Ciri pengukuran psikologi

18
1 1.0 PENGENALAN 1.1CIRI-CIRI PENGUKURAN PSIKOLOGI Setiap ujian psikologi mempunyai persamaan format pengukuran yang terdapat pada ciri-ciri atau sifat-sifat berikut: 1.1.1 DESKRIPTIF - Keputusan ujian menjelaskan aras pencapaian individu secara umum berkaitan sesuatu set tugas di bawah keadaan yang tertentu. Oleh itu, markah ujian tersebut hanya memerihalkan pencapaian individu tanpa penafsiran. - Contoh: Markah darjah kecerdasan; DK110 hanya menjelaskan pencapaian individu dalam suatu ujian yang ditadbir. Untuk menginterpretasi markah tersebut memerlukan maklumat tambahan. 1.1.2 RELATIF - Ujian psikologi tidak bersifat mutlak bahkan berkait dengan pencapaian individu lain mentadbir soalan yang sama. - Markah ujian ditafsir dengan membuat perbandingan markah dengan individu lain supaya tafsiran tersebut menjadi lebih bermakna kepada individu yang mentadbir ujian-ujian psikologi.

Transcript of Ciri pengukuran psikologi

Page 1: Ciri pengukuran psikologi

1

1.0 PENGENALAN

1.1 CIRI-CIRI PENGUKURAN PSIKOLOGI

Setiap ujian psikologi mempunyai persamaan format pengukuran yang terdapat

pada ciri-ciri atau sifat-sifat berikut:

1.1.1 DESKRIPTIF

- Keputusan ujian menjelaskan aras pencapaian individu secara umum

berkaitan sesuatu set tugas di bawah keadaan yang tertentu. Oleh itu,

markah ujian tersebut hanya memerihalkan pencapaian individu tanpa

penafsiran.

- Contoh: Markah darjah kecerdasan; DK110 hanya menjelaskan

pencapaian individu dalam suatu ujian yang ditadbir. Untuk

menginterpretasi markah tersebut memerlukan maklumat tambahan.

1.1.2 RELATIF

- Ujian psikologi tidak bersifat mutlak bahkan berkait dengan pencapaian

individu lain mentadbir soalan yang sama.

- Markah ujian ditafsir dengan membuat perbandingan markah dengan

individu lain supaya tafsiran tersebut menjadi lebih bermakna kepada

individu yang mentadbir ujian-ujian psikologi.

- Contoh: Perbandingan dalam ujian pencapaian seperti Peperiksaan Akhir

Tahun dapat mengenal pasti prestasi akademik setiap individu.

1.1.3 SECARA TAK LANGSUNG

- Pengukuran psikologi menggambarkan personaliti individu secara tidak

langsung, contohnya, apabila seseorang itu meminati kerjaya sebagai

pelukis, secara tak langsung menggambarkan individu berkenaan

berpesonaliti Artistic.

- contoh lain, seseorang yang meminati kerjaya sebagai saintis, secara tak

langsung menggambarkan individu berkenaan berpesonaliti Investigatif.

Page 2: Ciri pengukuran psikologi

2

2.0 CONTOH UJIAN PSIKOLOGI

2.1 INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS)

Inventori Nilai Pekerjaan Sidek atau singkatan INPS dibina oleh Prof. Madya Dr.

Sidek Mohd Noah yang sering digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai dalam

pekerjaan yang dianggap penting oleh seseorang individu.

Inventori nilai pekerjaan ini adalah inventori yang mempunyai format jawapan

skala likert iaitu Sangat Suka (SS), Suka (S), Tidak Pasti (TP), Tidak Suka (TS)

dan Sangat Tidak Suka (STS). Gerak balas individu kepada item-item yang

terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai pekerjaan

individu.

Ujian Nilai Pekerjaan Sidek misalnya, dapat mengukur 6 kategori nilai

pekerjaan iaitu konteks, hubungan, fungsi, ganjaran, citarasa dan monotoni

yang terdiri daripada 21 nilai pekerjaan. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu

Bahagian A: Deskripsi Pekerjaan dan Bahagian B: Perbandingan Nilai

Pekerjaan.

2.1.1 Pentadbiran Ujian INPS

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai

panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya

ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa & kondusif serta lengkap dengan

kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi, meja dan jauh dari gangguan-

gangguan lain. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan

perlu diikuti dan dipatuhi oleh individu yang mengambil ujian.

Page 3: Ciri pengukuran psikologi

3

2.1.2 Kandungan INPS

INPS terbahagi kepada dua set soalan:

- Bahagian A: Deskripsi pekerja

Individu diberi 2 nilai yang ada dalam pekerjaan & dikehendaki

menandakan mengikut keutamaan berdasarkan format skala likert yang

telah dinyatakan.

- Bahagian B: Nilai pekerjaan/perbandingan pekerjaan

Bahagian yang berkaitan dengan perbandingan 21 nilai pekerjaan

dipersembahkan dalam 21 kelompok yang mempunyai gabungan nilai

yang berlainan bagi tujuan perbandingan.

2.1.3 Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil INPS

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian nilai pekerjaan perlu dibuat dengan

teliti dan hati-hati. Justeru, adalah penting untuk merujuk cara pengiraan skor dan

pembentukan profil seperti yang terkandung dalam Manual INPS.

2.1.4 Pentafsiran Profil INPS

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu.

Umumnya, pentafsiran profil adalah berasaskan kategori nilai pekerjaan dan fokus

adalah kepada skor tertinggi dan skor terendah.

Skor 16 hingga 21 dianggap tinggi, skor 7 hingga 15 dianggap sederhana

manakala 1 hingga 6 dianggap rendah. Skor tinggi menunjukkan nilai tersebut

sangat penting kepada individu sementara skor rendah menunjukkan bahawa nilai

tersebut adalah tidak penting kepada individu. INPS mengukur 6 kategori nilai

pekerjaan iaitu:

Page 4: Ciri pengukuran psikologi

4

KONTEKS

i. Manusia

Keperluan utama pekerjaan jenis ini ialah gemar kepada aktiviti-aktiviti yang

berorientasikan manusia. Banyak masa akan digunakan untuk berhubung dan

berinteraksi dengan orang lain. Peranan individu ini termasuklah menyelia,

memujuk, menolong, mengajar, memberi khidmat kaunseling dan menasihat.

ii. Data

Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah individu dikehendaki bekerja dengan

idea, maklumat serta rekod. Individu ini mungkin dikehendaki mengumpul

maklumat-maklumat, membanding, menyalin di samping berkemungkinan

melakukan kerja-kerja menyelaras dan menganalisis data.

Kebolehan membuat kesimpulan dan rumusan dari data-data yang ada

mungkin juga diperlukan di dalam pekerjaan jenis ini. Minat yang mendalam

untuk bermain-main dengan data memungkinkan individu ini berjaya di dalam

kerjaya ini.

iii. Benda

Pekerjaan ini memerlukan individu bekerja dengan objek sama ada objek

kecil mahupun objek besar. Beliau dikehendaki mengendalikan dan

menyelenggara objek dari kerja yang sehalus-halusnya hinggalah kepada

operasi jentera-jentera yang besar. Perhubungan sesama manusia adalah

minima dan mungkin terlibat dalam mereka bentuk, mereka cipta, membina

dan memperbaiki alatan.

Page 5: Ciri pengukuran psikologi

5

HUBUNGAN

i. Pembantu

Pekerjaan ini memerlukan individu supaya bertanggungjawab ke atas orang

lain, mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan. Beliau dikehendaki

supaya sentiasa mengikut arahan ketua dan memberi perhatian penuh

kepada tugas yang diberikan kepadanya.

Beliau juga dikehendaki membuat sesuatu mengikut apa yang telah

dipersetujui. Kesediaannya untuk diarah dari melakukan sesuatu mengikut

kehendak sendiri memungkinkan individu ini berjaya dalam kerjaya jenis ini.

ii. Altruisme

Ciri-ciri seperti suka menolong dan mengasihi orang lain adalah ciri-ciri yang

penting untuk pekerjaan jenis ini. Banyak masa kerja dihabiskan dengan

kerja-kerja kebajikan. Individu ini mungkin dikehendaki membina

perhubungan dengan orang yang tidak mempunyai kawan, menolong mereka

yang tidak bernasib baik serta orang lain yang memerlukan pertolongan.

iii. Pemimpin

Ciri-ciri utama di dalam pekerjaan jenis ini ialah beliau memegang jawatan

yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang berat. Beliau juga perlu

memberitahu tentang apa yang perlu mereka buat, mengarah, dan mengawal

tingkah laku mereka dan bertanggungjawab untuk membuat keputusan-

keputusan penting dalam kumpulan.

Beliau akan dianggap sebagai ketua yang mempunyai prestij dan

pengaruh yang membuatkan orang lain menghormati dan bertanggungjawab

kepadanya.

iv. Autonomi

Autonomi dan kebebasan adalah merupakan unsur-unsur yang penting di

dalam pekerjaan jenis ini. Beliau dengan bebas boleh pergi dan balik dari

tempat kerja sesuka hati serta bebas membuat jadual masa bekerja dan

melakukan kerja mengikut cara yang disukai. Kebebasan dalam membuat

keputusan sendiri dan berinisiatif merupakan kunci kepada kejayaannya.

Page 6: Ciri pengukuran psikologi

6

FUNGSI

i. Intelektual

Pekerjaan jenis ini melibatkan banyak masa untuk aktiviti-aktiviti yang

berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Kerja-kerjanya banyak melibatkan fikiran

demi mencari kebenaran dan menambah khazanah ilmu pengetahuan.

Daya imaginasi dan penaakulan adalah amat perlu begitu juga

kebolehannya mengatur dan menyusun ilmu pengetahuan. Dalam kerja-kerja

yang melibatkan perkara-perkara abstrak dan teoritikal, individu ini

dikehendaki mengkritik, menyoal, menganalisis dan menggabungkan suatu

keterangan.

ii. Kreatif

Pekerjaan jenis ini memerlukan individu-individu yang mempunyai idea-idea

dan persembahan diri yang unik. Gaya hidup yang individualistik mungkin

amat sesuai untuk bidang kerjaya jenis ini. Ketulenan dan keaslian dalam

merekacipta dipraktikkan dalam penyelesaian masalah dan penyelenggaran

kerja. Kebolehan untuk menghasilkan idea-idea baru dan cara

mempersembahkannya secara unik dan tersendiri adalah suatu kemestian.

iii. Kerjaya

Kejayaan dan pencapaian yang tinggi merupakan keperluan dan ciri-ciri

utama pekerjaan jenis ini. Matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi amat

dikehendaki. Individu akan menghadapi kerja-kerja yang mencabar dan

mungkin juga masalah-masalah yang berat dan rumit. Jika beliau mempunyai

semangat dan kesungguhan yang luar biasa, berkemungkinan besar beliau

akan berjaya di dalam pekerjaan ini.

iv. Organisasi

Salah satu pra-syarat yang perlu ada untuk pekerjaan jenis ini adalah

kebolehan menyusun dan menyelenggara barang-barang di bawah jagaan

peribadi supaya kelihatan kemas dan teratur.

Beliau perlu menyusun segala peristiwa sama ada yang telah atau yang

akan berlaku secara sistematik dan teliti. Dalam menjalankan tugas-tugas

harian, kecuaian dan ralat-ralat kecil biasanya tidak dapat diterima.

Kebolehan menyusun sesuatu kerja lebih awal dan terperinci adalah perlu

dan amat ditekankan.

Page 7: Ciri pengukuran psikologi

7

GANJARAN

i. Keuntungan

Pekerjaan jenis ini memberi peluang kepada individu ini untuk menjadi kaya.

Kerjaya ini memberikan faedah ekonomi yang tinggi yang memungkinkan

beliau berupaya memiliki barang-barang berkualiti tinggi yang diinginkan

seperti rumah, kereta, pakaian dan lain-lain. Walaupun kadang kala terpaksa

berhadapan dengan risiko, tetapi potensi untuk mendapatkan keuntungan

yang besar adalah tinggi.

ii. Promosi

Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah adanya kenaikan pangkat, yang

memberikan individu ini peluang untuk maju ke hadapan selangkah demi

selangkah. Beliau mempunyai peluang untuk naik ke atas menjadi orang yang

berpengaruh dan berautoriti. Walaupun mungkin terpaksa memulakan kerjaya

dengan jawatan yang rendah, beliau boleh meningkat dengan cepat di dalam

sesebuah organisasi.

iii. Masa lapang

Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah ia tidak mengganggu kehidupan

individu berkenaan di luar masa kerja. Waktu kerja adalah pendek dan beliau

mempunyai banyak masa untuk bercuti. Beliau akan mempunyai banyak

masa untuk bergembira dan juga berpeluang untuk melakukan aktiviti

kegemaran serta aktiviti-aktiviti hariannya.

iv. Pengiktirafan

Dalam pekerjaan jenis ini, individu akan menjadi perhatian dan tumpuan

masyarakat umum. Beliau akan dikenali dan dianggap penting oleh

sebahagian besar ahli masyarakat. Nama dan wajah beliau akan dikenali

secara meluas dan mempunyai martabat yang tinggi di mata masyarakat.

v. Sokongan

Persekitaran kerja dalam pekerjaan jenis ini amat menyokong individu

berkenaan. Sebagai seorang pekerja, beliau akan dilayan dengan kasih

sayang dan kebaikan. Ketua dan pembantu-pembantu beliau amat

memahami, bertimbang rasa dan selalu memberi galakan dan dorongan.

Mereka begitu mengambil berat tentang keselesaan dan kesejahteraannya;

biasanya ditawarkan bantuan jika beliau memerlukan.

Page 8: Ciri pengukuran psikologi

8

vi. Keselamatan

Pekerjaan jenis ini membolehkan beliau merasa bebas dari kebimbangan,

kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Beliau merasa selamat dengan

perubahan-perubahan semasa yang berlaku di sekeliling kerana mengetahui

beliau serta keluarga kekal, stabil dan boleh dijangkakan. Secara

keseluruhannya, pendapatan beliau tidak dipengaruhi oleh kesempitan hidup.

CITARASA

i. Kebudayaan

Untuk berjaya di dalam kerjaya ini, individu ini mestilah berkebolehan

menikmati dan menghargai seni. Keupayaannya untuk menghayati bentuk,

imbangan, kelembutan, keharmonian dan kecantikan sesuatu benda adalah

amat berguna dan berharga. Beliau mungkin dikehendaki mengumpulkan

benda-benda seni, cantik dan mempunyai erti serta dikehendaki supaya

memperkembangkan minat dan penghargaan terhadap seni dan budaya.

ii. Agama

Salah satu pra-syarat utama untuk berjaya di dalam pekerjaan ini ialah mesti

mempunyai pengetahuan yang tinggi dan luas. Beliau akan selalu terlibat

dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan. Peluang untuk

berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai-nilai yang berkaitan

dengan agama adalah merupakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

MONOTONI

i. Kepelbagaian

Pekerjaan jenis ini memerlukan individu berhadapan dengan keadaan-

keadaan dan masalah-masalah baru dan berbeza untuk diselesaikan. Beliau

mungkin dikehendaki mengendali dan membuat penyelidikan berkaitan

dengan persekitaran fizikal dan sosial beliau. Banyak masa mungkin akan

dihabiskan untuk perjalanan ke tempat-tempat yang beliau tidak biasa. Risiko

sama ada kecil atau besar tidak dapat dielakkan. Beliau mesti bersedia untuk

mengalami perubahan yang akan berlaku.

Page 9: Ciri pengukuran psikologi

9

ii. Aktiviti

Satu daripada keperluan utama pekerjaan jenis ini adalah minat dan cinta

kepada aktiviti-aktiviti fizikal. Individu perlu mempunyai tahap kecergasan

yang tinggi. Kesihatan, kekuatan, dan ketabahan yang tinggi adalah suatu

kemestian. Beliau mungkin dikehendaki mengangkat benda-benda yang

berat, bekerja di dalam bangunan dan mungkin juga di luar bangunan. Minat

terhadap pergerakan yang memerlukan tenaga dan kekuatan adalah perlu

untuk kejayaan di dalam kerjaya ini.

Page 10: Ciri pengukuran psikologi

10

2.2 SELF-DIRECTED SEARCH (SDS)

Inventori yang dibangunkan John L. Holland ini telah banyak

digunapakai untuk tujuan membantu individu meneroka

potensi kerjaya mereka dari sudut minat & jenis personaliti

individu terhadap suatu kerjaya. Masa yang diperuntukkan

untuk mentadbir ujian ini adalah selama 20 hingga 30 minit

dengan bilangan item sebanyak 192 beserta pilihan jawapan

Ya atau Tidak. Alat ukurannya terdiri daripada 3 bahagian

iaitu Kesukaan, Kecekapan & Nama Pekerjaan.

ii.2.1 Pentadbiran ujian SDS

Responden perlu menjawab ujian ini berdasarkan minat dan bukannya mengikut

pandangan orang lain. Sebaiknya ujian dilakukan di dalam bilik yang kondusif

dengan kelengkapan asas seperti kerusi dan meja.

Menurut Holland, terdapat 6 jenis personaliti & persekitaran yang

dikemukakan dalam SDS sama ada Realistic (R), Investigative (I), Artistic (A),

Social (S), Enterprising (E) & Conventional (C).

ii.2.2 Pengiraan skor ujian SDS

Pengiraan perlu dibuat dengan berhati-hati dan teliti dengan mengira jawapan

yang bertanda YA sahaja mengikut lajur ke bawah. Selepas itu, responden perlu

menulis bilangan yang diperoleh di dalam ruang di bawahnya mengikut urutan.

Keputusan diperolehi setelah responden mengambil 3 jenis minat yang mendapat

markah tertinggi sama ada Realistic (R), Investigative (I), Artistic (A), Social (S),

Enterprising (E) atau Conventional (C).

Page 11: Ciri pengukuran psikologi

11

ii.2.3 Pentafsiran RIASEC

1. Realistik (Realistic)

Berkemahiran dalam atletik dan mekanikal. Mereka ini suka bekerja dengan objek,

mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Juga berminat bekerja di dalam

situasi outdoor berbanding di dalam pejabat.

2. Siasatan (Investigative)

Mereka ini biasanya amat berminat dengan pemerhatian, mempelajari, menyelidik,

menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan serta

berkemahiran dalam bidang saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya

bercorak teknikal.

3. Kesenian (Artistic)

Mereka yang berada di kelompok ini memiliki kebolehan kesenian, sangat kreatif

dan berinovasi. Juga mempunyai kebolehan dimana mereka suka bekerja di dalam

situasi tidak atau kurang berstruktur. Dalam erti kata “bebas” kerana tidak minat dan

tidak suka bekerja di dalam keadaan yang rutin atau berulang-ulang. Sentiasa

menggunakan daya imaginasi dan daya kreativiti.

4. Sosial (Social)

Mereka ini juga suka bekerja dan beinteraksi sesama manusia. Suka memberitahu,

menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kerja-kerja kebajikan

untuk orang lain. Berkemahiran menggunakan tutur kata serta mahir dalam

komunikasi dan mempunyai matlamat terutamanya dalam membuat kebajikan.

Page 12: Ciri pengukuran psikologi

12

5. Berdaya Usaha (Enterprising)

Mereka ini amat suka dan minat bekerja dan berinteraksi sesama manusia. Berminat

dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan orang lain juga

mahir dalam memanipulasi. Namun matlamatnya adalah bagi mencapai keuntungan

organisasi dan keuntungan ekonomi.

6. Konvensional / Kelaziman (Conventional)

Suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka ini mempunyai kemahiran dalam

bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dam kemahiran dalam

menggunakan nombor dan melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan

mengikut arahan.

Page 13: Ciri pengukuran psikologi

13

3.0 RUMUSAN

Secara umumnya, jelaslah bahawa ujian-ujian psikologi mempunyai format ciri

pengukuran yang piawai sepertimana yang telah dijelaskan melalui contoh-contoh

ujian di atas. Hal ini kerana ujian psikologi kebanyakannya bermatlamatkan ujian

yang berkaitan dengan pengukuran tingkah laku individu.

Telah terbukti bahawa 2 contoh ujian tersebut menepati ciri-ciri pengukuran

seperti yang dinyatakan di dalam muka 1.0 PENGENALAN. Keputusan kedua-dua

ujian tersebut dapat menggambarkan pencapaian/personaliti individu terhadap

suatu ujian yang ditadbir yang menepati ciri deskriptif. Bahkan keputusan tersebut

menjadi lebih bermakna sekiranya dibandingkan dengan markah yang diperoleh

individu lain yang menjadikan ujian-ujian ini tidak lari dari ciri relatif. Secara tak

langsung, hasil dari ujian tersebut menggambarkan pencapaian serta personaliti

individu yang mentadbir ujian ini.