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Page 9: Ciri-ciri Wanita Yang Patut Dipilih Oleh Lelaki

Ahmad Fauwaz Bin Mohamed

SY 0633

9 | P a g e

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT

sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu

Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa

orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?”

Hasan menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia

menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak

akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun”

menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum

wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan

suami mereka. Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan

kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi.

Tambahan lagi pandangan negatif

sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan

mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding

lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali yang mengahwinkan anak

perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang

bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah

memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan

anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya

dengan lelaki yang fasik.

Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada menikahkan anak-anak yang

berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak

menghiraukan perintahAllah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Page 10: Ciri-ciri Wanita Yang Patut Dipilih Oleh Lelaki

Ahmad Fauwaz Bin Mohamed

SY 0633

10 | P a g e

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan

keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik,

mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya.

Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah

lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang

mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia

memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orangorang bujang (lelaki

dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,

lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada

mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha

Mengetahui”. (an-Nur: 32).