CONTOH ABSTRAK
-
Upload
norzilah-mohamad-shahid -
Category
Documents
-
view
113 -
download
0
description
Transcript of CONTOH ABSTRAK
KAEDAH PENULISAN KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
APA YG PERLU ADA DALAM PENULISAN ABSTRAK (2 M)
1. MENULIS TIDAK MELEBIHI 150 PPT DALAM 1 PERENGGAN SAHAJA2. TAJUK HURUF BESAR KEDUDUKAN DIATAS TENGAH-TENGAH3. MENYATAKAN OBJEKTIF KAJIAN 4. MENYATAKAN LOKASI KAJIAN5. MENYATAKAN KAEDAH KAJIAN6. MENYATAKAN RESPONDEN/ INFORMEN KAJIAN7. MENYATAKAN DAPATAN UTAMA KAJIAN8. MENYATAKAN KESIMPULAN
RUJUK CONTOH DI M/S 2
CONTOH PENULISAN ABSTRAK.
1.0 SINOPSIS
PERSEPSI PELAJAR PRA UNIVERSITI SMK SULTAN ALAUDDIN RIAYAT
SHAH 1, PAGOH TERHADAP PERNIAGAAN MAKANAN SEGERA
9.
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji persepsi pelajar pra universiti SMK Sultan
Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh terhadap perniagaan makanan segera. Lokasi kajian saya
ialah restoran-restoran makanan segera di sekitar Bandar Muar. Kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti persepsi pelajar pra universiti SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1,
Pagoh terhadap perniagaan makanan segera. Saya juga mengkaji faktor-faktor yang
menyebabkan perniagaan makanan segera sering menjadi pilihan pelajar. Saya
menjalankan kajian ini menggunakan kaedah temu bual, soal selidik dan pemerhatian.
Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar pra universiti SMK Sultan
Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh. Hasil dapatan mendapati faktor utama pelajar Pra
Universiti mengunjungi restoran makanan segera disebabkan keselesaan disamping tahap
kebersihan yang sentiasa dititikberatkan. Hasil kajian juga mendapati……
Kesimpulannya, perniagaan makanan segera masih lagi menjadi pilihan selera
masyarakat pada zaman sekarang.
CONTOH MENULIS ISI KANDUNGAN
2.0 ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
1.0 ABSTRAK
2.0 KANDUNGAN
3.0 PENGHARGAAN
4.0 PENGENALAN
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
6.0 LOKASI KAJIAN
7.0 KAEDAH KAJIAN
8.0 DAPATAN KAJIAN
8.1
8.2
8.3
8.4
9.0 RUMUSAN
10.0 RUJUKAN
11.0 LAMPIRAN
3.0 PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah
kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini serta menyediakan kemudahan untuk saya
menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ingin diluahkan kepada guru pembimbing saya
iaitu Puan Norzilah Binti Mohamad Shahid yang telah banyak menyumbangkan idea semasa
perbincangan. Beliau juga membimbing saya sepanjang projek ini dilaksanakan. Tambahan pula,
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar pra
universiti SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh yang sanggup menjawab soalan yang
telah disediakan dalam borang soal selidik. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan – rakan
sekelas kerana telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam membantu saya
mengumpulkan maklumat untuk menyempurnakan kajian ini.