ciri Ciri Wanita

4

Click here to load reader

Transcript of ciri Ciri Wanita

Page 1: ciri Ciri Wanita

Lollipop : Wanita

Lollipop sangat sinonim dengan

muda mudi zaman yang serba moden ini. Dengan rasanya yang manis, masam mahupun masin ia tetap akan menambat hati sesiapa yang menjamahnya. Namun, Lollipop mempunyai maksud yang tersirat disebalik penciptaannya. Barangsiapa yang dapat merungkai misteri disebalik penciptaan Lollipop akan sedar akan

kepentingannya kepada ketamadunan manusia. Penciptaan Lollipop juga sebenarnya membawa akibat yang mungkin boleh menjejaskan ketemadunan manusia. Disebalik meneruskan kelangsungan hidup, Lollipop juga sebenarnya membunuh ketemadunan manusia. Jadi boleh disimpulkan kita sebagai seorang manusia perlu melakukan satu perubahan walaupun kita akan menerima satu akibat yang boleh menjatuhkan diri kita sendiri.

LOLLIPOP, apa yang di maksudkan oleh saya ialah berkaitan kemanisannya di mata semua orang. Saya yakin, melalui plastiknya sahaja ramai orang akan mengetahui rasa lollipop itu. Kiranya kita lihat plastiknya berewarna jingga, kita sudah tentu menganggapnya berperisa oren. Kiranya plastiknya cantik, berwarna terang kita menganggapnya yang berkualiti tinggi. Itulah realiti dunia yang sebenar. Kita tidak akan dapat mengubahnya kerana ia merupakan bahan sebati dalam diri kita. Melalui luarannya kita berasa kita patut membelinya, tetapi tanpa perlu mendapatkan ‘tester’ dahulu. Kita akan membelinya walaupun harganya mencecah RM2.00 satu batang.

Jika kita menggantikan Lollipop dengan Wanita, situasinya tidak jauh beza. Wanita merupakan eset yang paling bernilai dalam sejarah ketemadunan manusia. Manusia yang bergelar lelaki perlu melindungi wanita-wanita supaya zuriat baru dapat dilahirkan. Begitu sempurna ciptaan tuhan yang bergelar manusia. Walaupun ciptaan manusia itu sebenarnya hebat, tetapi pada sisi Allah , kita sebenarnya sangat hina. Kiranya lollipop diperbuat daripada cecair pembunuh atau asid mahupun lebihan toksik, tapi disebabkan terlampau gembira kerana dapat membelinya, kita lupa bahan racun yang membunuh itu. Situasinya tidak jauh berbeza dengan manusia, kerana kita manusia yang diperbuat dari najis (mani dan Ovum) dapat hidup berfoya foya, kita lupa kita hina di sisi tuhan.

Page 2: ciri Ciri Wanita

Sidang pembaca, prospeknya lahir bukan secara tiba tiba, tetapi sudah lama tetapi kita tidak pernah menyedarinya. Sambungan tentang lollipop, kiranya tadi saya ada menyebut melalui luarannya kita sudah tentu dapat menggagaknya. Sekarang kita lihat gambar di bawah.

(gambar atas) Agaknya, Apa pekerjaan dia?

(Gambar bawah) agaknya gadis ini beragama apa?

Jelas atau tidak? Inilah sebenarnya tujuan sebenar penciptaan Lollipop. Wanita dan Lollipop sebenarnya mempunyai kaitan yang hampir memenuhi 100% persamaan. Teringat saya satu ayat berkaitan aurat dan pakaian. “sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk hiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik” (7:26). MasyaAllah, masih tidak sedarkah wahai manusia? Kita tidaklah sehebat mana, malah

Page 3: ciri Ciri Wanita

lebih hina dari ciptaan-Nya yang lain, tetapi sudah diberi nasuhat dan amaran dari Al-Quran. Jelas sekali kita perlu buat satu perubahan.

Sidang pembaca, mengenai penjelasan saya pada awal rangkap, tentang satu perubahan. Penjelasannya dengan lebih teliti ialah kita perlu berubah secara perlahan lahan, kerana apa? Kerana kita hidup secara bermasyarakat. Kiranya kita berubah secara mengejut, ia akan memberi satu tamparan hebat kepada orang di sekaliling kita. Kita perlu berubah perlahan demi perlahan. Kalau dahulu, kita tidak lengkap solat wajib, lengkapkan satu persatu. Kemudian dalam doa kita pohon agar Allah melembutkan hati dan terus beristiqamah dalam mengerjakan suruhannya baru orang boleh menerima kita. Satu entri lagi, sebenarnya tiada dalam kamus hidup orang lain boleh merubah diri anda.

Kita boleh berdoa di mana mana, dalam hasil penulisan ini pun, sebenarnya doa kepada semua siding pembaca. Wahai manusia sekalian, Janganlah jemu mencari keredhaan-Nya kerana walaupun kita Berjaya di dunia, akhirat akan menanti. Satu soalan di gemburkan kepada kaum lelaki. Apabila ditanya, 9/10 menyatakan mahu mengahwini wanita yang memakai tutup kepala(tudung)/menutup aurat. Ini fitrah kita sebagai manusia. Tetapi, ramaikah yang pernah terfikir ke mana akan dihumbankan wanita yang tida menutup aurat? Tentu sekali kebanyakannya akan menjawab ke neraka di akhirat kelak. TIDAK sebenarnya kerana kita semua perlu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Satu sesi demonstrasi telah diadakan di sekitar Seremban. Demonstrasinya bertajuk Lollipop Dan Wanita. Saya menunjukkan kepada semua penonton dua Lollipop. Satu yang ada pembalut, saya letakkan di sebelah kanan. Satu lagi yang tidak berbalut saya letak di sebelah kiri. Saya meminta semua hadirin untuk melihat keajaiban itu. Bayangkan, penuh lalat menghurung Lollipop di sebelah kiri. Lollipop kanan? Ya, ada lalat tetapi tidak sebanyak yang berbalut hanya dua / tiga ekor sahaja. Itu membuktikan bahawa wanita ini semua sama mana mana mereka pergi akan dicari oleh anasir anasir yang menggilakan tubuh mereka.

Dalam menangis, tekadang kamu berasa gembira. Kekadang kamu tidak sedar siapa kamu sebenarnya. Kini, hadir perasaan cinta dan kasih terhadap jalan dakwah. Teruskan, biarkan apa orang kata. Kita ada pegangan agama. Kita perlu bersatu untuk membantu rakan kita. Jangan biarkan mereka, jangan sesekali ke Syurga berseorangan…

Sekian, wassalam.