Confucianisme

5
Confucianisme Pengenalan dan Sejarah Ajaran Confusius diasaskan oleh Kung Fu Tze yang bermaksud Guru Agung. Pada umumnya ajaran ini banyak menyentuh tentang hal-hal kehidupan duniawi manusia. Confucianisme merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung dengan orang lain dan hidup sebagai anggota masyarakat. Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yg memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik & agama. Beliau menegaskan bahawa seseorang individu boleh menjadi masyarakat yang sempurna dari segi tingkah laku dan kelakuan jika dia memprakitkan jalan-jalan yang murni. Tujuan Ajaran Tujuan ajaran Confusius ( Kung Fu Tse) menuju kepada kemajuan dan kesejahteraan negara, dunia dan kehidupan. Mengikut kepercayaan fahaman Confusius, manusia lahir dengan nilai-nilai yang baik dan terpuji dan hanya dirosakkan oleh persekitarannya. Ajaran ini juga menganjurakan perikemanusiaan( ren) yang berteraskan menjaga kemesraan antara manusia, buat baik pada setiap orang dan murah hati setiap masa. Menghormati sesama(shu) manusia menjadi asas pada ajaran ini. Ajaran confusius termaktub dalam kitabnya-analects. Pada amnya, ajaran Confusius menitikberatkan tingkahlaku dan tabiat yang baik dalam lima bentuk perhubungan manusia iaitu perhubungan baik di antara rakyat dengan pemimpin negara, perhubungan mesra di antara suami dengan isteri, perhubungan baik di antara bapa dengan anak lelaki, perhubungan baik di antara abang dengan adik dan perhubungan baik di antara rakan-rakan. Nilai Murni

description

moral

Transcript of Confucianisme

ConfucianismePengenalan dan Sejarah Ajaran Confusius diasaskan oleh Kung Fu Tze yang bermaksud Guru Agung. Pada umumnya ajaran ini banyak menyentuh tentang hal-hal kehidupan duniawi manusia. Confucianisme merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung dengan orang lain dan hidup sebagai anggota masyarakat. Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yg memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik & agama.Beliau menegaskan bahawa seseorang individu boleh menjadi masyarakat yang sempurna dari segi tingkah laku dan kelakuan jika dia memprakitkan jalan-jalan yang murni.Tujuan Ajaran Tujuan ajaran Confusius ( Kung Fu Tse) menuju kepada kemajuan dan kesejahteraan negara, dunia dan kehidupan. Mengikut kepercayaan fahaman Confusius, manusia lahir dengan nilai-nilai yang baik dan terpuji dan hanya dirosakkan oleh persekitarannya. Ajaran ini juga menganjurakan perikemanusiaan( ren) yang berteraskan menjaga kemesraan antara manusia, buat baik pada setiap orang dan murah hati setiap masa. Menghormati sesama(shu) manusia menjadi asas pada ajaran ini. Ajaran confusius termaktub dalam kitabnya-analects. Pada amnya, ajaran Confusius menitikberatkan tingkahlaku dan tabiat yang baik dalam lima bentuk perhubungan manusia iaitu perhubungan baik di antara rakyat dengan pemimpin negara, perhubungan mesra di antara suami dengan isteri, perhubungan baik di antara bapa dengan anak lelaki, perhubungan baik di antara abang dengan adik dan perhubungan baik di antara rakan-rakan.Nilai Murni Confucianisme menekankan kepentingan hidup bermasyarakat dan keluarga. Doktrin way (Tao) banyak tentang akhlak yang baik, budi pekerti yang tinggi tatasusila, kesopanan, kesederhanaan dan kemuliaan. Antara lapan nilai yang terkandung dalam buku Lun Yu merupakan Ren, Shu, Chung, Li, Yi, Ming, Xiao dan Zhi.Ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap semua orang.Shu meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain.Chung bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain.Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara, peraturan dan tingkah laku seseorang.Yi ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya.Ming menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.Xiao bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka.Zhi bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.Konsep AjaranAjaran Confusius ini mengenengahkan beberapa konsep panduan hidup termasuk lima sifat baik yang harus ada pada manusia yang sempurna (junzi) iaitu Integriti( integrity) (zhi), Keadilan(Righteousness) (yi), Kesetiaan (Loyalty) (zhong), Bertolak ansur (Reciprocity (shu) dan Penyayang (Graded love) (ren). Konsep 'ren' atau perikemanusiaan yang menitikberatkan kebajikan terhadap sesama manusia, tanpa mengira batas-batas bangsa, negara, warna kulit kerana manusia bersaudara.Konsep "Chun Tze" menjelaskan bahawa sifat-sifat keperibadian yang mulia adalah seperti hati yang terbuka, tidak sombong, menjaga maruah, menguasai gerak-geri, menghayati keadilan, berilmu(knowledge), kebijaksanaan(wisdom), menjaga kebajikan terhadap anak-anak(filial piety), hormat-menghormati( reverence),berbudi bahasa ( courtesy),kesetiaan(loyalty) , kemesraan (love) penyayang(kindness), ikhlas(sincerety), boleh dipercayai(trustworthiness), kebenaran(truthfulness) dan kesederhanaan (moderation). Sifat-sifat keperibadian mulia tersebut akan melahirkan seorang manusia yang baik atau sempurna."Li" atau keserasian adalah berkaitan ucapan dan perbuatan cendekiawan dan tokoh yang berpengalaman dan mahir dalam sesuatu bidang yang dijadikan sebagai teladan dan iktibar. Nilai kesederhanaan dalam hubungan masyarakat diberi keutamaan. Konsep "Ti" atau wibawa, menyentuh mengenai Kerajaan. Kerajaan yang berwibawa adalah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat. Dalam hubungan fahaman confusius, Profesor Dr.Tu Weiming, seorang pakar sejarah masyarakat Cina di Universiti Harvard, menjelaskan bahawa fahaman Confusius mempunyai empat dimensi humanisma seperti berikut:

i. Integrasi di antara diri, jasad dengan pemikiran ( integration of the self , the body and mind)ii. Interaksi di antara diri dengan masyarakat serta masyarakat dirujuk pada keluarga hingga ummah sejagat ( interaction between humans as self and community, family to global community)iii. Perhubungan yang harmonis di antara manusia dengan alam sekitar (human species and nature in a sustainable harmonious relationship)iv. Perhubungan di antara manusia dengan Shurga atau Tuhan (relationship between humans and heaven)

Mengikut ajaran Confucius, manusia berhak hidup dengan kebebasan, keamanan dan harmoni . right of every human being to live in freedom,peace and harmony( Analects.X:12).Kesimpulannya, ajaran Confucius mengenengahkan sikap tidak menyakiti hati orang lain seperti kita tidak hendak orang lain menyakiti kita. " Do not give to others what you yourself do not desire.". Ajaran konfusius lebih mementingkan sifat-sifat kemanusiaan dan kedamaian dunia hari ini daripada kehidupan dunia akhirat.Berhubung dengan nilai-nilai yang dianjurkan oleh fahaman confusius, Datuk Seri Ong Ka Ting, pemimpin sebuah parti politik yang memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina, berpendapat bahawa young people should pick up the good values as there is a lot of moral guidance that teaches people to have good ethics, especially in a society where such values are now lacking.Kesimpulannya, ajaran Confucius mengenengahkan nilai moral dan etika seperti kesetiaan kepada negara,ibu bapa, adik beradik, orang berpengetahuan dan pengalaman,kemesraan antara manusia, ketelusan,pendidikan moral dan pembangunan budaya. Ajaran Confucius juga mengajar penganutnya supaya jangan bebankan orang lain dengan perkara-perkara yang tidak disukai oleh diri sendiri. " Do not give to others what you yourself do not desire.". Apa yang diutamakan dalam fahaman ini ialah kemanusiaan.If a man is not humane, what can he do with the rituals? If a man is not humane , what can he do with music? (Confucius, Analects 3.3).KitabTerdapat buah buku agung iaitu The Analects (kata-kata yang terpilih), The Great Learning,The Doctrine of the Mean(jalan tengah) dan Penulisan ahli falsafah Mencius.