Compile

26
TRANSMUTASI NUKLEAR OLEH VORONIA ANAK DAIP TAN SHEE YING DATO LIANG ANAK SERUJI

description

RADIOISOTOP

Transcript of Compile

TRANSMUTASI NUKLEAR

TRANSMUTASI NUKLEAR OLEH VORONIA ANAK DAIP TAN SHEE YINGDATO LIANG ANAK SERUJIDEFINISI TRANSMUTASI NUKLEAR Transmutasi nuklear adalah penukaran satu unsur kimia atau isotop kepada unsur lain.Dengan kata lain, atom dari satu elemen dapat diubah menjadi atom daripada elemen lain dengan proses transmutasi'.Hal ini terjadi baik melalui reaksi nuklear (di mana sebuah zarah luar bertindak balas dengan nukleus), atau melalui pereputan radioaktif (di mana tidak ada zarah luar diperlukan).

Jenis transmutasi nuklear Transmutasi Semulajadi (natural transmutation)

Transmutasi buatan (artificial transmutation)

Transmutasi semula jadiTerjadi ketika unsur-unsur radioaktif tertentu mereput secara spontan bagi satu tempoh masa,lalu berubah menjadi unsur yang lain. Contohnya adalah pereputan yang terjadi oleh kalium-40 ke-argon-40 yang membentuk sebahagian besar argon di udara.

Transmutasi semula jadi juga berlaku daripada mekanisme yang berbeza dari tindak balas nuklear di bumi akibat pembedilan sinar kosmik sesuatu unsur, dan juga kadang-kadang dari pembedilan neutron semula jadi

Transmutasi buatan Transmutasi buatan boleh berlaku menggunakan mesin yang memiliki tenaga yang cukup untuk menyebabkan perubahan dalam struktur nukleas sesuatu elemen.Mesin yang boleh menyebabkan transmutasi buatan termasuklah reaktor pemecut zarah dan reaktor tokamak.

Reaktor kuasa pembelahan konvensional juga boleh menyebabkan transmutasi buatan.Transmutasi nuklear buatan telah dianggap sebagai mekanisme yang bekemungkinan dapat mengurangkan isipadu dan bahaya sisa radioaktif.

Pembelahan nuklear Satu tindak balas di mana satu nukleus berjisim besar berpecah menjadi dua atau lebih nukleus-nukleus baru yang lebih ringan dan disertai dengan pembebasan tenaga.Nukleus-nukleus baru yang terhasil mempunyai jisim yang hampir sama antara satu sama lain.Semasa proses ini berlaku, kehilangan jisim bertukar menjadi tenaga yang besar.

Pembelahan nukleus terbahagi kepada 2 jenis:Pembelahan nukleus spontan yang berlaku secara semula jadi untuk mencapai kestabilan.Pembelahan nukleus aruhan yang berlaku akibat hentaman neutron atau zarah bercas dengan nukleus sesuatu unsur.

Pelakuran nuklear Merupakan tindak balas nuklear yang menggabungkan dua nukleus atom untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat.Tindak balas Pelakuran Nuklear boleh berlaku secara semula jadi dan secara buatan.Kesan Biologi RadiasiPengenalan:Kerosakan yang dihasilkan oleh radiasi bergantung pada: Tenaga radiasiTempoh pendedahan radiasi Sumber radiasi di luar atau di dalam badanDi luar badan, sinaran gama adalah sangat berbahaya kerana ia dapat menembusi tisu manusia dengan berkesan.

Simbol radiasi

Bagaimana paras radiasi diukur?

Paras radiasi diukur dalam unitGray (Gy). Bagaimanapun untuk kesan biologi pada manusia, ia diukur dalam unitSievert (Sv). Hasil pengumpulan bahan radiasi ini ke dalam badan manusia dinamakanannual limit of intake (ALI). Bacaan oleh mesin pengesan radiasi biasanya direkodkan sebagaimicrosievert (uSv)/jamAlat pengukuran

Lencana filem, gelang, cincin dosimeterKategori Kesan Biologi RadiasiKesan Biologi RadiasiPendedahan masa panjangPendedahan masa pendekJangka masa Jangka PanjangJangka PendekKesan Lain Radiasi Kemandulan, Penuaan awal, Kurang sel darah putih Sindrom Radiasi Merisik spt mual,muntah,keletihan,dll Mutasi Genetik yang mengakibatkan KanserContoh kesan radiasiPendedahan radiasi masa panjangPendedahan radiasi masa panjang menghasilkan pembinaan radikal bebas yang menyebabkan mutasi genetik atau kanser.Radiasi tenaga tinggi boleh membuangkan elektron daripada sebatian dan menghasilkan radikal atau radikal bebas dalam tisu yang dilaluinya. Radikal ini yang kekurangan elektron sangat reaktif dan boleh menyebabkan tindak balas dalam bahan stabil sel organisma hidup.Jika tindak balas ini melibatkan bahan genetik seperti gen dan kromosom, perubahan ini akan mengakibatkan murasi genetik atau kanser.

Pendedahan radiasi yang kuat jangka masa pendek bercenderung memusnahkan tisu di tempat yang terdedah dan mengakibatkan sindrom radiasi merisik seperti mual, keletihan, muntah, kehilangan selera, sakit tekak, cirit birit dan kekurusan sederhana.Kemusnahan cepat tisu menjadikan radiasi kuat sebagai suatu alat yang sesuai untuk rawatan sesetengah kanser.

Pendedahan radiasi masa pendekPendedahan radiasi juga boleh menyebabkan kemandulan, kelihatan tua lebih awal, kekurangan sel darah putih, kemusnahan sistem badan, pendarahan dalaman dan akhirnya maut.

Kesan radiasi secara biologi kepada manusiaSOMATIKKesan yang dialami oleh individu yang terdedah kepada radiasi. Kesan utama adalah kanser. Menjejaskan sel-sel asal yang terdedah, darah, tisu, organ, atau mungkin seluruh badanKulit kemerahan sedikit, kematian sel

GENETIKKesan yang dialami oleh anak-anak kepada individu yang terdedah kepada radiasi. Sperma atau ovum yang terdedah kepada radiasi boleh mengalami mutasi. Menjejaskan sel-sel generasi akan datangIn-Utero Kesan yang dialami oleh bayi dalam kandungan yang terdedah kepada radiasi. Kesan utama adalah bayi dilahirkan tidak sempurna atau cacat.

Kesan dari segi somatik

Kesan dari segi Genetik

Kesan dari segi in-utero

LOKASIKESAN RADIASIDISEBABKAN OLEHToyama (bandar) di Pulau HonshuPenyakit itai- itai badan menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang fungsi buah pinggang (penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah) terbantut Pencemaran kadmiumKESAN RADIASI LAIN KE ATAS MANUSIALOKASIKESAN RADIASIDISEBABKAN OLEHSebuah bandar yang terletak di pantai barat bahagian selatan Pulau KyushuPenyakit Minamata sejenis sindrom neurologi simptom- ketidakstabilan pergerakan akibat kegagalan serebelum otak untuk berfungsi dengan baik, gangguan deria rasa pada tangan dan kaki, pengurangan daya penglihatan dan pendengaran simptom minamata menyebabkan kematian

Keracunan raksa/merkuriKecederaan kulit akibat radiasi

Kecederaan kulit akibat radiasi

Kecederaan kulit akibat radiasi

Kecederaan kulit akibat radiasi

Kecederaan kulit akibat radiasi

Kecederaan kulit akibat radiasiKaedah asas mencegah radiasiKurangkan masa dedahanMaximakan jarak dari sumber radiasiGunakan perisai radiasigunakan Philosophy ALARA (As-Low-As-Reasonably-Achievable).

Rujukan:Ahmad Hapizi Abdullah. Memahami Kesan Radioaktif. Dilayari pada 4 Mei 2014. Di URL http://rawatan-holistik.blogspot.com/2011/03/memahami-kesan-radioaktif.html.E.Vano. Biological Effects Of Radiation. Dilayari pada 4 Mei 2014. Di URL http://www.dimond3.org/Sofia_2006/Vano_Biological%20Effects.pdf.Tiada Nama Pengarang. Bahayanya Radiasi dan Kesannya. Dilayari pada 4 Mei 2014. Di URL http://senadakpwkm.wordpress.com/2011/05/06/bahaya-radiasi-dan-kesannya/.

=Sekian, Terima Kasih=