Ciri Pengurus Baik

download Ciri Pengurus Baik

of 8

Transcript of Ciri Pengurus Baik

  • 7/29/2019 Ciri Pengurus Baik

    1/8

    SOALAN KAJIAN 1

    Uji bakat (

    audition)

    untuk sebarang koir adalah penting kerana ia mengutamakankepentingan penglibatan seseorang dalam

    sesebuah koir (McRae, 1991:14). Selain itu,McRae juga menyatakan bahawa uji bakat memberikan

    maklumat kepada gurutentang keadaan suara seseorang pelajar. Di samping itu, ini juga memberi

    peluangkepada pendidik untuk mengenalpasti sebarang masalah muzikal atau suara pelajar.Uji bakat

    dibuat untuk memilih pelajar yang boleh menyanyi serta memastikan bahagian suara ahli (soprano atau

    alto, dan sebagainya). Seramai 55 orang pelajar telah dipilih di sekolah A (SA) pada hari pertama selepas

    uji bakat dijalankan.Sekolah ini mengambil 4 hari untuk menjalankan pemilihan pelajar.

    Selepaskeseluruhan lagu diajar, penyingkiran

    (elimination)

    ahli pula dijalankan.Hanya sekolah A sahaja yang menjalankan penyingkiran ahli setelahkeseluruhan lagu

    diajar, iaitu selepas beberapa bulan. Penyingkiran ini tidak dibuat pada masa uji bakat. Pelajar boleh

    dipilih dengan serta merta oleh guru pada hari uji bakat, tetapi ini telah sengaja dilakukan. Cara ini

    merupakan satu cara yang sangat berkesan sebab apabila penyingkiran dibuat, hanya yang TERBAIK

    sahaja yangdipilih, iaitu ahli yang sudah boleh menyanyi bahagian-bahagian (

    parts)

    merekadengan cekap. Semua pelajar yang telah lulus uji bakat memang boleh menyanyidengan pic yang

    tepat, tetapi bukan semua pelajar yang boleh menyanyikan lapisan

    (parts)

    mereka dengan tepat dan cekap. Melalui cara penyingkiran ini, guru dapatmelihat dan mendengar

    dengan sendirinya pelajar yang boleh menyanyi bahagiannyadengan cekap dan sebaliknya. Secara tidak

    langsung, kompetensi pelajar diuji.Setiap guru koir sekolah harus mencuba strategi penyingkiran untuk

    mengelakkan ahli-ahli koirnya dari tidak menghadiri latihan. Latihan adalah sangat penting untuk

    menguasai sebarang kemahiran. Di samping itu, ahli-ahli koir dapatmemberikan komitmen yang serius

    dan sepenuhnya terhadap koir sekolah mereka.Pada hari penyingkiran, guru dapat melihat dan akan

    tahu pelajar yang selalumenghadirkan dirinya dan yang kerap kali hadir. Satu perasaan takut dibuang

    akanmuncul pada sanubari ahli-ahli koir dan ini akan membawa kepada peningkatankehadiran dalam

    latihan serta komitmen dari pelajar-pelajar.Sekolah B(SB) juga menjalankan latihan vokal. Tetapi, hasil

    nyanyian dan pengeluaran suara tidaklah begitu memuaskan. Ini mungkin disebabkan olehkurangnya

    masa yang diperuntukkan untuk

    vocalizing.

    Latihan vokal atau

  • 7/29/2019 Ciri Pengurus Baik

    2/8

    vocalizing

    mestilah dibuat sekurang-kurangnya selama 2030 minit. Ini adalah untuk menyediakan suara pelajar

    menggunakan

    head voice

    dan

    chest voice

    . (Brinson, 1996, p.186 & 187).GC (Guru C) telah berusaha untuk membaiki mutu persembahan koir

    beliau.Tidak boleh dinafikan, memang ada perubahan yang positif dalam persembahan koir sekolah B.

    Walau bagaimanapun, masih ada ruang untuk pembaikian nyanyian.Kedudukan postur pelajar bolehlah

    dibaiki. Sekiranya pelajar duduk dengan postur yang betul, iaitu dengan tidak membongkok belakang,

    penghasilan suara bolehditingkatkan.Pelajar-pelajar di sekolah patut ditunjukkan postur menyanyi yang

    betul. Inimerupakan asas untuk nyanyian. Postur yang betul, sama ada berdiri ataupun duduk adalah

    keperluan asas dalam proses repirasi. ((Phillips, 1992, p.148). Ini perludibetulkan supaya tidak menjadi

    tabiat

    (habit)

    yang sukar dibetulkan nanti. Sekiranyaini telah diperbetulkan, sudah pasti akan terdapat perbezaan

    positif yang nyata dalam

    Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

    nyanyian pelajar-pelajar. Duduk sewaktu menyanyi adalah tidak digalakkan samasekali.Di dapati GC

    telah memulakan latihan koirnya 3 bulan (bulan Mac)selepas sekolah A (4/1/2005). Dalam masa 3 bulan

    ini banyak latihan yangdijalankan. Pengkaji berpendapat sekolah B hanya menjalankan latihan koir

    semata-mata untuk menyertai pertandingan. GC telah mencuba dengan sedaya upayanyauntuk

    menaikkan mutu koir sekolahnya.Sekolah A yang telah mendapat pendedahan persembahan luaran

    telah dapatmelihat persembahan koir bertaraf dunia

    (world class choirs)

    .

    American Boys Choir

    dan

    Vienna Boys Choir

    adalah koir bertaraf dunia. Pendedahan ini dapat membukaminda ahli-ahli koir untuk membuat

    persembahan yang bermutu tinggi. Secara tidak langsung, ini dapat menaikkan semangat setiap ahli koir

    untuk berusahameningkatkan mutu koir sekolah mereka. Dengan ini, tahap kualiti koir

  • 7/29/2019 Ciri Pengurus Baik

    3/8

    dapatditingkatkan dan diperbaiki lagi ke tahap yang lebih tinggi.Kumpulan koir sekolah perlu diberi

    pendedahan luaran, baik menyaksikankoir antara bangsa mahupun koir tempatan yang bermutu.

    Sekiranya sekolah itu tidak mampu menghadiri persembahan-persembahan ini, mereka bolehlah

    mendapatkansumber-sumber lain seperti menonton persembahan koir berbentuk VCD dansebagainya.

    Kita bernasib baik kerana berpeluang menikmati meluaskan pandanganserta pendedahan. Dengan

    menonton persembahan koir antarabangsa, sesebuahkumpulan koir itu dapat melihat bagaimana

    pengeluaran dan pengawalan suara sertawarna ton dalam sesebuah koir itu yang cemerlang.Guru A

    telah menyanyi dan menunjukkan cara menyanyi kepada pelajar- pelajarnya sewaktu latihan. Beliau

    telah menunjukkan pengeluaran suara cara jatuhkan dagu

    (drop jaw)

    dan telah memeriksa setiap pelajar-pelajarnya untuk memastikan mereka mengikut cara yang betul.

    Untuk not-not yang tinggi bagisoprano, beliau telah menyuruh mereka untuk fikirkan rendah dan nyanyi

    (

    think lownotes)

    dan menggunakan suara kepala

    (head voice).

    Cara ini tidak digunakan olehsekolah B. Ini merupakan satu cara yang sangat berkesan. Setiap guru perlu

    tahu cara-cara dan teknik vokal supaya bolehlah diajar dan didemonstrasikan kepada pelajar- pelajar

    sewaktu menyanyi dalam koir.

    SOALAN KAJIAN 2

    Masa merupakan faktor utama dalam sebarang latihan, apatah lagi untuk latihan koir yang memerlukan

    masa yang bermutu

    (quality time)

    . Selepas memerhatikan masalahkedua-dua buah sekolah SA dan SB, mereka berkongsi masalah yang

    sama iaitufaktor MASA. Sekiranya latihan koir dijalankan pada hari lain selain hari aktiviti-aktiviti lain,

    sudah tentu masalah masa tidak akan wujud. Percanggahan masa pelajar- pelajar dengan aktiviti-aktiviti

    sekolah juga tidak akan berlaku.Untuk berlatih dan melatih sesebuah koir, masa yang lama

    diperlukan.Gangguan tidak boleh berlaku. Pihak sekolah haruslah memberi sokongan kepada koir

    sekolah. Didapati pihak sekolah kedua-dua buah sekolah memang memberi sokonganyang baikterhadap koir dengan memberikan mereka menjalankan latihan sewaktumata pelajaran PJK, walaupun

    hanya untuk pertandingan sahaja.Walaupun pihak sekolah memberi sokongan kepada pasukan koir,

    pelajar- pelajar juga mesti menunjukkan inisiatif mereka sendiri serta komitmen merekaterhadap koir

    sekolah.

    Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

  • 7/29/2019 Ciri Pengurus Baik

    4/8

    Guru-guru koir pada awalnya mestilah memberitahu pelajar-pelajar tentang peraturan-peraturan,

    syarat-syarat penyertaan serta penglibatan mereka terhadap koir.Para ibu bapa juga perlu dimaklumkan

    tentang latihan-latihan koir yang akandijalankan. Ini adalah untuk menyediakan ibu bapa pelajar-pelajar

    koir terhadapkekerapan latihan yang akan dijalankan supaya mereka tidak akan merungutkemudian. Ibu

    bapa serta pelajar-pelajar perlulah serius terhadap penglibatan anak-anak mereka dalam koir dan

    memahami tentang betapa mustahaknya diadakanlatihan. Sekiranya ini dapat diatasi, langkah pertama

    terhadap membina satu koir yangmantap sudah wujud.Pelajar-pelajar dari SA mempelajari lagu atau

    bahagian

    (parts)

    mereka denganlebih cepat. GA dan GB juga bersetuju dengan hakikat itu. Memori tonal pelajar- pelajar

    SA adalah baik. Oleh itu, pengajaran guru adalah mudah dan guru dapatmengajar bahagian yang lebih

    kompleks kepada pelajar. Ini mungkin disebabkankerana pelajar-pelajar ini adalah dari bandar. Selain

    itu, pelajar-pelajar itu sendirimenunjukkan minat untuk mempelajari lagu dan menyanyi.Terdapat juga

    keazaman pelajar-pelajar koir SA untuk memenangi pertandingan koir. Semangat positif inilah yang

    perlu ada pada setiap ahli koir, bukanhanya untuk memenangi sesuatu pertandingan itu, bahkan untuk

    memberikan yangterbaik kepada sesuatu persembahan. Sekiranya ini dapat dipupuk, pelajar-pelajar

    sendiri akan seronok menyanyi (enjoy singing).Seorang pemain piano yang berkaliber dan versatil adalah

    aset kepadasesebuah koir itu. Dengan adanya seorang pemain piano sedemikian, pengajaran koir adalah

    lebih mudah dikendalikan. Ini adalah kerana pemain piano ataupun kiboddapat menolong guru dalam

    latihan, terutamanya dalam latihan nyanyian bahagian- bahagian suara

    (parts singing)

    . Di samping itu, ia juga boleh mengendalikan

    warmups

    semasa ketiadaan guru. Kedua-dua SA dan SB mempunyai pemain piano dankibod yang agak

    versatil.Pemain piano SA merupakan seorang pemain piano yang baik. Beliau telahmelatih seorang

    pemain piano baru untuk mengambil alih tempatnya untuk tahunhadapan. SA akan kehilangan seorang

    pemain piano yang cekap. Tindakan pemain piano dalam melatih pemain piano yang baru itu adalah

    satu cara yang baik untuk memastikan kesinambungan koir tersebut..Tidak boleh dinafikan bahawa

    semua pemain piano adalah berbeza. Masing-masing mempunyai kebolehan yang tertentu dan

    tersendiri. Pendedahan bermain sertalatihan juga adalah sangat penting untuk memastikan kaliber atau

    kebolehanseseorang pemain piano. Oleh itu, pemain piano baru seharusnya diberi peluangmembuat

    persembahannya di hadapan penonton. Di samping itu, ramai bermain pianountuk acara-acara sekolah

    untuk membina keyakinan dirinya. Guru bolehlahmembantu untuk membina pendengaran dalamannya

    (inner hearing).

    Adalah lebih baik sekiranya GC memilih pelajar-pelajar koir dari satu sesi persekolahan, baik sesi pagi,

    mahupun sesi petang. Ini adalah untuk memudahkankekerapan berlatih. Sekiranya pelajar-pelajar

  • 7/29/2019 Ciri Pengurus Baik

    5/8

    adalah dari satu sesi, guru bolehmemanggil mereka untuk latihan pada bila-bila masa luar dari waktu

    persekolahan.Tetapi sekiranya pelajar terdiri dari dua sesi persekolahan, maka pilihan untuk

    masalatihan adalah terhad. Ada pula pelajar yang terpaksa kerap meninggalkan kelas

    dansebagainya.Bilik untuk berlatih adalah penting untuk sebarang latihan persembahanmuzik. SB

    bergerak dari satu bilik ke bilik lain untuk latihan koir mereka. SB tidak mempunyai sebuah bilik ataupun

    sebuah dewan untuk berlatih. Beberapa bilik darjah

    Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

    digabungkan untuk dijadikan sebuah dewan untuk mengadakan majlis atau upacarasekolah yang

    penting. Sebuah bilik harus diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti muzik. Mujurlah adanya

    alat kibod yang mudah alih. Walaupun terdapatkekurangan dari segi kemudahan tempat untuk berlatih

    dan sebagainya, namun SB bertekad untuk mengambil bahagian dalam pertandingan koir antara daerah.

    Inilahsemangat dan sikap yang perlu disemai serta dipupuk pada setiap sekolah dan setiap

    pelajar.Disiplin adalah sangat penting dalam latihan koir. Didapati pelajar-pelajar tidak mengambil berat

    tentang ketepatan masa. GC patut lebih tegas apabilamenjalankan latihan. Masa yang terluang dari

    kelewatan boleh digunakan unutk berlatih. Lagipun, berlatih untuk sesebuah koir memang memerlukan

    dan mengambilmasa yang lama.Penyelia petang SB yang mencadangkan untuk mengambil masuk

    pelajar darikelas yang lemah. Dengan adanya pelajar sedemikian, masalah disiplin dalam koir akan

    menular dengan lebih lagi. Apatah lagi dengan mempelajari lagu dan bahagian- bahagian yang tertentu

    dan yang lebih kompleks. Memang adanya segelintir pelajar yang boleh menyanyi dengan baik tetapi

    sebaik-baiknya pemilihan pelajar koir haruslah berdasarkan kecerdasan pelajar selain dari ketepatan

    nyanyian untuk memastikan satu persembahan yang baik.

    Soalan Kajian 3

    Beberapa perkara telah diperhatikan sebelum, semasa dan selepas pertandingan koir untuk kedua-duadaerah dan sekolah. Kedua-dua sekolah telah memberikan persembahan mereka yang terbaik untuk

    menghasilkan satu kumpulan koir. Nyanyian A Cappella merupakan satu kemahiran yang tersendiri.

    Pada pendapat pengkaji, bukan semua koir yang boleh menyanyi stail A Cappella. Selaindari kemahiran

    yang tertentu, perlu adanya pendengaran yang tajam. Ini adalah keranaapabila sesebuah koir itu

    menyanyi secara A Cappella, tiap-tiap ahlinya mestilah pekadan perlu dengar dengan teliti untuk

    memastikan mereka tidak keluar dari nada asal.Adalah baiknya sekiranya mereka mempunyai

    perfect pitch

    .Hal ini jelas kelihatan pada SA apabila mereka mendendangkan laguKesetiaan dalam pertandingan. SA

    telah berani mengambil cabaran ini dan dapatmengekalkan nada yang asal apabila menyanyikan secara

    A Cappella permulaan laguKesetiaan. Ini merupakan satu aspek untuk menilai kualiti sesebuah koir.

    Pelajar- pelajar SA tidak mempunyai

    perfect pitch

  • 7/29/2019 Ciri Pengurus Baik

    6/8

    tetapi masa yang telah diluangkan untuk berlatih telah terbukti menghasilkan kejayaan.Modulasi

    merupakan penukaran lagu dari satu nada ke nada yang lain. SAtelah menunjukkan kebolehannya

    dengan penggunaan modulasi dalam laguKesetiaan. Modulasi berlaku sebaik sahaja perkataan terakhir

    dalam rangkap pertama sewaktu gaya A Cappella dinyanyikan. Kemudian baharulah iringan

    pianomuncul untuk bahagian lagu yang selanjutnya. Pelajar-pelajar telah berjaya membuattransisi tanpa

    sebarang nyanyian sumbang. Ini telah menunjukkan kebolehan koir untuk membawa lagu dari satu nada

    ke nada yang lain. Ini adalah satu kriteria yang penting dalam koir.Terdapat variasi atau kreativiti yang

    telah dipersembahkan dalam nyanyiankoir SA. Variasi atau kreativiti yang dimaksudkan di sini ialah

    terdapatnya keratandari lagu

    Happy Together

    yang telah membawa para pendengar ke mud atau suasanayang lebih rancak. Pelajar-pelajar telah dapat

    menggabungkan kesemua bahagian

    (parts)

    mereka dengan begitu baik sekali berserta dengan ekspresi mereka. Terdapat

    Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

    penggunaan konsonan s yang berirama apabila keratan siulan dari lagu

    Dont Worry, Be Happy

    dinyanyikan secara du. Kreativiti sebegini perlu dikuasai olehsemua koir untuk meninggikan lagi mutu

    persembahan. Para pendengar akan turutterhibur juga.Pemilihan lagu yang sesuai untuk dinyanyikan

    oleh sesebuah koir juga adalah penting. Apabila hendak memilih sebuah lagu untuk dinyanyikan oleh

    koir, guruharuslah memilih lagu dari repertoir yang luas dan bukan hanya dari skop yangterhad. Guru

    juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar mampu menyanyi laguyang dipilih itu. Pemilihan lagu

    juga perlu mengambil kira kebolehan pelajar untuk membawa lagu tersebut.Suara koir dari SA adalah

    lebih matang jika dibandingkan dengan suara koir SB. Ini mungkin disebabkan oleh pemilihan pelajar-

    pelajar. Apa yang dimaksudkan disini ialah pelajar-pelajar dari tingkatan 4 dan 5 mempunyai suara yang

    lebih matangmanakala pelajar-pelajar dari SB yang terdiri dari campuran tingkatan 1 hingga

    5mempunyai gabungan suara keanak-anakan. Ini mungkin disebabkan kerana terdapat pelajar-pelajar

    dari tingkatan 1 dan 2. Suara pelajar-pelajar ini masih lagi mentah dan belum lagi matang. Walaupun

    kedua-dua sekolah mempunyai pelajar-pelajar perempuan dalam koir masing-masing, namun terdapat

    juga perbezaan dari suara pelajar-pelajar dalam nyanyian mereka. Walau bagaimanapun, suara dari koirSAadalah

    rounded tone

    dan ini sangat penting untuk sesebuah koir.Ekspresi adalah penting dalam nyanyian baik nyanyian solo

    mahupun dalamnyanyian berkumpulan. Sesebuah lagu yang dinyanyikan itu dapat dihayati dengan

    baiknya sekiranya lagu itu dipersembahkan atau dinyanyikan dengan menggunakanekspresi. Ekspresi

  • 7/29/2019 Ciri Pengurus Baik

    7/8

    dapat ditunjukkan apabila penyanyi itu menghayati lagu sertasenikata lagu dengan sepenuhnya. Mimik

    muka pelajar-pelajar juga adalah pentinguntuk ekspresi. Wujudnya ekspresi dalam persembahan SA.

    Pelajar-pelajar telahmenunjukkan keseronokan menyanyi

    (enjoyed singing)

    . Apabila ini berlaku, timbul pula keyakinan diri dalam pelajar.Pendedahan guru-guru terhadap nyanyian

    koir yang bermutu juga adalah penting. GA telah mengambil beberapa latihan vokal dari seorang guru

    vokal di Ipoh.Dengan adanya pengajaran vokal tambahan ini, ini merupakan satu asset ataukelebihan

    yang dimiliki oleh GA. Oleh itu, GA sendiri bolehlah menunjukkan cara-cara menyanyi yang berkesan

    serta tindak-tanduk dalam nyanyian.Kelulusan seorang guru koir dalam bidang vokal juga adalah

    penting. Hampir kesemua guru muzik di negara kita mempunyai kelulusan dalam bidang

    pendidikanmuzik, tetapi hanya segelintir sahaja yang telah menjalani latihan vokal

    (vocal training)

    secara persendirian.

    GS sendiri adalah seorang yang mempunyai kelulusandalam piano dan menyanyi merupakan bidang

    kedua beliau. Beliau (GS) telah dipilihuntuk menyanyi bersama

    Melbourne Chorale

    untuk beberapa majlis-majlis tertentudan telah bekerja dengan beberapa pemimpin yang terkenal.

    Disamping itu beliau bekerja dengan Koir lelaki Australia dan telah dilantik sebagai penolong

    pemimpinkoral serta pelatih vokal

    (Assistant Choral Conductor and Vocal coach).

    Selain itu,GS telah menubuhkan

    Ipoh Childrens Choir, The Young K.L. Singers

    dan

    The K.L.Childrens Choir.

    Kelulusan seseorang guru itu adalah sangat penting, terutamanya dalam bidang-bidang yang tertentu,

    seperti dalam kes ini, bidang vokal. Guru-guru sendiriharus didedahkan dengan persembahan-

    persembahan yang bermutu, baharulahmereka dapat melatih koir mereka menggunakan ukuran yangtelah merekadidedahkan itu. Secara tak langsung, kualiti koir pun dapat dinaikkan.

    Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

    KESIMPULAN

  • 7/29/2019 Ciri Pengurus Baik

    8/8

    Dapatan kajian ini amat penting bagi pengetahuan pendidik-pendidik muzik,khususnya mereka yang

    berkecimpung dalam bidang vokal. Diharap kajian ini dapatmemberi pengetahuan kepada pendidik

    muzik serta membuka minda mereka tentangmengendalikan sebuah koir.Selain itu, diharap kajian ini

    dapat membuka jalan lagi kepada penyelidik- penyelidik muzik untuk meneruskan lagi kajian tentang

    koir di sekolah menengah dinegara kita. Dengan adanya lebih kajian tentang koir sekolah di negara kita,

    sudahtentu mutu dan kualiti koir dapat dipertingkatkan lagi.Kajian ini boleh digunakan oleh pihak

    penggubal dasar kementerian untuk menilai sama ada komponen koir harus dimasukkan dalam sukatan

    pelajaran dandiajar dalam bilik darjah. Sehubungan itu, diharap agar komponen koir diberitumpuan

    yang lebih serius oleh semua pihak, baik di sekolah, para ibu bapa mahupun pihak kementerian.Diharap

    penyelidik-penyelidik serta pendidik-pendidk tanah air akanmengambil peluang dan kesempatan untuk

    membuat kajian secara menyeluruh dalam bidang ini supaya lebih ramai yang boleh mendapat

    pengetahuan yang baru dari hasilkajian yang belum diterokai oleh sesiapa.Akhir sekali, Cooper (1984:

    pp.166-167), seorang ahli terapi pertuturan dan pakar dalam bidang latihan vokal

    (vocal training)

    telah mengatakan bahawa suarakanak-kanak yang tidak menerima sebarang latihan vokal akan menjadi

    kasar

    (hoarse)

    dan mereka akan terus menjerit dan memekik.

    Educate them gradually in the correct use of their voices. Without such guidance, children are

    susceptible to nodes and other growths on the vocal cords which might require surgical excision. They

    are particularly vulnerable todeveloping negative habits, unless otherwise instructed. Give them an

    advantagethat you didnt have: a positive voice model and an education in the use of their voices.

    Morton Cooper (1984)