UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

21
DISEDIAKAN OLEH: INNA KHOIRUNNA BT AZIS UJIAN DAN PENGUKURAN DALAM PSIKOLOGI Ujian Minat & Kerjaya

Transcript of UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Page 1: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

DISEDIAKAN OLEH:

INNA KHOIRUNNA BT

AZIS

UJIAN DAN PENGUKURAN DALAM

PSIKOLOGI

Ujian Minat & Kerjaya

Page 2: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

PENGENALAN

Teori ini diperkenalkan pada tahun 1959

Dikenali sbg teori pemilihan vokasional dan kerjaya

Merupakan teori pendekatan struktur yg menekankan aspek keselarasan antara jenis personaliti dgn jenis persekitaran.

Page 3: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Org yg meminati & menceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan tertentu mempunyai pola2 personaliti yg serupa @ hampir sama & dgn itu, mereka akn bertindak balas kpd pelbagai situasi & masalah dgn cara yg serupa @ hampir sama.

Kepuasan, kestabilan & pencapaian dlm sesebuah pekerjaan bergantung kpd sejauh mana wujudnya keselarasan antara personaliti individu dgn persekitaran ia bekerja.

Page 4: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Holland menyatakan bhw terdapat beberapa unsur yg mempengaruhi individu. Antaranya ialah:

Konsep kendiri Pengetahuan kendiri- merujuk kpd

beberapa byk & beberapa tepat maklumat tentang seseorg individu mengenali diri

Pengaruh ibu bapa Orientasi individu Kestabilan membuat pilihan

Page 5: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Holland menyatakan bahawa terdapat 6 jenis persekitaran pekerjaan dan 6 jenis personaliti yg perlu dicari keselarasannya bg setiap ondividu.

1. Realistik2. Investigatif3. Artistik4. Sosial5. Enterprising6. Konvesional

Page 6: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Definisi Operasional: RealistikBil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

1. Realistik

(Membuat)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.

Contoh pekerjaan: jurutera, jurubina, animator, pengaturcara komputer, juruterbang, ahli radiologi, pustakawan, juruteknik elektronik, chef, atlet, ahli bomba dan penyelamat, pemandu, tentera, operator mesin, mekanik, ahli perkebunan dan pembuat perabot.

Tret Personaliti: praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip.

Page 7: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Definisi Operasional: Investigatif

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

2. Investigatif

(Memikir)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Contoh pekerjaan: pegawai perubatan, aktuari, ahli farmasi, psikatrik, ahli ekonomi, ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, angkasawan, ahli antropologi, profesor, guru sains dan matematik.

Tret Personaliti: pemerhati, analitikal, rasional, teliti, intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris dan jitu.

Page 8: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Definisi Operasional: Artistik

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

3. Artistik

(Mencipta)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.

Contoh pekerjaan: Arkitek, penulis seni kreatif, artis, pemimpin orkestra, pengubah lagu, pengarang, pelukis, wartawan hiburan, kartunis, pereka grafik, pereka fesyen, juruhias dalaman, jurufoto, dan jurusolek.

Tret Personaliti: imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika, emosional, introspektif, reflektif, tulin, bebas, sensitif dan idealistik.

Page 9: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Definisi Operasional: Sosial

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

4. Sosial

(Menolong)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

Contoh pekerjaan: guru, pensyarah, kaunselor, pekerja sosial, pegawai perhubungan awam, penyambut tetamu, pegawai kebajikan, jururawat, paramedik, pramugari/ pramugara dan pemandu pelancong.

Tret Personaliti: sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Page 10: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Definisi Operasional: EnterprisingBil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

5. Enterprising

(Memujuk)

Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh pekerjaan: usahawan, pengarah syarikat, spekulator, eksekutif pengiklanan, eksekutif pemasaran, agen insuran, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel, pengurus bank, wartawan, jurujual, jurulatih dan agen pelancongan.

Tret Personaliti: ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan manipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi.

Page 11: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Definisi Operasional: Konvensional

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

6. Konvensional

(Mengurus)

Persekitaran pekerjaan yang melibatkan kerja berstruktur, teratur, melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.

Contoh pekerjaan: kerani, setiausaha, penyimpan kira-kira, guru perdagangan/ guru perakaunan, akauntan, jurutrengkas, pegawai bank, pegawai cukai, operator komputer, penilai harta, juru audit, juruwang dan pegawai perangkaan.

Tret Personaliti: berstruktur tinggi, teliti, teratur, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan dan rutin, menurut perintah, cermat dan cekap mengemaskini.

Page 12: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Holland(1997) menyatakan bahawa:

Pekerjaan itu tidak bermaksud seseorang individu memiliki satu jenis persekitaran @ satu jenis personaliti sahaja.

Kebanyakan pekerjaan merupakan kombinasi drpd beberapa persekitaran shj.

Beliau mggunakan 3 kod huruf sebagai pengenalan kpd kod pekerjaan.

Buku “Holland Occupation Finders” telah menyenaraikan 3 kod kpd 1156 jenis pekerjaan.

Page 13: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Cth: seorg Detektif adlh gabungan drpd personaliti sosial, realistik & enterprising(SRE). Sosial diperlukan utk menolong org lain, realistik disbbkan kepentingan utk memandu kenderaan, mggunakan senjata & mengesan cap jari.

Buku beliau “Dictionary of Holland Occupation Code” (Gottfredson & Holland, 1998) tlh menyenaraikan 12000 jenis kerjaya yg disediakan kod2.

Page 14: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

MODEL HEXSAGON HOLLANDInventori Minat dan Kerjaya

R I

C A

E S

Page 15: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

KESELARASAN / KONGRUENS Jenis personaliti tertentu memerlukan jenis persekitaran yang

tertentu juga. Cth 1: Darjah keselarasan yang tinggi berlaku apabila jenis

personaliti Sosial berada dalam persekitaran Sosial juga. Padanan ini merupakan padanan yang tepat.

Cth 2: Apabila jenis personaliti Sosial berada di dalam persekitaran yang berhampiran iaitu persekitaran Enteprising atau Artistik, maka darjah keselarasannya berlaku secara sederhana.

Cth 3: Apabila jenis personaliti Sosial berada di dalam persekitaran yang bertentangan seperti Realistik, menunjukkan tiada keselarasan berlaku. Hasil ketidakselarasan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati, menghasilkan perlakuan kerja yang tidak berkesan dan menjadikan individu merasa kurang stabil dari segi kepuasan kerja dan gaya hidup.

Page 16: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

KESELARASAN / KONGRUENS

R I

K A

E S

S-S : Keselarasan tinggiS-A : Keselarasan sederhanaS-E : Keselarasan sederhanaS-R : Tiada keselarasan

Page 17: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

KESELARASAN / KONGRUENS

PERSONALITI PERSEKITARAN

KERJAYA

TAHAP

KONGRUEN

SOSIAL DENGAN SOSIAL TEPAT / TINGGI

SOSIAL DENGAN ARTISTIK SEDERHANA

SOSIAL DENGAN REALISTIK TIADA

Page 18: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Cara Pentadbiran

Menurut Holland, dgn mggunakan SDS @ VPI, dua skor tertinggi yg terdiri drpd 2 jenis personaliti yg bersebelahan mengikut model heksagonal dikatakan mempunyai konsistensi yg tggi

Sebaliknya profil yg terbentukdrpd jenis personaliti yg bertentangan adlh paling tidak konsisten.

Profil yg terbentuk drpd jenis personaliti yg bersendengan dikatakan mmempunyai tahap konsisten yg sederhana.

Page 19: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Dgn mggunakan Kod Keselarasan Holland, kod personaliti SRA lebih selaras dengan kod persekitaran SRA & kurg selaras dgn kod persekitaran SRC.

Kod persekitaran SIC lebih tidak selaras begitu juga kod ICR tidak selaras dgn SRA.

Konsep keselarasan personaliti diri dgn persekitaran kerjaya merupakan salah satu matlamat dlm kaunseling kerjaya.

Page 20: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Minat kerjaya yg jelas boleh dikenalpasti dgn pengiraan indeks pembezaan sama ada tggi @ rendah.

Indeks pembezaan diperoleh dgn menolak skor tertinggi dgn skor terendah dlm sesuatu ujian minat kerjaya.

Bg ujian VPI & SDS penentuan samada indeks pembezaan tinggi @ rendah dibuat berasaskan skor penengah iaitu separuh drpd marakah maksimum~skor penengah utk VPI=7, SDS=16.

Page 21: UJIAN & PENGUKURAN DLM PSIKOLOGI

Klien R I A S E C KOD IP CATATAN

Zizi 6 10 8 24 28 30 CES 24 Pembezaan Tinggi, personaliti tulen & jelas

Aria 14 14 14 15 16 17 CES 3 Pembezaan rendah, personaliti tidak tulen & kabur.